Download App
75% Siapa aku di hatimu / Chapter 15: Pilihan

Chapter 15: Pilihan

Beberapa kali rumah nenek didatangi oleh beberapa orang tetamu yg aku tidak kenali. Semuanya adalah tetamu ayahku. Abang ku adalah orang kanan ayah. Mana mungkin mereka tidak mengenalinya. Setiap tetamu yg hadir mesti melalui abang, barulah dapat berjumpa ayah. Aku dapat rasakan sesuatu yg buruk akan berlaku. Aku dan nenek tidak masuk campur urusan ayah. Cuma kadang-kadang semua tetamu itu mengenali kami. Walaupun aku tidak berapa faham, tapi aku dapat rasa yg ayah cuba memulakan semula empayarnya yg sudah lama terbengkalai. Sekarang adalah masanya itu dia naik semula.Tambahan pula musuh ketatnya , Dato' Malik sudah pun pergi, lagi senang urusannya, tiada persaingan. Abang pula makin hari semakin suka melihat ayah mahu kembali. Petang itu, setelah semuanya pulang, aku melihat ayah sedang seronok mengira beberapa keping helai duit sambil ketawa. Aku datang mendekati ayah dan cuba mengemas beberapa biji cawan kotor yg telah di minum oleh tetamu-tetamu yg tak di undang. Sekali sekala aku menoleh ke arah ayah dan memberi senyuman padanya. Apabila dia memandangku, dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan berlalu meninggalkanku begitu sahaja. Aku naik berang. Kejadian ini bukannya kali pertama. Dalam keadaan marah, aku mengejar ayahku yg hampir masuk ke kamar beradunya. Tangannya yg mencapai tombol pintu dan aku menarik tangannya. " Kenapa dengan ayah asyik mengelak dari Liya? Apa salah Liya? Apa dosa Liya?" suaraku agak menengking. Nenekku tiba-tiba keluar dari biliknya dan meluru ke arah aku. Dia memegang bahuku tanda menyabarkan hatiku yg sedang panas. " Kau boleh tanya apa dosa kau? Besar! Cukup besar! kau faham tak!" ayah membalas. Air mataku lantas keluar dengan tiba-tiba. Dia tidak mengendahkannya. Hatinya kental dan membatu. " Kenapa ayah layan Liya macam org asing? Macam tak pernah wujud dalam hidup ayah. Apa salah Liya?" Suara ku kali ini agak mendayu. Dia menoleh ke arah ku dan memcampakkan beberapa keping gambar semasa aku dan Haziq di Thailand di atas mukaku. "Kau takkan tak tahu, yg suami kau tu anak si Malik sial tu?" aku mengutip gambar itu sambil mengelap air mata. " Mana ayah dapat gambar-gambar ni?" aku menyoal. "Mana aku dapat tak penting. Kalau kau nak aku mengaku kau anak aku, kau minta Haziq ceraikan kau.Baru aku akan terima kau sebagai anak aku." Ayah memaling ke arah daun pintu biliknya. "Ayah jangan la macam ni. Haziq bukan yg macam ayah sangka." Ayah memandangku. " Jadi kau nak cakap aku yg salah lah? Yang larikan mak kau dulu bukan salah aku pun.." marahnya. Raut wajahnya seperti kesal dengan kenangan lalu. Nenek memandangnya. "Sudah la, Auf. Perkara itu dah berlalu. Jangan la panjangkan lagi. Diorg dah bahagia dan dah berkawin pun.Dulu masa kau nak dengan si Izah, Kau tahu yg Izah tu suka pada Malik. Kau tetap nak jugak sampai mereka terputus hubungan dan kau plak yg ambil kesempatan pada Izah. Sampai Izah mengandungkan Azizul. Kau tak ingat ke? Bila Izah dapat berhubung dengan Malik semula, kau tentang hubungan mereka habis-habisan padahal kau tahu yg Izah memang dah lama cintakan Malik bukan kau. Kau yg tak dapat nak terima hakikat tu hingga kau sendiri yg jatuh sakit. Anak-anak tak salah dalam soal ini, Auf. Cuba la terima hakikat ini." panjang lebar nenek bercerita utk membela ku. Dia memandang sinis padaku. "bahagia kau cakap.. Kau tak kenal Hazim, kalau dia cakap dia nak, sama macam bapak dia. Pasti dia akan cuba dapatkan. Ayah boleh rasakan sebenarnya Haziq itu adalah satu rancangan Hazim utk jatuhkan aku. Kalau kau tak percaya, kau tengok lah nanti. Aku pasti yg Si Haziq tu mesti ada perempuan lain dibelakang kau. Aku dapat rasa diorang ni ada niat jahat bukan seperti yg kau sangka dan fikirkan selama ini. Kalau kau betul nak jadi anak aku, kau mesti tinggalkan Haziq. Itu keputusan aku! Kalau kau tidak, terserah." Ayah tetap dengan keputusannya dan menghempas daun pintu dengan kuat hingga aku terkejut. Nenek masih menenangkan aku. Lama aku memerhatika daun pintu bilik ayah dan akhirnya nenek membawaku turun kebawah. Nenek meminta kak Zaitun menyediakan minuman di halaman luar dan ketika itu lah nenek mula membuka cerita tentang ayah dan mak.

Mak dengan ayah sudah berkawan sejak dari kecil. Rumah mak dah ayah amat dekat. Berjiran. Hampir setiap hari mereka akan keluar bersama. Suatu hari mak dapat sambung belajar kt London. a

Ayah hanya dapat terima masuk ke Uitm di dalam malaysia sahaja. Sebelum mak berangkat, ayah telah meluahkan perasaannya pada mak. Tapi masa tu mak cakap dia hanya anggap ayah hanya kawan, tak lebih dari tu. Sebab mak tidak mahu beri harapan pada ayah masa tu. Dia juga takut tidak dapat tunaikn janji nanti. Lebik baik jangan tinggal harapan pada ayah. Itulah apa yg mak fikir masa tu. Ketika mak belajar disana, ada juga mak kirim kan surat pada ayah. Mula-mula tu ok je hingga suatu hari mak bagitahu dia yg dia sudah pun ada kekasih disana dan bila balik ke malaysia, mereka mahu berkahwin. Bertambah berang ayah bila dapat tahu yg ayah Haziq ni adalah rakan karib dia sendiri. Selepas pulang, hampir setiap hari mak akan kirimkan surat pada ayah utk di poskan kepada ayah Haziq. Namun sejak pulang tiada langsung khabar berita. Lepas beberapa tahun tiada kata, mak mengambil keputusan utk cari ayah Haziq. Tapi di halang oleh ayah kerana tidak mahu tengok mak terseksa sentiasa merindui ayah Haziq. Jadi dia percayakan ayah dan mendengar kata ayah. Lepas beberapa bulan kemudian, ayah datang merisik mak. Pada mulanya mak tidak menerima risikan ayah, namun atas desakan keluarga, mak relakan. Tapi sepanjang hari mak bagaikan gila bayang merindui ayah Haziq. Ayah bertambah marah sebab masa tu mak sudah pun menjadi tunangan ayah. Suatu hari, masa mak tinggal sendirian di rumah. Ayah amat marah pada mak dan datang merogol mak kau yg sedang lena tidur sendirian di rumah hingga mak sudahpun mengandungkan abang Azizul. Barulah mak setuju utk berkahwin dengan ayah. Tapi ketika mereka kawin mak masih merindui ayah Haziq. Jadi utk elakkan dia duduk bersahaja dan termenung di rumah, ayah menyuruh mak bekerja. Rugilah dengan kelulusan yg tinggi dan bagus jika hanya duduk dirumah. Pada masa tu Azizul telah pun dijaga oleh nenek. Semasa bekerja itulah, dia berjumpa semula dengan ayah Haziq. Mak tertanya juga kemana hilangnya ayah Haziq selama ini tiada khabar berita. Ayah Haziq kata yg mak tidak pernah berutus sepucik surat pun padanya dan dia juga pernah datang ke rumah mak, tapi masa tu dia dapat tahu yg mak sudah pun bertunang dgn ayah. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mak, jadi dia telah pun menerima paksaan dari keluarganya utk bernikah dengan pilihan keluarganya juga. Di belakang ayah, dia mula keluar berjumpa bersama dan bercinta berputik kembali. Banyak kali mereka berjumpa hingga ayah dapat hidu sesuatu terjadi pada mak. Tidak lama selepas itu, mak bersalinkan aku dan pada masa itu juga mak dapat tahu tentang kerja ayah Haziq dan ayah yg kurang baik itu. Bagi mak kalau dah dua-duanya kerja kurang baik, lebih baik memilih utk pergi pada cinta hati. Genap aku umur 3 bulan, mak mengambil keputusan utk kawin lari bersama ayah Haziq. Bila ayah dapat tahu, ayah kerahkan semua anak-anak buahnya turun mencari mak dan pada masa itu juga, Hazim masih remaja dan turut turun bersama anak-anak buahnya memcari ayahnya. Mak dan ayah Haziq menaiki kereta melalui lebuhraya. Akibat terlalu laju, ianya terbabas dan kereta mereka terhumban ke tepi bukit. Mereka terhimpit dan kedua-duanya mati di tempat kejadian. Bila dapat tahu tentang kemalangan tu, semua rasa marah dan kecewa. Ayah telah pun masuk ke hospital sakit jiwa dan mak Haziq pula, mati bunuh diri. Hazim yg jelas melihat kejadian itu buat dia lebih bertekad utk membunuh ayah dan kaum keluarga ku. Semenjak kemasukan ayah ke hospital sakit jiwa, anak-anak buah ayah di pimpin oleh abang Zizul hinggalah ayah keluar dari hospital. Jika mereka masih setia, maka mereka sanggup la menunggu ayah. Jika tidak, mereka sudah pun cuci tangan atau bersama dengan Hazim. Itu yg buat ayah tambah berdendam dengan Hazim. Hazim banyak tipu muslihat. Sudah beberapa kali mereka datang menggangu ayah di hospital. Abang Zizul lah yg akan datang selamatkan ayah. Semua abang buat hanyalah kerana ayah. Namun, abang tidak pernah membenciku. Malah dia amat menyayngiku. Sejak kecil lagi, dia tidak pernah mengajar aku utk berdendam malah dia membuatku sentiasa rasa selamat dan selesa. Oleh sebab itu lah segala rahsia besarku, aku tidak akan merahsiakan pada abang kerena dialah tempat aku bergantung selama ini.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C15
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login