Download App
11.56% Renjer Malam / Chapter 85: Kemahiran dan Keistimewaa

Chapter 85: Kemahiran dan Keistimewaa

Editor: EndlessFantasy Translation

Dia mendapat dua keistimewaan secara mengejut!

Marvin tidak menjangka ini berlaku.

Keistimewaan lebih berharga dari kemahiran. Kebanyakan mempunyai efek pasif dan sangat berguna.

Marvin telah mempertaruhkan segalanya dalam pertempuran sebelum ini.

Dia kerap berada di antara hidup dan mati. Jika bukan disebabkan efek dari Vine Metamorphosis, nyawanya pasti sudah melayang!

Dan potensi dirinya juga bangkit dari pertempuran maut dan memberikan dirinya dua keistimewaan.

Yang pertama adalah Endurance.

[Endurance]: Anda dapat semakan keazaman setiap 10 minit selepas cedera. Jika semakan itu berjaya, anda dapat mengabaikan kesakitan dialami.

Ini merupakan keistimewaan yang sangat hebat!

"Patutlah aku tidak tersekat dengan kesakitan pada masa itu."

Marvin tersedar tiba-tiba. Dia masih teringat perasaan ketika stamina menurun, kehilangan keseimbangan diri dan kesakitan hilang buat sementara waktu selepas dipanah.

Rupanya disebabkan efek dari keistimewaan ini.

Keistimewaan ini dan Ana [Tenacity] adalah berbeza tetapi mempunyai efek yang lebih kurang sama dan kedua-dua keistimewaan ini sangat diidamkan oleh kelas menyerang jarak dekat.

Selalunya kesakitan boleh mempengaruhi makhluk hidup terutama ketika berlawan.

Kesakitan boleh menganggu setiap tindakan dan boleh mempengaruh keputusan perlawanan kerana pergerakan menjadi tersekat.

Endurance merupakan keistimewaan yang sangat bagus dan biasanya hanya diperoleh mereka yang selalu bertempur sehingga luka. Marvin boleh dikatakan sangat bernasib baik mendapat keistimewaan ini.

Keistimewaan kedua adalah Burst.

[Burst]: Jiwa anda yang kental tidak sepadan tubuh anda yang lemah. Anda boleh melepaskan kuasa letusan melebihi had tubuh badan. Tetapi selepas itu anda akan mengalami efek yang sangat teruk.

Burst merupakan keistimewaan jarang dijumpai kerana ia akan dicetuskan secara spontan.

Ia tiada had limit tetapi Marvin tahu ia tiada banyak kegunaan.

Shadow Step terakhir yang Marvin gunakan adalah kesan dari Burst!

Dia berjaya mengelak anak panah tersebut dalam sekelip mata kerana Burst, tetapi buku lalinya juga retak selepas itu.

Ini juga merupakan keistimewaan sangat berharga yang Marvin boleh cetuskan bila-bila masa.

"Mengenakan kerosakan 1000 tetapi berkorban 800 pula… Jika digunakan dalam kombo tiga pukulan, hmm…"

Marvin tiba-tiba tersedar rahsia di sebalik keistimewaan ini.

Keistimewaan ini sangat padan dengan Marvin. Renjer senjata kembar memang menggunakan kekuatan dari kuasa ledakan!

Cuma ia sedikit memakan diri sendiri!

Asalkan dia lebih pantas satu langkah dari musuhnya, kemenangan pasti di dalam genggaman!

Perubatan di Feinan sangat maju terutama sekali selepas Bencana Besar. Semua jenis gereja mula bangkit dan harga untuk sihir divine paderi pula menurun.

Sihir divine jenis perubatan menjadi semakin murah berbanding dahulu.

"Dua keistimewaan yang sangat berguna…"

"Kekuatan bertempur aku melonjak tinggi."

Marvin rasa sangat gembira tetapi tiba-tiba wajahnya mula menjadi muram kerana kesakitan yang terlalu perit.

Anak panah itu masih tersekat di bahunya, hanya separuh nilai HP yang tinggal dan kedua-dua belah kaki patah. Memang ketika ini keadaan dia sungguh sengsara.

Jika tidak kerana Sean membantu Marvin berjalan pulang, dia terpaksa merangkak balik.

Ini harga yang perlu dibayar menggunakan Burst.

Tetapi habuan yang diterima sangat berbaloi. Bukan saja dia mendapat peta harta karun tersembunyi dari pemanah, bahkan telah menerima lebih dari 1650 exp pertempuran.

Naik pangkat ke kelas lanjutan memerlukan experience yang banyak. Sebab itu Marvin telah melakukan persediaan selama ini. Experience yang diperlukan untuk naik pangkat sebagai Perantau malam sekurang-kurangnya 6000 exp.

Lebih banyak lebih bagus.

"Kuasa bertempur kau agak bagus. Kau juga sangat bersemangat."

Penukang besi tua itu yang sibuk akhirnya datang melawat melihat keadaan Marvin penuh dengar kata-kata pujian.

Pemuda berumur 14 tahun ini mampu membunuh lima pencuri dengan seorang diri. Walaupun dia membunuh mereka ketika sudah berpecah dan satu demi satu. Ini suatu yang jarang berlaku.

"Memang layak sebagai peramal," fikir Sean.

"Perantau Malam akan bangkit semula."

"Kau telah sempurnakan halangan pertama. Kau memang layak menjadi ahli Perantau Malam," kata Sean.

Pada masa yang sama, dia menghentikan Marvin dari bergerak dan memotong kepala anak panah dengan pisau. Dia menarik anak panah itu dari bahu Marvin!

Darah terus memancut keluar!

HPnya juga menurun dengan cepat!

Marvin terus berpeluh dingin menahan kesakitan di seluruh badan. Dia mengetap gigi dengan kuat untuk menahan diri dari menjerit kuat!

Pada waktu ini baru dia faham perbezaan di antara permainan video dan dunia sebenar!

Dia telah set level kesakitan 1% saja di dalam permainan video!

Tetapi sekarang dia terpaksa rasakan kesakitan sebenar!

Sebelum ini dia tidak rasa apa-apa ketika cedera parah. Tetapi malam ini Marvin dapat rasa kesakitan sebenar!

Dia masih mampu menahan diri dari menjerit. Ini sudah dikira dia agak tahan lasak.

Penukang besi tua itu membalut Marvin. Gerakan dia sangat mahir. Dia menggunakan ubat herba yang sangat menyegarkan.

Akhirnya darah berhenti dari keluar mengalir.

Marvin tidak perlu risau ketika ini.

"Ingat cara aku buat. Ini mungkin berguna untuk kau ketika bertempur di masa akan datang," Sean cuba memberi nasihat.

Marvin mengangguk dan tiba-tiba tingkap log muncul:

[Anda telah melihat Mahaguru Pertolongan Cemas menggunakan Quick Bandage dan faham sebahagian dari kemahiran ini. (1/3)].

"Oh? Apa maksud ini?"

Marvin tiba-tiba terfikir sesuatu dan terus bertanya Sean, "Bolehkah kau tunjukkan kepada aku sekali lagi?"

Sean terkaku seketika mendengar permintaan Marvin dan menunjukkan bagaimana ia dibuat sekali lagi.

Walaupun dia seorang yang eksentrik, selepas dia mempercayai seseorang, dia akan senang bergaul rapat dengan orang itu.

Memang tidak dinafikan selepas melihat persembahan Marvin malam ini, dia berasa simpati.

Marvin menumpukan perhatian untuk melihat dan seperti yang dijangka, tingkap log muncul sekali lagi.

Tetapi kali ini, dari (1/3) berubah menjadi (2/3).

Perlukan sekali lagi?

Marvin bertanya semula dengan perasaan agak malu. "Boleh kau tunjuk sekali lagi?"

Sean mula rasa sedikit tidak puas hati.

"Apa yang kau mahu lakukan?"

Marvin berkata dengan berhati-hati, "Aku ingin belajar kemahiran Quick Bandage kau."

"Adakah kau melawak? Sean berkata dengan marah. "Walaupun Quick Bandage merupakan kemahiran mudah, ia masih perlukan latihan lebih kurang seminggu. Adakah kau rasa mampu belajar selepas melihat beberapa kali?"

Marvin sedikit ragu-ragu tapi masih teruskan untuk berkata, "Peramal mempunyai beberapa jenis abiliti yang berlainan…"

Sean terus terdiam. Dengan muka yang masam, dia mengulangi sekali lagi kemahiran tersebut.

Marvin terus menumpukan sepenuh perhatian.

Akhirnya tingkap log muncul sekali lagi:

[Anda telah melihat Mahaguru Pertolongan Cemas menggunakan Quick Bandage dan faham sebahagian dari kemahiran ini. (3/3)].

[Anda telah faham selepas melihat dengan teliti – Quick Bandage]

[100 exp pertempuran diperlukan untuk tukarkan menjadi kemahiran individu!]

Memang betul!

Marvin rasa teruja!

100 exp pertempuran seperti tiada apa. Kemahiran Quick Bandage yang menggunakan pembalut dan hemostatis sangat berguna ketika berada di medan pertempuran.

Tambahan lagi jika di dalam peperangan sengit!

Dia terus membelanjakan 100 exp pertempuran dan [Quick Bandage(45)] terus muncul di senarai kemahiran.

"Level kemahiran yang tinggi… Mungkin ada kaitan dengan gelaran Sean [Mahaguru Pertolongan Cemas]," Marvin membuat andaian.

Marvin kelihatan tidak tumpukan perhatian semasa Sean memandang, menyebabkan dia rasa sedikit marah. "Budak, apa yang kau cuba buat? Adakah kau hilang akal selepas perlawanan sebelum ini?"

Marvin terus tersentak dan berkata kepada Sean, "Hulurkan tangan kau."

Sean menghulurkan tangan dengan penuh perasaan curiga.

Marvin dengan pantas mengambil hemostatis dan pembalut. Selepas itu dia membalut pergelangan tangan Sean dengan kemas tidak sampai seminit!

Jika terdapat luka, darah pasti akan berhenti. Ia mempunyai efek untuk menghentikan pengaliran darah dan mengubat luka!

"Apa!"

Macam mana boleh berlaku?"

"Budak, adakah kau tipu aku?"

Sean berkerut!

Sean tidak percaya Marvin mampu belajar Quick Bandage dalam masa yang singkat!

Sean telah belajar di bawah Penjaga Malam yang fokus dalam bidang perubatan. Sean juga ada gelaran sebagai Mahaguru!

Ini sesuatu yang diluar bidang pemikiran dan pengalaman Sean!

"Celaka…"

"Peramal memang sekumpulan orang yang pelik!" Sean mencarut.

Dia mula mengubat buku lali Marvin.

Marvin mengangkat bahu.

"Bagi peramal pula."

"Sebenarnya aku telah dibangkitkan ke dunia ini."

Ketika dia tengah berfikir seperti ini, tiba-tiba kesakitan yang amat kuat datang dari buku lalinya!

"Ah… Perlahan sedikit!" Marvin berkata dengan cemas!

"Diamlah! Lembik." Sean berpura-pura marah.

Tetapi dia rasa sedikit puas hati ketika ini.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C85
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login