setelah berpenat lelah mengerah tenaga bersama-sama pembantu rumahnya menjayakan misi mengubah suai villa menjadi sebuah rumah yang penuh dengan kasih sayang,cempaka menghilang ke bilik tidur utama untuk mandi. membersihkan diri untuk minum petang bersama ikran. tidak sabar dia menanti respon ikran melihat keadaan villa sudah berubah.
ikran memasuki bilik tidurnya. bunyi air bercucuran tanda isterinya sedang mandi. ikran menanggalkan seluarnya dan memasukkan ke dalam bakul khas yang disediakan oleh cempaka untuk pakaian kotor dan melilit tuala di pinggangnya. terasa jugalah kehidupannya teratur dalam beberapa hari berkahwin ni. bajunya pula ditanggal.
" uppsss... bila abang balik?" sapa cempaka di muka pintu bilik air. mujur dia mencapai bathrobe dalam bilik air tadi. tuala kecil diguna untuk mengelap rambut basahnya.
ikran melihat ke arah cempaka lantas berjalan ke meja yang menempat air kosong serta cawan. menuang air untuk diminum.sapaan cempaka dibiarkan sepi.
cempaka menuju ke katil. menanti ikran masuk ke bilik air untuk dia mengenakan pakaiannya.
ikran merapati cempaka dari arah belakang. sekejap sahaja tubuh cempaka sudah berada dalam dakapannya.
cempaka tegak dan kaku. terkejut apabila terasa tubuh ikran merapat di belakangnya. jam baru pukul 4 petang. takkan ikran nak tuttut kut.
" err.. saya baru lepas mandi.." tolak cempaka bila terasa tubuh ikran memeluknya erat dari arah belakang serta kucupan hangat di lehernya.
ikran memusingkan tubuh cempaka. sudah beberapa hari dia menahan diri dari menyentuh cempaka kerana cempaka tidur awal. seawal malam pertama lagi moodnya sudah rosak diganggu dan terpaksa dia menahan dirinm. rasanya petang ni memang taklah. lagi-lagi ikan di depannya ini sangat seksi selepas mandi. lekuk tubuh cempaka di balik wardrobe putih itu benar-benar membuatnya terliur.
" abang..." cempaka tidak jadi meneruskan ayatnya apabila ikran mengucup bibirnya. terasa lidah ikran mengusap bibirnya.kemudian bibir itu berjalan ke arah telinganya. cempaka mendesah kegelian.
" abang.. ermm..saya baru lepas mandi." cempaka menguatkan hatinya menolak.
" sekejap je.. lepas ni kita mandi sama. cempaka tolong mandikan abang.." ikran menjawab sambil tangannya membuka tali wardrobe yang terikat reben di pinggang cempaka. tubuh itu ditolak berbaring di atas katil. kemudian dia mula menghimpit tubuh itu. cempaka malu apabila ikran melihat tubuhnya tanpa pakaian. suasana juga masih terang.
" saya dah suruh maid sediakan minum petang.." cempaka cuba lagi menolak. tangannya menahan dada ikran. tuala lelaki itu sudah hilang.
ikran meletak jarinya di bibir cempaka.
"syuhhh.. sekejap je.." pujuk ikran. matanya kuyu merenung dalam ke mata cempaka. minta pengertian dan cuba menenangkan perasaan cempaka. dia boleh merasa getaran tubuh cempaka.
cempaka akhirnya membiarkan tindakan ikran. nampaknya malam pertamanya bertukar menjadi petang pertama. pasangan itu hanyut berkali-kali mencicipi indahnya sebuah perkahwinan.