Download App
Pengakhiran Cinta Pengakhiran Cinta original

Pengakhiran Cinta

Author: nrlaqila

© WebNovel

Chapter 1: Bencana Bunyi

Kringg! Kringg! Kringg!

Menjerit-jerit jam loceng berdering memaksa hamba Allah yang sedang tidur agar segera bangkit. Lysha yang berada di katil tingkat atas sudah pedih telinga kerana bencana bunyi yang nyaring dan menganggu lena tidurnya tetapi si empunya tuan loceng masih lena tidur di ulit mimpi indah.

Batas keimanan lysha sudah menipis mana tidaknya belum pun sampai satu jam dia dapat lelapkan mata dah ada yang berani menganggu tidurnya. Jam menunjukkan pukul lima pagi semasa lysha melangkah keluar dari perpustakaan kerana mengulang kaji pelajaran bagi peperiksaan akhir 'entrepreneurship' yang bakal diduduki pada keesokan harinya.

Lysha segera bangkit dari katilnya lalu turun kebawah menerusi tangga dan tanpa membuang masa dia menekan punat pada jam loceng untuk mematikan bunyi nyaring yang dikeluarkan. Jam menunjukkan pukul lima setengah pagi, sebentar lagi azan subuh akan berkumandang bagi peringatan buat hambaNya agar segera bangkit untuk mengadap Ilahi.

Tanpa membuang masa lyshaa segera mengoncang tubuh badan intan adrina memaksa rakan sebiliknya itu agar segera bangkit.

'Intan ooo intan, bangkit lah intan dah pukul berapa dah ni. Nanti kau terlepas waktu subuh'. Intan yang terkejut dengan goncangan rakannya itu segera bangkit sambil mengonyoh-gonyoh biji matanya dan apabila dia sudah sedar dia memandang pelik lyshaa yang sedang bercekak pinggang sambil melihat dirinya.

'kau dah kenapa tercegat kat situ? pukul berapa kau balik bilik? Eh kejap, jam loceng aku rosak lagi ke?' bertubi-tubi soalan intan.

'jam loceng kau tak rosak pun, aku yang matikan sebab nak berdarah telinga aku ni tau dengar loceng tu menjerit-jerit. Pukul lima tadi aku sampai bilik, baru nak beradu dah kena bangkit kejutkan kau. Cubalah ajar diri tu belajar bangun pagi sendiri, kalau aku takde ke macam mana?' biarpun dirinya mengantuk tetapi dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mensekolahkan intan. Biar padan muka dia.

Intan hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. seperti biasa kalau lysha membebel, dia hanya mampu tersengih dan mengiakan sahaja kalau tidak mahu rakan sebiliknya itu akan merajuk dua tiga hari. Intan sudah masak sanggat dengan perangai lysha kerana mereka sudah berkawan dari mula dia menjejakan kaki di UiTM ini sampailah sekarang mereka cuma tinggal satu semester sahaja di universiti ini.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C1
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login