Download App
28.12% Curi-Curi Pandang Dia / Chapter 9: "She's my fiance"

Chapter 9: "She's my fiance"

Pagi menjelma. Nurse masuk untuk memeriksa keadaan Mei. Tapi dia sedikit terkejut dan tak sengaja terjatuh kan peralatan semasa melihat mereka berdua sedang tidur di atas katil pesakit bersama.

Bunyi barang terjatuh membuatkan mereka berdua tersedar dari lena mereka. Mereka berdua berpandangan satu sama lain secara dekat. Mereka tak sedar yang mereka tidur berpelukan di atas katil kecil itu. Mereka tergamam.

Apabila tersedar kehadiran nurse muda di situ yang masih melihat, Jason tergesa-gesa turun dari katil dan tersengih kekok.

"Sorry cik berdua.." gelabah nurse muda itu sambil mengutip barang yang bersepah di lantai.

Mei gelabah dan malu.

'Macam mana lah aku boleh tak sedar..'

'Yang dia ni pun satu...Aduh.Malu aku!'

Mei menutup mukanya dengan selimut.

Jason mundar-mandir mengaru kepalanya sambil tersengih malu.

'Kacau lah nurse ni'

'Tak pasal-pasal malu'

'Habislah Mei membebel kejap lagi..Aduh..'

Nurse muda itu tergelak melihat telatah mereka berdua.

"Alah cik berdua nak malu buat apa..Saya faham..Saya pun muda dan bercinta" kata nurse muda itu untuk menghilangkan rasa kekok mereka berdua.

'Mei dan Jason memandang nurse yang sedang memeriksa Mei sambil tergelak malu'

Selesai sahaja memerika Mei, nurse itu berlalu pergi. Dia sempat berpesan yang Mei sudah boleh pulang selepas waktu tengahari nanti. Mei menganguk faham.

"Jason! Yang awak tidur sekali atas ni sebelah saya kenapa...." bebel Mei.

"Kan dah malu..Aduh..." tak sudah bebel dia.

"Alah..sofa tu keras lah..Lagi pun awak tu tidur dulu. Kepala awak berat dekat lengan saya. Macam mana saya nak bangun..Nanti awak tersedar,kan awak tak sihat." terang Jason gelabah. Yang sebenarnya dia sengaja. Hahaha.

"Alasan.." jeling Mei geram.

'Hee' Jason tersengih menunjukkan Gigi yang masih tak bergosok.

Dia kemudian segera ke tandas untuk mencuci muka dan memberus gigi.

'Selamat!' kata Jason sambil memandang cermin dalam tandas itu.

"Dia ni kan nak kena ni..." geram Mei.

Mei menunggu di hadapan pintu tandas dengan tuala. Dia ingin memeranjatkan Jason apabila dia keluar dari tandas.

'Apa lama sangat dia ni..' bebel Mei tak sabar.

Bunyi pili air singki di tutup. Pintu tandas dibuka dan Jason melangkah keluar dengan rambutnya masih basah.

'Huargh!!' jerit Mei dengan kuat sambil menekup kepala Jason dengan tuala.

Oleh sebab Jason tinggi dari Mei, Mei terpaksa menjongket kakinya.

'Arghh!!' jerit Jason terperanjat.

"Mei!! Apa ni..Tekejut saya.Lepaskan saya" kata dia sambil bergelut dengan Mei untuk membuka tuala yang ditekup Mei di kepalanya. Dia tak dapat melihat.

'Mereka bergurau lama'

Tak semena-mena mereka berdua hilang imbangan. Jason terjatuh ke atas Mei. Nasib baik Jason sempat memegang belakang kepala Mei dari terhentak ke lantai.

'Mereka terpaku seketika dengan posisi itu sambil memandang mata satu sama lain'

"Em, boleh ke tepi tak?" Mei bersuara. Dia malu begitu.

'Uhuk2' Jason pura-pura batuk

"Awaklah punya pasal ni..konon nak terkejut kan saya sekali..?" sindir Jason.

"Alah yang penting awak terkejut. Kelakar gila muka awak tadi....Hahahhaa" gelak Mei.

'Tok2' pintu bilik wad Mei diketuk. Seorang nurse perempuan yang bermuka masam menegur mereka kerana terlalu bising.

"Awak berdua boleh tolong senyap sikit tak?!Ni kan hospital..Kalau nak bergurau senda ini bukan tempatnya.." marah nurse itu.

"Ma,maaf puan.." kata mereka berdua.

"Tolong hormat pesakit lain okay.." kata nurse itu lagi dan berlalu pergi.

'Shh...' mereka berdua mengingatkan sama sendiri kemudian tersengih.

Mereka menyambung menonton tv sementara menunggu doktor yang merawatnya datang memeriksa Mei sebelum dibenarkan discharge.

Jam menunjukkan pukul 1pm.

Mungkin ramai pesakit agaknya.

Mereka menanti dengan sabar.

Tak lama kemudian, datang doktor lelaki muda kacak memeriksa Mei.

" Hi Mei..How are you today?" sapa ramah doktor lelaki itu.

"Good doc... Saya dah boleh discharge ke?" balas Mei tak sabar.

"Good..Boleh,tapi pastikan lepas ni jaga kesihatan ye Cik Mei" nasihat doktor itu sambil tersenyum.

Doktor itu mendekati Mei lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Mei menyambut kekok. Lama doktor itu mengengam tangannya sambil tersenyum memandangnya. Setahu Mei, doktor selalunya formal dengan pesakit. Kenapa doktor ni terlebih ramah pula.Pelik..

Jason yang duduk menonton tadi resah, kejap-kejap dia memandang ke arah mereka. Dia tak senang hati lalu dia mendekati doktor itu dan segera menarik tangan doktor lelaki itu untuk bersalaman.

"Hi doc, Doktor Brian. She's my fiance.Terima kasih sebab merawat Mei sampai baik ye" kata Jason sambil mengusap kepala Mei perlahan.

Mata Mei sedikit membulat terkejut dengan apa yang dikatakan Jason.

'Sejak bila?'

'Masa waktu tu ke?

Pelik Mei.

"Oh..yeke.. Welcome..Take care okay." balas doktor itu sebelum meminta diri.

'Malu lah tu' sindir Jason.

"Awak.Bila masa saya fiance awak ni..?" kata Mei.

"Dah lupa lah tu. Rantai yang awak pakai tu. Ada cincin kan? Saya kata apa sebelum Kita terpisah dulu?"

"Hm..tak berapa ingatlah..heheh" Mei sengaja.

"Seriously?!" bengang Jason.

"Kita janji bear sama-sama lepas tu Kita kawin. Lagi satu, sebelum saya pindah. Saya suruh awak jaga elok-elok rantai yang saya bagi." Jason cuba mengingatkan Mei semula dengan pandangannya serious.

"Now awak ingat?" suara Jason seakan kecewa apabila melihat Mei tidak memberikan reaksi dengan apa yang dicakapnya tadi.

Mei memandang Jason lama.

"Okay,okay..Tak perlu nak emosi sangat. Saya ingat. Saya saja je, saya nak tengok awak ingat lagi ke tak.." jujur Mei.

'Reaksi Jason kembali tenang dan terukir senyuman'

Dia menghampiri Mei yang sedang duduk bersandar di sofa. Jason kemudian duduk berhadapan Mei Dan berkata, "So memang betul bukan awak tu fiance saya? Dekat rantai tu ada cincin. Cincin mak saya yang dia suruh saya bagi pada my future wife. And I give it to you Mei. So? "

' Glup' Mei menelan air liur tak terkata.

Memang betul apa yang dikatakan Jason.

'Kalau aku fiance dia, macam mana hubungan aku dengan Li Sun pula?'

'Tak kan aku nak mungkir janji pula?:

'Macam mana ni Mei...!'

Mei serabut. Dia diam tak terkata.

"Okay macam ni Mei, from now on saya akan pertahanankan hak saya and fiance saya. Saya tak kisah benda lain.' tegas Jason sebelum bangun.

"Awak. Bagi saya masa? Please..?" pinta Mei.

Jason berpaling memandang Mei yang serba salah. Dia tahu.

"Okay....cuma saya nak tahu,kenapa awak boleh lupa tentang janji-janji kita dulu?" kata Jason dengan penuh berharap.

Dia pelik kerana Mei lupa.Dan dia tahu Mei bukan sengaja.Pasti ada perkara yang dia tak tahu.

"Nanti saya cerita boleh?Saya tak ready lagi.." pinta Mei dengan muka sedikit pucat.

"Okay,okay..tak payah takut sangat eh.Saya tak kata sekarang pun.." kata Jason sambil mendekati Mei dan mengosok kepala Mei perlahan.

"Jom kita balik. Mama dengan papa saya dah bising kenapa tak sampai lagi.." kata Mei.

'Aku kena buat macam ni. Kalau tak dia ni asyik-asyik pandang aku je'

'Haish, si Bear'ry ni..aku pun boleh cair tau tak dengan pandangan kau tu'

Bisik hati Mei yang mula tak tentu arah.

Dia bangun dari sofa dan menggapai tangan Jason dan baranganya lalu keluar menuju ke lif untuk ke tingkat bawah.

Jason hanya menganguk dan mengikuti tingkah Mei. Dia gembira apabila Mei sendiri yang menggapai tangannya dahulu.

'Dia still sama macam dulu' bisik hatinya sambil tersenyum.

Mereka menuju ke kaunter hospital dan membayar bil rawatan. Tak lama kemudian mereka berdua menuju ke parking kereta dan berlalu pergi dengan masih berpegangan tangan. Yup.

Mei yang pegang tangan Jason dulu.

Dalam kereta masing-masing melayan perasaan. Hanya lagu sahaja menemani mereka. Hany sesekali saja mereka berkata-kata.

Tak lama kemudian mereka sampai di rumah Mei. Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang.

Mama dan papa Mei yang berehat di luar menyambut kedatangan mereka.

"Jason...masuklah.." sapa mereka berdua dan menjemputnya masuk ke rumah.

"Aunty Ma kamu ni ada buatkan makanan yang kamu suka..Makanlah Jason.." kata papa Mei ramah.

"Haah Jason..Tapi Aunty Ma tak tahulah sama sama ada masih sama macam dulu yang kamu suka" balas mama Mei sambil memandang Jason dengan senyuman.

Di atas meja terhidang kek carrot kesukaan Jason, semangkuk besar bihun goreng, nugget, ayam goreng dan jus mangga.

Bersinar-sinar mata Jason memandang kek kesukaannya ada di hadapannya.

'Jason segera mencapai piring yang berisi potongan kek carrot kesukaannya dan menyuakan sedikit ke mulut'

"Em..Sedaplah Aunty Ma,Pa..Sama macam dulu" kata Jason sambil menikmati kek itu dengan tak henti.

Mereka sangat rapat. Sebab itu Jason tak segan dengan mereka.

"Awak ni, nanti gemuk macam dulu padan muka" usik Mei sambil menyiku pinggang Jason disebelahnya itu.

'Uhuk' tersedak Jason dibuatnya.

'Kamu ni!' mama dan papanya memandang Mei geram.

Mei memuncungkan mulut dan berlalu ke biliknya.

Jason tergelak memandang Mei yang merajuk itu.

"Dia masih sama kan Aunty Ma, Pa..?" kata Jason kuat sambil tertawa..

'Mei mengintai dari tangga apabila mendengar Jason mengutuknya'

Mereka bertiga yang ternampak Mei yang sedang curi-curi dengar mereka tergelak besar.

Mei berlalu ke biliknya. Lagi bertambah geram. Puas dia merajuk, Mei turun semula ke bawah. Mei kembali duduk bersebelahan Jason dan menjamah kek itu.

"Dah habis merajuk?" usik Jason.

Mei menjeling Jason geram.

Mama dan papa Mei tergelak melihat telatah mereka berdua.

Jason dan parents Mei berbual-bual.

Mereka bercerita tentang semenjak mereka terpisah.

Jam menunjukkan pukul 6 pm.

Lama mereka berborak sampai Tak sedar waktu berlalu.

'Jason membaca pesanan yang masuk'

Dari mamanya.

"Aunty Ma, Pa and Mei..saya kena balik dulu ya. Mama dah risau.." pinta Jason.

"Owh baiklah..kamu hati-hati memandu tu" pesan papa Mei sambil menepuk perlahan bahu Jason.

Mama Mei memeluk kejap Jason.

'Saya call awak nanti okay..' Jason sempat mengisyaratkan kepada Mei.

'Jason melambai tangan sebelum berlalu pergi'.

Waktu malam.

Rumah(Bilik Jason)

Usai sahaja mandi, Jason memakai produk penjagaan kulit mukanya dan segera menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok.

'Mei tengah siapkan juga ke?' Jason tertanya-tanya.

'Lepas siap aku call'

Dua kemudian barulah Jason siap membuat tugasannya itu.

Dia kemudian berbaring sambil menatap skrin telefon pintarnya.

'Okey...call Mei lah' kata Jason teruja.

Rumah(Bilik Mei)

Usai membersihkan diri, Mei mengenakan baju tidur satin berwarna hitam dan segera mengeringkan rambutnya.

Dia memakai mask muka bagi memastikan kulitnya sentiasa lembab dan menyapu sedikit lip sleeping mask Laneige (Berry) di bibirnya.

Dia kemudian duduk di meja belajar dan menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok. Nasib baik tak susah.

'Hm,padan muka kau..last minute baru terhegeh-hegeh nak buat' getus Mei.

Selepas dua jam,barulah tugasannya siap. Mei memasukan buku dan laptop miliknya kembali ke dalam beg.

Dia kemudian menutup lampu biliknya dan berbaring.

'Kring...' telefonnya berbunyi

'Jason'

"Hello? Mei.. Awak buat apa? Dah siap ke kerja yang kena hantar?" tanya Jason tidak sabar apabila dia menjawab panggilan itu.

"Hello..calm down.Satu-satu tanya." balas Mei geram

'Hahahah' ketawa Jason kedengaran di hujung panggilan.

"Saya baru lepas siapkan. Ni saya nak tidur dah. Esok kan ada kelas..." kata Mei sambil menguap di panggilan.

"Owh, okaylah..Saya pun nak tidur. Esok pagi saya amik awak okay? See you tomorrow My Princess Mei" balas Jason..

'Tut...' panggilan ditamatkan Jason.

"Eh dia ni kan.. Perangai tak ubah-ubah.." bebel Mei. Dia kemudian mengecas telefonnya dan menutup mata.

Mereka berdua akhirnya tertidur dibuai mimpi.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C9
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login