Download App
14.28% CEO itu bukan bos aku. / Chapter 5: Apakah perasaan ini?

Chapter 5: Apakah perasaan ini?

"Morning Dato' silakan ke bilik Mawar,berapa semua yang akan hadir",Lyn menjemput Dato' Ishak dan anak buahnya sambil mengiringi mereka masuk ke bilik meeting yang sudah tersedia.

"Assalamulaikum Lyn,sebagai seorang Islam salam itu wajib diberikan",teguran lembut Dato Ishak sambil menyambung",From my side dalam tiga orang juga empat orang dari Enginer Bersekutu mereka masih dalam perjalanan dan dari pihak Damai Sutra saya kurang pasti",Dato' Ishak yang terkenal mesra lancar memberikan jawapan sambil mengatur langkah mengikuti Lyn menuju ke bilik Mawar.Memerah pipi Lyn mendengar teguran Dato' Ishak itu. Walaupun sudah berumur namun beliau masih nampak segak dan penuh karisma.Dengan wajah yang sentiasa dalam senyuman membuatkan dia nampak muda dari usia sebenar.Lyn memang senang berurusan dengan dengan beliau dan pekerja-pekerja beliau yang sentiasa merendah diri dan pandai bertolerasi.Contoh terbaik orang yang ternyata kaya harta dan kaya dengan pekerti dan bahasa.

"Mulaikumsalam Dato",pantas Lyn menjawab salam dengan ada sedikit rasa malu dengan teguran tersebut sambil terus menyambung ",Pihak kami ada menyediakan sedikit breakfast ,di persilakan jemput makan dahulu sementara menunggu",,jemput Lyn pada semua dan menuju semula ke tempat duduknya menunggu kehadiran tetamu yang masih belum tiba.

Seawal jam 8.00 pagi tuan Arman telah sampai namun masih belum keluar dari bilik pejabatnya kerana menyelesaikan sedikit tugasan penting yang di terima sebentar tadi.Setelah menyelesaikan permasalahan tersebut beliau terus menuju ke bilik mesyuarat bagi menyapa ahli-ahli mesyuarat yang telah hadir awal sebelum mengetuai mesyuarat tersebut.

Sambil menuju ke bilik mesyuarat sempat lagi Arman mencuri pandang pada si setiausaha yang asyik menyiapkan tugasan sambil meninjau ke arah pintu masuk,mengawasi jika ada tetamu yang di tunggu tiba.'Manis",ucap hati kecil Arman.Terus dia berlalu menuju ke bilik mesyuarat.

Treet..treet...treet deringan telefon dari meja Lyn kedengaran nyaring meminta di sambut. Laju Lyn mengangkat dan melihat melalui screen jelas si pemanggil pastinya si Aini.

"Kenapa dik?'.

"Kak Lyn,file yang kak Lyn bagi Aini berkenaan shipment cargo by sea dari Australia tu kat mana", suara Aini yang kedengaran panik dan tidak keharuan. Pasti Puan Kasmah mengamuk fikir Lyn tahu benar dengan sikap Puan Kasmah yang tidak suka dokumen yang diberikan tidak lengkap.

"Akak ada buat softcopy dalam komputer dalam dekstop atas nama file Australia. Buka dan reprint semua",spontan Lyn memberikan solution,kerana bila bekerja dengan boss yang cerewet semua perlu ada back up.

"Thank you kak, nanti Aini belanja akak...muah..muah",terus talian di matikan oleh Aini setelah dapat apa yang di kehendaki.

Tersenyum Lyn mendengar kata-kata Aini itu, sebagai Junior sectary yang tiada pengalaman, perasaan kasihan agak menebal untuk dia.Teringat pula semasa mula-mula berkhidmat dengan Puan Kasmah setiap hari adalah hari yang sangat mencabar. Lagi kalau dia moody mau seharian kena maki. Namun dia bersyukur kerana sikap Puan Kasmah itu telah banyak mengajar dia tentang perihal teliti,kemas dan tepat dalan setiap tugasan.Dan hasilnya tugas yang diberikan dapat dibuat dengan mudah dan senang. Alah bisa tegal biasa kata orang.Rindu pula dengan puan Kasmah atau puan Kay gelaran semua pada si ketua. Dua tahun adalah tempoh yang agak lama.Semasa berada di bahagian logistik ,dia selalu memback up tugasan coordinator dan harus multi task dalam setiap kerja. Di sebabkan itu telah telah di ajar untuk mengetahui setiap perjalanan shipment samada by sea or air.Banyak pengalaman dan tunjuk ajar Puan Kasmah yang tidak akan di lupakan. Berhubung dengan pelbagai peringkat status manusia dari mula shipment bergerak jika import bagaimana dan eksport bagaimana. Hari-hari situasi adalah berbeza.Lyn benar-benar seronok bekerja dengan puan Kasmah walaupun ketuanya cerewet kerana terlalu banyak ilmu yang di perolehi.' Terima kasih puan Kay',ucap Lyn di dalam hati bila teringat akan jasa dan ilmu yang di perolehi dari beliau. Semasa hand over dan sebelum berpindah deparment, dia ada berjumpa si ketua mengucapkan jutaan terima kasih dan begitu juga puan Kasmah memberikan sokongan mahu melihat dia lebih maju pada masa depan.Sisi keibuan beliau amat terlihat bila lyn mahu bersalam tetapi beliau menarik Lyn rapat dan memeluk serta menepuk bahu Lyn tanda ucapan terima kasih kerana telah berkhidmat dengan baik untuknya.Benar kata orang bila kita sudah kehilangan baru tahu menghargai.Manusia selalu begitu tidak menghargai semasa ada hanya setelah hilang baru tahu apa yang telah dia rugi.

Ting tong..ting..tong loceng pintu di tekan oleh tetamu menyentak Lyn dari lamunan. Di luar pintu kaca terlihat empat pemuda kacak bersuit dan bertali leher dan jelas kelihatan sebuah trolley yang membawa file-file tebal dan plan-plan lukisan (blue print).

'Pasti wakil dari Enginer Bersekutu',telahan Lyn menekan punat pintu lalu menjemput dan mengiring mereka ke bilik meeting.Tiba-tiba Lyn mendengar salah seorang memberikan salam padanya. Dia menoleh.

"Assalamulaikum Haslina Binti Mohd Omar", seorang pemuda yang tinggi, berkulit sawo matang juga agak kacak dengan berkaca mata tersenyum manis memandangnya.

"Mulaikumsalam, macam mana Encik tahu nama saya",soal Lyn yang setahunya baru pertama kali melihat kesemua mereka.Selalunya dia hanya berurusan dengan Dato' Ishak dan pekerjanya.Ini kali pertama pihak Enginer Bersekutu hadir ke Wisma Damai Sutra.

"La tak kan Lyn tak kenal saya?,Hafezin Bin Othman class of 2001 SMK Sultan Yusof, kelas 6 Taat Setia", si pemuda mengenalkan diri teruja melihat kawan persekolahan di situ.

Langkah Lyn terhenti seketika.'Hafezin..Hafezin..', berulang kali di ucapkan dalam hati sambil akalnya cuba mengelinap dalam kotak-kotak memory mencari file yang mempunyai nama itu. Akhirnya terungkai file tersebut.Budak KRS-Kadet Remaja Sekolah ,budak paling tinggi dan dulu kulitnya hitam dan memakai kaca mata,sangat suka menyakat dan membuli dia semasa aktiviti atau kawad kaki kerana dia adalah salah seorang ahli tertinggi majlis KRS.

"Hafezin! budak kadet yang suka buli saya kan!", terus ayat itu yang terkeluar dari mulutnya.

"Hahahaha itu pekara pertama yang awak ingat tentang saya.Teruk sangat ke saya pada masa itu",tergelak Hafezin.

"Ate mikee kerja arkitek ke? lama benor tak jumpe, rasenya udah 18 tahun last sekolah tingkatan 5", sambung Lyn lagi.

"Nanti kita yembang lepas habis meeting ye, teman nak kena jumpa boss mikee dulu",Hafezin menamatkan perbualan mereka kerana dia perlu menghadiri meeting di mana tuan Arman dan Dato' Ishak sudah sedia menunggu.Berjumpa teman senegeri terus bertukar gaya percakapan mereka berdua secara automatic.

"Jom saya iringi semua ke bilik Mawar", tersipu malu Lyn, berjumpa kenalan lama terlupa yang dia sedang bekerja.

Jam sudah menghampiri jam 12.45 tengahari, mesyuarat masih belum tamat lagi. Lyn menunggu dengan sabar sambil membuat sedikit tugasan yang urgent juga mengatur schedule tuan Arman yang telah di tunda untuk pagi ini kehari esoknya.

Kelihatan dari arah bilik Mawar semua telah keluar untuk lunch break, kelihatan dari jauh Hafezin,tuan Arman dan Dato' Ishak berbual mesra mendekati pintu keluar di ikuti oleh yang lain .Bila menghampiri pintu keluar kelihatan Hafezin menyambut huluran tangan Dato' Ishak dan tuan Arman padanya. Lantas terus Hafezin berpatah semula menuju ke meja Lyn yang terletak berhadapan dengan jalan keluar dan ruang menunggu yang boleh di lihat melalui penghalang kaca lut sinar. Di situ kelihatan Lyn yang sedang asyik menaip di PC.

"Assalamulaikum....",salam diberikan Hafezin berdiri tegak di hadapan meja Lyn

"Mulaikumsalam, dah habis ke meeting tu?",jawap Lyn sambil bertanya namun matanya masih memandang PC.

"Belum, lepas lunch sambung, ada sedikit lagi yang perlu di bincangkan, boss mikee tu cerewet bebenor lagi dia nak semua perfect.Biasa ler client memang gitu. Ate mikee tak pergi makan ke?',tanya Hafezin semula.

"Kejap lagi,teman makan bekal ini ha,makan seorang bukan nya best pun", tunjuk Lyn pada bekalan sandwich yang di beli pagi tadi.

"Hu Alah, padan le kecil bebenor badan mikee, makan seciput",gurau Hafezin lagi berdiri di hadapan meja Lyn.

"Ate jom le teman belanja mikee hari ini, boleh borak-borak panjang, lama bebenor tak jumpa", ajak Hafezin lagi.

"Kejap yer, teman save dokumen ni",pantas Lyn menerima ajakan tersebut.

"Mikee tak ke join deme-deme semua tu?", tanya Lyn sambil tangannya mengambil beg tangan dan berjalan menuju ke tepi Hafezin. Mereka berjalan bersaing menuju food court untuk makan tengah hari bersama.

Dari luar pintu kaca yang lut sinar dapat di lihat oleh tuan Arman,Lyn dan Hafezin berborak mesra.Ada sedikit perasaan tidak senang dengan kemesraan keduanya di situ.Namun pandangan tersentak dengan panggilan Dato' Ishak.

"Tuan Arman!",panggil Dato' Ishak mencari perhatian Arman yang kelihatan suram secara tiba-tiba.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C5
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login