Tenang-tenang air mengalir deru..
Di batasan batu, mencelah tanpa malu...
Rindu yang ditahan seakan pahit hempedu...
Tak dikisah pada rias hati si pemilik berhati batu...
Bagai tak diganggu nyanyian cengkerik yang sendu....
Hidup ditapak tanpa rasan segan dan silu...
Biar dikata tidak dimiliki kerana tiada laku...
Jujurnya cinta hakiki yang perlu dicari dulu...
Riang-riang alunan si katak berirama merdu....
Luar dan dalam tidak sama untuk dibicarakan sebergitu...
Malah lelaki dan wanita juga tidak dijadikan seperti itu...
Untuk dikhianati atau dizalimi jiwa hati nuraninya itu...
Bergisir angin bayu membawa khabar pilu...
Namun prinsip terteguh di jurang cinta nan jitu...
Andai di dunia tiada kesempatan jiwa ini bersatu...
Namanya dipahat setia, namanya yang kekal satu