Download App
5.03% Renjer Malam / Chapter 37: Taktik

Chapter 37: Taktik

Editor: EndlessFantasy Translation

Dalam kumpulan gnoll itu dubuk mutasi yang paling kuat.

Pasukan Bramble juga tidak berani memandang rendah mereka.

Kesemua orang termasuk kedua-dua pasukan dan tiga lelaki solo itu mula semakin rapat.

"Mengikut informasi yang kami terima, pihak gnoll meletakkan pondok sentri di sini. Pada lewat petang esok kita akan menyerang sengaja mengejut dekat situ. Kita tak boleh bagi mana-mana dubuk dan gnoll terlepas."

"Mereka ada dua gnoll pelawan dan dua gnoll pemanah. Tetapi mereka bukan isu sebenar. Menjadi masalah ialah enam dubuk mutasi itu.

Anna mengeluarkan peta yang agak usang dan menulis situasi mereka di bucu.

Tulisan dia sangat kemas dengan hanya beberapa ayat sahaja menerangkan situasi mereka.

Kedua-dua ketua pasukan tidak dapat menahan diri dari tergamam melihat. Gadis separuh-elf ini sangat berbakat.

"Terdapat sentri di kedua-dua arah hutan ini. Ini pertahanan semulajadi, tetapi ketangkasan dubuk mutasi itu juga sangat hebat. Ada sebarang idea?" Anna melihat kepada kedua-dua ketua pasukan itu.

Marvin sudah mempunyai rancangan tetapi dia biarkan Anna bertanya dulu dengan pengembara.

Dia mahu melihat jika ada di antara mereka yang ada potensi.

Cat senyap saja. Kekalahan anak buat dia di tangan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng membuatkan perasaan dia kurang baik.

Berdasarkan situasi terkini, untuk menyebabkan misi tertangguh menjadi satu masalah yang sukar dan mereka juga buat nampak terlalu ketara.

Dia hanya boleh berharap yang mereka akan melakukan kesilapan ketika bertempur dan balik dengan kekalahan.

Dengan itu dia boleh dapat wang dan juga selamatkan reputasi mereka pada masa yang sama.

Sayangnya, ketua pasukan lagi satu berfikir sebaliknya.

Sebagai ketua pasukan Bramble, Gru mempunyai banyak pengalaman. Dia berbisik keseorangan sebelum berkata, "Mungkin kita boleh guna perangkap. Untuk berdepan dengan dubuk mutasi sangat sukar, oleh itu berlawan dengan mereka bukan idea yang baik. Tetapi kita boleh tarik perhatian mereka untuk masuk perangkap."

"Secara kasar, pelawan gnoll cuma level 2 dan dubuk mutasi lebih kuat dari mereka. Ini bermaksud orang yang mengawal dubuk mutasi itu bukan sentri tersebut. Mungkin kita boleh bermula dari sini."

Senyuman terukir di wajah Anna. Ahli Bramble semua boleh diharapkan.

"Aku dan encik Grun juga berfikiran sama. Rancangan aku juga seperti itu. Kita akan menarik perhatian dubuk mutasi ke perangkap di dalam hutan dan memikirkan cara untuk membunuh mereka seperti yang dicadang oleh tuan kita.

"Kita akan berbincang kemudian dengan lebih terperinci. Encik Verne, bolehkah kau uruskan empat gnoll itu kerana enam dubuk mutasi itu akan diuruskan oleh pihak garison kami dan pasukan Bramble?"

Anna tersenyum dekat Cat.

Cat seperti tidak bermaya.

Bolehkah dia berkata apa-apa tentang rancangan ini?

Pasukan Lynx mesti mampu mengalahkan empat gnoll kan?

Jika mereka tetap merosakkan misi dengan cara ini, pasukan mereka akan hilang reputasi di Bandar River Shore.

Bagi tiga lelaki pengembara solo itu, mereka tidak perlu membuat apa-apa untuk perlawanan pertama dan hanya perlu duduk di tepi sambil memberi sokongan saja.

"Dah lewat. Encik Verne dan ahli pasukan Lynx boleh pulang ke bilik dulu untuk berehat."

Anna menghalau mereka dengan tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.

Boleh nampak apa niat Anna. Ahli garison dan pasukan Bramble perlu berganding bahu untuk menghapuskan semua dubuk mutasi yang perlukan beberapa taktik.

Tetapi dia tidak mahu ahli pasukan Lynx dengar.

Muka Verne bertukar hijau, tetapi Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng tiba-tiba bangkit dan naik ke tingkat dua.

Tiga pengembara solo itu masuk kebilik masing-masing

Ahli pasukan Lynx rasa telah dimalukan tadi beredar dari ruang tamu.

Hanya Anna dan Gru sahaja duduk untuk berbincang taktik digunakan esok.

Bilik rehat di tingkat dua sedikit kotor. Ini kerana lelaki tua cacat itu sudah lama tidak menerima pengunjung.

Ahli pasukan Lynx yang lain pulang ke bilik dan tinggalkan Cat yang berduka di bilik rehat seorang diri.

"Bangsat! Wang yang mudah untuk dapat ini tidak semudah yang disangka."

Dia dengan gundah masuk ke bilik.

Tetapi dengan tiba-tiba, terdapat pisau belati di lehernya.

Ada orang yang menyorok di sebalik bayang bilik rehat itu.

Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng!

"Kau… Apa yang kau mahukan?" Cat terkejut.

Dia tahu tentang kemahiran [Hide] renjer kerana dia juga dari kelas renjer.

Tetapi dia tidak sangka Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng menyorok dii bilik rehat untuk menyerang hendap!

"Apa dia fikir? Dia tak fikir untuk bunuh aku kan?"

Selepas berfikir, dia berpeluh.

"Jangan lakukan perkara bodoh." Marvin berkata dengan dingin.

"Apa yang kau cuba sampaikan?" Cat terkaku. Pergerakan curiga untuk memegang pisau belati sudah diketahui oleh Marvin.

"Perebutan di antara kuasa dari Bandar River Shore tidak layak untuk kau yang lemah ini turut serta," kata Marvin tanpa perasaan. "Aku tahu siapa orang kenamaan yang mengupah kau… Dia rasa baron Marvin itu hanya bangsawan muda biasa tetapi adakah semua nampak semudah yang di sangka?"

"Aku hanya memberi peringatan atas dasar baik hati, jangan buat perkara bodoh. Jika kau buat kesalahan tidak sepatutnya sehingga aku gagal dalam misi membuatkan kami tak berjaya untuk merampas Lembah White River… kau tak akan dapat ganjaran yang dijanjikan oleh orang kenamaan itu."

"Percayalah, tak menjadi masalah untuk aku kerana membunuh ialah perkara yang mudah."

"Bang!"

Marvin menolak Cat, menyimpan pisau belatinya dan beredar dari bilik rehat.

Cat berpeluh dan kata-kata Marvin bermain di benak fikirannya!

Dia orang yang mencurigakan.

Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng buat dia bingung kepala.

Lelaki bernama baron Marvin ialah bangsawan dalam kesusahan, macam mana dia boleh mengupah orang yang hebat ini?

Mungkin dia ada orang yang membantu dari belakang?

Selepas berfikir panjang, dia tidak dapat menahan diri dari menggigil.

Konflik di antara orang kenamaan bukan orang biasa seperti pasukan mereka boleh masuk campur. Jika tersilap langkah mereka boleh jadi kambing hitam.

N/P - Kambing hitam: orang yang dijadikan mangsa untuk dipersalahkan atau korban.

"Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng berkata tentang misi… Mungkin ada orang lain yang menyuruh dia untuk membantu merampas semula wilayah Lembah White River? Dan orang itu bukanlah budak muda Marvin itu."

"Dapat menghantar pakar seperti ini, orang di belakang itu pasti mempunyai latar belakang yang hebat. Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng telah membuat huru hara di bandar, tetapi masih tidak ditangkap…"

"Jangan cakap…!?"

Cat tiba-tiba terfikir sesuatu yang menyebabkan dia kecut perut!

Ahli Sihir!

Selepas kes Miller, ahli sihir yang amat berkuasa itu dengan tidak disangka mengumumkan mereka tidak dapat menjumpai jejak pembunuh. Ini sesuatu yang mengarut.

Sejak mula era pemerintahan ahli sihir, semua orang percaya ahli sihir mampu lakukan apa saja.

"Pembunuh tak dijumpai, nampak ia satu penipuan kan?

Melainkan, Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng bekerja untuk ketua rejimen ahli sihir!

Sekarang lebih nampak masuk akal!

Pemikiran Cat untuk menafsir sangat menakjubkan. Dalam sekelip mata, dia telah berfikir jauh ke depan.

"Oh tuhan, jika begitu, Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng orang dari pihak Tuan Bandar?"

"Majlis Perbandaran hanya anjing suruhan bawah Tuan Bandar! Aku hampir gila dan cuba menentang Tuan Bandar!"

"Oh tuhan, oh tuhan… Ini rupanya, ini rupanya…"

Cat berdiri terpaku di bilik rehat tidak kurang dari sepuluh minit sebelum perlahan-lahan mula pulih.

Pada masa itu, Gru yang datang dari tingkat bawah mula memandang Cat dengan pelik.

Verne baru perasan dirinya berperangai tidak seperti biasa. Dia dengan senyap berjalan ke arah biliknya dengan tidak tahu untuk berfikir apa.

Ketika Gru pulang ke biliknya dan membuka pintu, matanya mengecil dan terus mengambil pedang besar dari belakangnya.

Sesuatu yang tidak kena!

Ada orang lain di dalam bilik.

"Jangan takut." Satu lilin telah dinyalakan. Marvin yang duduk di situ merenung ke arah Gru. "Aku hanya ingin berborak dengan kau".

Gru masih mengambil langkah berjaga-jaga. Siapa yang mampu bertenang jika berhadapan dengan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng?

Tangan dia masih memegang pedang besar dan bersedia untuk menyerang bila-bila masa.

"Berborak apa? Kita tidak kenal satu sama lain." Gru berkata.

"Mari kita berborak mengenai kesihatan anak perempuan kau. Aku mahu tahu bagaimana keadaan dia," Marvin berkata dengan serius.

Gru terus tergamam.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C37
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login