Download App
33.33% LAVENDAR DUCASSE / Chapter 3: Are you drunk?

Chapter 3: Are you drunk?

Bab 3

"Wehh! Kaya kau eh boleh makan tempat macam ni. Tak membazir ke? Kang nanti makanan tak sedap sudah. Halal ke tak ni?", tanya ku melulu. Tak mahu aku makan tempat macam ni selalu.

"Of course lah. Aku tak adalah bongok mana nak pergi restoran yang tak dijamin halal. Kau nak tahu tak, restoran ni orang Malaysia punya. Ep! He is not fully malaysian actually. Empunya restoran ni sebenarnya Chef restoran ni sendiri. Dia terkenal tau. Masakan dia fuhh, kalah kuih kau Miel", ada pulak kuih aku dibandingkan dengan masakan chef. Mencebik lah aku jawabnya.

"Kau ni pun satu, nak bawa kitorang makan sini tanya lah dulu. Boleh lah aku pakai cantik-cantik bagi nampak macam orang kaya sikit. Ni tak, main redah je", Hanis pula bersuara. Memang penuh dengan rasa tak puas hati ni. Lia tergelak sambil memandang ke arah Hanis.

"Kau kena sampuk ke? Kau memang dah anak orang kaya pun. Dan kau dah cantik Hanis. Sangat cantik", memang pun, Hanis harini terlebih over baju yang dia pakai. Fancy2 pulak tu. Barang berjenama pulak tuk. Channel.. Gucci..

"Ceh.. ", Hanis hanya menjeling Lia. Aku dan Lia hanya tergelak kecil melihat Hanis yang mengerutkan wajah.

"Apa-apa jelah, janji aku makan. Aku dah lapa", kataku dengan lemah seperti orang yang tak makan sebulan.

Seketika kemudian, makanan di hidangkan di hadapan mata. Fuyooo!! Terbeliak biji mata tengok makanan depan mata. Bukan main memikat lagi aroma makanan ni. Mahu terliur aku. Jangan miel, jangan buat kerja tak senonoh.

"Thank you", kata Lia.

"Enjoy it ", kata pelayan itu dan kemudiannya mereka berlalu pergi dari situ. Hanis tidak menunggu lalu menjamah makanan tersebut. Aku hanya menggelengkan kepala melihat perkara itu. Memang sedap! Makanan paling sedap pernah aku rasa! Aku tak paham kenapa aku rasa terpikat sangat dengan masakan itu. Aku tergamam.

"Haih miel, baru masakan dah terpikat. Belum tengok ketua chef dia lagi. Tapi rasanya bukan dia yang masak ni. ", perli Lia sambil memandang ku.

"Gila kau tak terpikat dengan makanan ni!! Sedap kot!", ujar ku. Tak ada masa aku nak menyambung pasal ketua chef dia. Sebab gerenti tak jumpa. So sila abaikan.

"Chef dia... ", hmm mulalah Hanis ni.

"Handsome tak? Muda lagi ke? Single and available tak?", lancar je soalan itu keluar dari mulut Hanis.

"hmm, dengar kata handsome. Mix. Mak dia French, bapak dia Malaysia. Aku tak pasti dia single ke tidak. Ada orang kata dia dah ada isteri. Tapi aku tak pernah jumpa dia. So tak baik meneka rambang. Maklumlah, kita ni bukannya ada kaitan dengan dia", tertunduk Lia berkata begitu.

"Tapi kalau kau kaya, kau boleh suruh dia masak untuk kau. Tapi kena tempah dulu. Dia tak terima sebarangan tempahan. Bukan senang nak jumpa dengan dia. Dengar kata dia pernah masak untuk keluarga diraja British. Hebat kan! Bangga aku ada orang Malaysia buat macam tu", tak payah cakaplah betapa cairnya Hanis mendengar cerita tentang Chef tersebut. Lia menyambung lagi.

"Dia ni Chef yang pernah di iktiraf dunia tau! Haa, jangan main-main. Dia pernah jadi chef kat hotel Le Meurice dekat Paris sebelum bukak restoran sendiri", terbeliak mata aku mendengar perkara itu. Siapa saja tak kenal Hotel Le Meurice tu, famous kot. Carilah dekat google pasti jumpa. Hotel termewah dan terbaik dunia. Terbit pula rasa ingin bertemu dengan chef ni. Tapi apakah daya, angan-angan mat jenin.

"Nama dia?", tanyaku selamba.

Belum sempat Lia menjawab, seorang wanita bertudung bergerak ke arah kami. Dia berhenti di depanku. Aku mendongakkan kepala ku untuk memandang wanita itu. Dia..wanita yang aku jumpa waktu dalam kapal terbang itu.

"Akak.. ", aku segera bangun dan memandangnya. Terkejut kerana berjumpa dengannya sekali lagi. Aiman comel mana. Mana! Desis hatiku melilau mencari kelibat kecil kanak-kanak itu. Tapi hampa.

"Aiman tak ada. Berjodoh juga kita. Akak lupa nak tanya nama awak haritu. Alang-alang dah jumpa ni..."

"Lavendar Aumiel", segera ku menjawab. Terbeliak mata wanita itu ketika mendengar nama ku. Tahu, aku tahu nama aku ni.. Hmm.. Susah nk cakap. Lia berdehem memandang ku. Mengingatkan aku bahawa mereka masih wujud di situ. Eh, lupa pula mereka.

"Oh, ni kawan saya. Yang ni Lia Amina. Yang ni pulak Hanis Zulaika. Korang yang ni... Erm..", aduh aku tak tahu nama pulak. Aku pun tak tanya nama dia. Main panggil akak je.

"Azmera, Azmera D. Panggil je kak Az", aku mengangguk perlahan. Lia memandang wanita itu sambil mengecilkan matanya. Macam pernah tengok!, tapi kat mana? Desis hati kecil nya.

"Takpelah akak pergi dulu. Enjoy your meal. Akak nak jumpa seseorang ni. Bye", aku mengangguk dan segera kembali duduk. Lia memandangku diikuti dengan wajah Hanis yang tertanya-tanya kenapa Lia memandangnya begitu.

"Kenapa kau ni?"

"Aku rasa aku pernah jumpa dia. Tapi aku tak pasti kat mana", Lia melarikan jarinya ke dagunya. Tanda berfikir.

"Salah orang kot. Kau tu banyak jumpa orang. Emtah-entah...."

"Haa... Yesss, i know her!! Dia bekas girlfriends arwah abang aku dulu!!", tercekik aku mendengar kata-kata Lia. Kakak tu? Apa? Pebenda pulak? Bekas apa?

"Hah? Kau ni biar betul?", tanya Hanis pula.

"Betullah, takkan aku lupa", tegas Lia lagi. Abang Lia sudah meninggal 6 tahun dahulu. Masatu umur kitorang baru 20 tahun.

"Dah ada anak dah dia kan. Hmm, untung laki dia. Dia tu dah lah cantik. Lembut pulak tu", Lantas Lia bersuara seperti menyesal pun ada.

"Lah, kenapa pulak kau ni?" tanya ku yang pelik meihat Lia yang seperti hilang mood happynya.

"Kalaulah abang tak kemalangan masatu, mesti dia dah jadi kakak ipar aku. Walaupun abang tak pernah kenalkan dia dengan keluarga, tapi abang pernah tunjukkan gambar dia dekat aku", kata Lia lagi.

"Dah lah tu. Usah dikenang perkara yang dah lepas", seraya ku berkata begitu. Tak mahu pertumpahan air mata berlaku. Ketika kami keluar dari restoran itu, bahuku berlaga dengan bahu seorang lelaki yang baru hendak masuk. Nasib baik berlapik. Tak adalah kuat mana. Tapi cukup untuk buat aku memandang lelaki tersebut. Tapi laki tu blah macam tu je. Nampak seperti dia tergesa gesa. Kot ye pun minta maaflah. Orang zaman sekarang ni kan...

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Mata aku tak nak lelap lagi. Kamera ku dicapai untuk melihat hari gambar hari ini. Di belek-belek gambar tiba-tiba ada satu gambar lelaki berkot maroon dan pergerakannya blur. Rosak gambar Tower Brigde aku. Hmm, dahlah dia ni menghadang gambar aku.

Tiga hari berlalu begitu sahaja. Tiba saatnya, hanya aku dan Hanis yang berada dirumah. Ketika kaki ku gatal nak keluar. Hanis masih melepak dengan telefon dia.

"Nis, keluar jom. Bosan lah", Hanis memandangku terpingar-pingar. Macam aku ni cakap benda salah.

"Aeh, bukan dah keluar ke? 3 hari pulak tu" , memang pun dah keluar. 3 hari dihabiskan bersama bestfriends aku ni.

"Alah, jom lah", aku segera menarik Hanis dan menghidupkan enjin kereta. Nasib baik aku ada lesen memandu antarabangsa. Senang sikit. Hanis cuma merungut kerana dipaksa. Kesian dia. Takpe tunggulah beberapa hari lagi. Nanti aku balik lah.

Punyalah payah aku cari tempat parking, last last jumpa jugak. Baru je aku nak masuk, tiba-tiba ada satu kereta pergi potong aku dan masuk laluan parking tu. Wehhh! Mana tak mendidih darah aku. Aku yang penat-penat cari. Dia pergi masuk tempat tu dulu. Kurang asam.

Aku benda-benda macam ni tak boleh di bawak bincang. Nak kena sedarkan sikit pemandu tidak berhemah tu. Hanis pun sakit hati tengok benda tu. Jangan lagi aku yang memandu ni.

Aku keluar dari perut kereta dan ketika itu juga seorang lelaki keluar dari keretanya itu. Hanis turut keluar bersama dengan penumbuk nya. Sekali pandang, Hanis terus menyimpan penumbuk. Terus dia berlagak sopan. Apa punya kawan lah.

"Sir, if you don't mind can you please let us use this parking place. We found it first", kataku dengan lembut. Ditahan lagi rasa nak hentam orang ni. Lelaki itu hanya memandang ku dengan satu keningnya terangkat. Kenapa pula tengok aku macam aku ni gila.

"Emm, sir? Are you hear me? Im talking to you", kataku sambil mengayunkan tangan ku di depannya. Baik dia sedar cepat.

"Are you drunk miss?", terbeliak mata aku mendengar pertanyaan lelaki itu. Entah kenapalah aku rasa macam nak bagi penumbuk je dekat mat saleh ni. Muka tu tak adalah sebijik macam mat saleh. Sebab dia tak putih sangat. Sah-sah aku bertudung, boleh dia kata aku mabuk.

"What? Excuse me?", aku salah dengar ke dia tanya apa. Dia tanya aku mabuk ke tidak. Ni memang siap dia ni.

"Did you forget to bring your brain sir? Did I look like I'm drunk?", kataku dengan sinis. Aku ni kalau orang dah nak teruskan, aku dh tak boleh bertolak ansur dah. Bukan aku yang salah. Dia.

"No and Yes you do look like a drunk person", katanya lagi. Tak sempat aku meneruskan, lelaki itu terus berlalu pergi dari situ dengan tenang. Hanis pula terus segera menghampiri aku. Wah wah wah, nak je aku bagi lelaki tu rasa kaki aku ni. Biar padan muka dia. Dahlah tak reti minta maaf.

"Miel, dah dah lah tu. Kita cari tempat lain okay", Hanis ni kes dia sebab dia dah cair. Rupa lelaki tu boleh tahan lah. Cuma tu lah. Perangai tak seindah rupa. Aee.. Geram aku.

Lama jugak kitorang cari tempat parking, tapi alhamdulillah nasib baik jumpa. Kitorang sebenarnya pergi shopping complex, itu yang banyak kereta. Satu-satunya sebab aku ke situ, sebab nak belikan hadiah untuk Lia. Tak lama lagi birthday dia. Sempat jugak aku raikan birthday dia sebelum aku balik.

"Miel, kau nak beli apa untuk Lia?", tanya Hanis sambil berjalan beriringan denganku. Tangan ku di paut rapat. Memang bukan aku lah yang pergi shopping ni kalau dah macam ni rupa Hanis.

"Tak tahu lagi. Kita tengok lah dulu", balasku dengan selamba. Itu yang merunsingkan sebenarnya. Nak pilih hadiah Lia lah yang memeningkan otak. Satu-satu kedai yang kitorang masuk. Masih tak jumpa yang berkenan.

"Wehh! Aku penatlah. Beli aiskrim jom", pintaku kepada Hanis yang masih tercari-cari barang yang sesuai. Dia pun hampa. Tiada satu pun barang yang dia berkenan.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C3
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login