Download App
20% Lollipop!(Malay) / Chapter 6: Bab 5

Chapter 6: Bab 5

"Rita, saya..."

"Saya minta maaf, Dani... saya tak sepatutnya marahkan awak tadi. Dah lah awak dah tolong saya, saya tengking pula. Maaf..." Aku terdiam apabila dia mula mencelah. Dia tunduk dan masih enggan memandangku.

"Tak, Rita... awak tak salah... saya yang salah... saya tak patut tuduh awak ada hubungan dengan Jeremy tu; saya patut lebih sensetif terhadap perasaan awak, kan?" gadis ini memandangku sebelum menggeleng untuk beberapa kali sambil menjebikkan bibirnya.

"Tak... awak tak salah; saya yang salah! Lagipun, saya patut faham yang awak cuma bergurau saja tadi. Bukannya melenting tak tentu pasal." Sekali lagi dia tunduk apabila menyedari kami bertentangan mata.

Aku berasa makin bersalah terhadap dirinya; aku sedar, dia masih mempunyai perasaan padaku; sama seperti dulu. Tapi, aku juga sedar dia tak mahu aku tahu tentang perkara itu.

Jadi, aku berlagak seperti aku tak tahu supaya dia tak berasa kekok terhadap persahabatan kami. Suasana menjadi senyap seketika.

'Kenapa dia senyap ni? Dia suruh aku yang cakap dulukah? Ke... dia marahkan aku lagi?' Aku masih berasa kekok hendak bersuara; walaupun suasana senyap ini buatkanku rasa amat tak selesa.

"Rita?" Aku mengangkat kening apabila dia akhirnya bersuara; perlahan-lahan aku menjeling ke arahnya tanpa memalingkan kepala.

"Y... ya?" suaraku lontarkan perlahan.

"Kita ok, kan?" Aku memaling padanya; dia tersenyum. Dengan tak semena-mena, wajahku terasa hangat.

"Hmm..." aku hanya mengangguk selari tunduk kembali; aku tahu dia masih memandangku.

"Baguslah kalau macam tu..." kata-katanya membuatkan aku agak terkejut.

'Dia suka aku selalu dengan dia? Dia tak kisahkah?'

"A... awak tak kisah?"

"Hmm?"

"Awak tak kisahkah kalau selalu jumpa dengan saya?"

"Tak lah... mungkin saya akan jadi lebih tak selesa kalau tak nampak muka awak sehari." Dia menggeleng selari tersenyum; membuatkan hatiku menjadi tak tentu hala buat sekelian kalinya.

'Dani! Apa maksud awak sebenarnya? Bila awak dah beritahu yang kita hanya boleh menjadi kawan semata-mata, masa itu jugalah awak buat saya jatuh hati pada awak berulang kali.' Aku hanya tunduk sambil berdiam diri; tak mampu aku nak bersuara lagi.

"Surita?" Aku tersentak apabila nama Rita kedengaran dari belakang kami.

"Puan Hasmi?" Cikgu yang bertanggungjawab mengendalikan bilik kaunselor itu kini berdiri tegak di belakang kami;

"Ya, cikgu?" Kami terus bangun dari situ untuk berhadapan dengannya.

"Boleh saya berjumpa dengan awak di bilik saya sebentar?"

"Ah, baik..." perlahan suara Rita menjawab; riak wajahnya berubah dengan serta merta. Sejurus selepas cikgu Hasmi beredar baru aku berani bersuara.

"Kenapa tiba-tiba saja? Awak ada masalahkah?"

"Er... Entahlah... saya pun tak pasti. Tapi, baik saya jumpa dengan cikgu Hasmi tu dulu." Rita mulai bergerak hendak ke bilk kaunselor.

"Er... Rita?" langkahnya terhenti.

"Ya?"

"Awak nak saya temankan?" Dia yang kelihatan terkejut dengan soalanku terdiam sebentar.

"Tak.. tak apa... saya boleh pergi sendiri, terima kasih; Dani." Dia memberiku senyuman kelat sebelum beredar dengan langkah perlahan.

'Kaunselor? Kenapa tiba-tiba saja? Siap cikgu sendiri yang datang panggil...' Pelbagai persoalan mula memenuhi ruang fikiranku saat aku berjalan menuju ke perpustakaan. Aku masih perlu mencari beberapa buku rujukan sebelum balik.

'Ah, dah lewat! Baik aku keluar sebelum loceng balik bunyi. Nanti sesak pula!' Aku menjeling jam ditangan yang kini menunjukkan tepat jam 6.30 petang. Setelah mengemaskan alat tulis, aku bergegas ke meja pustakawan untuk meminjam buku sebelum keluar dari situ.

'Mesti dia dah balik sekarang ni...' Dengan tak semena-mena aku teringat akan Rita tika itu; lantas aku menjeling ke arah bilik kaunseling yang ku sepatutnya dah tutup.

'Eh? Lewat macam ni pun, bilik kaunseling buka lagi? Takkanlah... Rita?' Tanpa berfikir panjang, aku terus memaut beg galasku sebelum bergegas ke bilik kaunseling yang kelihatan masih terbuka pintunya.

Langkahku jadi perlahan bila aku makin mendekati bilik kaunseling yang kelihatan agak malap itu. Aku menjengahkan kepala kedalam ruangan dengan perlahan-lahan sambil melihat keadaan sekeliling.

Kelihatan seorang pelajar perempuan duduk sendirian sambil memeluk kakinya di atas sofa bilik itu.

"Kenapa awak duduk dalam gelap ni?" Aku terus meluru ke arah suis lampu.

"Jangan!" Aku terdiam sebentar.

"Tapi..."

"Tolong; jangan..." Niatku terhenti apabila dia bersuara lagi; suaranya kedengaran biasa bagiku.

"Rita?" Dengan sekelip mata aku kenal akan pelajar itu; dia mengangkat kepalanya dan memandangku dengan riak terkejut. Aku tak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana keadaan bilik yang agak samar.

'Apa yang dia buat disini? Bukan sepatutnya dia dah balikkah?'

"Er... awak ok?" Aku hanya mengangguk sebelum tunduk. Rasa malu apabila terserempak dengan Dani di bilik kaunseling tadi masih mengganggu aku.

"Hmm.." Aku mengangguk sambil membetulkan kasutku sebelum segera bangun dari situ.

"Er... Rita?"

"Eh? Dah lewat, kan? Baik kita keluar cepat; nanti budak petang keluar susah pula!" aku menjeling jam ditangan selari cuba berlagak biasa.

"Ah... ya, baiklah..." Kami bergegas menuruni anak tangga untuk ke pintu pagar besar.

"KKRRRIIIINNNNNGGGG!!!!!" Kami tiba di perhentian bas di depan sekolah betul-betul sebelum loceng sekolah berbunyi.

Aku melabuhkan punggungku di kerusi perhentian bas sambil melepaskan keluhan kecil. Dani duduk disisiku beberapa tika kemudian; aku masih tak berani untuk memandangnya. Tapi, dia nampak muram dari ekor mataku. Keadaan yang agak senyap sejak tadi membuatkan aku berasa makin kekok.

"Ah, nasib baik sempat! Kalau tak, mesti teruk nak turun tadi, kan?" Aku akhirnya mengambil keputusan untuk bersuara.

"Hmm..."

'Kenapa dia nampak tak selesa saja? Dia marahkan akukah? Aku ada buat salah? Mungkinkah sebab aku potong cakap dia tadi? Tapi, aku tak boleh beritahu sebab aku keluar masuk bilik kaunseling tu...' Aku makin pening dengan situasi kami sekarang.

"Rita." Aku terkedu bila namaku disebutnya.

"Ah, ya?" dia masih tak memandangku dan hanya melayangkan pandangan kosong

'Ke... kenapa pula ni?' Dengan tak semena-mena aku jadi panik semula.

"Awak... betul tak apa-apa, ni?"

"Hah? Ah... ya! Mestilah saya tak apa-apa... kenapa awak tanya macam tu?"

"Baguslah kalau macam tu!" Meremang bulu romaku apabila dia tiba-tiba memandangku sambil tersenyum; aku tunduk.

"Saya risau sebab awak asyik ke bilik kaunseling saja."

'Hah? Dia risaukan aku?' Aku mengangkat kepala; untuk seketika, aku terharu.

"Oh, itu... Er... saya kan ahli kelab PRS, mestilah selalu kena pergi bilik kaunseling, kan?" aku cuba bersuara tenang.

"Oh, tak apalah kalau macam tu..." sekali lagi aku cair dengan senyumannya.

'Aduh, parah aku ni!' Aku menyembunyikan wajahku yang makin merah akibat malu sambil cuba untuk menenangkan diri.

'Baguslah kalau dia dah kembali seperti biasa.' Aku memerhatikannya yang tampak masih tunduk sejak tadi. Aku tahu dia sedang menyembunyikan sesuatu dariku, mungkin sesuatu yang agak sensetif dan peribadi untuk diceritakan. Aku tak nak memaksanya untuk beritahu aku; tapi... kalau dia membuat keputusan untuk berkongsi denganku satu hari nanti, aku akan sedia menjadi pendengarnya.

"Er...Ri..."

"Rita?" Aku terhenti apabila seorang lelaki muncul dihadapan kami; Rita kelihatan terkejut dengan kehadirannya.

"Boleh saya bercakap dengan Rita sebentar?" Gadis ini terus bangun dari situ sebelum memaling menghadapku kembali.

"Dani, awak baliklah dulu... saya balik ikut pak cik ni. Minta maaf dan terima kasih sekali lagi, ya?"

"Ah..." Dia berlalu dari situ; meninggalkan aku yang tak sempat untuk berkata apa-apa.

'Mungkin hal keluarga...' Aku memerhatikan kereta yang dia naiki tadi berlalu dan hilang dari pandangan.

"Esok pagi aku tanyalah dia! Apa yang aku susahkan sangat?" Aku cuba untuk melupakan peristiwa berkenaan Rita sambil mengomel sendirian.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C6
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login