Download App
85.71% Moga Firdaus itu Milik Kita / Chapter 6: Permulaan Abadi

Chapter 6: Permulaan Abadi

Shuib di tukarakn ke wad biasa bila keadaanya makin stabil. Dia memperolehi tenaga melalui memberian susu yang di salurkan terus melalui tiub ke perutnya. Setiap tiga jam harus di beri susu umpama bayi di susui. Hari pertama keluar dari CICU, Ros mengambil cuti untuk menemai Shuib tanpa sekejap pun meninggalkan dia sendirian. Tiap apa yang di ingini tidak di penuhi oleh Ros dan dia sentiasa menjaga si suami dengan penuh sabar dan kasih sayang. Bibirnya tidak putus-putus berdzikir untuk si suami. Doanya tidak pernah putus agar si suami sembuh seperti sedia kala. Adik beradik dan kawan-kawan serta sanak saudara tidak putus-putus menziarahi Shuib. Jam menunjukkan pukul 4pagi, Shuib masih gelisah di katil memang sejak akhir-akhir ini dia tidak pernah nyenyak tidur, sentiasa bertanyakan pada Ros bila beliau boleh menjamah makanan semula kerana dia berasa lapar.

Di sebabkan kecederaan di tekaknya , dia tidak dibenarkan lagi untuk makan makanan pejal, hanya makanan cair sahaja melalui tiub kerana takut makanan masuk ke dada. Hari itu Khamis 22 Nov, Shuib benar-benar tidak dapat menahan kelaparan kerana susu yang diberikan tidak dapat menampung kelaparan. Dia mngegarkan katil kerana terasa sangat marah kerana rasa kelaparan teramat, sudah lebih seminggu tidak makan,manusia mana yang dapat menahan diri?.

"Ayang, I lapar ni, bagi la I makan', rayu Shuib pada Ros.

"Anje, buat masa ini tak boleh sayang takut you tercekik, kecederaan you tak sembuh lagi, nanti doktor ENT datang I tanyakan yer', pujuk Ros menenangkan si suami.

"Kenapa dia orang seksa I begini, I manusia, I nak makan",sedih suara Shuib dengan keadaan yang tidak berapa boleh bersuara, di gagahkan juga mengeluarkan suara meminta belas untuk mengisi perut yang berkeroncong. Ros meminta bantuan semua. Nurse di panggil juga. Namun semua mengatakan harus mengikut arahan doktor yang diberikan. Di suakan air buat penghilang lapar dalam sesudu, habis tersedak dan tersembur kerana tekak Shuib memang benar-benar tidak boleh menelan sebarang makan atau air. Hanya tiub yang disalurkan boleh menerima susu mengikut sukatan yang diberikan oleh nurse namun susu yang diberikan tidak dapat menampung kelaparan.

"Salam Abg Salleh, maaf Ros call awal pagi ini, Shuib mengamuk kelaparan, apa yang Ros boleh buat sekarang", tanya Ros serba salah dan kasihan melihat suami sebegitu, tanpa malu semua orang di telefon untuk mencari solusi untuk si suami.

"Ros baca apa yang patut dulu kat Shuib,Yassin ke zikir ke tenangkan dia, Abg Salleh akan minta tolong kawan-kawan yang kenal ENT Hospital Serdang.Minta Shuib sabar yer", Abg Salleh memberikan Ros sedikit kekuatan dengan jawapan itu.

Abang Salleh menelefon semua kenalannya untuk membantu adiknya.Akhirnya dapat juga dia meminta pertolongan seorang doktor ENT untuk melihat keadaan adiknya itu.Ros mula menangis melihat reaksi Shuib yang tidak keharuan itu.Di sabarkan si suami dengan pujukan supaya dia mengucap dan berzikir. Menangis dia melihat keadaan Shuib.Lalu di di telefon sahabat si suami.

"Salam Ijad, Shuib mengamuk kelaparan ini, aku tak tahu nak buat apa dah", sayu dan layu suara Ros kesedihan.Ijad yang masih termangu-mangu kerana baru bangun dari tidur menjawab,"Minta Shuib sabar dulu Ros,aku pun tak boleh buat apa Ros, sebab kecederaan tekak itu parah, macam kata doktor memang dia tak boleh makan dan minum melalui tekak dia lagi sampai tekak dia benar-benar sembuh,aku akan datang tengok dia waktu melawat pada waktu pagi nanti,apa yang boleh aku cakap pujuk la Shuib bersabar sebab kami benar-benar tiada soulusi".

Pagi itu Ros terpaksa pergi bekerja kerana ada perkara yang harus diselesaikan di pejabat dengan kadar segera. Sesampai Ijad di wad, dia melihat wajah Shuib tersangat sungul dan lemah. Di ajak sahabat berbicara, namun Shuib sangat letih.

"Ijad aku mengantuk sangat ini, aku nak tidur dulu",ucap Shuib pada Ijad dengan matanya yang kuyu,serasa keletihan yang tidak dapat di tampung-tampung kerana tiap malam tidurnya tidak pernah nyenyak.Dengan rasa kelaparan yang tidak dapat di bendung,tubuhnya melonglai dan melemah membuatkan dia merasa mengantuk.Hanya dengan tidur dia dapat mengumpul sedikit kekuatan dan tenaga.

"Tidur la Shuib, sabar yer buat masa ini kami nak kau sembuh jadi memang kau tak boleh makan makanan pejal, sabar sikit jer lagi, tak lama lagi insyallah kau dah boleh makan dan minum macam biasa",janji Ijad pada Shuib sambil menyelimutkan sahabatnya yang keletihan kerana tidak tenaga.

"okay bro, aku nak tidur dulu yer",sahut Shib dalam keadaan mata terpejam.

"Ib, aku balik dulu la kalau begitu, rest well, cepat sembuh ya", ucap ijad menepuk lembut bahu Shuib.

Kebetulan Nor di rumah demam mungkin berjangkit dengan si anaknya yang kurang sihat. Balik dari hospital Ijad membawa si isteri ke klinik. Sedang elok ubat di terima dia menerima panggilan dari adiknya mengatakan si ibu dan bapanya tidak sihat dan tidak boleh bangun dari katil. berkejaran mereka sekelurga ke rumah orang tuanya. Sesampai sahaja kelihatan si ibu yang amat lemah dan tidak boleh bangun. Si ayahnya di papah masuk kereta sementara si ibu di angkat beramai-ramai dan meluru mereka membawa keduanya ke bilik kecemasan hospital. Si ibu terus diberi bantuan awal .Setelah rawatan di berikan si ayah di caj keluar tetapi si ibu di tahan kerana harus diberikan rawatan dan ada ujian yang harus di buat lagi. Nor menemani ibu mentuanya di hospital.

Tiap hari Ros setia menunggu si suami sihat seperti biasa, semua berharapankan benda yang sama.Shuib di tukarkan lagi kekatil yang berdekatan dengan nurse untuk pemantuan yang lebih teliti kerana setelah pembersihan luka di buat di dapati ada nanah yang tidak sepatutnya ada. Ada infection pada luka di tambah dengan Shuib yang mempunyai kencing manis maka dia harus di pantuan setiap masa.Hari Sabtu itu Ros berjumpa dengan dietitian yang memberitahu bahawa pemberian susu adalah dalam sukatan yang salah sejak empat hari lepas, Shuib hanya memperolehi 40% tenaga sahaja dengan sukatan yang di berikan oleh nurse kepada Ros.Patutlah Shuib kelaparan kerana tidak mendapat sukatan yang sebenar.Patutlah Shuib asyik mengatakan yang dia kelaparan.

kita berpuasa seharian makanan yang kita ambik mencukupi bayangkan selama empat hari kamu hanya minum segelas air sahaja. Mana manusia yang boleh berlapar begitu, lagi lah jika kamu memang pengemar makanan.Malam itu Shuib dapat tidur lena dengan sukatan susu yang sebenar. Alḥamdulillāh.

Ahad 25 Nov, Shuib mengatakan dadanya sangat sakit dan meminta diberikan ubat tahan sakit untuk menghilangkan kesakitan yang tidak dapat di tanggung oleh dia.Namun nurse tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana takut over dose ubat penahan sakit. Shuib sangat-sangat gelisah, dia lalu bangun ke tandas mengambil wuduk untuk menenangkan diri sambil menunggu waktu subuh.Dadanya tetap sakit tanpa henti, hanya Allah yang mengetahui kesakitan yang di tanggung, rasanya bagaimana. Ros hanya boleh menenangkan beliau dengan bacaan yassin dan zikir-zikir yang di ingati.Ku faya fun, bila ajal tiba tidak terlewat walau sedetik atau sesaat pun. Puas semua ahli perubatan yang berada di situ berikhtiar menyelamatkan Shuib, bantuan CPR dan sebagainya namun ajal Shuib sudah ketentuan illahi dan tepat jam 6.45 pagi dia kembali kepada penciptaNya.

"Innalillahiwainnailaihirojiun,dari dia kita datang padanya kita kembali. "Allahummagh firlahu warhamhu wa'aarfihi wa'fu anhu"-Ya Allah Ampunilah dia ,Berikan rahmat ,sejahtera dan maafkan dia.",doa Ros dalam hati sambil cukupan diberikan didahi si suami yang telah terbujur kaku di pembaringan.Dan tika itu juga Abang Salleh dan Kak Nonie sampai di katil hospital menjadi saksi Ros memeluk dan mencium dahi Shuib yang sudah lagi tidak bernyawa.Airmata melaju pada wajah keduanya, pilu, sedih dan segalanya bila melihat situasi di hadapan mata.Terdiam mereka berdua hanya airmata mengalir tanpa henti namun kenyataan terpaksa diterima. Si adik perlu dulu dari mereka berdua."Ya Allah, adikku".

Setelah suasana agak tenang dan kenyataan di hadapan mata boleh di proses oleh akal, telefon di capai dan didail untuk diberitakan pada semua. WhatsApp di hantar untuk di hebah pada keluarga dan semua.

Setelah diberitahu pada yang terdekat dan yang di ingati pada waktu itu, Ros termenung sugul melihat jenazah si suami. Terdiam dia,menangis dalam diam dan masih cuba menerima hakikat yang si suami telah pergi meninggal dia selama-lamanya.Perasaannya tika itu, adalah kesedihan maksima namun di kuatkan hati dan perasaan kerana pegangan ugama yang di ajari suami tersemat kemas di dada dan minda.

Panggilan bertalu-talu di terima, di jawap dengan sebaik mungkin.Telefon berbunyi buat kesian kalinya tidak terkira. Di angkat dan di dengar di hujung sana suara sahabatnya Nor,"Salam Ros,sabar ye sayang, saya dengan Ijad datang sebentar lagi, tunggu kak Ainon ganti saya jaga mama, mama tak boleh di biarkan sendirian di hospital ini",kata Nor yang telah tiga hari bermalam menemani ibu mentuanya itu walau sebak dan sedih dengan berita mengejut itu cuba mengawal emosi. Jika dia bersedih bagaimana pula perasaan Ros tika itu. Rasa kehilangan itu hanya orang yang pernah menghadapi yang tahu. Sympanty dan empathy adalah dua perkara berbeda. Sympanty-nampak dan rasa seolah-olah sama seperti yang menghadapi masalah itu. Empathy -nampak,rasa dan pernah menghadapi masalah yang sama. Dengan kehilangan kedua ibubapanya sebelum ini Nor, dia tahu Ros perlukan kekuatan untuk menempuh hari yang sangat-sangat mencabar emosi dan minda.Kesedihan akan terasa agak lama dan panjang. Sokongan dari orang sekeliling sangat-sangat di perlukan pada waktu genting sebegini.

"Awak datang tau, saya tunggu", itu la yang terluahkan oleh Ros tika itu sebak yang di kawal hampir tertewas keluar.

Syukur segalanya di permudahkan oleh Allah SWT. Jenazah Shuib di bawa turun untuk di mandikan dan di kafankan di bilik jenazah muslim hospital.Berpusu-pusu ahli keluarga dan sahabat handai yang datang pagi itu.

Kelihatan dari jauh Ros memegang beg sandangnya unggunya tika itu,merenung kosong di hadapan. Melihat si sahabat dari jauh lagi wajah Ros berubah kesedihan menahan tangisan. Terus Nor dan Ros berpelukan hanya airmata mengalir,tiada ucapan dan kata-kata saling berpelukan hiba dan sebak,menangis kesedihan keduanya namun cuba di kawal kerana dalam Islam tidak baik menangis meratap kematian. Eita dan Maizi sudah sedia menunggu, bila sahaja mendapat berita dari Nor pagi itu terus mereka menuju ke hospital tanpa lengah. Perancangan selepas Zohor arwah di kebumikan. Ayah Shuib sampai dan menuju bilik mayat untuk melihat jenazah si anak,melihat jenazah anaknya salam di beri.

"Assalamulaikum Shuib"

"Assalamulaikum Shuib"

"Assalamulaikum Shuib"

"Ayah sayangggg awak tapi Allah lebih sayangggkan awak",itula kata-kata yang di ucapankan buat si anak.Dipeluk dan di ciumnya arwah. Tiada siapa di situ yang dapat menahan airmata mendengar kata-kata si ayah yang baru kehilangan seorang anak tersayang.

Urusan mandian arwah di permudahkan sungguh ramai yang sudi memandikan arwah.Sembahyang jenazah di buat dua kali iaitu selepas dikafankan di hospital dan juga di surau bagi memberikan peluang semua untuk memberikan penghormatan terakhir untuk arwah.

Perjalanan Shuib telah berakhir, meninggalkan yang lain menjalani kehidupan di dunia yang fana ini.

Kau pergi menjalani kehidupan abadi dan moga diakhirnya kita akan berjumpa jua di sana.Ianya pasti satu hari nanti. Semoga kamu berada di tempat tertinggi bersama ahli syurga dan orang-orang beriman. Segala kenangan bersama akan tetap kemas terikat di hati,jiwa dan minda kami. Semoga Syurga Fidaus itu milik kamu. Moga kami juga bersamamu di firdaus kelak.

Tenanglah kamu di sana Shuib Shamsudin (1980-2018)

Al-Fatihah.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahi rabbil alamin,

Arrahmaanirrahiim,

Maaliki yaumiddiin,

Iyyaka na'budu waiyyaaka nastaiin,

Ihdinashirratal mustaqim,

Shiratalladzina an'amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin.

Terjemahannya :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin ya rabbi al- amin.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C6
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login