Download App
44.44% LAVENDAR DUCASSE / Chapter 4: bertemu kembali

Chapter 4: bertemu kembali

Bab 4

"hmm.. Jom lah, nak beli barang tak jumpa barang", omel Hanis sambil mengeluh. Kami berdua segera masuk ke dalam kedai yang dipenuhi kek dan aiskrim. Memang syurga manisan lah. Berderet kanak-kanak dekat situ. Comel-comel pulak tu. Tapi aku rasa Aiman lagi comel. Aeh! Asal pulak fikir Aiman ni. Baru jumpa sekali dah macam tu. Haishh...

"Can I get one Chocolate mint Ice cream and one banana kiss ice cream", kataku. Aku memang tak jauh dari coklat. Si Hanis ni haa yang tiba-tiba makan aiskrim pisang. Tiba-tiba! Memang bling bling mataku memandang pelbagai jenis kek dan aiskrim di situ. Semua nampak sedap. Nak je aku bedai semua. Ketika aku dan Hanis sibuk sangat memerhatikan kawasan kedai itu, tiba-tiba aku merasakan kaki ku dipegang oleh sepasang tangan kecil.

Aku yang terkejut terus memandang ke bawah. Hanis pun turut melihat. Teka apa.. Aiman comel!!!!! Wehhh! Aku rasa aku memang ada jodoh lah dengan budak comel ni. Dia memandang ku sambil tersenyum manis. Mana mungkin aku melupakan wajah comelnya itu. Aku segera mencangkung untuk berada separas dengannya. Dia memeluk erat leherku. Dia ni memang tak takut orang ke? Aku segera memicit pipinya yang gebu. Terus dia tergelak manja. Aduhai comelnya. Geram aku.

"Mama Aiman mana?", tanyaku. Hairan pulak aku bila dia datang berlari sorang-sorang dekat aku. Ke dia ni suka macam ni. Aduh! Mesti Kak Az cari ni. Aiman tiba-tiba menunjukkan jarinya ke hadapan. Hanis pulak segera menepuk lembut bahuku. Wajahnya persis seperti baru ternampak bidadari turun dari langit. Apakah? Aku segera mendonggakkan kepala ku untuk melihatnya.

Hampir sahaja aku mencarut sebelum Aiman segera berlari ke arahnya. Kembali mendidih darah aku. Orang tu, orang itu ialah lelaki yang aku jumpa tadi!! yang kata aku mabuk tu. Mana mungkin aku lupa. Aku segera berdiri. Aku pelik, Aiman nampak macam rapat dengan lelaki tu. Takkan lah...itu suami kak Az. Mampus aku.

Ketika itu juga kak Az berlari menuju ke arah Aiman sambil menciumnya. Lelaki itu hanya melihatnya tanpa reaksi. Apa malangnya nasib kak az jumpa laki macam tu. Aku pun ikut malang sekali jumpa dia kat tempat parking kereta.

Kak Az segera memandang ku dan tersenyum manis. Dia segera memeluk ku. Aku dan Hanis berasa macam kena santau. Tak bergerak langsung. Jangan kata Hanis, aku pun turut terkejut melihat tindakan wanita itu. Dia terus melepaskan ku setelah melihat ku terkapai kapai kehilangan oksigen.

"Nasib baik la awak jumpa Aiman. Akak risau sangat. Kitorang ingat dia hilang. ", katanya. Jelas sekali wajahnya risau. Lelaki itu menghampiri kak Az bersama Aiman. Tapi aku hanya memandang sekilas wajahnya lalu melarikan wajahku ke arah kak Az. Hanis pulak kena siku dengan aku. Tak berkelip mata dia memandang lelaki tu. Laki orang nis, kau jangan.

"Eh, mana ada saya jumpa dia. Dia yang berlari sendiri dekat saya. Saya pun terkejut. Saya ingatkan Akak memang masuk kedai ni", ujar ku kembali. Dari tadi lelaki tu dok perhati je aku. Aku bukannya tak perasan. Hanis pandang dia, dia pandang aku. Haa elok sangatlah tu. Mesti sebab kes parking kereta tadi. Aahh lantak lah!

"Terima kasihlah. Nasib baik Aiman kenal awak. Jarang dia dapat ingat ramai orang walaupun dia memang jenis tak takut orang", katanya lagi sambil memimpin Aiman yang dari tadi tengok aku. Bapak dengan anak memang macam tu aeh? Lelaki itu tiba-tiba berdehem. Elok-elok orang tengah berborak. Dia nak ajak balik lah tu. Masa tu jugak aiskrim aku dan Hanis sampai.

"Here you go, thank you", kata pelayan yang bekerja di situ. Aku pun turut mengucapkan terima kasih. Hanis segera menarik lengan bajuku agar aku memandangnya.

"Ermm, ajak lah diorang duduk makan-makan dulu. Takkan nak borak berdiri",bisiknya. Kemaruk sangat dia ni. Aku dah start menyampah dah. Masa itu jugak Aiman pergi tarik aku punya baju. Senyum-senyum pulak tu. Haih, apa kes ni. Macam dia tahu pulak apa yang Hanis cakap.

"ehem...akak nak tak lunch dengan kitorang? Boleh borak lebih", kataku. Menurut perintah wahai sahabatku Hanis. Hanis rasanya dah nak melompat lompat dah. Aiman pun macam suka. Bersinar sinar mata dua orang ni. Cuma tulah, muka lelaki tu je yang kelat semacam.

"Eh, boleh je. Akak belanja. Aiman pun suka", dia segera memandang Aiman. Aiman pula seperti nak tergolek dekat situ sebab happy sangat.

Kak Az memandangnya ke belakang. "Zahify nak ikut?", tanya kak Az dengan sangat sopan. Well, laki dia kan. Tak pulak panggil dia dengan nama manja. Takut orang tak selesa kot. Lelaki itu mengangguk perlahan tanpa sedikit pun reaksi. Tegang je muka dia. Macam manalah kak Az hadap dia hari-hari.

Aku ingatkan mat saleh London ni, faham bahasa melayu rupanya. Ingatkan tak faham. Nasib baik aku tak mengata dia waktu jumpa dia tadi. Kalau tak memang masak lah. Dahlah muka boleh buat orang seram sejuk. Tak guna handsome kalau macam tu.

"Kalau macam tu, kita makan kat situ eh?", pinta Kak Az. Makan kat mana? Situ tu kat mana? Kenapa lelaki tu pandang Kak Az semacam. Dia mengecilkan matanya.

"Pleaseee.. ", kak Az siap memujuk lagi. Adoyai, mata aku. Hanis terus pandang tempat lain. Ish ish ish, Hanis Hanis. Bawak bersabar ye. Salah kau cair dengan lelaki yang macam tu.

"Hmm",tak tahan melihat kak Az begitu, lelaki itu mengangguk dan segera berlalu pergi. Memang style dia macam tu ke? Main blah je. Kak Az nampak happy sangat. Sampai ke telinga senyum dia.

"Jom! Nanti akak send location, nak number boleh? ", aku hanya mengangguk dan memberikan nombor telefon ku. Hmm.. Tergadai nombor aku. Nasib baik aku selalu bertukar nombor phone. Kak Az segera berjalan pergi sambil memimpin tangan kecil Aiman. Comel je aku tengok. Terkedek kedek dia berlari. Lepas je diorang pergi, terus Hanis memaut tangan ku.

"Jom sayang!", dengan senyum dia yang keluar pipi dah, tangan aku dia tarik. Masuk je kereta, si Hanis ni sibuk pergi fix dia punya make up. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Nis, kau dah kenapa? Kemaruk dekat mamat tu ke? Entah-entah tu laki dia. Aku taknak nanti kau patah hati", kataku supaya Hanis sedar. Dia memandangku dengan wajah boringnya.

"Kau ni buta ke apa? Tak tengok ke dia lagi muda dari kak Az. Takkan tu suami dia. Kak Az pun tak cakap pun tu suami dia", aku hnya mengeluh. Memang lah dia tak cakap. Tapi dah kak Az dengan dia. Siapa lagi kalau bukan suami? Takkan nak terjebak dalam rumah tangga orang.

"Apa-apa lah nis. Janji kau tahu apa yang kau buat", aku terus memandu setelah Kak Az menghantar lokasi restoran itu. Senang jugak aku nak ikut peta. Tak berbelit-belit. Dulu waktu sekolah, aku paling tak boleh bab peta ni. Fail! Tapi sebab dah selalu, aku jadi biasa.

Pandu punya pandu akhirnya sampai jugak. Lailahaillallah! Rasa nak terkeluar biji mata aku bila tengok restoran yang Kak Az maksudkan. Jangan kata aku, dengan si Hanis sekali yang ternganga. Restoran LAVENDAR DUCASSE! Mana boleh aku tak kenal. Kali pertama aku makan sini bayaran dia fuhh!! Boleh beli macam-macam. Iphone pun boleh beli 5 bijik.

Tercongok-congok aku dan Hanis dalam kereta. Tak berani turun, sampailah kak Az datang ketuk tingkap suruh keluar. Nak taknak memang kena turun lah.

"Jom", sambil membimbing Aiman, kak Az berjalan di depan kitorang. Lelaki tu pulak, entah kemana perginya. Dah lesap kot. Masuk je tempat tu, pekerja kat situ semuanya tunduk hormat dekat Kak Az. Kak Az punyalah humble, dia siap bagi senyuman lagi. Siap dengan kitorang sekali yang tertunduk-tunduk bila jumpa pekerja kat situ. Kak Az bawa kitorang naik tangga tigkat atas. Aku tak perasan pulak ada tangga tingkat atas. Patulah bangunan ni tinggi semacam. Ada tingkat atas rupanya. Tak habis tingkat dua, kak Az masuk tingkat tiga. Haishhh! Berapa banyak tingkat restoran ni.

Memang restoran mahal macam ni ke? Sampai je tingkat tiga, kitorang masuk satu bilik khas. Wow, nampak jelas lagi nyata Kak Az ni bukan calang-calang orang. Siap pekerja kat situ tolong tunjukkan arah lagi. Hormat sungguh. Rasanya, dia VVIP restoran ni lah kot. Sungguh aku tak sangka. Rupanya kak Az ni kaya. Patutlah berani makan kat sini. Siap nak belanja lagi.

Bilik tu, mashaAllah mewah sungguh. Kalau kat tingkat bawah dah mewah macam anak raja, tingkat atas ni rasanya bilik raja kot. Mewah gila! Siap ada chandelier lagi. Dalam bilik tu, ada satu meja je. Kerusi ada 5. Kat situlah kitorang duduk.

"ermm.. Kak Az?", aku memang perlu bersuara.

"Ye kenapa?", tanya nya dengan lembut. Mana tak aku rasa bersalah.

"Ke..kenapa kita makan sini? Tempat ni mahal makanan dia. Kitorang okay je makan kat tempat-tempat lain", kataku lagi. Maaf, tapi memang aku rasa tak berbaloi kak Az buat macam ni. Kitorang baru je kenal. Tiba-tiba dia jadi baik macam ni.

"Eh, takpe. Sekali sekala. Hanis pun okay. Kan Hanis kan?", entah apa yang Hanis fikir, dia cuma senyum je. Dah tak boleh keluar suara dah.

"Alaa.. Bukan akak yang belanja. Boss besar yang belanja. Rezeki jangan di tolak", haa ambik kau miel. Nahas kau! Everything makes sense right now. Boss besar tu mesti lelaki tadi. Laki kak Az. Sebab tu kak Az berani makan sini. Mesti laki dia kaya. Aku hanya tersenyum pahit.

"Akak minta maaf kalau korang rasa tak selesa. Lagipun masa jumpa kat kapal terbang haritu, miel macam nak pergi travel. Apa salahnya kak Az beri memori terbaik untuk miel kat sini. And bukan sebab tu je, miel dah selamatkan Aiman. Ni tanda terima kasih akak. Hanis pun sama", katanya lagi. Memang dah tak boleh tolak dah. Aku anggukkan saja. Hanis pun lagi laju dia angguk dari aku.

Masatu jugak pelayan masuk bawa makanan dan masatu jugak aku tengok pemanggang elektronik di bawa masuk. Sorang demi sorang pelayan masuk bawa makanan. Memang terliur lah kitorang. Aiman punyalah happy dia tengok aiskrim dalam gelas bentuk hati atas meja.

Beberapa minit kemudian, lelaki tu masuk dalam bilik tu. Nampak jugak Hanis muka dia. Masatu dia berjalan ke arah pemanggang elektronik. No way!! Dia masak ke? Lelaki tu masak!!! Hanis menggenggam tangan ku dengan kuat. Merah muka aku menahan sakit.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C4
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login