Selesai urusan bersama rakannya; Emil, Amir bergerak pulang ke rumahnya pada malam itu juga dengan rasa kesal kerana gagal memberikan Laila loket tadi.
"Abang dah balik?" teguran adiknya, Mia mengejutkan Amir yang baru sahaja masuk melalui pintu hadapan; dilihatnya hanya dia seorang sahaja yang tercegat di hadapan televisyen ketika itu.
"Hmm... kenapa kau tak tidur lagi? Kau dah rindu nak dengar ayah mengaum?" soalan abang seperti biasa; penuh nada memerli; aku mengalihkan pandanganku kembali ke peti televisyen di hadapanku ini.
"Mia nak tengok cerita ni sekejap; habis nanti, Mia tidurlah." Bohongku; sebenarnya aku risau kalau abang Amir tak nak balik ke rumah ini lagi setelah bertemu dengan Laila kembali...tapi, takkan aku nak mengaku dihadapan abang pula? Pasti aku akan dijadikan bahan jenakanya lagi.
"Berani pula kau duduk seorang diri dalam gelap macam ni? Bukan kau penakutkah?"
"Alah.. bukan lama pun... nanti Mia masuklah bilik."
"Suka hati kaulah... janji kau jangan report dengan ayah pasal aku balik lambat."
"Mia tak berani nak janji..."
"Hmm... yalah... kau kan anak emas... apa yang ayah tanya semua kau beritahu."
"...." Aku hanya terdiam mendengar ayat yang keluar dari mulut abang yang berbaur sinis itu sambil dia berjalan laju menuju ke biliknya ditingkat atas.
"Anak emas? Macam kelakar sahaja bunyinya..." aku mengomel perlahan selari menekan butang tutup pada pemetik televisyen sebelum aku sendiri berlalu ke bilik.
'Agak-agak... Laila suka tak dengan hadiah aku tu nanti?...eh?!?!?' seperti baru tersedar, Amir bangun dari katil yang baru sahaja dia duduki tadi dan menuju ke luar biliknya dengan langkah laju. Seperti yang dijangkakan, Mia baru saja ingin masuk kedalam biliknya.
"Mia..."
"...abang? Kenapa ni?"
"Aku hampir terlupa tadi...ni." Amir mengeluarkan kotak loket tadi dan menunjukkannya kepada Mia.
"Apa tu?"
"Eh? Kau tak tahu?"
"Tak... tak pernah nampak pun..." Amir agak terkejut dengan reaksi adiknya itu yang nampak asing dengan kotak hitam itu.
"... tapi, aku jumpa kotak ni dalam beg kau... macam mana kau boleh tak pernah nampak?"
"Betul... Mia tak pernah nampak pun kotak tu; tapi, apa dalam kotak tu?"
"Pelik... kotak tu ada loket eyedrop... kalau aku ambil, boleh?"
"Ambillah... bukan Mia punya pun." Jawapan Mia dengan nada selamba sebelum bergerak kembali ke biliknya; Amir melihat adiknya itu berlalu sebelum masuk kembali ke dalam isi biliknya dan menutup pintu.
"Pelik...benda dalam beg dia sendiri pun, dia tak boleh nak cam? Mungkin dia lupalah tu...ah, tak kisahlah! Aku yang untung..." tersengih Amir selari kembali duduk di atas katilnya tadi sambil meletakkan kotak tadi di atas meja sisi katil sebelum dia sendiri berbaring.
"...tapi..." matanya yang dipejamkan tadi kembali terbeliak; dilayangkan pandangan ke arah siling putih yang terbentang luas di atas dengan perasaan bercampur baur; peristiwa siang tadi masih terbayang-bayang di benak fikirannya ketika itu. Reaksi Laila pada saat mereka bertemu, sampailah semasa mereka terpisah; semuanya bermain kembali di kepalanya seperti pita rakaman video.
'...kan bagus, kalau aku boleh ada dekat dengan dia selalu? Dekat dengan dia; macam adik sepupu dia tu?' terdetik dalam hatinya ketika itu lantas dipejamkan mata dan membiarkan rasa letihnya tadi membawanya ke alam lena.
Pada masa yang sama;
'Apalah budak ni... selalu berlagak kuat depan orang, sedangkan dia bukannya gagah mana pun...sakit, tak nak cakap dengan aku...nasib baiklah aku dah anggap kau macam adik aku, tahu? Kalau tak, memang aku biarkan kau mati kering sajalah; jawabnya.' Mazlan mengomel dalam hati dengan perasaan serba salah selari meletakkan baju hud merah kegemaran Amry di sisi katilnya dengan sebaris senyuman kelat sebelum mula berjalan meninggalkan ruangan bilik itu dan menutup pintu dibelakangnya.
Sejurus selepas Mazlan keluar dari ruangan itu; perlahan-lahan kelihatan lelaki yang dari tadi terbaring kaku di atas katil membuka matanya selari melayangkan pandangan ke arah pintu yang kini tertutup rapat.
"Kau datang balik semata-mata sebab nak bagi aku baju ni? Kau memang tak pernah berubah, Lan..." Amry tersenyum dengan nada sinisnya sendiri selari meredupkan pandangannya dengan lemah; dalam diam, dia bersyukur dengan kehadiran orang-orang yang sentiasa ada untuknya walau perangainya selama ini teruk pada mereka.
'Terima kasih sebab tak pernah putus asa dengan aku dan selalu ada dengan aku walaupun aku selalu cuba tolak kau, Lan.' Sekali lagi perasaan kesal memenuhi ruang hatinya kini.
'...Kalaulah...aku boleh lari dari semua ni; tinggalkan dunia yang penuh dengan kepura-puraan ni...aku sanggup hilang semuanya kalau aku dapat peluang tu.' Terdetik keinginan itu dari sudut paling dalam hatinya tanpa disedarinya
Malam itu terasa lebih tenang dan panjang dari biasa; angin sepoi-sepoi bahasa menyejukkan lagi dingin malam; dibawah sinaran bulan penuh, dua roh kelihatan bertukar tempat secara mistik dialuni dengan keinginan hati yang paling dalam.
Keesokkan harinya;
"Abang! Bangunlah, subuh!"
"Bisinglah kau ni, Lan..."
"Abang! Bangunlah! Nanti ayah balik masjid tengok abang tak bangun lagi, siaplah dengan ayah..."
"Ayah? Apa yang kau merepek ni, Lan? Aku mana ada bapak, lagipun, aku panggil bapak aku papalah!...sejak bila pula suara kau jadi macam perempuan ni? Kau salah makan ubatkah?"
"Abang! Ish...degil pula dia ni!" dengan langkah selamba, gadis itu meluru masuk kedalam bilik abangnya itu dan menuju ke katilny; dilihatnya lelaki itu masih berselubung dengan selimut.
"Aaaabaaannnggg!!!!" Mia menjerit sekuat hatinya selari mencekak pinggang melihatkan kedegilan abangnya itu.
"Bisinglah!...?!?!?" matanya terbeliak apabila terlihat akan kelibat Mia disitu yang telah sedia memakai telekung; bersedia untuk solat subuh.
"Abang? Ish orang tua ni... Kan Mia kata mak ajak subuh, takkan nak tidur balik?" marahnya sambil sekali lagi menarik-narik hujung selimut yang sengaja dipengangnya untuk menyelubungi dirinya kembali.
"Mia! Sudahlah tu...nanti bangunlah abang kamu tu...mari sini kita subuh dulu, nanti lambat, terlepas pula waktu..."
"Yalah, mak... Hish! Bangunlah!" sekali lagi Mia merentap hujung selimut abangnya itu dengan perasaan marah sebelum mula melangkah meninggalkan bilik lelaki itu. Sempat lagi dia menekan suis lampu; sengaja dibiarkan terbuka untuk membuatkan abangnya itu bangun.
Beberapa minit selepas itu; setelah yakin gadis itu telahpun pergi, lelaki tadi mula bergerak dari bawah selimutnya tadi; wajahnya masih memaparkan reaksi terkejut dan keliru pada masa yang sama.
"Ap...apa benda tu? Atau...siapa? kenapa...aku kat mana ni?" menyedari dirinya kini berada di persekitaraan yang asing, lelaki itu bangun dengan keadaan panik sambil memandangan keadaan sekeliling. Tak nampak sedikit pun dari keadaan sekitarnya itu kelihatan biasa padanya lantas dia berjalan menuju ke pintu bilik yang terbuka luas tadi ebelum terhenti di hadan cermin penuh yang diletakkan barhadapan katil tadi.
"Eh?" perlahan-lahan dia mendekati cermin tadi dengan perasaan berdebar-debar, selari pandangannya masih ditundukkan ke bawah, bagai takut dengan pantulannya sendiri, dia memejamkan matanya sebelum memalingkan wajah ke arah cermin tadi lantas membuka matanya.
"?!?!?" matanya terbeliak melihatkan wajah yang asing baginya terpampang dihadapan pantulan cermin yang sepatutnya memantulkan dirinya yang sebenar.
"AAAHHH!!!!!" bagaikan jeritan orang terkena histeria, lelaki itu menjerit ketakutan berbaur panik keliru dengan apa yang terjadi selari terduduk dihadapan cermin tadi.
"Abang, kenapa ni?"
"Amir, kau dah kenapa?"
"Si...siapa dia ni? Korang siapa? Aku kat mana ni?"