Segalanya terasa bagai mimpi; pagi tu, mataku berasa amat berat. Cahaya matahari terasa pedih; memancar ke anak mataku. Aroma alkohol memenuhi rongga hidungku;
'Alkohol? Sejak bila pula aku mula minum ni? Seingat aku, aku tak pernah sentuh benda tu.' Kenyataan itu membuatkan aku terkejut dan tersedar; aku kini berada didalam bilik yang kelihatan asing bagiku.
'Aku di mana ni? Aduh!' kepalaku masih terasa pening; sama seperti semalam.
'Semalam? Ya! Semalam aku keluar dengan kak Fiona dan Jonathan… Later… apa yang terjadi lepas tu? Ke…kenapa aku tak boleh ingat apa-apa?'
Sementara itu;
"Cepat! Kerahkan sebanyak mana kakitangan yang boleh untuk cari Cik Eliza!" ketua pengawal keselamata yang bertugas; Karl mengerahkan orang bawahannya dalam usaha mencari cucu kesayangan En. Lee.
"Macam mana, Karl? Ada perkembangan baru?" Karl tunduk dengan reaksi kecewa sebelum menjawab.
"Maaf Tuan, kami masih belum mempunyai sebarang maklumat tentang Cik Eliza sehingga kini; tapi kami akan cuba sedaya upaya…"
"Atuk!" Suara nyaring yang bergema didalam rumah agam lelaki itu membuatkan seluruh isinya terdiam dan kini tertumpu kepada seorang gadis yang baru saja masuk melalui pintu hadapan.
"Eliza!" Lelaki tua itu terus meluru ke arahnya dan memeluk cucu kesayangannya itu sambil tersenyum lega.
"Atuk, kenapa menangis ni?"
"Eliza! Where have you been these past few days; you know how worried I've been?"
"Sorry… Eliza bermalam di rumah kawan; itu yang tak balik tu."
"Kalau iya pun, kenapa tak beritahu atuk dulu?"
"Kami keluar camping pada esoknya; both of our cellphones are dead. Jadi, sebab itu Eliza tak call Atuk. Maaf…" Terang Eliza dengan wajah bersalah sambil tunduk. Tak jadi En. Lee untuk memarahi cucu kesayangannya itu lantas dia mengangkat dagu Eliza sambil tersenyum.
"Don't dare ever you do this again!" Walaupun kedengaran tegas; masih ada tanda kasih dalam nada lelaki tua itu.
"Okay, I promise…" Gadis itu tersengih sambil mengangkat tangan; tanda janji pada datuknya sebelum memeluknya kembali.
"Kamu tak makankah? Kenapa gelojoh sangat?" Tegur datuknya apabila Eliza kelihatan gopoh menjamu selera di meja makan.
"Makan… tapi, Eliza rindukan dengan masakan Mak cik Piah."
"Kalau iya pun, janganlah gopoh sangat. Nanti tercekik, kan susah…cuba makan tu perlahan sedikit." Datuknya kelihatan risau akan kelakuan Eliza.
"Ya, cik… betul kata tuan tu; makanlah perlahan-lahan. Kalau tak cukup, Mak Piah boleh masakkan lagi."
"Thank you, Mak Piah! Sebab tulah Eliza sayang sangat dengan Mak Piah!" Sahut gadis itu selari tersenyum sebelum mula makan semula.
"Atuk! Saya dengar kak Eliza dah balik, betulkah?" Jonathan berlari masuk keruangan makan sambil berteriak.
"Pagi, Johnny!" Suara Eliza menghentikan lelaki itu dari terus melangkah.
"Kak!"
"Hah, Jonathan, kenapa tercegat disitu lagi; mari sarapan sekali."
"Ah, ya…" Dengan rasa berat hati; remaja itu melangkah menuju ke tempat duduk disisi kakak sepupunya yang kelihatan riang seperti biasa.
"Kakak okay?"
"Hmm.. okay saja, kenapa?"
"Kan semalam kakak tak balik…; jadi saya risau." Jonathan yang berasa bersalah dengan apa yang dilakukannya semalam; masih tunduk enggan bertentang mata dengannya.
"I'm fine… Kakak tak sempat beritahu kamu semalam, maaflah…" Kedengaran suara Eliza tenang sambil sebelah tangannya menggenggam tangan Jonathan sambil memberikannya senyuman untuk mengatakan yang dia benar-benar dalam keadaan baik.
'Aku betul-betul rasa bersalah sekarang; kak Eliza tak salahkan aku pun pasal hal semalam. Kenapa kak Fiona nak dengki dengan dia?' fikiran Jonathan melayang tatkala mereka menikmati sarapan pagi.
"Jonathan, kakak kamu; mana?" Pertanyaan lelaki tua itu membuatkan kedua-dua cucunya; Eliza dan Jonathan terpaku sebentar.
"Joe?"
"Ah… Ka… Kak Fiona… She's not going to be with us this morning. Dia kata, di…dia ada hal kerja sikit; jadi perlu keluar awal ke pejabat."
"Oh… mungkin dia akan bersarapan di pejabat."
"Ah, ya… mungkin juga…"
"Rajin betul kak Fiona dua tiga minggu ni, ya? Rasanya sebelum ni dia tak pernah pun kisah hal perniagaan atuk tu." Kata-kata Eliza mengejutkan Jonathan yang masih sedang bersarapan; En. Lee hanya berdiam sambil menghirup kopi panasnya.
"Maybe… she just realize about how hard you have been working for us for all these years and trying her best untuk balas budi atuk. Mungkin, ni cara dia; right Grandpa?" Eliza tersenyum pada datuknya itu sambil memegang tangannya. Jawapan Eliza yang tak disangka Jonathan membuatkan dia makin rasa bersalah dengan perbuatannya dan Fiona.
"Hmm…"
Selesai bersarapan, mereka bergerak ke ruang tamu untuk berehat;
"So… what do you think we should do next, Lizzy?" Nada En. Lee kedengaran tenang tatkala bersandar di kerusi sofanya.
'Huh?' Jonathan yang datang dari arah ruang makan terdengar akan perbualan mereka.
"I think we should give her a chance; since she's eagerly wanted to do it."
"Kak…" Jonathan melepaskan keluhan kecil sebelum duduk bersebelahan dengan Eliza setelah atuknya bangundari situ untuk ke bilik bacaan.
"Joe, kenapa ni? Nampak kusut saja; you know you can tell me anything. Come on, spill it out."
"Joe nak minta maaf… Joe tak sepatutnya…"
"Enough… I don't want to listen to any of these from you."
"But…"
"I know you didn't meant it; mesti kamu terpaksa, kan?"
"Tapi, kalau kakak dah mula syakkan kak Fiona, why didn't you say anything before?"
"Kakak tahu Fiona bencikan kakak; tapi kakak tak sangka pula yang dia sanggup buat sampai macam tu sekali." Peristiwa semalam mula bermain di fikiran gadis muda itu lagi.
"Lena betul cik tidur tadi; nasib baik saya ni penyabar dan…" suara yang kedengaran garau ditelingaku mengejutkan aku ketika itu juga; aku mencari punca suara itu dengan hati yang mulai tak keruan.
"Who are you?!?!?!?" Aku mulai panik apabila seorang lelaki yang tak kukenali sedang duduk merenungku dari kerusi dihadapan katil bilik. Dari menjawab persoalanku; dia mendiamkan diri sambil matanya masih tajam merenungku. Hampir hanyut aku dibuatnya dengan renungan tajam jejaka yang kelihatan agak tampan ini. Lantas aku mengalihkan pandanganku darinya sambil berlagak berani.
"A…awak tak jawab soalan saya lagi! Si…siapa awak ni? Macam mana saya boleh ada dalam bilik ni dengan awak?" Lelaki ini masih enggan menjawab, kini mulai bangun untuk merapatiku; aku jadi makin kaget sambil selimutku tarik untuk menyembunyikan wajahku darinya.
"Ap… apa yang awak nak buat ni?"
"Awak ni siapa sebenarnya dan malam tadi, do you have anything to do with all of these in advance?"
"Hah?!?"
"Kalau cik jujur dan sudi bekerjasama dengan saya, I can promised you that we won't make it hard for for you."
"What's that supposed to mean?! Kalau saya tahu awak ada dalam bilik ni, saya lebih rela tidur luar!" Kata-kata yang secara spontan itu, terkeluar dari mulutku tatkala aku mula tak dapat menahan rasa marah.