Download App
25.71% CEO itu bukan bos aku. / Chapter 9: London

Chapter 9: London

"Lyn masuk sekejap!",kedengaran suara tuan Arman memanggilnya dari intercom di hadapan Lyn. "Alamak, apa la nasib aku hari ini?,'kerisauan dia mendengar panggilan tersebut.Di bawa kakinya yang longlai dan agak takut-takut itu menuju ke arah pintu pejabat tuan Arman, digagahkan tangannya mengetuk daun pintu."Masuk",arah suara dari dalam yang kedengaran garau.Debaran Jantung Lyn kian kencang seakan menunggu hukuman dijatuhkan oleh hakim.

"Duduk,"tuan Arman memberikan arahan dengan pandangan matanya mengarah ke kerusi di hadapan mejanya.Lyn terus menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan Arman dan arahan diberikan lagi oleh Arman,"Please book me a flight to London this Thursday,two seat myself and yours.An urgent issue arise and you will come together with me as my right man aka my personal assistant (PA).Our HR department will issue you a letter for your new position officially soonest this afternoon". Termangu dan tercenggang Lyn,disangkakan menerima hukuman tapi durian runtuh pula di terima.Syukuran.Tidak di sangka dan agak terkejut serta terperanjat dengan berita yang di terima namun sempat Lyn mendapatkan semua maklumat di perlukan,tuan Arman juga memberikan kerjasama dengan memberikan segala dokumen berkenaan project itu yang mana adalah tugasan yang diberikan Jumaat lepas, mesej yang direject olehnya.

Keputusan menaikkan Lyn ke jawatan PA, adalah untuk mengendalikan project besar yang telah diaward oleh Nigel Architects.Lyn akan menjaga semua urusan berkaitan Nigel Archites mulai saat dia dilantik sebagai PA. Arman juga memerlukan seorang lagi setiausaha untuk mengendalikan urusan untuk Damai Sutra.Terlalu banyak load work untuk Arman. Dia juga mengarahkan supaya Aidel untuk melapurkan diri pada dia minggu depan,sesorang yang boleh di percayai olehnya untuk berkongsi bebanan kerja dan orang kanan dia sebelum dia menerajui Damai Sutra.Pekerja yang sangat berkebolehan dan cekap. Arman cuba mengurangi bebanan kerjanya dengan strategic yang di rancang. Moga-moga dia boleh mencari sedikit masa untuk di luangkan bersama keluarga kerana itu adalah tujuan utama dia pulang selain menerajui syarikat Damai Sutra.

Khamis.

Berlepas jam 4.30 petang waktu Malaysia sampai di London 13 jam kemudian. Dengan jet leg dan keletihan duduk lama di pernerbangan, Lyn merengangkan badannya bila sahaja menjejak kaki di Airport Heathrow. Menuju kearah conveyor untuk mengambil bagasi ,dari jauh dia dapat melihat tuan Arman menarik hand luggage dengan pakaian yang agak tebal dan berjaket kerana cuaca sejuk. Dia menyaingi langkah Lyn kerana arah tujuan mereka sama.

"Lyn, bagasi kamu sudah kelihatan?",tanya tuan Arman.

"Belum tuan,tengah menunggu lagi".

"Rasanya itu bagasi saya",tunjuk Arman lalu mengangkat dan meletakkan beg tersebut di trolley yang di pegang Lyn, menunggu beg bagasi Lyn mereka cuma saling berdiam diri,menunggu lebih kurang 5 minit beg bagasi Lyn kelihatan keluar bersama beg bagasi penumpang yang lain lalu Lyn mengangkat dan meletakkan di trolley yang sama.

"Jom, ada kereta yang sudah menunggu kita, check in kemudian, kita terus ke office Nigel Architects."kata Arman memandang ke arah pintu keluar.'Belum sempat hilang sengal dibadan.Kenapa harus terus ke meeting?,ate boss aku ini betoi la giler korjer,patah jugak pinggang teman ini!',namun ayat-ayat itu hanya bermain dalam kepala Lyn tanpa berani di suarakan pada ketuanya.

Sampai di bangunan Nigel Architects mereka terus menuju ke bilik yang sedia menunggu. Setelah hampir tiga jam setengah di dalam mesyuarat tersebut, Arman akhirnya berjabat tangan dengan Mr Smith yang mengetuai minit mesyuarat tanda mengakhiri perjumpaan mereka hari itu. Mereka beredar keluar untuk makan tengahari bersama, bersembang dan berbasi-basi dan kemudian waktu yang di tunggu-tunggu oleh Lyn iaitu beredar untuk menuju ke hotel bagi merehatkan mata dan badannya.Sesudah check-in di hotel Intercontinental London, dan memperolehi bilik sendiri,Lyn terus merebahkan dirinya di atas sofa dihujung katilnya .'Ahhh...Penat sungguh, dah la kesejukkan dengan suhu -11',fikir Lyn .'Mandi?. Kus semangat mengigil.Air panas ada tapi better Qada solat jer la dulu'.cadang Lyn namun masih berbaring di sofa dan dia terlelap tanpa sedar kerana keletihan.

Ring..ring..ring sayu sahaja bunyi deringan telefon didengari oleh Lyn,dengan mata yang masih terpejam,tangannya meraba-raba mencari dan mencapai telefon yang berdering yang di letakkan betul-betul dimeja hadapan."Ehmm, ya aha..tidor..letih sikit", ucap Lyn tanpa melihat siapa yang memanggil dengan keadaan mata yang masih tertutup rapat serta badan yang jetleg dan mamai kerana baru terjaga dari tidur yang agak lena."

"Lyn, awak tidur ke?Tak nak isi perut untuk makan malam ke?",tanya Arman kepada Lyn yang bersuara agak serak dan tiba-tiba talian tiada bunyi -senyap seketika kemudian kedengaran sedikit bunyi dengkuran di hujung sana."LYN!!!!HELO..HELLO..",jerkah Arman dengan suara meninggi dan menjerit cuba untuk mengejutkan Lyn yang mungkin tertidur semula.Mungkin terkejut di jerkah begitu terus Lyn menyahut",Ya,Tuan ",spontan. Terus segar biji matanya dengan jerkah tuan Arman itu."Dah, pergi segarkan diri then jumpa saya di lobby kita pergi makan,ada dinner meeting dengan client sebentar lagi!",arah tuan Arman..Terus segar mata Lyn mendengar jerkahan dan arahan Arman itu.

Sepanjang mereka di London selama empat hari jadual mereka sentiasa di penuhi dengan meeting dan kerja tiada kesempatan langsung untuk berjalan-jalan sekeliling Lyn hanya dapat melihat eye of London dari kejauhan begitu juga Tower of London yang menjadi mercu tanda kota London yang tersengam indah.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C9
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login