Usai menghadiri seminar dan meeting, Arman memandang wajah si dia yang asyik menikmati hidangan tenghari tanpa sedikit pun mahu menoleh ke arahnya. Hari ini adalah hari terakhir mereka di kota London sengaja dia memilih hotel Intercontinental London kerana dia tahu pada waktu malam dengan hanya berjalan kaki sedikit dari hotel, mereka dapat menikmati keindahan malam di tepi sungai juga terdapat banyak live muzik dan hiburan malam,di situ Lyn juga boleh melihat karya-karya seni dan mengenali culture local people kota London tanpa perlu pergi jauh. "Lyn, esok pagi flight pulang kita pada jam 6 pagi, jika nak melawat Kota London selepas lunch ini kita boleh pergi",Arman memberikan cadangan sambil mencapai cawan berisi kopi untuk membasuh tekak tanda mengakhiri makan tengahari beliau.Sepantas itu dia melihat Lyn memandang wajahnya dengan wajahnya menghadiahkan senyuman paling indah dan manis,memperlihatkan lekuk di kedua pipinya . Sungguh !hatinya berdegup kencang pada saat itu."Betul tuan Arman?,no more meeting or meet up with client?seriously?",seakan tidak percaya pada kata-kata Arman,Lyn menanya kembali takut dia berkhayalkan kata-kata itu."Ya,semua meeting dah selesai dan kita ada half day untuk meronda Kota London dan kalau Lyn mahu berjalan mencari cenderahati ",lembut suara Arman membalas.
"Rasanya tuan Arman lebih familiar dengan Kota London,saya ikut sahaja but I have a request please bring me to see the Eye of London and Tower of London",pinta Lyn sambil memandang Arman seolah-olah kanak-kanak yang sangat gembira mendapat gula-gula."Okay rasanya sempat lagi untuk ke Tower London, kita beli tiket dahulu kejap saya panggil driver untuk bawa kita ke sana".'Yes akhirnya',ucap Lyn dalam hati.' Waktu untuk selfie', tersenyum Lyn ,sendiri gembira ,dia menyangka tiada langsung masa untuk melancong. Last dia ke London bersama arwah Afiq hampir semua tempat di lawati melainkan dua tempat yang tersebut kerana kebetulan cuaca tidak berapa bagus pada ketika itu.Tercapai impian dia melawat semua tempat-tempat bersejarah kota London akhirnya. Dalam kesejukan mereka berdua berjalan dan melawat sehingga hampir waktu malam. Selepas makan malam, Arman menyambung membawa Lyn berjalan-jalan di tepian sungai menyusuri dan mendengar live music di situ. Kelihatannya Lyn sangat gembira."Lyn, awak happy hari ini",Arman bertanya pada Lyn yang sedang asyik melihat dan mendengar live band yang sedang mendendangkan lagu."Yap, I'm Happy,look at the time sudah terlalu lewat, sebentar lagi sudah mahu bangun untuk ke Airport",Lyn mengajak pulang tuan Arman lalu secara sepontan dia terpandang akan mata tuan Arman yang pada ketika itu melihat wajahnya dengan sangat-sangat tajam dan matanya yang bersinar bak bintang .Malu dengan pandangan Arman,Lyn melarikan mata dan wajahnya dan berjalan ke arah untuk mereka berjalan pulang. Terlalu teruja dan gembira Lyn terlupa yang mereka berdua telah hampir seharian berjalan seperti sepasangan kekasih kerana banyak pasangan kekasih yang sedang memadu asmara disekeliling mereka berdua.Majoriti pasangan tersebut bukan Islam juga bukan berbangsa Melayu.Tersedar dengan keadaan sekeliling dan dalam keadaan malu, Lyn lalu mengajak Arman kembali ke hotel.Laju Lyn cuba berjalan di hadapan cuba meninggalkan Arman di belakang.
Arman yang seakan tidak mahu beredar dari situ lantas menarik lembut lengan Lyn tanda masih ingin berbicara lagi dan seperti ada sesuatu yang ingin di luah,dia melontarkan bicara pada Lyn."Sebentar Lyn",lengan Lyn berjaya di raup Arman lalu dia menarik Lyn kesisinya."Tuan kenapa?",soal Lyn sambil tangannya cuba menepis pegangan tangan di lengannya Arman. Relax ya, mereka memakai pakaian yang berlapis-lapis serta sarung tangan tebal jadinya tiada sentuhan aurat di situ.Arman mengajak lembut Lyn untuk berbicara sebentar lalu mereka duduk di kerusi di Hyde Park."Maaf tindakan saya sebentar tadi", Arman memohon maaf sambil mengambil tempat di sebelah kanan Lyn."Lyn kenal tak siapa saya sebenarnya?",tanya Arman sambil matanya melihat muka Lyn seakan jawapan itu ada tertulis di muka Lyn ."Tuan adalah Arman Shah bin Dato' Azman anak sulung pada Dato' Azman bin Ismail.Umur 35 tahun,masih single dan available.Sebelum ini belajar dan kemudian bekerja di London dan baru sebulan lepas pulang ke Malaysia bagi menerajui Damai Sutra sebagai penganti CEO yang telah bersara",lancar mulut Lyn memberikan info yang di ketahuinya."No, I mean other part from that?',Arman memandang Lyn lagi dengan harapan akan memperolehi jawapan selain yang diketahuinya sebagai seorang staff Damai Sutra."Maaf tuan saya baru kenal tuan sebulan yang lalu, itu pun kerana bekerja dengan tuan.More than that mana la saya tahu",jujur jawapan Lyn pada Arman."Awak pernah tak ada kawan waktu kecil dulu,yang awak panggil Shah bulat?", tanya Arman lagi."Shah bulat?,"Pantas dia menjawab, "Kawan baik saya tu, tapi dia masa umur 10 tahun ke 11 tahun ayah dia ambik dia serta datuk dan nenek dia untuk tinggal bersama, saya pun ingat-ingat lupa sebab dah terlalu lama lagi-lagi lepas itu terus lost contact until now.",terus Lyn teringat pada sahabat waktu kecilnya yang menghilang tanpa berita hampir 25 tahun lalu budaknya sangat comel dan bulat serta sangat mudah merajuk."Kenapa tuan?,macam mana tuan tahu nama kawan saya tu?', bertubi soalan di ajukan oleh Lyn tanpa henti seperti bertih jagung."Cuba Lyn pandang wajah saya elok-elok",Arman menoleh ke sisi kiri dan memandang tepat wajah Lyn tanpa berkelip."Ish berdosa la tuan, kita ini bukan muhrim, lagi la duduk berdua-duaan begini, ini pun nasib tempat ini ramai orang lalu lalang",Lyn menundukkan wajahnya tanda menolak permintaan Arman itu."Please Lyn cuba pandang dan tengok wajah saya,bukan secara bernafsu atau bukan-bukan sambil itu cuba ingat semula wajah Shah bulat awak tu",rayu Arman lagi cuba menyakinkan Lyn.Pelik dengan permintaan itu Lyn lalu mengangkat semula wajahnya dan memandang wajah Arman sambil cuba membayang wajah sahabatnya yang dia sendiri pun sudah ingat-ingat lupa.Malas dan bosan dengan permainan teka-teki tuan Arman Lyn lalu berkata ,"Tuan ini dah kenapa,esok nak bangun awal pagi kita ada masa dalam 5 jam jer lagi,better tuan cakap terus terang sahaja apa yang tuan nak sebenarnya",agak bernada keras kata-kata Lyn lalu dia cuba bangun dari terus duduk di situ namun di tarik semula oleh Arman untuk terus duduk di sisinya."Okey..okey no more guessing test,the true is saya lah Shah bulat tu",confess Arman membuatkan Lyn melihat dia dengan mata yang di kecilkan kemudian di besarkan semula berkali-kali masih tidak percaya dengan kenyataan yang Arman berikan kerana bagi Lyn- Shah bulat yang dia kenal sangatla bulat , comel, berkulit hitam di makan hari dan rambut yang kusut-masai ,seorang yang lemah lembut bukan bossy dan suka mengamuk tidak usul periksa seperti Arman yang di kenali olehnya sekarang."Hahahahah, tuan cuba bergurau kasar yer dengan saya.It really funny, you make me laugh a lot.You win",sangah Lyn masih tidak percaya dan dalam keadaan dia ketawa dan mengeleng kepala dia beredar dari situ meninggalkan Arman yang terpinga-pinga melihat penerimaan Lyn yang sebegitu.