cempaka menyanyi kecil sambil menyediakan hidangan yang lazat untuk dibawa ke tid holding. petang ini dia ingin membawa makanan enak dan lazat untuk ikran.
" kak.. nazim dah tahu?" tanya dayana yang menemani cempaka di ruangan dapur. dia ingin membantu. namun wanita itu menghalang sekerasnya.
" dah.. akak dah whatsapp dia.. " sebab dah dapat green light daripada nazimlah dia sekarang sibuk menyediakan makanan untuk ikran.
" dayana.. tolong ambil bekas tu.. saya tak sampailah.." suruh cempaka sambil menunjuk ke arah kabinet tinggi yang dijadikan tempat khas meletak bekas-bekas makanan.
dayana yang memang tinggi lampai itu tanpa susah payah mengambil bekas yang dikehendaki cempaka.
" awak patut jadi model lah yana.. " saran cempaka sambil tangannya lincah memasukkan nasi ke dalam bekas. dia mengasingkan lauk pauk dan nasi. takut basi.
" hari ini pesan dekat semua orang. tak payah stay back.. balik rumah masing-masing rehat.. kecuali yang kerja shif.." pesan ikran kepada nazim sambil menyerahkan fail-fail yang sudah siap disemaknya serta ditandatangannya.
nazim mengangguk. nampaknya big boss gembira hari ini sampai semua pekerja habis dihalaunya balik.
" hmm.. call hotel xxx.. booking siap dengan sarapan pagi dan macam biasa.. pakaian untuk cik puan pakai esok." pesanan terakhir ikran sebelum tangan nazim sempat menolak pintu.
nazim mengangguk dengan sengihan nakal. nampaknya big boss pasti menghitung detik lady boss habis berpantang.
cempaka menyuruh dayana memberhentikan kereta myvi-nya benar-benar di hadapan pintu utama tid. hanya berpakaian kasual cempaka melangkah ke pintu utama tid lantas menuju ke kaunter penyambut tetamu.
" cik.. saya nak jumpa tengku ikran.." maklum cempaka.
" cik ada buat temu janji?" tanya penyambut tetamu yang bernama zuzana.
cempaka mengangguk.
" sebentar ya.. saya telefon setiausaha tengku." pinta zuzana menghubungi kiara.
cempaka mengangguk. tidak mungkin penyambut tetamu ini tidak mengenalnya.
" ada seorang perempuan nak jumpa tengku.. katanya ada buat temu janji.." maklum zuzana sambil memerhati cempaka atas bawah.
" cik nama cik?" tanya zuzana.
" cempaka.."
" cempaka..." maklum zuzana.
tiba-tiba mulutnya melopong. wajahnya terus berubah. dengan teragak-agak dia meletak telefon setelah kiara memaklum padanya bahawa wanita di depan ini adalah lady boss tid. terkejut terus eksperisi wajah zuzana.
" cik puan.. nak jumpa tengku?" sapa salah seorang penyambut tetamu yang bernama norli baru muncul entah dari mana.
cempaka pamer senyum. dia mengangguk.
zuzana yang tidak dapat mengecam cempaka daripada awal terus pucat wajahnya.
" maaf cik puan.. saya tak kenal cik puan.." zuzana terus meminta maaf. terasa bersalah membuat lady boss-nya tertunggu di depan kaunter.
" takpe.. takpe.. boleh saya pergi sekarang?" tanya cempaka tidak kisah pun. dia bukan selalu pun ke tid. jadi tidak penting pun untuk sesiapa mengenalinya.
dengan pantas zuzana mengiringi cempaka menuju ke laluan keselamatan sehingga ke pintu lift vvip.
" terima kasih.. " ucap cempaka apabila pintu lift terbuka kepada zuzana yang masih beriak takut. mungkin takut dia mengadu kepada ikran. hadoiiilah.. dia bukan jenis yang suka mengadu domba pun. jangan risau.
kiara menanti cempaka di hadapan lift vvip setelah zuzana menghubunginya. ruang pejabat yang semakin sepi hanya ada segelintir sahaja pekerja diperhatinya. patutlah tengku bagi arahan semua pekerja boleh balik awal. tidak perlu kerja lebih masa,rupanya lady boss nak datang buat sport check.
" tengku sibuk tak?" tanya cempaka sewaktu kiata membawanya melintasi ruang pekerja sebelum menuju ke bilik ikran.
" tengku tengah tunggu kedatangan cik puan. jadi dia tak sibuklah.." balas kiara membuka pintu bilik ikran.
cempaka tersenyum melihat ikran yang memandangnya masuk.
" errmm.. cik puan nak minum air apa?" tanya kiara sebelum menutup kembali pintu ruang pejabat ikran.
" tak payah.. " tolak cempaka.
kiara terus berlalu menutup pintu.
cempaka merapati meja kerja ikran. beg berisi bekal makanannya di letak atas meja.
" abang dah makan?" soalan pertama dari bibir cempaka.
ikran menggeleng.
cempaka mendengus.
" kenapa tak makan?? dah pukul 5 lebih.." marah cempaka mengangkat beg bekal makanannya membawa ke meja kopi. satu persatu dibuka.
ikran menutup komputernya,mengemas meja kerjanya dan berjalan menghampiri cempaka.
hidangan yang terbentang di depan mata membuka seleranya.
" duduklah.. makan.." suruh cempaka.
ikran menurut. sudu diambil satu persatu lauk diletak ke bekas berisi nasi.
" tak makan sekali?" tanya ikran apabila cempaka hanya memandangnya makan.
" dah makan dekat rumah tadi.. kenyang lagi.."
ikran mengangguk. meneruskan suapannya. sekali rasa sahaja,dia sudah tahu semua makanan ini adalah hasil air tangan cempaka. sedapnya lain macam.
" nah.. buka mulut.." suruh ikran ingin menyuapkan daging masak kicap ke dalam mulut cempaka.
cempaka spontan menganga.
" terima kasih" ucapnya malu-malu. belum pernah lagi ikran menyuapnya makan.
selesai makan,ikran akhirnya bersandar kemalasan di sofa sementara cempaka menghilang mencuci bekas makanan. kotak tokok dikeluarkan. sudah jadi kebiasaan pula baginya. selepas makan sahaja pasti mahu berasap.
" bila abang nak berhenti hisap rokok?" tegur cempaka melabuh punggung berhadapan ikran.
ikran diam tanpa membalas teguran cempaka. menjadikan suasana tiba-tiba berubah sepi.
terasa menyesal pula cempaka menegut. ingin ditampar mulutnya yabg suka-suka sahaja menegur lelaki itu.
" sini." pamit ikran menepuk ruang kosong disisinya.
cempaka akur. menurut. dia beralih tempat.
ikran menyilang tanganya pada penyandar sofa. kakinya disilangkan. matanya dipejamkan.
cempaka merenung wajah ikran dari sisi.
" penat?" tanya cempaka. duduknya dirapatkan kesisi ikran.
" hmm... " ikran membuka matanya apabila cempaka sudah mendekat dengan tubuhnya.
" meh sini saya urutkan.." cempaka menawarkan diri untuk mengurut bahu ikran.
ikran memandang cempaka. keningnya diangkat. tak percaya. ada senyum sinis di bibirnya.
" apa?? ingat saya tak pandai urut ke.."marah cempaka apabila ikran pamer wajah tak percaya.
" urutlah.. nak juga rasa.." suruh ikran sambil melonggarkan dasinya.
cempaka membuat isyarat menyuruh ikran memusing tubuh agar membelakanginya.
ikran menurut. mula menikmati tangan cempakanyang memicit bahunya perlahan. lembut sentuhan itu sehingga terpejam matanya.
lama mereka berdua diam tanpa bicara.
" dah boleh??" tanya ikran tiba-tiba. mata yang terpejam dibuka.
cempaka menghentikan urutannya.
" dah boleh apa?" tanya cempaka curiga.
ikran memusingkan tubuhnya menghadap cempaka. lama dia merenung mata cempaka sebelum menarik rapat tubuh itu ke dalam dakapannya.
cempaka mula memahami maksud ikran. dia membalas dakapan lelaki itu.
tangan ikran mula merayap menjalankan tugasnya apabila cempaka memberi respon.
" hmm... kenapa lain?" tanya ikran apabila tangannya menyentuh dada cempaka.
cempaka menggeleng. tidak faham maksud pertanyaan ikran. otaknya loading tiba-tiba.
ikran mengucup bibir cempaka. saling bertukar-tukat kucupan.
" jom.. " ajak ikran mendukung cempaka ke dalam ruang istirehat. sofa ini terlalu kecil untuk mereka berdua berjuang.