seharian cempaka menghabiskan masa menjelajah seluruh pelosok villa itu. merangka idea-idea di otaknya untuk mengubah suai keadaan villa itu. suasana villa ikran ini benar-benar seperti rumah tinggal. suram,kelam dan bosan. tiada seri langsung. ruang makan yang tak boleh blah. meja panjang muat 20 orang makan. apa ikran fikir dia akan beranak sampai 18 orang anak? ini pun belum tentu suaminya itu nak sentuh dia. dapat suami tak kaki perempuan,kaya dan kacak memang impian semua wanita. tetapi kalau dpat suami kaku,beku tak sensitiv dan jenis yang kau buat apa kau nak dan aku buat apa aku nak tapi hal kau harus diawasi aku. macam mana pula nak di klarifikasikan tu. seharian ini yang paling jenuh difikirkan adalah permasalahan suaminya itu. dia seperti isteri tak dianggap.
" jam dah pukul 10 malam.. ikran ni balik ke tak?" cempaka mundar mandir di dalam bilik tidur utama. otak berfikir nak tunggu ke taknak ikran ni.
" tidur je lah cempaka. esok je lah fikir apa yang patut." bisik cempaka kepada diri sendiri. dia berjalan ke katil merebah diri. mungkin inilah nasibnya.. nasib seorang wanita 'DONIA'.
Ikran menaiki tangga menuju ke bilik tidur utama perlahan-lahan. lampu dalam villanya terpasang malap. si isteri pasti tidur. sebenarnya dia sudah ingin pulang awal tadi tetapi mengenangkan hanif dan khairil mengajaknya berjumpa, mereka bersembang sehingga tidak menyedari jarum jam sudah menginjak pukul 12 tengah malam dan dia juga seakan lupa statusnya yang sudah beristeri. biarlah anggaplah ini latihan untuk cempaka. berkahwin dengan dia bukan semudah abc. cempaka harus belajar segala-galanya. belajar menerima keadaan dirinya yang selalu ada dan tidak ada.
pintu bilik tidur utama ditolak perlahan. di tengah katil kelihatan cempaka lena memeluk bantal peluk di tengah-tengahnya. pemandangan indah sebenarnya melihat seorang wanita tidur lena menanti kepulangannya. tidak seperti hari kemarin. ikran menanggal kemejanya dan seluarnya dimasukkan ke bakul khas untuk pakaian kotor dan tuala di capai. bersihkan diri.
ikran bangkit agak lewat pagi ini. dia melihat ruangan sebelahnya. kosong. isterinya sudah bangun. dia bangkit perlahan dan bersandar di bahu katil. kotak rokok di sisi katil dicapai. sarapan utama.
cempaka menyediakan sarapan pagi ringkas untuk hari kedua bergelar isteri. harap ikran makan dan tidak memilih hidangan. makan apa sahaja yang bakal dihidangnya.
" selamat pagi.. sorry tak kejutkan you.. i taknak ganggu you." sapa cempaka saat menyedari ikran merapati ruangan makan ini.
" hmm.. " ikran menarik kerusi dan duduk.
cempaka memuncungkan bibirnya. kalau dilihat dari gaya berpakaian suaminya.. lelaki ini pasti akan keluar sebentar lagi
" you nak keluar ke?" tanya cempaka melabuh duduk di sebelah kanan ikran.
ikran mengangguk.
" owh.. you.. bila rasanya pembantu rumah akan sampai?" tanya cempaka perlahan suaranya. ada perasaan kecewa mengusik tangkai hatinya.
" after one or two week.." itu yang dimaklum oleh uminya. konon mahu pembantu rumah yang terlatih.
" kalau i mula ubah suai villa ni boleh?" cempaka mula mengatakan hasratnya yang difikirka dari kemarin.
" villa ni sekarang hak you." iya villa ini adalah hak isterinya selepas mereka menikah.
" thank you.. dan you.. boleh i panggi you abang?" ini namanya bagi betis minta peha.
ikran mengerutkan dahinya. sedikit terkejut. ingatkan cempaka dari awal memang taknak panggilnya dengan panggilan itu. maklumlah wanita moden.
" ermm.. kalau you tak suka..takpelah.. i tak paksa.." cempaka perasan riak pelik ikran itu. pasti suaminya tidak suka. hampa hatiku.
" jadi abang perlu panggil awak apa?" tanya ikran perlahan suaranya.
cempaka tersenyum suka. sangkanya ikran taknak. sweet pula ikran menggelarkan dirinya abang.
" cempaka..atau awak pun okey.." mana-mana sahaja yang ikran nak panggil. its okey. dia suka. kalau panggil sayang lagi dia suka. hahahaha...