Download App
22.22% LAVENDAR DUCASSE / Chapter 2: LAVENDAR Ducasse

Chapter 2: LAVENDAR Ducasse

Bab 2

"Dahlah jom balik. Nak tunggu kau berjejak kasih dengan Hanis sampai besok pun tak sudah", Kata Lia pula.

"Eh, aku pulak. Sayang lah yang rindu sangat dekat aku", kata Hanis sambil memandangku.

"Dia yang peluk kita, kita pulak yang dia kata rindu. Boleh tak Hanis kau panggil aku dengan nama aku sendiri. Kalau orang dengar, nanti orang salah faham. Lavender Aumiel", kataku sambil menegaskan nama penuh ku.

"Haa betul lah tu, nama kau sayang. Aumiel kan maksudnya sayang", aku mencebik. Memang haram Hanis ni nak dengar kata. Ni ayah lah punya pasal. Bagi nama pelik-pelik. Aumiel tu maksudnya sayang dalam bahasa Perancis. Al kisahnya, masa mama mengandungkan aku, diorang pergi perancis. Ayah ni terjebak dengan bahasa diorang. Siap panggil mama dengan gelaran Aumiel sebab maksudnya sayang. Ending dia sampai nama aku sekali dia letak Aumiel. Lavender pula dari datuk. Mahu mengucap aku dengar nama sendiri. Kalau aku ni tak bertudung dan tak di binti kan, rasanya diorang ni tak tahu aku ni islam ke tidak.

"Panggil je Miel kan senang. Kau tu yang banyak songeh", kata Lia pula. Memang kerja diorang lah kalau pasal nama aku, sampai ke besok pun tak sudah. Hanis buat muka. Lia dan aku hanya tergelak melihat kerenah nya.

"Dah dah. Jom gerak. Aku penat ni", aku mengajak mereka untuk pulang. Tak sanggup aku terus berdiri dekat situ. Lenguh kaki aku. Lia ditugaskan untuk memandu. Hanis tak boleh memandu waktu malam. Ceritanya, dia trauma sebab ternampak hantu orang putih. What in the world pulak ada hantu orang putih. Dia sebenarnya penakut.

Sampai je depan pintu rumah diorang, aku ternganga. Wow! Bravo! Diorang punya rumah, sangat-sangat cozy. Rumah tu tak adalah besar mana. Ala-ala eropah punya rumah. Sekali tengok, memang rasa selesa. Sofa pun diorang letak blanket. Warna rumah tu, dalamnya putih dan kelabu. Memang citarasa aku sangat tu. Lepastu diorang letak lilin yang keluarkan wangian tu. Sememangnya mereka berdua ni pentingkan keselesaan.

Lia bekerja dekat syarikat minyak wangi. Hanis pula, youtuber sepenuh masa. Kadang-kadang Hanis buat part time job. Hanis ni keluarga dia kaya. Nampak tak kenapa Hanis manja? Tapi dia jenis yang kuat berdikari. Sebab tu dia pergi ikut Lia sampai ke London. Lia pula datang dari keluarga biasa-biasa. Lia ni jenis yang teliti. Biasalah, dia bekerja dalam syarikat. Tentulah. Dua-dua sahabat aku ni jenis yang tak lupa diri. Kadang-kadang menyampah jugak aku tengok.

Hanis segera bergerak ke dapur. Dapur dia sebelah ruang tamu. British punya style katakan. Yang epik dia, dekat dapur tu diaorang letak bendera Malaysia. Tanah air tumpah darah diorang mestilah tak lupa. Lia pula terus hantar aku dekat bilik. Bilik yang diorang sediakan tingkat atas. Sekali aku buka bilik tu, aku rasa macam nak melompat. Tahu betul diorang apa yang aku suka. Bilik tu sangat-sangat selesa. Dipenuhi art. Wangian Lavender pula tu. Menepati citarasa aku. Bilik tu tak besar mana, tapi ada bilik mandi sendiri. Itu yang best dia. Simple but elegant.

"Kau pergi mandi dulu. Lepastu solat. Kau tahukan masa solat dekat sini? Lepastu turun bawah. Aku rasa Hanis dah ready nak berkung Fu dekat dapur tu", terkekek kekek Lia dan aku ketawa mendengar perkara itu. Pasal solat pulak, memang dah biasa tukar-tukar masa.

"Alright! Kau pergilah bantu Hanis berkungFu", sekali lagi tawa riang memenuhi bilik itu.

"wokey!", sambil menunjukkan simbol okay, Lia segera bergerak ke bawah untuk segera membantu Hanis. Aku pula terus tergolek atas katil. Lembut sangat. Aku tak boleh leka. Sejam lepastu aku segera bergerak ke bawah dan mendapati Hanis dan Lia sedang bekerjasama membuat doh tepung. Habis dapur tu aku tengok. Makanan atas meja tu, memang nampak sedap. Tapi mereka guna tepung buat apa?

"Korang buat apa sampai dapur ni macam kena rompak?", tanya ku yang tak mampu hendak melihat wajah mereka yang dipenuhi tepung.

"Ni haa nak buat Kek Cocomint, tpi tak jadi", Hanis tergelak ketika menjawab pertanyaan ku. Aku menggelengkan kepala sambil berjalan ke arah mereka. Sekali aku tengok, doh diorang penuh dengan air. Memang lah tak jadi. Sampai besok pun tak sudah.

Aku segera menyingsing lengan bajuku dan segera mengambil tepung baru untuk membantu mereka. Nak harapkan mereka, jadi kek banjir ni nanti.

"Lia, kau ambilkan aku senduk tu. Ambilakan aku penyukat sekali", Lia segera bergerak. Aku berada di tengah-tengah antara Lia dan Hanis. Mereka jenuh memerhatikan aku membuat adunan. Macam budak tadika tengok cikgu mengajar. Dalam lebih kurang 15 minit, siap jugak adunan itu. Tunggu dia masak dalam ketuhar lah. Memang itulah kek kegemaran kami bertiga. Sejak kolej. Peneman midterm. Harini tak tahu kenapa kek itu dibuat. Selalunya kek tu dijadikan penghilang stress.

"Korang buat kek ni kenapa? Kena ambik exam lagi ke?", tanya ku disertakan dengan ketawa. Lia hanya memandang wajah Hanis.

"Ni haa Hanis ni, dia kata rindu nak makan", Hanis hanya tersenyum malu. Aku menggelengkan kepala mendengarnya kata-kata Lia. Hanis ni memang. Kami bertiga duduk bersama di meja makan. Menikmati juadah. Alhamdulillah hilang penat aku.

"Aku dah ambil cuti 3 hari untuk kita pergi terokai tempat ni. Nanti aku temankan kau jalan-jalan miel", kata Lia. Baik sungguh dia nak temankan aku jalan-jalan. Takdelah aku sorang-sorang travel kali ni.

"Ha'ah, aku pun nak buat Vlog", dengan itu termaktublah janji kami nak keluar bersama esok. Nak tahu jugak apa yang ada dekat sini.

Usai semua dah siap bersarapan, aku segera ke bilik untuk mengambil beg dan kamera ku. Yang tu, tak boleh lupa. Selepas itu bermulalah perjalanan kami. Hanis mengeluarkan buku notanya. Aku duduk di bahagian tempat duduk penumpang yang berada di depan di sebelah Lia. Hanis pula di belakang. Hanis segera memanjangkan lehernya dan menghulurkan aku buku nota tersebut.

"Apa ni?", tanya ku.

"haih, ni tempat yang kita nak pergi lah. Takkan kau main redah je. Aku buat supaya tak kelam kabut", kata Hanis pula. Ya tak ya jugak. Aku terlupa buat list. Teruja sangat sampai aku lupa tempat yang sepatutnya aku lawat.

"oh yeke. Nasib baik kau ingat. So harini kita nak start kat mana?", tanyaku. Tidak sabar hendak mengetahui tempat yang Hanis sudah rancang.

"Harini kita ke Big Ben dan Tower Bridge. Dua tempat je dulu. Pastu kita singah dekat restauran yang Lia selalu pergi", ujar Hanis. Lia hanya mengangguk dan fokus kepada perjalanan.

"Eh, Big Ben ni boleh masuk ke?", tertanya-tanya jugak aku.

"Siapa suruh kau masuk? Kita pergi dekat kawasan tu je. Tengok-tengok. Selalunya ada orang yang jual kraftangan yang cantik-cantik. Nanti boleh lah kau beli bawa balik Malaysia. And kau boleh lah ambil gambar tempat tu sekali. Kau kan suka buat macam tu", Lia pula bersuara. Hanis hanya tergelak mendengar pertanyaan ku yang tak berapa nak bijak tu.

"okay fine", aku segera memainkan lagu di dalam kereta itu. Terpekik terlolong kami bertiga menyanyi. Suara tu tak adalah sumbang mana. Boleh je menyanyi.

Sampai ke kawasan tu, aku tengok ramai yang lalu lalang dekat situ. Ada yang berjual beli dekat kawasan tu. Tapi aku tak boleh lari dari melihat pemandangan gah di depan mata. Melihat menara jam di depan mata itu, aku teringatkan zaman kanak-kanak. Kalau kau perempuan, kalau kau tengok cerita kartun, kau tahu lah.

"so im here with my lovely bestfriends, Lia and Aimiel....", lantas telinga ku mendengar suara Hanis yang sudah siap berdiri di hadapannya, sambil memegang kamera. Buat Vlog lah tu. Lia pula berpeluk dengannya di situ. Comel pulak aku tengok. Aku segera mengambil gambar mereka tanpa pengetahuan. Terukir senyuman manis di bibir melihat karenah mereka. Selesai mengambil gambar aku mengelilingi kawasan itu.

Selepas lama berjalan mengelilingi tempat itu dan Tower Bridge, Lia mengajak ku dan Hanis mengunjungi satu tempat yang istimewa. Very special katanya.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni sebenarnya ?", tanya ku yang sudah tidak sabar. Dari tadi aku perhati je si Lia ni memandu. Hanis pula diam. Dia sudah penat lah tu.

"Alah adalah. Special. Aku baru teringatkan tempat tu. Kau sabar lah. Korang mesti suka", lantas Lia bersuara sambil tersenyum.

"Hmm...kau dengar ajelah cakap dia miel, kalau tanya dia, sampai besok tak sudah. Aku dah lah lapa", rungut Hanis sambil menyentuh perutnya mengisyaratkan warga-warga askar dalam perutnya tengah berperang.

"Haa.. Yang tu kau jangan risau", setelah berkata begitu, Lia menghentikan keretanya di tempat letak kereta. Dia segera mengarahkan kami berdua mengikutinya. Ikut ajelah. Entah kemana dia mahu pergi. Tiba-tiba aku terpegun melihat sebuah bangunn di depanku. Monumen ke? Luarnya seperti istana. Hanis lagilah ternganga mulut.

LAVENDAR DUCASSE

Nama itu tertulis besar di hadapan tempat itu. Sungguh gah dan menarik perhatian. Siap ada ukiran halus di dinding-dinding luar. Memang wow lah.

Ketika berada di tempat tersebut, Lia membawa kami masuk. Tangan Hanis diheret dengan mulutnya yang masih ternganga. Ketika menjejakkan kaki di situ, aku terpesona melihat keanggunan tempat itu. Tempat yang menarik perhatiannya itu ialah sebuah restoran mewah. Sepertinya ramai yang berstatus tinggi makan di sini. Hanis dan aku berpandangan antara satu sama yang lain. Kami sama-sama rasa tidak senang. Hey!! Apa kejadahnya bawa masuk restoran mahal-mahal macam ni. Kering aku kalau macam ni.

Lia pula seperti tengah bercakap dengan seorang lelaki yang mengenakan kot hitam. Nampak seperti lelaki itu manager tempat itu. Lia mengangguk dan pelayan segera datang menghampiri aku dan Hanis lalu segera mengarahkan kami berdua mengikutinya. Hanis dan aku hanya menuruti kemudian Lia datang. Tempat yang kami duduk sedikit jauh dari orang ramai. Jadi lebih sunyi dan tenang.

"Hey Lia, kau dah kenapa?", tanya Hanis dengan nada berbisik.

"Nothing, aku cuma nak belanja korang makan sini. Lama dah aku nak pergi, tapi selalu tak ada masa. Jadi harini aku nak menikmati hari cuti aku", katanya dengan tenang.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login