Download App
33.33% Mahou Shoujo Primula (Malay) / Chapter 10: Bab 3.1 – Mengapakah kawan perempuanku yang baru dikenali dan sahabat sejak zaman kecilku perlu berperang?

Chapter 10: Bab 3.1 – Mengapakah kawan perempuanku yang baru dikenali dan sahabat sejak zaman kecilku perlu berperang?

Bahagian I

Aku, Kurosaki Yami, yang baru bangkit daripada tidur, agak lewat tidak seperti kebiasaannya. Tidak hairan, aku memang sengaja lambat bangkit kerana cuti hari Ahad. Aku pun membasuh mukaku sebelum turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Aku menuju ke ruang makan dan melihat hidangan pagi sudah terhidang di atas meja. Pinggan berisi itu dibalut kemas supaya tidak dicemari lalat atau serangga perosak. Aku membuka bungkusan plastik itu, lalu memanaskannya menggunakan oven kecil. Di atas meja itu juga, aku mendapati ada nota yang ditinggalkan oleh 3 penghuni rumahku. Mai dan Aya, mahou shoujo yang menetap bersamaku dan menjadi dalang yang mengubah suai rumahku ini, telah keluar awal-awal pagi lagi untuk melaksanakan "misi" mereka yang tidak aku ketahui. Manakala "adik tiriku", Eri pula telah meminta izin untuk pulang ke rumah agamnya bagi menguruskan hal peribadi keluarganya. Secara jujurnya, aku lebih suka apabila rumah sunyi sebegini.

"Ding dong..." Bunyi loceng pintu kedengaran tetapi tidak masuk ke telingaku kerana aku ralit berangan memikirkan situasi baharu di rumahku kini. Aya dan Mai masing-masing bermusuhan dan bersaing satu sama lain dengan pelbagai alasan diberikan. Eri selalu menekan tentang dirinya sebagai 'adik tiri' yang prihatin dan mempunyai tanggungjawab untuk menjagaku. Aku pun masih tak faham mengapa Eri memanggil aku "Nii-sama" (abang) sedangkan umur kami sama, walaupun hanya berbeza bulan? Setelah oven kecilku berbunyi, aku mengeluarkan makanan yang dimasak oleh Aya ini untuk sarapanku hari ini. Selalunya, hari ahad ini aku tidak bersarapan, sebaliknya terus makan tengah hari di restoran keluarga atau menikmati mi segera yang kusimpan jika malas keluar rumah. Sejak Aya tinggal di rumahku, inilah kali pertama aku bersarapan seperti orang lain.

"Ding dong..." Bunyi loceng pintu kali kedua mengembalikan aku pada dunia realiti. Ada tetamu di luar, tetapi siapakah pula yang mahu datang pagi-pagi buta ini?

"Ya... ya.... Saya datang..." Ujarku lalu bangkit dari tempat duduk dan menuju ke arah pintu.

"Siapa?" Aku memulas daun pintu lalu membukanya. Aku mendapati ada seorang gadis, yang aku kira seperti budak sekolah rendah kerana saiz kecilnya itu, berdiri berhadapan aku. Susuk wajah dan rambut keemasan yang diikat pada di kiri dan di kanan (twintail) serta warna matanya seperti zamrud itu, menunjukkan dia bukannya orang Jepun. Aku masih tenang walaupun didatangi tetamu asing itu, menegurnya;

"Hello, can help you?" Aku, pelajar pintar Sekolah Tinggi Harima ini, fasih bertutur bahasa Inggeris, tetapi gadis kecil itu ketawa kecil, lalu menjawab.

"Ohayou Yami-sama.... Saya Aria Sinclair, orang yang bertanggungjawab menguruskan "Así̱mi Af̱xí̱thi̱ke"..." Si gadis comel menunduk hormat, membicarakan sesuatu yang aku tidak tahu. Dia fasih berbahasa Jepun?

"Kamu mengenali aku?! Apa yang kamu maksudkan dengan A-asimi bla bla itu....?" Aku pelik dengan istilah disebutnya. Aria Sinclair tersenyum lagi, tetapi bukannya bermaksud untuk menyindir atau menghinaku.

"Así̱mi Af̱xí̱thi̱ke, atau dikenali sebagai Ros Perak... Itulah nama organisasi atau kumpulan mahou shoujo yang diketuai oleh Master Aya. Saya pasti awak mengetahui bahawa Amamiya Aya bukannya insan biasa, sebaliknya pahlawan sakti yang mempertahankan dunia, bukan...?" Terang Aria Sinclair.

"Oh, begitu... Tunggu! Diketuai oleh Aya?! Ehhhh..... Kenapa tiada sesiapa yang beritahu aku tentang hal ini!?" Aku terkejut dengan kata-kata Aria Sinclair itu.

"Oh? Dia tidak memberitahu awak? Saya fikir Master atau Mai telah menerangkan hal ini kepada kamu. Oh ya, Mai juga ialah salah satu daripada ahli kumpulan Ros Perak, dan merupakan apperantis kepada Master Aya... Saya pula merupakan penasihat untuk kumpulan ini." Kata Aria Sinclair lagi lalu masuk ke rumahku sambil mengheret bagasi pakaiannya tanpa menunggu pelawaanku.

"Tunggu... Mengapa kamu bawa beg bagasi ke dalam rumah aku?" Soalku mencari kepastian tindakan gadis kecil itu.

"Tentulah untuk tinggal di sini, tee hee..." Kata Aria Sinclair, menunjukkan gaya keanak-anakannya kepadaku. Aku garu kepala lagi. DAN MASALAH BAKAL BERTAMBAH LAGI!

"Jangan ber'tee hee' dengan aku! Dengar sini, kamu tidak boleh tinggal di sini...!" Aku memegang bahu Aria cuba melontarkan bantahan dan rungutanku kepada gadis tersebut tetapi 'kebetulan' ini memang merupakan sesuatu yang menakutkan....

"Tadaima (saya sudah pulang), nii-san, awak sudah bangun? Saya.... Eh....?!" Beg tangan Eri jatuh daripada bimbitannya, dan dia bagai terkejut dengan situasi yang berlaku di hadapannya kini.

"Kami dah pulang! Eh, Aria! Cepatnya awak sampai ke rumah ini. Saya fikir awak akan tiba tengah hari nanti... Yami-san, awak..... Eh...?!" Sama seperti Eri, Aya memberikan reaksi terkejutnya apabila melihat aku dan Aria merapati satu sama lain.

"Oh... Citarasa Yami-sama memang luas, lolikon (penggila gadis muda)!" Kata Mai, cuba menahan rasa kemarahannya sambil menjeling ke arahku. Tunggu dulu, mengapa mereka bereaksi sedemikian? Bila difikirkan balik situasi sekarang, aku yang sedang berseluar pendek dan bersinglet, sedang berdua-duaan dengan Aria, seorang gadis yang aku tidak tahu-menahu perihalnya. Lebih teruk lagi, jarak antara kami begitu rapat, dengan tanganku ini berada di bahu Aria, seolah-olah dalam situasi bermesraan sebagaimana digambarkan dalam layar perak dan televisyen. Dan paling malang sekali, reaksi aku ini membuatkan Aria yang sadis itu, mula bergenangan air mata buayanya, cuba mengeruhkan keadaan berlagak seakan-akan aku memaksanya untuk berkeadaan sedemikian.

"Ja-jangan bu-buli saya..." Kata Aria mengalih wajahnya daripada pandanganku, seperti gadis sunti yang pertama kali didekati oleh lelaki. Cis, perempuan kecil licik ini berlakon seolah-olah aku yang sedang menggodanya. Maaf, aku tiada kecenderungan kepada gadis loli seperti kamu!

"Yami-san... Saya tidak sangka awak...." Aya tidak menghabiskan kata-kata itu, tetapi aku tahu sambungan ayat itu.

"Err.... Tunggu dahulu kalian, a-aku ada alasan aku sendiri..." Aku mula menggelabah dan cuba mencari alasan yang sesuai, memandangkan mata mereka telah mengecop aku sebagai lolikon dan kini berada dalam kemarahan akan salah faham itu.

"Nii-sama, tidakkah saya cukup comel untuk awak!" Eri menarik lenganku. Apa yang kamu merepek ini, adik tiriku!?

"Yami-sama, kamu tidak boleh mengabaikan Master Aya begitu sahaja! Awak perlu bertanggungjawab ke atas apa yang awak lakukan pada master!" Mai juga menunjukkan rasa tidak puas hati. Kenapa pula aku perlu bertanggungjawab atas Aya? Mai, bukankah Aya jagaan kamu?!

"M-mai..." Aya rasa gembira dengan kata-kata Mai, tetapi bukan aku. Kenapa pula Aya kemerahan pipinya tanda malu?!

"Mai! Jangan kata sesuatu yang boleh disalah tafsir!" Jeritku, rasa gelabah dengan kata-kata Mai. Aku keliru melihat respons gadis-gadis muda di hadapanku ini.

"Selepas awak melakukan "sesuatu" terhadap saya..." Aria Sinclair menambahkan api kemarahan mereka, menyebabkan aura bunuh memancar ke arahku kini dari dua arah.... Grr... Budak loli ini!

"Apa semua ini!?" Eri menarik kolar aku, meradang dengan kenyataan Mai dan Aria tersebut. Aku sudah hilang punca.

"Kenapa Neo-Saint boleh berada di sini...?" Soal Aria, memandang tepat ke arah Eri. Dia menghampiri Eri sambil merenung sesuatu pada bahagian dada Eri. Eri melepaskan kolar aku, lalu menjauhkan diri daripada Aria Sinclar dan membisu seribu bahasa. Kata-kata itu membuatkan aku tertanya-tanya situasi demikian.

"Neo-saint?" Soalku.

"Ne... Ummmph..." Mulut Aria ditutup oleh Mai, seperti menghalang kata-kata Aria yang seterusnya.

"Maafkan saya, Aria selalu mengarut apabila melihat orang lain yang tidak dikenalinya, bukan?" Mata Aya menjeling ke arah Aria, dan memancarkan aura bunuh ke arah gadis cilik itu. Gadis itu berpeluh, lalu tersenyum sumbing.

"Ahahaha.... Betul kata Aya-sama ... 'Gulp'..." Aria yang sudah dilepaskan oleh Mai mula berkata dengan berhati-hati. Aku menggelengkan kepala, malas melayan mereka semua.

"Aku ke bilik dahulu untuk menukar pakaian..." Aku meninggalkan mereka bertiga lalu menuju bilikku di tingkat dua. Aku sempat menjeling reaksi mereka. Gadis-gadis tersebut menarik nafas lega, kerana aku tidak mempersoalkan situasi yang berlaku sekarang. Aku enggan menambahkan lagi bilangan rahsia mahou shoujo kerana hal itu pada akan membawakan konfliks yang lain kepadaku kelak!

.......................................

Aku mengambil kepurusan untuk keluar dari rumah menuju ke kawasan beli-belah di daerah Harima ini bagi mengisi waktu lapangku kini. Aku jarang-jarang ambil angin di kawasan ini kerana enggan berada kelompok masyarakat. Namun, kali ini merupakan suatu pengecualian untuk segala-gala. Alasan aku mudah, mencari ketenangan daripada kecamuk jiwa. Rumahku kini sudah menjadi 'medan peperangan'. Belum cukup Eri, Aya dan Mai, muncul pula kelibat Aria Sinclair. Sungguhpun bertubuh kecil, gadis itu sebaya denganku. Aku tidak percaya pada mulanya, tetapi setelah diyakinkan oleh Aya dan Mai, aku terpaksa menerima kenyataan itu. Aria juga merupakan ahli mahou shoujo seperti Aya dan Mai.

Aria merupakan seorang genius muda yang memiliki kelayakan tertinggi dalam pendidikan. Dia telah ditugaskan mengendalikan alat dan perkakasan mahou shoujo. Aria amat diperlukan oleh Aya kerana tanpanya, kekuatan kumpulan Ros Perak yang diketuai Aya bakal menghadapi masalah. Setelah berdebat dan berunding denganku, akhirnya aku terpaksa mengalah dengan keputusan itu. Aku telah membenarkannya tinggal di rumah aku. Lagipun terdapat bilik-bilik kosong di rumah itu masih belum terisi, dan sememangnya sengaja dibina untuk kemudahan Aria menetap di situ. Lebih mengejutkan aku, dalang sebenar pembinaan rumah baharu aku dalam masa tidak sampai sehari itu ialah Aria! Seolah-olah legenda Hideyoshi yang membina kubu Sunomata dalam menghadapi musuhnya di Mino! Sememangnya genius, gadis muda bergelar Aria ini. Setelah keputusan itu dibuat, Aria secara rasminya menjadi penghuni rumah tersebut. Aku yang tewas sekali lagi kerana membenarkan Aria (selepas Aya dan Eri) menceroboh kehidupanku, mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar. Sedang aku berjalan tanpa hala tuju, aku tiba di sebuah restoran yang cukup aku kenali.

"Yaa-kun, singgahlah di kedai pak cik!" Jerit ayah Saaya, Tamano Nobori-ojiisan yang kebetulan ternampak aku dari jauh. Kedai ramennya popular, terutama pada waktu malam. Waktu siang sebegini, Ojii-san belum membuka kedainya sehingga lewat petang. Dia akan menggunakan masa ini untuk membuat pati rahsia yang membuat ramennya berkualiti tinggi. Malah, mi yang digunakan juga ialah hasil buatan sendiri, bukannya dibeli seperti restoran yang lain.

"Baiklah..." Aku pun masuk ke kedai tersebut. Ojii-san dan aku memang rapat. Dia selalu bergurau supaya aku mengahwini Sacchan apabila besar nanti. Sacchan tidaklah secantik Aya, tidak juga seanggun Eri dan semanis Mai. Tetapi, Sacchan mempunyai kecantikan tersendiri. Dia ialah gadis "normal" yang aku hormati. Biarpun tidak memiliki kebijaksanaanku dalam akademik terutamanya subjek Matematik, tetapi Saaya akan rajin berusaha mengatasi kelemahannya. Dia selalu merujuk kepada aku dalam hal-hal akademik dan rajin bertanyakan soalan jika dia tidak memahaminya. Aku begitu menghormati usahanya, lantaran bangga sebagai teman sepermainan dari usia setahun jagung setampuk darah lagi.

"Ramen, sudah siap!" Ojii-san menghulurkan ramen yang berasap hangat itu. Tampak enak seperti biasa. Seleraku membuak-buak menyebabkan aku mencapai chopstik di dalam bekas khas berdekatan lalu menyauk beberapa urat mi yang terendam dalam sup enak masuk ke mulutku.

"Slurp.... Mmmm... Sedap seperti biasa..." Pujiku, ikhlas kerana ramen ojii-san memang sangat empuk dan enak. Biarpun masih panas berasap, mulutku tidak henti menjamu hidangan istimewa ini. Melihat reaksi bahagiaku, ojii-san meluahkan sesuatu, yang aku tidak ingin dengar.

"Pak cik ada sesuatu yang ingin khabarkan kepada kamu..." Nada Nabori-ojiisan sangat serius. Aku menelan air liur. Firasatku menyatakan bahawa ada sesuatu yang bakal mendatangkan masalah akan menimpaku jika aku terus menedengar ujaran orang tua itu. Lelaki separuh umur itu masih tenang walaupun aku memberikan reaksi negatif terhadap luahnya itu.

"Apakah perkara itu?" Soalku, serius. Suapanku juga terhenti, mendengarkan saspens yang bakal dihadapi...

"Pakcik mahu kamu mendengar kata-kata ini dengan hati yang tenang..."

"Ya, saya faham...." Balasku.

"Sebenarnya..."


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C10
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login