Download App
56.6% cempaka dirembulan / Chapter 60: rina doakan abang berjaya dunia akhirat.lol

Chapter 60: rina doakan abang berjaya dunia akhirat.lol

selesai makan tengah hari,ku najah memujuk cempaka untuk bermalam di villa. dia belum puas lagi berbual-bual dengan cempaka.

cempaka yang masih berkira-kira,akhirnya mengangguk setuju. tidak sampai hati menolak hajat ku najah. wajah tua ku najah meraih simpati mencairkan hatinya.

" kalau kakak nak tidur dekat sini.. saya minta diri dululah...saya masih ada urusan yang perlu diselesaikan.." dayana meminta diri. dia tidak selesa bermalam di sini. lagipun bagus juga cempaka bermalam di sini. kawalan keselamatan di sini sangat ketat.

cempaka mengangguk.

" esok saya ambil kakak pukul 9 pagi. tengah hari akak ada majlis lagi kan.." dayana memperingati jadual cempaka esok.

" owhh.. ye lah.. awal pun takpe.. " cempaka hampir-hampir lupa dengan programnya.

ku najah yang memasang telinga dari radi mula manyelit.

" cempaka balik lepas sarapanlah ye.." saran ku najah.

" iyelah.."cempaka bersetuju sahaja. dia menyerahkan kunci kereta kepada dayana.

" dayana nanti boleh minta tolong mira hantarkan toiletries saya." sempat lagi cempaka berpesan sebelum kaki dayana mencecah pintu utama.

" ehh... tak payah.. semua ada.. umi dah sediakan.." ku najah pantas membantah. dia sudah sediakan awal-awal. semua sudah sedia di bilik tidur ikran. cempaka cuma masuk cuci kaki sahaja.

cempaka memberi isyarat jalan kepada dayana. dia merapati ku najah. badan tua itu dipeluk manja.

" thank you umi.. umi memang terbaik.." ucap cempaka manja.

ku najah ketawa. dia menepuk bahu cempaka.

" umi memang sediakan..takut nanti cempaka dengan along datang.. senang.."

" surti... hantar cik puan ke bilik ik.. " suruh ku najah kepada pembantu indonesianya yang sudah lama berkhidmat untuknya. hampir 12 tahun. sebelum ini dia menghantar surti ke villa ikran untuk berkhidmat di sana. namun ikran pula memulangkannya kembali. katanya tidak mahu terlalu ramai pembantu di rumahnya. cukup ada 4 orang.

" ayuh cik puan.. saya tunjukkan bilik tuan muda sulung.." ajak surti.

cempaka menurut. tidak sabar melihat bilik bujang ikran. pasti banyak rahsia suaminya di dalam bilik itu.

surti membuka salah satu pintu bilik di tingkat

3 villa.

" jemput masuk cik puan.. ada apa-apa.. cik puan tekan sahaja button hijau." pesan surti menutup pintu apabila cempaka sudah melangkah masuk.

" ermmm... kenapa awak comel sangat ni...." ucap cempaka mengambil satu gambar di tepi katil ikran. gambar lelaki itu sewaktu remaja. cempaka merenung gambar itu. serius rupa suaminya. mata helangnya masih sama. cempaka mengusap gambar itu dan lantas mencium. telefon bimbitnya dikeluarkan.

ikran baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat apabila menerima mesej bergambar daripada cempaka. ikran senyum sedikit. pasti cempaka didalam bilik tidurnya di villa utama.

' sweet sangat abang masa ni..🤩😍 '

tulis cempaka di bawah gambar itu.

' baik-baik dengan umi.'

cempaka merebah tubuhnya di katil ikran sambil membaca mesej ikran. suaminya itu langsung tidak romantik. cempaka sudah lali dengan respon acuh tak acuh suaminya itu. untunglah cempaka dah tahu peel suaminya.kalau tak mahu dua menangis sedih.

'dont worry.. jaga diri.. miss you..😘'

cempaka tak tahu nak tulis apa. tulis banyak-banyak nanti tidak dilayan. cempaka memejam matanya sebentar. mengantuk selepas makan. sejak akhir-akhir ini dia kerap tidur. pantang dapat rebah sahaja tubuhnya mulalah matanya memberat.

ikran membaca sekali imbas sahaja pesanan cempaka sebelum memulai mesyuarat mereka. kini perhatiannya ditumpukan kepada mesyuarat. seperti biasa ikran hanya teku mendengar penterjemah menyampaikan segala perjanjian yang bakal mereka tandatangan sebentar lagi.

ku najah termenung di ruang rehat selepas cempaka menghilang ke dalam bilik bujang ikran. dia merenung jauh ke televisyen. matanya di televisyen namun mindanya jauh menerawang. memikirkan kesamaan sifat cempaka dan nirina. sama. serupa. manjanya juga sama. apakah ikran melihat bayangan nirina dalam diri cempaka? takut ku najah memikirkan perkara itu.

cempaka baru selesai mandi bertuala sahaja,mula mencari pakaian yang disediakan oleh ku najah. cempaka membuka pintu almari pakaian ikran.

" wah... dekat sini dia sorok album gambar rupanya." cempaka mengambil album gambar itu meletak di atas katil. niatnya selepas memakai pakaian nanti dia ingin melihat album itu.

satu persatu album gambar itu cempaka belek. satu gambar menarik perhatian cempaka. gambar raya mungkin. di dalam ikran,ikwan,ikman,ku najah,tengku ikbal dan seorang gadis memakai pakaian sedondon. kemudian cempaka mengabaikannya. seterusnya gambar ikran bersama ikwan, gambar ikran bersama gadis itu dan gambar gadis itu bersendirian. tersenyum manis. cempaka mengeluarkan gambar itu. ingin melihat lebih dekat. dia macam pernah melihat gadis ini. tapi di mana ya. lupa. masa majlis kahwin mereka kut. fikir cempaka.

' kalau abang rindu dekat rina, tenung gambar ni. rina doakan abang berjaya dunia akhirat. lol'

wajah cempaka terus berubah. RINA. siapakah rina ini? cempaka meneruskan kerjanya membelek setiap gambar dan mengeluarkan gambar yang ada imej gadis bernama rina ini. kutlah ada lagi tulisan tertulis di belakangnya. otaknya mula dipenuhi dengan berbagai persoalan dan andaian yang bukan-bukan. kata semua orang ikran tidak pernah mempunyai kekasih. namun siapa gadis ini?kenapa gadis ini seperti rapat dengan keluarga ikran? cempaka masih tekun lagi membelek.

" tanya umilah.." cempaka akhirnya membuat keputusan. dia membawa album itu keluar mencari ku najah. otaknya mula mengarang ayat untuk bertanya kepada ku najah. mengorek rahsia. apakah gadis ini cinta pertama ikran? apakah selama ini semua orang menipunya?


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C60
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login