Download App
5.3% Renjer Malam / Chapter 39: Perangkap

Chapter 39: Perangkap

Editor: EndlessFantasy Translation

"Alamak!"

"Dia menarik perhatian semua enam dubuk itu serentak!"

Kumpulan yang menyorok dalam hutan tidak dapat mengawal diri dari merasa resah.

Rancangan asal, untuk menarik perhatian beberapa dubuk satu per satu dan menghapuskan mereka dalam kumpulan kecil.

Tekanan yang dirasai sangat tinggi kerana terpaksa berhadapan dengan semua dubuk.

Tetapi Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng yang hebat itu ada bersama mereka, oleh itu kedua-dua ahli garison dan pasukan Bramble rasa lebih tenang.

Rusa sika itu dengan pantas melompat di hutan melalui jalan yang telah dirancang terlebih dahulu.

Semua orang terus berada di posisi masing-masing.

Marvin duduk tenang di atas dahan pokok sambil fokus melihat operasi ini.

Dubuk mutasi itu tidak mendengar langsung arahan gnoll biasa.

Mereka hanya mendengar arahan asas yang diberikan oleh Penyihir gnoll.

Tetapi mereka tidak dapat mengawal diri dari naluri binatang.

Ini merupakan berita baik.

Kepantasan rusa sika itu sangat laju. Sebenarnya, dia boleh meninggalkan dubuk mutasi jika dia menggunakan lebih sedikit kekuatan. Tetapi demi mengikut rancangan, dia saja memperlahankan kelajuan.

Sebenarnya dubuk mutasi ini agak kuat tetapi mereka kekurangan kuasa ledakan. Ini mungkin sebab harga yang terpaksa dibayar untuk [Taming] mereka.

Rusa itu tiba di lokasi yang telah ditentukan.

Enam dubuk tiba pada masa yang hampir sama.

"Enam dubuk, perangkat ini tidak muat…"

Marvin melihat kepada Gru yang menyorok di belakang pokok besar. Gru mengangguk sedikit.

Mereka berdua terus sampai kepada konklusi yang sama. Kerjasama antara pengembara berpengalaman merupakan perkara yang menyenangkan. Selalunya dengan hanya satu pandangan saja sudah cukup untuk berkomunikasi tentang perkara yang ingin dilakukan.

Seorang satu.

Ledakan kuasa serangan Gru tidak sekuat Marvin, tetapi dia mampu untuk menghalang dubuk mutasi itu.

Empat yang lain akan diuruskan oleh ahli garison dan mereka yang lain. Marvin telah merangka taktik untuk mereka. Rasanya tidak menjadi masalah jika mereka mengikut seperti yang dirancang.

Marvin melompat ke bawah dan terus meluru ke salah satu dubuk mutasi itu dengan memijak kepala dan membuat balik kuang ketika dubuk itu tidak dalam keadaan berjaga-jaga.

Gelagat Marvin seperti orang membuat akrobatik di belakang badan dubuk untuk mengimbangi badannya.

Di sebelah lain, Gru menyerang satu lagi dubuk mutasi di kepalanya dengan pedang besar.

"Clang!"

Naluri dubuk mutasi ini agak bagus. Ia menggunakan kuku kerasnya untuk menahan pedang besar itu.

Mereka berdua mula bertanding menggunakan kekuatan.

Perlawanan Marvin pula seperti pertunjukan.

Dia mempunyai pengalaman yang sangat luas, oleh itu membunuh dubuk mutasi tidak menjadi isu.

Dengan 20 nilai ketangkasan mampu untuk membuat dirinya tahu apabila dubuk itu cuba membuat pergerakan mengejut.

Dia terus menunduk ke bawah selepas itu dengan bunyi "Woosh," tangan kanan dia terus mengeluarkan wayar perak yang nipis.

[Wayar Perak Lasak] ialah senjata yang dibeli dari renjer Guild dan merupakan senjata pembunuhan yang pelik.

Walaupun bukan item luar biasa tetapi ia agak kuat untuk senjata biasa.

Dubuk mutasi itu meronta-ronta dengan kuat untuk menghalau Marvin dari belakangnya.

Tetapi kaki Marvin telah memaut kuat di bahagian belakang badan dubuk itu. Dia mengambil kesempatan ketika dubuk itu mengaum untuk melilit lehernya dengan ganas menggunakan wayar di tangan.

"Shua!"

Wayar perak yang nipis itu terus menjerut leher dubuk itu. Ia meraung tetapi suaranya tidak dapat keluar kerana tekanan di lehernya.

Marvin seolah-olah terbang ketika dia melompat dan memaut dahan. Dia mengikat dengan kemas wayar di tangan kepada dahan pokok pula.

Dia kemudian berdiri di atas pokok itu dah melihat dubuk itu meronta-ronta bagai nak gila di tanah.

Semakin kuat ia meronta-ronta, semakin kuat jerutan wayar perak lasak itu menjerut leher.

Tidak lama kemudian, bulunya mula dipenuhi dengan darah tetapi pergerakan dubuk itu semakin lasak dan ganas!

Ini menunjukkan binatang ini tidak berotak!

Jika ia berakal, ia pasti tahu bila waktu untuk berhenti bergerak.

Tetapi seperti yang dijangkakan. Ia cuba berlari sejauh mungkin dari Marvin yang menakutkan itu.

Malangnya…

Akhirnya ia mati terjerut kerana tindakan bodohnya sendiri.

[Sasaran telah mati… 98 exp pertempuran diterima!]

Dubuk mutasi tidak menjatuhkan barang yang berguna, sebab itu Marvin tidak berminat untuk melihat. Dia merenung ke arah Gru dan mendapat tahu dia menggunakan kekuatan untuk menyekat dubuk mutasi itu.

"Kuasa dia tak boleh dipandang rendah, tak sangka dia mempunyai kuasa sekuat itu. Dia mungkin tidak menggunakan semua kekuatannya."

Marvin menyimpan wayar perak dan terus pergi ke lokasi yang telah dipersetujui sebelum ini.

Dia tidak tahu yang sebenarnya Gru terkejut ketika melihat Marvin membunuh dubuk mutasi dengan cara nampak mudah!

Barang seperti Wayar Perak Lasak boleh dibeli di mana-mana tempat tetapi tidak ramai yang tahu menggunakannya.

Menggunakan barang itu untuk membunuh seseorang boleh kata seperti mimpi di siang hari.

Tambah lagi ketika berlawan binatang yang menakutkan itu, bagaimana dia melakukannya!?

Tetapi, Marvin berjaya lakukan.

"Adakah ketangkasan dia telah di tahap maksimum? Cara mengawal tubuh badan sebegitu mustahil dilakukan tanpa pengalaman berlatih bertahun-tahun."

"Siapakah dia sebenarnya? Dia tiba-tiba muncul di selatan. Mungkinkah dia renjer dari kawasan utara?"

Kapten Bramble bingung tetapi tangannya tidak berhenti berlawan.

Ha!

Selepas jeritan yang kuat, Gru yang sudah menyimpan tenaga ternampak peluang dan menggunakan [Bloodthirsty Cleave] ke kepala dubuk mutasi!

"Wu…"

Serangan ini telah membelah kepalanya kepada dua seperti membelah tembikai!

Isi otak bertaburan di merata tempat!

Di satu sudut yang lain, empat dubuk yang mengejar rusa sika itu turut mengalami nasib yang malang.

Rusa sika itu terus ke lokasi yang ditetapkan, memperlahankan kelajuan dan bergerak melepasi tanah yang terdapat sesuatu itu.

Walaupun dia berubah kepada rusa, beratnya masih lagi ringan. Dia sekurang-kurangnya lebih ringan dua per tiga dari dubuk mutasi itu!

Kesudahannya, empat dubuk itu yang tidak sabar untuk membunuh akhirnya jatuh ke dalam perangkap yang telah dikorek lebih awal.

Perangkap itu ialah lubang yang dikorek dalam, diletakkan papan dan ranting di atasnya. Walaupun dibuat dengan tidak kemas, tetapi selepas diambil kira tahap kecerdasan dubuk mutasi itu…

Lubang itu tidak berapa dalam. Dubuk itu mengaum dan cuba untuk keluar.

Tetapi mereka tidak dapat membuat apa-apa!

Lubang itu dilumuri dengan resin pain dan minyak masak terpakai!

Marvin menyuruh Anna sediakan barang ini lebih awal, dan dia telah membeli kedua-dua barang ini.

Resin pain murah dan juga minyak masak terpakai. Kedua-dua barang yang sampah ini menjadi barang kelemahan untuk dubuk mutasi tersebut!

Mereka menolak sesama sendiri, tergelincir dan tidak dapat merangkak naik!

"Kita Bakar!"

"Satu obor api dilontar ke dalam oleh salah seorang ahli garison."

"Crash!"

Api terus marak di dalam lubang itu.

Dubuk mutasi itu terus berteriak tanpa henti.

"Takut api! Ini kelemahan terbesar dubuk mutasi!" Marvin melihat api yang marak terus menjilat dubuk mutasi dengan hati yang puas.

Dia perasan bulu dubuk mutasi agak berminyak dan dicampur pula dengan resin pain.

"Tssk." Daging dubuk salai ini nampak menarik.

Suara teriakan dubuk yang memilukan dapat didengari di dalam hutan.

Semua ahli garison tetap memegang senjata mereka tanpa leka. Semua ahli pasukan Bramble juga berkumpul bersama Gru yang sudah selesaikan dubuk di kawasan dia.

Mereka agak berpuas hati dengan keputusan perlawanan pertama ini.

Tiada siapa yang cedera. Ini merupakan objektiff utama pengembara.

Sebab itu mata mereka penuh rasa syukur dan hormat ketika melihat kepada Anna.

Ini semua kerana rancangan Anna.

Cuma, mereka tak tahu yang semua ini dirancang oleh Marvin yang mengawal dari belakang tabir!

"Pasukan Lynx sepatutnya sudah uruskan gnoll, kan?"

Wanita itu yang bertukar dari rusa sika terus kembali kepada asal. Cuma dia tidak berpakaian berat. Hanya memakai kot luar.

[Shape-shifting] ialah perkara yang melecehkan. Setiap kali bertukar pasti baju semua akan koyak rabak.

"Humph! Sembilan orang untuk uruskan empat gnoll… Jika mereka tidak dapat uruskan, mereka boleh bersara," ahli pasukan yang lain berkata.

Semua orang nampak sedikit tenang.

Hanya Marvin sahaja masih berjaga-jaga.

Kerana dia tahu ketika kemenangan hampir di dalam genggaman, ia boleh hilang begitu saja.

"Roar!" Satu kelibat melompat keluar dari lubang selepas berteriak!

Semua orang terkejut!

Dubuk mutasi ini sanggup memijak tubuh badan rakan seperjuangan yang lain untuk kelur dari lubang itu.

Lompatan ini adalah di luar batas tubuh badan dubuk itu. Mungkin disebabkan krisis yang berlaku menyebabkan potensi yang terpendam keluar.

Ia terus menerpa ke arah kumpulan tersebut dengan tubuh badan yang masih terbakar.

Gru terus tersedar. Tanpa berkata apa-apa, dia terus memegang pedang besar dengan kedua-dua tangan.

Tapi, ada orang yang lebih pantas!

Marvin memusing kedua-dua kerambit di tangan sambil meluru laju. Dalam sekelip mata, dia telah berada di depan dubuk yang sedang terbakar itu.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C39
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login