jefri dan dayana hanya memerhati cempaka dan nadia yang sedang menikmati minuman sambil berbual santai dari luar jendela cafe. kedua-dua sahabat itu kelihatan seperti membincangkan sesuatu yang penting. siap berkerut-kerut dahi kedua mereka. pasti isu panas itu.
" well babe... kau dah lain sangat-sangat sekarang.. kalau dulu kau sangat anti sosial.." tegur nadia sambil menghirup white coffeenya
cempaka menyandarkan tubuhnya. dia senyum cuma. nadia selalu begini. suka mempersoalkan tindakannya.
" babe.. aku dah kahwin.. aku kena buat semuanya ikut keadaan. takkan aku nak anti sosial.. benda ni perlu kut untuk jaga imej suami aku.." cempaka memperjelaskan situasinya kini.
nadia juga bakal berkahwin dengan dezrin. tentu dua harus juga menunjukkan imej yang bagus untuk tatapan dezrin dan orang lain.
" tapi... terlalu melebih.. kau tahu.. sakit hati aku dengar model-model belakang pentas tu kutuk-kutuk kau..diorang semua cakap kau tak layak dengan ik.."nadia meluahkan ketidak puasan hatinya.
cempaka mengeluh.
" tak semua kita buat orang akan suka.. takkan aku nak paksa semua orang terima aku dengan ik.. normallah tu kalau ada orang tak suka aku dengan ik.." cempaka malas nak komen lebih-lebih. manusia rambut sama warna hati lain-lain. tapi rambut nadia warna burgundy. konon nak jadi minah saleh celup.
" aku bagitau je.. terpulanglah dekat kau.. cuma tu lah nasihat aku.. jangan menonjol sangat. takut nanti orang naik menyampah.." nadia masih lagi cuba melemahkan semangat cempaka.
" iyalah.. aku tahu kau prihatin dengan aku.. jangan risau k.. lagipun ik dah prepare semuanya.. sebab tu dia sediakan pembantu peribadi dan pengawal untuk jaga aku.." cempaka yang sentiasa berfikiran positif memberi jawapan positif. namun tanpa dia sedari,kata-kata yang lahir daru mukutnya ibarat api yang menambah kepanasan dalam hati nadia.
" mesti ik takut kau malukan dia kan...sebab tu dia sediakan orang untuk jaga kau.." nadia mengapi-apikan cempaka.
cempaka mengebam bibirnya. terdetik sesuatu kurang enak di kepala otaknya yang lembap. termakan sedikitlah juga hasutan nadia.
nadia senyum sinis apabila melihat wajah sedih cempaka. umpannya mengena.
" aku ni kuno sangat ke?" tanya cempaka tiba-tiba. teringat layanan ikran kepadanya. luahan cintanya yang tidak dilayani ikran.
" sedikit la.." konon jujur padahal dalam hati nadis gelak sakan.
cempaka menggigit bibirnya. sedih.
" kenapa? ik ada cakap something yang buat kau sedih ke?" nadia buat-buat prihatin.
cempaka menggeleng. dia tidak suka berkongsi masalahnya dengan orang luar lagi-lagi hal dalam rumah tangga. berdosa kut cerita dekat orang luar.
" dah tu.. kenapa kau tanya cam tu..?" nadia cuba mengorek rahsia.
" dah kau cakap camtu.. aku pu terasa la.. mana tahu betul apa yang kau cakap tu.." cempaka menjawab malas.
nadia mengeluh.
" babe. lelaki macam ik tu.. sepatutnya.. dia layak dengan perempuan high class..yang pandai bersosial.. pandai bawa diri..pandai menonjolkan diri. cantik,menawan,seksi macam model. pandai melayan. kalau macam kau ni.. bolehlah.. tapi kena kerja keras lah.." suka hati sahaja nadia memprovoke cempaka. seolah-olah cempaka itu tiada perasaan.
" nad... aku ni buruk sangat ke.. kalau nak cerita tentang high class.. aku pun datang dari keluarga high class juga.. cuma aku tak suka menonjol diri aku.." cempaka meluahkan ketidak puasan hatinya. tidak sepatutnya nadia memperkecilkannya. dia boleh sahaja berdiri sama tinggi dengan semua perempuan yang nadia klasifikasikan itu. namun dia tidak suka dianggap sebagai anak orang kaya yang kerjanya menghabiskan duit keluarga. dia suka kehidupan sederhana. cuma jodoh sahaja yang menemukan dia dengan lelaki sehebat tenhku ikran. jadi salah diakah?
" iyalah babe.. betullah tu.." nadia mengendurkan suaranya. tahu sudah dia yang cempaka dah naik angin.
" wah..wah..wah.. dua sahabat sejati.. " tegur satu suara yang secara automatik membuat air muka cempaka berubah menyampah. di mana-mana sahaja ada.
" eh...zik.. hmm lama tak jumpa.." nadia terus berubah 100% perwatakannya. seronok konon bertemu dengan bekas kekasihnya.
" itulah.. sejak you dah jadi model terkenal ni..you dah tak pandang i lagi.." zikri membuat wajah sedih sambil melirik matanya kepada cempaka. ingin melihat reaksi cempaka.
" well.. sorry.." nadia tersenyum manja.
" its okey nad.. i bergurau sahaja.. i tahu you tak sombong macam someone tu.." perli zikri ketawa buat-buat.
cempaka mencebik. dalam hatinya berbakul menyumpah zikri tidak sedar diri ini.
" someone? cempaka ke?" teka nadia. wajah mencuka cempaka dikerling.
" hmm... oh.. alang-alang dah terserempak you all berdua ni.. i nak invite untuk reunion smktt.. ramai yang akan datang.." zikri mengambil kesempatan menjemput pasangan sahabat sejati itu.
nadia angguk sahaja. dia sudah tahu awal-awal lagi.
" hope u datanglah.. cempaka..tahun ni.. datanglah.. meriahkan reunion kita semua.. ramai kawan-kawan kita yang selalu tanya tentang you.." zikri mempelawa sambil memujuk cempaka. dia ada kejutan untuk diberi kepada cempaka.
" kalau nadia pergi.. i pergi.." mendatar suara cempaka. dia tidak amhu berjanji. baginya benda macam ni buang masa sahaja. bertemu untuk bergosip dan bertanding siapa hebat. buang masa sahaja.
zikri memandang nadia seakan memohon pengertian nadia.
" kalau takde aral kami sampai.." nadia juga tidak mahu berjanji. takut dia ada program last minit. model macamnya,sentiasa dibebani tugasan.
" okeylah.. kalau macam tu.. babe.. aku nak balik dulu. " cempaka meminta diri. dia sudah bangkit dari duduknya.
nadia mengangguk. zikri pula hanya melihat figura cempaka menghilang di balik pintu.
" masih sombong lagi kawan you tu.. " tegur zikri tidak berpuas hati.
" huh. you yang tak pandai nak cairkan hati dia.." cemuh nadia.
" sekurangnya.. i pandai ambik hati you.." zikri taknak mengalah.
nadia ketawa. tahukah zikri..dia bersama dengan lelaki itu hanya untuk menyakitkan hati cempaka sahaja.
cempaka menyandarkan tubuhnya di tempat pintu kereta. kepalanya disandarkan pada cernin kereta. wajahnya muram selepas keluar dari dalam cafe tadi. moodnya bertukar terus. kata-kata nadia menusuk kalbu. dia ingin menangis sahaja. namun nanti apa pula yang akan difikirkan dayana dan jefri. simpan sajalah rasanya sendiri.
hujan turun rintik-rintik membasahi bumi. cempaka hanya ingin cepat sampai ke villa. madi dan mahu menangis. dia mengeluarkan telefon bimbitnya.
' abang.. i miss you..😂😂'
pesanan dihantar kepada ikran.