Bahagia yang pernah aku impikan hanyalah selangkah dari pandangan...
Detik aku mulai melakar lukisan cinta yang aku dambakan..
Kau KOYAKkan lukisan yang bertinta tanpa rasa dan tanpa jiwa..
Luluhnya garapan ini yang aku sulam penuh nada..
Kerana kau...jiwaku telah larut dan pudar dari guguran reranting kekeringan...
Berteleku aku menagih air mata yang surut...
Pada engkau yang telah meragut maruahku senadanya tiada rasa..
Sakit yang terbenam, merontakan jiwaku yang berkabut..
Apakah aku tidak layak mengelola bahagia dunia yang diimpi setiap manusia..
Atau memiliki rasa bahagia itu selama-selamanya..
Luka yang ada kau RABAK penuh derita..
Menjadikan kita manusia asing sebelum mula bersua..