Download App
73.33% Lollipop!(Malay) / Chapter 22: Bab 21

Chapter 22: Bab 21

"Adam! Awak buat apa disini?" terus aku bangun dan membuka tingkap bilik dengan tergesa-gesa.

"Shhh! Jangan cakap kuat-kuat, nanti mereka dengar!" Tak perasan aku suaraku kedengaran agak tinggi membuatkan aku sendiri terkejut; mungkin kerana teruja akan kehadirannya disitu.

"Maaf… awak buat apa disini, lewat malam ni?"

"Awak tak nak ajak saya naik; sejuk ni…"

"Naik? Tapi, macam mana?" terlihat lelaki itu terdiam seperti berfikir sejenak sebelum sebaris senyuman tiba-tiba muncul dibibirnya.

"Hmm… kejap." Dia menghilangkan diri buat sementara sebelum muncul kembali dengan sebuah tangga.

"Eh?Mana pula awak dapat…" Adam meletakkan tangga tadi di posisi yang dikehendakinya tanpa sebarang bunyi.

"Hendak seribu daya…" Katanya selari tersenyum bangga sebelum mula menaiki tangga menuju ke tingkap yang kubuka tadi.

"Rozelle… saya ingat saya kena tunggu awak sampai pagi disini, tadi!" sempat lagi dia membebel selari melangkah masuk ke bilikku dari tingkap tadi. Aku mengundurkan diri dari tingkap selari memberi ruang untuknya masuk sebelum duduk di atas katil ku.

"Maaf… bilik saya agak bersepah." Aku duduk dengan tegak di atas katilku selari mulai terasa kekok dengan keadaan itu.

"Maaf… saya tak pernah masuk bilik mana-mana gadis sebelum ni, so honestly I don't know how a girl's room was suppose to look like." Lelaki tu menggaru kepalanya sambil tersengih; masih berdiri di tepi tingkap.

"Well… that's a surprise." Ternyata ayatku bagai satu 'suis' yang membuatkan dia bergerak dari tepi tingkap itu menuju ke arahku.

"…and what's that supposed to mean?" Adam duduk melutut di hadapanku yang masih enggan bertentang mata dengannya. Perlahan-lahan tanganku digenggamnya. Aku yang agak terkejut dengan perbuatannya tadi terdiam sebentar sebelum tiba-tiba bangun dari situ membelakanginya; cuba untuk berlagak biasa.

"Well, to be honest, awak tak nampak pun seperti seorang yang setia." Aku yang masih membelakanginya bersuara lantang; cuba menyembunyikan rasa gemuruh dalam nadaku.

"So, on your point of view, what do I look like? A player? Seseorang yang suka mainkan perasaan orang lain?"

"Mungkin…" Aku memejamkan mataku selari mengharap dia akan menidakkan tuduhanku tadi. Dari menjawab, dia hanya mendiamkan diri membuatkan aku makin kaget.

"Ke…kenapa awak diam? Adam?!?!?" Aku hampir menjerit apabila dia kini betul-betul berada dihadapanku saat aku berpaling ke arahnya.

"Sa… saya juga nak berjanji pada awak yang saya takkan pernah dan saya takkan sukakan sesiapa selain awak. Tapi, saya takut… kalau saya akan mungkir janji tu dan buatkan awak terluka tanpa saya sedar. Jadi saya tak berani untuk…." Nadanya yang kedengaran tulus membuatkan hatiku tersentuh

"Adam… " bagai bergerak dengan sendirinya, aku mendakap lelaki yang kelihatan rapuh ketika itu.

"Hah?"

"Terima kasih… itu dah cukup buat saya."

"Hmm…" Kelihatan Thomas masih terkejut akan perbuatan Eliza tadi.

Mereka kini duduk dalam keadaan kekok diatas katil Eliza sambil keduanya takut untuk memulakan bicara.

"Er… awak tak tidur lagikah tadi?"

"…Baru nak tidur."

"Oh, nampaknya saya mengganggu awak."

"Tak, Tak lah! Saya pun memang teringat untuk jumpa awak esok."

"Ah… jadi, tak salahlah kalau saya kacau awak tadi?" Eliza hanya menggelengkan kepalanya selari tunduk sebelum teringat akan sesuatu.

"Tapi, kenapa awak datang lewat begini?"

"Saya hampir terlupa tadi… sebenarnya saya nak beritahu yang saya akan ke Jepun untuk urusan kerja selama 2 minggu atau lebih."

"Ya.. saya ada dengar pasal hal tu dari Jonathan siang tadi. Tapi, kenapa tak tunggu pagi esok saja untuk cakap perkara ni? Lagipun, bukan awak nak pergi minggu depankah?"

"Itulah rancangan asal kami, tapi… saya baru dapat tahu yang tarikh conference tu telah ditukarkan kepada lusa. Jadi, saya perlu bertolak ke Jepun esok."

"Esok?" sekali lagi gadis itu tunduk; mengalihkan pandangan darinya.

"Rozelle, saya cuma pergi selama dua minggu saja. Saya akan cuba untuk balik awal kalau boleh… atau.. awak tak nak saya pergi? Saya takkan pergi kalau awak tak rela." Nada Thomas kedengaran panik apabila Eliza memberinya reaksi sebegitu.

"Apa yang awak merepek ni?" dengan tak semena-mena; Eliza tergelak kecil dengan gelagat Thomas itu.

"Hah?"

"Awak pergilah ke persidangan tu…and rushing things for me; please don't do that. Saya tak nak awak kelam kabut dan semua kerja jadi tak betul semata-mata sebab awak nak balik cepat." Kini giliran Eliza pula menggenggam tangan Thomas; cuba menenangkannya.

"Betul? Awak pasti?" lelaki itu masih inginkan kepastian;

"Ya…"

"Tapi… kalau saya yang tak nak?" ternyata dia sendiri rasa berat hati untuk meninggalkan Eliza dalam jangka masa yang agak lama itu.

"Hah?" Gadis itu kelihatan terkebil-kebil buat seketika.

"…macam mana kalau… saya nak ubah fikiran?"

'Dia tak nak pergi sebab aku?' sekali lagi lelaki ini cuba menduga hatiku yang ternyata mudah terkesan dengan kehadirannya.

'Tak, aku tak boleh pentingkan diri…' Aku menggelengkan kepalaku dengan perlahan, menolak kata hatiku sendiri; sambil diperhatikan Adam yang kini kelihatan lebih keliru dari tadi.

"Rozelle, kenapa ni? Awak tak apa-apa?" sekali lagi aku menggelengkan kepalaku sambil memberinya senyuman kepastian.

"Tak…saya okay….but, you can't cancel your business trip just like that." Aku menghela nafasku selari tanganku masih menggenggam tangannya.

"What do you mean, I can't? I'm the ultimate boss in my company; I'm the only one who can do whatever I want." Tercuit hatiku mendengar keyakinan dalam nadanya yang mengaku sebagai 'ketua mutlak' dalam syarikatnya sendiri; persis seorang anak kecil yang baru mengakui dirinya sebagai ketua kelas dalam bilik darjahnya.

"Pfft… That's not what I mean, Adam. Maksud saya, awak tak boleh buat keputusan melulu macam tu saja. Besides, I know how important this trip is going to be for your company's future."

"But…" Aku meletakkan jari telunjukku di bibirnya selari menggelengkan kepala perlahan; aku tak mahu menjadi penghalang untuk Adam maju dalam perkara yang dia lakukan.

"Don't worry… saya akan tunggu sampai awak balik nanti, okay?"

"Betul?" dia mengalihkan tanganku dari mulutnya selari memuncungkan bibirnya.

"Kenapa? Awak tak percayakan saya?"

"Tak! Saya bukan tak percayakan awak…Cuma… saya tak cukup percayakan diri saya… saya takut kalau saya tak kuat untuk jauh dari awak." Nadanya menjadi makin perlahan bagaikan seseorang yang sedang merungut sendirian. Sekali lagi dia enggan menatap mataku; membuatkan aku tersenyum.

'How can this tall, handsome, powerful, charismatic, smart, full-grown man be THIS childish and looks cute at the same time?' terdetik di hatiku sebelum aku sengaja melepaskan tanganku darinya dan membelakanginya; berniat untuk mengusiknya.

"Rozelle?"

"Susahlah kalau macam tu…" Ayatku sengaja ku biarkan tergantung.

"Apa maksud awak?"

"Kalau awak sendiri tak percayakan diri awak, macam mana saya nak letakkan harapan pada awak?... dan saya pasti, datuk pun terfikirkan perkara yang sama."

"Hah? Ha… rapan? Pada saya? Awak? Maksudnya, awak setuju untuk terima saya?"

"Pada asalnya… ya… Tapi sekarang…" aku melepaskan keluhan selari menjeling ke arah Adam yang kelihatannya terpinga-pinga dibelakangku.

"Kenapa dengan sekarang?"

"Awak sendiri yang cakap tadi; yang awak tak percayakan diri awak, kan? Macam mana saya nak letakkan seluruh kepercayaan saya, hidup saya pada awak nanti?"

"Tak! Rozelle, bukan itu maksud saya… saya percayakan diri saya; Cuma…." Dia merapatiku ku lagi dengan nada panik.

"Jika betul apa yang awak cakapkan tu, saya mahu esok awak pergi ke persidangan tu." Aku berpaling untuk berhadapan dengannya; dia akhirnya kelihatan akur dengan permintaanku apabila dia hanya mengangguk sambil tersenyum kelat.

"Esok awak ada flight, kan? Saya rasa baik awak balik sekarang."

"Macam kena halau saja? Dahlah kena paksa pergi jauh…" Sekali lagi dia menjebikkan bibirnya selari menjeling ke arahku.

"Bukan halau… nanti, awak juga yang penat nak bersiap ke airport esok. Saya tak nak awak terlepas flight kerana saya."

"Hmm…" Aku tersenyum padanya selari menarik tangannya ke arah tingkap bilik yang kubiarkan terbuka dengan langkah perlahan.

"Satu lagi… tolong janji dengan saya satu perkara." Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari tingkap ke arah tangga, Adam menoleh memandang aku dengan pandangan penuh pengharapan.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C22
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login