Khabar Engkau yang telah diceritakan di setiap zaman..
Kelahiran Engkau yang tercatit pada halaman Quran..
Kebangkitan tentera berani mati telah dijanjikan sudah dipersiapkan...
Pada perang terbesar yang mengorbankan banyak korban...
Perang tentera Rom dengan tentera akhir zaman...
Mempertaruhkan segala jiwa, harta dan keluarga demi keamanan..
Menjunjung amanat Allah yang menguasai hari pembalasan...
Di mata dunia, sudah tiada lagi dipenuhi kehidupan...
Hanya cebisan kain kotor yang dilumuri darah yang terkorban...
Banyak kematian yang masil ditinggal buat insan kemudian..
Naskah yang dibaca berulang-ulang menandakan kehadiranku yang tiada...
Menunggu kemunculanMu adalah hanya satu cita-cita..
Bakalan tahu hidupku singkat yang tidak punya kekuatan tersisa...
Hadirmu disambut, dikala jasad ini sudah tiada...
Kubuang segala cinta yang membutakan mata dan jiwa...
Kutunggu jiwamu untuk ku lengkapkan kebahagian jiwa..
Namun, jawapan yang sama telah aku jua terima...
Kau insan istimewa yang hanya jua mampu dipuja sahaja..