Download App
9.09% Cinderella seorang Putera / Chapter 3: Bab 3 : The Devil

Chapter 3: Bab 3 : The Devil

Jantung Orange berdegup kencang. Tangannya menggeletar menahan panik. Dia sudah tidak mempedulikan mata-mata rakan sekelasnya yang memerhatikannya. Fikirannya bercelaru dan semakin kusut. Dia mengomel sendirian memarahi dirinya.

"What happen? You look miserable. Anything happened?" Corina yang baru kembali dari kantin menegurnya. Orange tidak menjawab dia hanya menggelengkan kepalanya.

"You lost something? Tell me what. I'll help you to find it." Ujar Corina sambil menarik kerusi di sebelah meja Orange.

"Do you remember my pink book? The one that has ribbon on it. I forget where did put it. I thought i have put it in my bag this morning." Orange bertanya sambil terus menyelongkar begnya.

"Don't you bring it with you when you are going outside before recess?" Corina menjawab sambil melihat telefon bimbitnya.

Corina terhenti seketika. Ya, dia membawanya keluar ke pondok ketika menanti Mrs.Velma masuk ke kelas mereka. Kemudian Corina meminta supaya menemankannya ke tandas dan dia pergi. Buku itu...

Orange bingkas bangun dari duduknya dan berlari keluar ke pondok tadi. Corina yang terpinga-pinga hanya melihat gelagat sepupunya itu. Orange terbongkok-bongkok mencari bayangan bukunya di sekitar pondok tersebut. Mustahil ianya diterbangkan angin kerana buku tersebut berat atau seseorang sudah mengambilnya? Orange menggeleng pantas. Tidak mungkin. Dia seakan mahu menangis sekuat-kuat hatinya. Buku itu merupakan nyawanya. Dia tidak pernah berpisah dengannya. Semua perkara yang dia tidak pernah luahkan kepada orang lain, dia coretkan kesemuanya di dalam. Dari luahan hati sedih,gembira,marah, kecewa dan Caleb. Iya, tentang Caleb. Perasaannya kepada Caleb dia coretkan semuanya di dalam diarinya. Bagaimana kalau orang lain sudah menjumpai buku tersebut dan membacanya? Kemudian menyebarkannya kepada orang lain. Orange menelan air liurnya, pahit.

"Looking for this book?" Satu suara menegurnya dari belakang.

Orange menoleh pantas. Noah tersenyum nakal sambil ditangannya buku berwarna pink. Itu diarinya! Noah telah menjumpainya? Noah the devil?

"i think your name wrote on it. So, this must be yours." Ujarnya lagi sambil membuka buku tersebut.

"Stop! Thats my book. Thank you and can you give me my book? It really important to me." Buat pertama kalinya, Orange bersuara dan bercakap dengan orang lain yang bukan tergolong sebagai gurunya atau saudaranya. Dia tidak peduli. Dia hanya mahukan diarinya sahaja. Noah mengangkat keningnya dan menutup buku tersebut kembali.

"So, kalau sangat penting. Kenapa buku ini diletakkan sembarangan? Saya ingatkan buku nota tadi, rupanya..." Noah tidak meneruskan kata-katanya tetapi hanya tersenyum simpul penuh makna.

Don't say, he read it! Orange mengetap bibirnya geram. Mahu sahaja dia pergi dari situ secepat yang mungkin. Namun, diarinya masih di tangan Noah.

"Misplaced. Human make mistake." Ringkas jawapan Orange, matanya tidak lepas memandang diarinya ditangan Noah.

"Don't worry. I didn't 'read' it. I just open it to see whose mine is this book and i saw your name on it."

Orange menghela nafas lega. Walaupun dia kurang pasti sejauh manakah kebenaran kata-kata itu. Dia kenal siapa Noah aka Noah the devil. Lelaki paling popular dan tampan dan aktif dalam sukan dan bijak serta merupakan pewaris tunggal legasi perkapalan bapanya. Semua orang sukakan Noah dan memujanya seperti seorang dewa. Mahu menjadi sahabatnya dan kekasihnya. Dia? Bagi Orange, Noah itu umpama devil kerana angkuh dan sombong serta sangat mengagung-agungkan dirinya.

"So,can i have my book back?" Orange bertanya perlahan.

Dia bencikan lelaki itu tetapi dia tidak mahu Noah tahu supaya dia mengembalikan diarinya. Noah tersenyum lagi kemudian melangkah setapak menghampiri Orange. Membuatkan gadis itu mengundur setapak ke belakang kerana terkejut.

"Damn. I saw his name so many times in this book or should i say...your diary. But didn't saw my name even a single time." Kata-kata Noah yang separuh berbisik itu seakan menyengat di telinganya.

Oh,my God! He read it! But...

Orange memandang Noah dengan muka marah. Badannya menggigil menahan marah atau malu? Dia sendiri tidak tahu perasaan apakah yang dia rasakan pada ketika itu.

"How rude you are! That is my secret book! I mean you have cross the line. You can't take the book that isn't yours and read it like it was a novel from the library!" Suara Orange bergetar menahan marah.

Buat pertama kalinya dia marah dengan orang yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengannya. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. Dia tidak tahu di mana dia perlu meletakkan mukanya lagi. Dunianya seakan runtuh.

Noah yang masih memegang buku itu hanya memandang tanpa sebarang perasaan.

"If you know that this book is so important to you. You should keep it safe and didn't put it anywhere carelessly. Its not my mistake to took it and read it but you are. So, stop blaming and accusing other for your mistake."

Selesai dengan kata-katanya, Noah melemparkan diari Orange tersebut ke tanah dan melangkah pergi tetapi sempat berbisik di telinga Orange.

"Tak ada gunanya awak menyukai 'dia' kerana tidak mungkin dalam kehidupan ini atau akan datang 'dia' akan menyukai awak. Berhenti berharap. Weirdo." ujar Noah sambil tersenyum sinis.

Orange terdiam. Matanya memandang diarinya itu. Air mata yang tadi bergenang kita menitis di pipinya. The devil really got her attention!


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C3
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login