Download App
36.36% My Reflection of You(Malay) / Chapter 12: Bab 11

Chapter 12: Bab 11

"Ah! Benda kecil macam ni... takkan dia nak berkira dengan aku, kot? Sekarang aku kena cari jalan untuk berikan benda ni pada Laila; I bet she'll love this." Amir tersengih sambil memandang tepat ke kotak yang masih berada di tangannya itu; dia cuba melupakan perasaan serba salah yang dirasakannya tadi kerana mengambil barang dari beg adiknya tadi.

"Aunty, doktor kata apa tadi? Macam mana keadaan Am?" Suara yang kedengaran amat biasa ditelinganya itu membuatkan tangan Amir berhenti untuk mencapai telefon bimbit di saku seluarnya.

'Laila? Aku takkan tersilap dengar... itu memang suara Laila...' Suara lunak yang membuatkan Amir jatuh cinta pada pertemuan kali pertama mereka dulu takkan pernah dapat dilupakan walau telah lama ianya berlalu. Lelaki yang berdiri kaku dihadapan pintu bilik wad Emil tadi mula menyusun langkah sambil ligat menjengahkan kepalanya; kalau-kalau ternampak akan kelibat gadis kesayangannya itu.

Pada masa yang sama;

"Am..." dari menjawab pertanyaan anak saudaranya, wanita pertengahan umur itu mendiamkan diri sambil terduduk di tempat duduk yang disediakan di bahagian lobi hospital. Wajahnya menjadi pucat lesu dengan serta-merta apabila mendengar akan perkhabaran anak tunggalnya itu dari doktor yang baru selesai membuat pemeriksaan.

"Puan..." Mazlan yang baru saja keluar dari bilik wad Amry memanggil Puan Hanim dengan nada perlahan; wanita itu mengangkat wajahnya selari memandang lelaki yang bertanggungjawab menjaga perihal anak itu selama ini.

"Mazlan... kenapa?" bagai disampuk, wanita itu bangun secara mengejut dan terus menarik kolar baju Mazlan yang masih kelihatan kesal sambil menundukkan wajahnya; tak berani dia ingin bertentang mata dengan wanita itu dalam keadaan itu.

"..."

"Aunty... sabar aunty..." Laila memegang bahu ibu saudaranya itu sambil cuba menenangkannya.

"Kenapa? Kenapa kau tak beritahu aku pasal Syah sejak awal lagi? Kau patut tahu keadaan dia! Apa gunanya kau menjadi pengurus dia kalau kesihatan dia pun kau tak ambil tahu?"

"..." dari menjawab, lelaki itu hanya membisu sambil membatukan diri.

"Abang Lan?"

"Am... nak jumpa dengan Puan..." Perlahan nada yang dilontarkan Mazlan ketika itu; masih menundukkan wajahnya.

"Hah? Syah dah sedar?" Wanita yang dari tadi menggenggam kolar baju Mazlan melepaskan genggamannya sebelum terus meluru masuk dengan reaksi cemas meninggalkan Laila dan Mazlan kini bersendirian disitu.

"Kenapa Syah tak pernah beritahu apa-apa pun pasal hal ni pada kami sebelum ni sedangkan kami keluarga dia?"

"Sejujurnya, abang tak tahu apa yang dia fikirkan selama ini dengan merahsiakan perkara penting sebegini dari kita." Mazlan melepaskan keluhan yang dirasakan berat sejak tadi sebelum terduduk disitu tanpa reaksi.

"Kita? Maksudnya... abang sendiri pun tak tahu pasal penyakit Syah sebelum ni?" Mazlan menggelengkan kepalanya sambil memberikan Laila sebari senyuman kelat.

"Nampaknya banyak benda yang dia rahsiakan dari pengetahuan kita, Laila..."

"Laila..." Suara yang datang dari arah koridor membuatkan kedua mereka mengalihkan pandangan kepada seorang lelaki yang tiba-tiba muncul disitu.

"A...Amir?" ternyata kemunculan bekas kekasihnya; Amir Ikmal Qushairi, membuatkan model wanita itu agak kaget disitu.

"Laila, apa maksud semua ni?" lelaki itu mendekati Laila dan Mazlan sebelum menarik Laila secara mengejut ke sisinya; jauh dari Mazlan yang masih kelihatan terpinga-pinga disitu.

"Laila, kamu kenal lelaki ni? Atau kamu nak abang..." Bimbang akan tindakan lelaki yang tidak dikenalinya itu,

"Ah, tak apa... abang Lan.. dia kawan Laila.. Laila minta diri sekejap ya?" Laila yang keihatan malu dengan tindakan Amir tadi menarik lelaki itu ke arah koridor hospital dengan reaksi tak puas hati.

"Kenapa dengan awak ni, Amir? Tiba-tiba sahaja nak marah-marah ni!" akhirnya Laila berhenti ditempat tak berapa jauh dari Mazlan tadi untuk berbincang.

"Apa maksud semua ni? Siapa lelaki tadi?" ada nada curiga dalam suara lelaki tinggi lampai itu.

"Tak bolehkah awak tanya baik-baik? Tak payahlah nak marah-marah macam ni!"

"Okay, saya minta maaf... tapi, awak masih tak jawab soalan saya tadi; siapa lelaki tadi dan kenapa awak ada disini?"

"Lelaki tadi tu Mazlan; P.A adik sepupu saya...sepupu saya tu pengsan masa baru balik dari event dan doktor baru sahkan pada kami yang dia mengalami kerosakan hati. Puas?" terdiam Amir mendengar penjelasan Laila itu; perasaan bersalah mulai memenuhi ruang hatinya.

"Ma...maaf... saya tak tahu pun..." lelaki itu tunduk dengan rasa malu; memang diakuinya tindakannya tadi agak tak rasional.

"Hmm.. lain kali periksa dulu; jangan main serkap jarang saja... nasib baik abang Mazlan tu jenis cool... dia tak cepat melatah; kalau tak, mahu bergaduh tadi..."

"Okay, I'm sorry.. I know it was my fault. So... macam mana dengan sepupu awak tu sekarang?"

"Saya pun tak pasti... sebab Syah tak nak jumpa sesiapa selain P.A dia tu dan baru tadi dia nak jumpa dengan mama dia. Saya pun tak tahu keadaan dia sekarang; tapi menurut doktor, dia masih stabil..but he may need to take a break from work due to his weak condition."

"Sounds bad... I'm really sorry to hear that."

"Thanks... tapi, awak buat apa disini?"

"Oh... right.. saya datang sini untuk melawat Emil; dia kemalangan masa melintas jalan; he's jaywalking."

"Ah... eh? Emil? Kawan sekolah awak dulu tu?"

"Yup... the same Emil. Awak nak jumpa dia? Bilik dia tak jauh dari sini..."

"Ah.. sorry.. but i think i'll have to pass... saya perlu ada untuk aunty dalam masa sebegini. It's a hard a time for her... at least i need to be there for her."

"Right.. maaf, saya hampir terlupa. So... i guess i have to go now..."

"Okay, see you later..."

"I'll call you." Dengan itu, Amir meninggalkan Laila bersendirian disitu sambil memberikannya sebaris senyuman.

"I guess we just have to wait for the right moment." Lelaki itu mengeluarkan kotak kecil berisi loket tadi sambil mengeluh; kesal atas rancangannya yang tak pernah menjadi.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C12
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login