Cempaka mengikat rambutnya sebelum menyarung tudung lusuh pemberian nek yam. tiba- tiba terasa hatinya sakit bagai ditusuk. terasa sakit seperti ingin menangis. lantas tangannya mengusap dada.
"Kenapa wahai hati?? kenapa pagi-pagi ni kau buat hal.."desisnya.
"kak? " tegur jiha. pelik melihat cempaka termenung di hadapan cermin.
" Ye.. ?" balas cempaka menyudahkan kerjanya.
" kak ika ada masalah?" tanya jiha prihatin.
cempaka melepas keluhan. kepada siapa lagi harus diluahkan perasaan sayunya ini.
"Akak rasa sakit dekat sini.." maklum cempaka menyentuh dadanya.
Jiha merapati cempaka. Dia memeluk wanita itu dari sisi. Mengusap bahu itu menyalur semangat. Sejak akhir-akhir ini wanita ini semakin sensitiv. Emosinya cepat benar terusik.
"Ha.. kamu dua orang? Dah kenapa? Meh tolong nenek angkat ni." teguran dari pintu bilik mengejutkan kakak adik itu. Cempaka mengelap tubir matanya. Dia tidak boleh beremosi.Pagi ini gilirannya menghantar kuih muih ke warung pak mat.
" Lewat kamu hari ini Ika?" tegur mak jah isteri kepada Pak Mat.
"Terlewat bangun mak jah.. mujur nek yam kejutkan.." cerita cempaka sambil menyusun kuih muih yang dibawanya.
"Yelah.. cuaca sejuk.. hujan lebat malam tadi. Tu yang sedap tidur.." orang tua itu ramah bercerita. suka dia melihat wajah ayu si cempaka. Kalau anak terunanya yang bekerja di bandar itu balik. mahu dijodohkan dengan cucu nek yam ini. pasti orang ramai akan memuji kecantikan bakal menantunya.
" mak jah.. kenapa tanah seberang tu dah ditutup? " tanya cempaka matanya melihat kawasan yang dahulu hijau dipandang mata kini sudah ditutup dengan zink panjang berwarna biru.
" alang deris dah jual dah tanahnga tu ke orang bandar. depa nak buat projek padang golf." maklum pak tam yang entah muncul dari mana.
"Padang golf? Tak lama lagi pasti akan ada pembangunan di kampung ni. biasanya selepas orang buat padang golf pasti akan diikuti dengan pembinaan resort. Apartment.."spontan bicara itu keluar dari bibir si cempaka.
"Resort?" celah mak tam.
cempaka terdiam. pelik pulak dia tiba-tiba boleh cakap macamtu.
" betullah kata kamu tu ika.. satu-satu pembangunan akan dijalankan" sokong pak mat.
"mana kamu tahu benda ni semua?" tanya mak tam.
cempaka menggeleng. sebenarnya dia pun tak terduga macam mana dia boleh cakap macam tu. baik dia minta diri dulu.
" mak tam.. pak mat. saya balik dululah. nak teman nek yam ke pasar pula lepas ni.." pamit cempaka. laju dia berlalu. sekali imbas matanya membaca papan tanda besar yang bertulis kawasan pembangunan TID CONSTRUCTION. Seperti pernah dengar perkataan itu. Tetapi di mana ya.. pasti dia ada terbaca di mana-mana surat khabar.