cempaka memejam mata,kepenatan. terasa ngilu kedua belah pehanya akibat menahan tusukan demi tusukan daripada ikran. ikran pula berbaring lemah setelah berpenat lelah berjuang. jantungnya masih terasa laju berdenyut. lengannya diletak pada dahi. matanya dipejam,menenangkan diri.
" tidurlah.. nanti kalau abang nak lagi..abang kejutkan.." suruh ikran kepada cempaka setelah nafasnya kembali tenang.
cempaka yang diam tanpa balasan mula bangkit perlahan-lahan. tuala disisi katil ditarik untuk menutup tubuhnya yang terdedah. dengan langkah perlahan dia berjalan ke bilik air.
ikran membuka mata apabila terasa ada gerakan disisinya. langkah perlahan cempaka dipandang dengan ekor matanya. ada terbit rasa simpati dihatinya melihat langkah lesu cempaka. pasti cempaka kelelahan akibat perbuatannya. namun saat nafsu menguasai,dia memang tidak dapat mengawalnya. lagi-lagi kini,cempaka sudah tidak sekaku awal perkahwinan mereka. sudah pandai memberi respon akan setiap tindakannya. menjadikan dia semakin bersemangat. dia suka melihat sisi aktiv dan bertenaga cempaka.
selang beberapa minit cempaka muncul dengan tuala lembap di tangannya. dia merapati tubuh ikran yang kelihatan seperti sudah lena itu. selimut yang menutup tubuh ikran darinparas pinggang ke bawah diselak. sedar suaminya masih belum mengenakan satu pakaian pun lagi. dia mula mengelap bahagian sulit suaminya dengan tuala lembap yg direndam air suam.
ikran yang memejam mata lantas membuka mata. terkejut dengan tindakan cempaka.
" saya ada terbaca satu artikel,selepas tu.. isteri disarankan mengelap suami punya dengan tuala yang direndam dalam air suam.." beritahu cempaka tanpa ditanya ikran. wajahnya memerah menahan malu.
ikran mengerut dahi. terasa segar apabila dituam dengan air suam. nampaknya cempaka semakin maju kini. ikran tersenyum senang dalam hati.
jefri memicit dahinya. riaknya serius membaca satu persatu data-data berkenaan orang-orang yang rapat disisi nirina. pelbagai kemungkinan menerpa ke otaknya,namun setiap satunya bagai tidak menemui logik. nampaknya dia harus merujuk perkara ini kepada cempaka dahulu. mungkin cempaka boleh menyelesaikan misteri ini. jefri kemudian terus membelek-belek fail berikutnya. satu gambar menarik minatnya. gambar lama. seperti sebuah gambar perkhemahan. di dalam gambar itu terdapat
arwah nirina,dezrin,cempaka, nadia dan arwah al hafiz serta rakan-rakan mereka. kening jefri bertaut. beberapa gambar lagi dibelek. ada beberapa keping gambar di dalamnya terdapat wajah cempaka. namun kebanyakannya gambar aktiviti luar dan lasak seperti mendaki. jefri memikir beberapa kemungkinan. dia berlalu keluar dari bilik kerjanya. ingin mencari cempaka.
" cik puan mana??" tegur jefri kepada mira yang sedang menyapu lantai.
" cik puan dengan tengku tak balik.. tidur luar.." balas mira sambil meneruskan kerjanya.
jefri menjongket keningnya. mulutnya disengetkan. tahu dah kalau tidur kat luar tu.. maknakan ikran taknak diganggulah. kat rumah selalu ada-ada sahaja yang akan datang mengganggu. pandai betul big boss merancang masa bersama isterinya. dia berpatah balik ke dalam bilik kerjanya.
asrafi ketawa bangga dengan kebodohan puteri. rasanya tidak sampai tiga hari dia sudah boleh selesaikan dan mengetahui siapa dalang disebalik pembunuhan itu. semuanya akibat kecuaian dan kebodohan puteri.
" malik.. tolong kerahkan budak-budak kita siasat siapa ismail samsudin ni dalam tempoh 24 jam ,semua maklumat mesti ada dekat tempat biasa." arah asrafi kepada orang kanannya.
" baik tuan..."
" ni.. tolong hantarkan kepada wong.. dan ni.. hantar kepada sam..suruh sam sebarkan.." asrafi menyerah dua sampul berisi maklumat-maklumat risikan kepada malik.
" minggu depan perjumpaan organisasi.. sediakan 5 orang untuk ikut aku.." asrafi memberi arahan terakhirnya sebelum membuat isyarat menyuruh malik keluar sebelum menjawap telefon bimbitnya yang mula berdering.
" 1 pagi ditempat biasa.." belum sempat nak cakap apa-apa,si pemanggil sudah memberi arahannya dan terus tut...
asrafi memandang skrin telefonnya.
" diorang ni memang ada penyakit kut.. penyakit call taknak bagi salam mukadimah. tahu terus nak arah je.." rungut asrafi menggaru kepalanya yang tidak gatal.
cempaka terjaga saat mendengar deringan telefon bimbitnya yang berbunyi tanda ada panggilan masuk. dia melihat nama pemanggil.
nadia?? apa minah ni nak malam-malam buta ni... rungut cempaka mengambil telefonnya. dengan malas dia menekan tanda terima panggilan.
" hello..." sapa cempaka berdehem. membetulkan peti suaranya.
" hello.. ganggu ke??" tanya nadia konon rasa bersalah. jam didinding apartmentnya dikerling. awal lagi baru pukul 10 lebih.
" taklah.. tapi.."
" baru pukul 10 malam.. takkan awal sangat kau tidur.." belum sempat cempaka menghabiskan kata-katanya,nadia cepat-cepat memotong.
" aku dengan laki aku ni.. dekat luar.." beritahu cempaka.
" owh.. sorry.." nadia mencebik. sikit-sikit laki aku. dengusnya.
" kenapa call??" tanya cempaka. pasti ada hal penting selalunya kalau nadia call waktu seperti ini.
" taklah.. saja call.. nak tahu tentang khabar engkau.. macam mana sekarang.. sakit lagi ke.." balas nadia dengan suara manjanya. sudah lama dia tidak bertanya khabar sahabatnya itu.
" dah pulih dah.. berkat mak mertua aku.." balas cempaka senang hati.
" baguslah.."