Download App
8.43% Renjer Malam / Chapter 62: Versatile

Chapter 62: Versatile

Editor: EndlessFantasy Translation

Hanya ada 12 rangka sahaja!

Kumpulan yang kecil.

Secara umum, magik kebangkitan seperti ini mempunyai had sebanyak 6 kebangkitan.

Tetapi necromancer tidak mempunyai had seperti ini. Asalkan mereka ada sumber hantu atau mayat yang cukup, dan juga cukup slot magik, mereka boleh terus-menerus membangkitkan anak buah.

Ini salah satu sebab membuatkan necromancer kelas yang menakutkan. Pakar yang kuat juga akan rasa gentar apabila berhadapan dengan askar hantu.

Tetapi selepas Marvin berfikir, penuntut necromancer tidak terlalu menakutkan.

"Nampak seperti level 3 atau level 4."

"Tidak sangka dia boleh bangkitkan dua belas rangka dengan tahap kawalan yang teruk. Bukankah ini tidak bagus?"

"Cuba fikir untuk membunuh aku dengan tahap ini saja?"

Marvin tersengih. Dia terus tunduk dan menyerang lutut rangka tersebut dengan kerambitnya!

Ia merupakan serangan senjata terbalik yang mudah!

"Crack!"

Bunyi lutut rangka tersebut retak bergema!

Rangka itu mula hilang imbangan diri dan jatuh ke tanah.

Rangka ini bukan fleksibel seperti [Wira Rangka Biru]. Mereka hanyalah sekumpulan rangka yang tidak cecah level 2 lagi. Mereka terlalu lemah buat Marvin!

Dengan kemahiran dan ketangkasan Marvin ada, dia menyerang rangka tersebut yang mengepungnya.

Mereka sangat lambat dan sukar untuk mendekati Marvin.

Penuntut Necromancer itu terkejut kerana Marvin hanya mengambil masa selama setengah minit saja untuk menghapuskan kumpulan rangka tersebut.

"Kau… Kau… Bagaimana?"

Penuntut necromancer itu sangat takut dan mula cakap bukan-bukan. Dia mengambil masa untuk mula fokus semula. Selepas rangkanya semua telah dimusnahkan, dia mula angkat kaki untuk melarikan diri!

Tapi Marvin tidak akan biarkan dia larikan diri!

Marvin mula mengambil langkah besar dan terus memecut laju. Dia dapat mengejar penuntut necromancer itu selang beberapa nafas saja.

Tetapi siapa sangka selepas Marvin dapat mengejar dia, penuntut necromancer itu pusing ke belakang dan melancarkan cahaya hitam dari jarinya?

Lingkaran sihir pertama [Ray of Darkness]!

Jika seseorang itu terkena ray of darkness ini, mereka akan dijangkiti penyakit rawak! Penyakit ini akan terus merebak. Walaupun ia tidak membawa maut tetapi masih agak melecehkan.

Mata Marvin mula berkelip; nilai 9 tubuh badannya tidak akan dapat menahan efek dari ray of darkness itu!

[Shadow Steps]!

Dalam sekelip mata, kaki kirinya menendang tanah dengan kuat. Walaupun masih mara ke hadapan, dia sempat mengubah posisinya ke kanan sebanyak separuh badan.

"Woosh!" Satu sinaran hitam melepasi tepi telinganya.

Dia berjaya mengelak!

Tetapi necromancer itu terus tersenyum jahat dan berkata, "Bolehkah kau mengelak sekali lagi?"

Semasa bercakap, dia menunding jarinya dengan tangan lagi satu dan memancarkan cahaya gelap lagi!

Ini serangan Ray of Darkness lagi!

Tetapi kali ini, musuh itu menggunakan cincin untuk melancarkan magik dari tangan lagi satu.

Mereka agak dekat di antara satu sama lain. Mengikut logik, Marvin pasti tidak dapat mengelak kali ini.

Ini merupakan rancangan yang bagus bagi penuntut necromancer itu. Lelaki ini tidak terlalu bengap. Selepas mendapat tahu Marvin seorang yang hebat, dia terus membuat rancangan kecemasan!

Pada mulanya dia berpura-pura untuk melarikan diri, tetapi kemudian melancarkan ray of darkness dua kali berturut-turut!

Rancangan yang bernas. Jika Marvin terkena salah satu, penuntut necromancer itu akan ada ruang untuk menggunakan magik lain.

Tapi sayangnya rancangan dia perlukan Marvin gagal untuk mengelak ray of darkness!

Tetapi ia tidak berlaku seperti yang difikirkan.

Ketika ray of darkness kedua dilancarkan, Marvin tidak berfikir.

Dia terus menggunakan nalurinya.

Kali ini kaki kanannya menendang kuat ke tanah dan mengelak ke kiri pula!

Ini merupakan gerakan yang sama seperti shadow step sebelum ini!

"Woosh!"

Dia dapat mengelak lagi!

Penuntut Necromancer itu sangat terkejut!

Bagaimana?

"Adakah gerakan mengelak ini boleh digunakan dua kali terus menerus?"

Marvin tidak tunggu dia habis menunjukkan sebarang reaksi dan terus meluru ke arahnya!

Dia melancarkan cutthroat yang sangat hebat itu dengan kerambit kembarnya!

[Anda gunakan Cutthroat (46) pada sasaran…]

[Kemahiran berjaya, serangan kritikal!]

[Sasaran dibunuh, anda mendapat 49 exp pertempuran.]

Walaupun penuntut necromancer cuba memaksa untuk mengelak lehernya dari kemahiran jarak dekat ini, dia masih tidak dapat mengelak serangan Cutthroat Marvin yang kejam itu.

Sehingga saat dia mati, dia masih tidak dapat menjelaskan bagaimana Marvin mampu menggunakan shadow steps terus menerus!

Marvin terus lelah selepas menghapuskan penuntut necromancer itu. Dua gerakan itu telah menggunakan stamina yang banyak.

Inilah kekuatan ahli sihir; walaupun penuntut saja membuatkan Marvin terpaksa berhempas pulas.

Lingkaran sihir pertama sangat pantas dan kejam. Tubuh badan Marvin tidak dapat menampungnya. Dia hanya mampu mengelak.

Dan gerakan mengelak dua kali itu menunjukkan pengalaman Marvin.

Dia sebenarnya telah gunakan kemahiran shadow step pada masa yang pertama!

Bagi orang biasa, jika mereka pengguna tangan kanan, mereka akan menghalakan kuasa mereka ke kari kiri untuk melangkah ke kanan. Marvin orang seperti itu.

Tetapi dia juga telah menggunakan kemahiran itu secara songsang!

Menendang tanah dengan kaki kanan untuk melangkah ke kiri!

Kombo dua langkat seperti ini telah membantu Marvin untuk membunuh musuhnya.

Walaupun langkah shadow step kedua bukan kemahiran tetapi ia mempunyai efek yang lebih kurang sama selepas digunakan oleh Marvin sehingga ke tahap hampir sempurna.

Gerakan teknikal ini sudah bagus seperti kemahiran.

Membuat keputusan seperti ini memang mustahil jika tidak dilatih bertahun-tahun. Marvin boleh menggunakan gerakan ini kerana dia bergantung kepada nalurinya.

Selepas rohnya bercantum dengan badan ini, tahap kawalan badan dia telah sampai ke tahap sempurna.

Walaupun begitu, selepas menggunakan shadow steps dua kali, dia terasa sakit di kaki kanan.

"Tergeliat rasanya."

"Tahap tubuh badan aku masih teruk dan tidak dapat menampung kemahiran yang memerlukan kuasa letusan seperti ini."

Marvin menggeleng kepala dan mula menyelongkar harta penuntut necromancer itu.

Penuntut necromancer ini mesti ada guru, oleh itu Marvin tidak tunggu lebih lama lagi. Dia terus mengambil barang penuntut itu dan terus berlalu pergi.

Lelaki ini agak miskin dan tidak ada wang.

Cuma item yang agak berharga ialah cincin di jarinya. Marvin cuba meneliti ia dan dapat merasakan ia seperti tongkat magik. Ia boleh menyimpan sihir dan dilancarkan bila perlu. Tetapi tahap pembuatan ini lebih rendah dari dari tongkat magik dan tidak dapat dijana semula.

"Tetapi masih ada satu kali lagi ray of darkness." Marvin terus menyarung cincin itu di jari kirinya.

Harta yang lain ialah beberapa buku pengenalan necromancer. Semua ini tidak berguna buat Marvin.

"Eh? Pas ini sangat bagus."

Marvin sangat terkejut selepas terjumpak skrol kulit kambing di mayat itu. Ini pas biasa digunakan di bukit despair.

Rupanya penuntut ini salah seorang ahli kumpulan. Dengan menggunakan pas ini, Marvin boleh keluar dengan mudah dari bukit despair.

Selepas mengemas semua, Marvin tidak rasa seperti ingin menguruskan mayat itu, dia membiarkan mayat itu di situ saja.

Necromancer memang seorang yang memuja kematian, dan pihak satu lagi yang menyerang dahulu. Sebab itu Marvin tidak rasa bersalah langsung.

Marvin melihat log pertempuran sambil berjalan di jalan sempit dalam bukit despair.

Dia terkejut melihat satu bahagian:

[Disebabkan anda menggunakan kemahiran kelas lain ketika berlawan, salah satu keistimewaan anda akan dekat dengan landasan itu. Perkembangan kemahiran istimewa individu: 100/100]

[Disebabkan anda menggunakan dengan mahir dan kerap kemahiran kelas lain dalam berlawan, kemahiran individu istimewa telah terbentuk!]

[Anda menerima kemahiran individu istimewa – Versatile]

"Memang Versatile (Serba boleh)!"

Marvin sangat teruja.

Kemahiran istimewa ini sangat luar biasa dan misteri. Walaupun di hayat lepas, Marvin tidak pernah dapat.

Dia tidak sangka menjadi renjer, dan mendapat tuah seperti ini! Jika dia memilih pencuri, dia tidak akan menggunakan kemahiran kelas lain.

[Versatile]: Anda boleh menerima satu kemahiran tambahan kelas kedua. Kemahiran pertama kelas kedua akan dikecualikan dari sebarang penalti.

Penerangan kemahiran istimewa ini sangat ringkas tetapi maklumat yang diberi sangat menakjubkan.

Di dalam dunia Feinan, sekatan ke atas kelas sangat hebat.

Seseorang itu boleh mempunyai dua kelas pelawan, satu kelas utama dan satu kelas kedua.

Selepas memilih kelas kedua, anda akan dikenakan penalti yang sangat tinggi. Walaupun begitu, banyak orang tetap memilih untuk mempunyai kelas kedua.

Ini kerana dengan adanya kelas kedua, seseorang itu ada kemahiran tambahan. Ini sangat membantu ketika bertempur.

Sekarang, Marvin telah memperoleh keistimewaan Versatile.

Ini bermaksud dia boleh memilih dua lagi kelas tambahan dan pilihan pertama tidak akan dikenakan penalti exp.

Ini sangat bagus.

Tetapi Marvin mula rasa buntu. Kelas kedua apa yang patut dia pilih?


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C62
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login