Download App
9.3% NAGA PUSAR / Chapter 75: Pulang ke Rumah (Bahagian 1)

Chapter 75: Pulang ke Rumah (Bahagian 1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Dinding di sekeliling manor Alice tidaklah begitu tinggi, hanya sekitar dua meter. Berjalan menghampirinya, Linley melompat ke atas dinding itu dengan sekali lonjakan. Kemudian, dengan satu lagi lompatan, dia tiba di hadapan Alice seolah-olah dia terapung ke arahnya.

"Cepat, baring." Alice menggesa Linley.

Curiga tetapi Linley tetap patuh.

"Shhh." Alice berhati-hati melihat kawasan sekeliling sebelum menghembuskan nafasnya. Kemudian dia berpaling ke arah Linley. "Mujurlah semua orang sudah tidur. Kalau ada orang nampak, habislah saya."

Linley kini faham.

"Mari duduk. Jika kita berbual sambil duduk, dinding itu menjadi penghalang daripada orang lain melihat kita." Alice tersenyum gembira, malu-malu kucing. Dia mengelap lantai dengan kain berhampirannya kemudian duduk di sebelah Linley.

Linley juga berasa gembira dapat bertemu dengan Alice sekali lagi.

"Abang Linley, apa yang kamu buat di jalan pada lewat malam begini? Oh, ya. Kamu pelajar Institut Ernst, bukan? Apa yang kamu lakukan di Kota Fenlai?" Alice bertanyakan bermacam soalan dengan satu nafas.

Apa dia buat di Kota Fenlai?

Linley berasa sedikit janggal. Dia tidak boleh mengatakan dia berada di sini untuk melawat Syurga Air Jed bersama rakan-rakannya, bukan?

"Saya datang bersama beberapa orang sahabat untuk bergembira di kota. Bila hari sudah malam, saya rasa rimas berada di dalam bangunan, jadi keluar untuk bersiar-siar." Linley hanya dapat memberi jawapan kabur.

Alice mengangguk.

"Alice, apa yang kamu buat berjaga di tengah-tengah malam ini?" soal Linley.

Alice menggigit bibir bawahnya. "Saya dah tidur awal sebenarnya. Sedang saya berehat, ayah saya mengejutkan saya daripada mimpi yang indah. Dia minum terlalu banyak dan mabuk teruk. Awak tak tahu betapa dahsyatnya perangai ayah saya. Hari-hari keluar berjudi dan minum arak. Apabila pulang, dia akan menimbulkan masalah di rumah. Geram betul saya!"

"Saya kurang bernasib baik punyai ayah seperti ini. Bagaimana pula dengan kamu, Linley? Ayah kamu bagaimana orangnya?" Alice memandang Linley yang duduk menghadapnya.

"Ayah saya?" Linley tiba-tiba terfikir akan ayahnya. "Ayah saya tidak berjudi. Walaupun dia minum arak, tetapi tidak sehingga mabuk. Sungguhpun begitu, ayah saya sangat tegas orangnya. Sikapnya memang begitu sejak saya kecil lagi."

Alice mengeluh cemburu. "Abang Linley, nasib kamu baik. Tak macam saya."

Di bawah sinaran bulan, seorang pemuda dan gadis berbual dengan gembira di sebuah balkoni. Daripada topik yang berkisar tentang bapa mereka beralih kepada pendidikan, kemudian tentang sekolah dan rakan-rakan mereka. Akhirnya, mereka mula berbual tentang aktiviti yang dilakukan bersama rakan-rakan…

Linley sangat senang dapat berbual dengan Alice. Semakin banyak mereka bualkan, semakin Linley memahami kehidupan Alice.

Perlahan-lahan, malam tiba ke penghujungnya dan fajar pun menyingsing di langit timur. Seluruh bumi diselubungi udara pagi yang segar. Tetapi Linley dan Alice, keduanya hanyut dalam perbulaan dan langsung tidak menyedari peredaran masa. Hanya apabila langit bersinar terang, barulah kedua-duanya tersedar masa yang berlalu.

"Oh, sudah siang." Linley baru tersedar.

Alice juga akhirnya tersedar. "Segannya saya, Abang Linley. Saya memaksa kamu menemani saya sepanjang malam."

Tiba-tiba, Linley dan Alice senyap. Mereka berasa sedikit janggal.

"Baiklah. Saya pulang dulu." Linley dapat merasakan suasana janggal antara mereka. Dia tiba-tiba berasa gementar dan dia segera berdiri.

"Abang Linley, adakah kamu akan datang ke Kota Fenlai lagi selepas ini?" soal Alice.

"Saya akan datang kalau saya ada masa lapang." Sambil menggenggam selusur di tangannya, Linley membalik kuang dan mendarat di atas tembok. Dengan sekali lonjakan, dia melompat ke atas jalan, hampir 10 meter dari tembok.

Linley tidak menoleh ke belakang sebaliknya perlahan-lahan melambaikan tangannya dengan bersahaja.

Alice mengikut jejak Linley dengan matanya. Selepas Linley hilang dari pandangannya, barulah dia kembali ke biliknya dengan perasaan sayu.

Matahari musim panas di bulan Ogos bagaikan bebola api besar yang membakar daratan. Selepas makan tengah hari bersama tiga orang sahabatnya, Linley terus memulakan perjalanan pulang ke rumahnya di pekan Wushan. Dia membawa beg galas penuh dengan teras Magicite yang bernilai lebih 70,000 syiling emas.

*Cit cit.* Di belakang Linley, Bebe mendecit dengan teruja.

Linley melirik ke arah Bebe kemudian ketawa. Dia berkata secara mental, 'Bebe, kamu pun gembira dapat pulang ke pekan Wushan, ya? Oh, ya. Saya tak pernah bertanya kamu sebelum ini, bagaimana dan mengapa kamu boleh muncul di perkarangan manor keluarga saya?'

'Saya pun tak tahu.' Bebe menggelengkan kepala kecilnya. 'Seingat saya, saya memang sudah berada di halaman belakang keluarga Bos. Saya sendiri pun tidak tahu siapa ibu dan bapa saya. Saya cuma ingat satu perkara sahaja, satu suara mengatakan, 'Tunggu di sini, jangan merayau-rayau'.'

'Tunggu di sini, jangan merayau-rayau?' hati Linley berdegup kencang.

Mungkinkah suara itu suara ibu atau bapa Bebe?

'Pada awalnya, saya hanya makan batu. Saya patuh akan suara itu jadi saya tak meninggalkan halaman belakang keluarga Bos. Tetapi kemudian Bos terjumpa saya dan memberi saya makan arnab liar. Dalam dunia ini, tiada orang yang layan saya dengan baik kecuali Bos seorang. Saya tak mahu sekali-kali pun meninggalkan Bos.' Bebe mengerutkan hidungnya.

Linley juga mengingatkan semula kejadian yang berlaku pada waktu itu.

Ketika itu, Bebe memang kelihatan teragak-agak di laluan masuk ke pekan Wushan. Namun begitu, apabila melihat Linley berlalu pergi, Bebe membuat keputusan untuk menggigit Linley dan memulakan ikatan pengikat jiwa dengannya.

"Baiklah, Bebe, kita akan sentiasa bersama, okey?" Linley dengan penuh kasih mengusap kepala kecil Bebe. Bebe yang rasa terpujuk memejamkan matanya.

Linley tidak berjalan terlalu laju, hanya dengan kelajuan 20 kilometer sejam. Ketika dia tiba di sempadan pekan Wushan, malam sudah menjelang. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke pekan, dia terdengar suara yang biasa didengarinya…

"Kamu semua, luruskan dan tegangkan pinggang kamu! Jangan membongkok! Jika ada punggung sesiapa yang mencecah ke atas dahan dan terkena cat, kamu dianggap telah melanggar peraturan. Latihan berganda untuk mereka!" Suara Hillman dapat didengar dari jauh.

Linley memerhatikan mereka.

Di atas padang lapang di timur pekan Wushan, bersebelahan dengan sebaris pokok, sekumpulan kanak-kanak dari usia enam hingga enam belas tahun berdiri dalam tiga kumpulan berbeza. Di bawah pengawasan ketat Hillman, mereka sedang menjalani latihan yang sukar. Semua kanak-kanak itu bermandikan peluh.

"Dahulu, saya juga melakukan latihan itu." Apabila melihat suasana itu, Linley rasa terharu.

"Linley?" Hillman ternampak Linley yang berada di kejauhan. Selepas memberi arahan kepada Roger dan Lorry, dia segera berlari ke arah Linley lantas memeluknya dengan erat.

"Pak Cik Hillman, lama tak jumpa!" Linley juga berasa sangat gembira.

"Haha, jom! Jom pulang ke rumah dahulu. Tuan Hogg pasti gembira melihat kamu." Hillman tergelak sambil bercakap. Dia kemudian membawa Linley ke pekan Wushan.

"Tuan Muda Linley." Roger dan Lorry menyapa Linley dengan ramah dari jauh.

"Pak Cik Roger, Pak Cik Lorry." Linley juga melambai ke arah mereka dengan gembira. Selepas itu, dia mengikut Hillman berjalan pulang ke manor.

"Linley, kamu membawa beg galas bersama kamu? Nampak macam berat. Apa yang ada di dalamnya?" Hillman ternampak menyedari beg yang tergalas di belakang Linley dan bertanya sambil ketawa.

Linley tersenyum misteri. "Hadiah. Hadiah untuk bapa saya!"


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C75
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login