Download App
4.35% Renjer Malam / Chapter 32: Suara Nyanyian di Jalan Rahsia

Chapter 32: Suara Nyanyian di Jalan Rahsia

Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam terowong, Marvin mula rasa sedikit tenang walaupun jantungnya masih berdegup kencang.

"Hampir-hampir dijumpai!"

"Nasib baik ada gnoll yang tinggi menghalang pandangan dia. Jika dia perasan aku, memang aku dalam masalah. Dengan gnoll yang banyak dan dubuk mutasi, walaupun aku menggunakan [Hide], peluang untuk aku melepaskan diri memang tiada."

Marvin memang sangat takut pada masa ini.

Dia tidak sangka terdapat Penyihir yang lahir di kalangan gnoll.

Mereka bukan kobold, yang darah keturunan mereka datang dari naga besar. Bagaimana Penyihir, kelas yang menakjubkan ini muncul di antara kumpulan gnoll?

Marvin tidak faham.

Tetapi dunia Feinan penuh dengan perkara yang misteri dan menakjubkan. Kerana kumpulan gnoll itu mempunyai Penyihir pangkat ke-2 mengetuai mereka, tahap bahaya telah menjadi lebih tinggi.

Marvin terpaksa merancang sasaran spesifik. Oleh itu baru dia ada peluang untuk menang.

Lagipun, Penyihir yang kuat membantu dari belakang ketika berperang sangat menakutkan.

Disebabkan kelas Penyihir terbatas dengan keturunan, ia selalu dianggap kelas tahap dua. Tetapi, selepas bencana besar, disebabkan jampi mereka tidak menggunakan Kolam Magik Alam Semesta dan juga magik yang huru-hara mengalir di Feinan, sebaliknya magik mereka makin mudah untuk dijampi dan menjadi lebih kuat berbanding terkesan secara negatif.

Selepas Bencana Besar, Penyihir ialah kumpulan yang paling menerima manfaat.

Marvin masih teringat lagi kawasan di sekitar Gunung Rocky di barat daya, terdapat sekumpulan Penyihir hidup dalam buangan oleh ahli sihir berjaya wujudkan negara besar selepas Bencana Besar berlaku.

Walaupun negara itu hanya bertahan kurang tiga tahun kerana serangan dewa-dewa, ia mungkin telah menjajah sehingga ke selatan.

Pemimpin negara itu adalah Penyihir Heavenly Awakened.

Pemain semua selalu berbual mengenai [Tiga Adik-Beradik Takdir], yang kesemuanya sangat lawa.

Penyihir Gnoll yang Marvin terjumpa ketika di Lembah White River tidak boleh dibandingkan dengan Penyihir Heavenly Awakened yang kuat tetapi dia tidak boleh memandang rendah ia.

Dia perasan yang pihak lagi satu sentiasa menggunakan [Eye of Pain], bermaksud orang itu sangat berhati-hati.

Ini juga menunjukkan kuasa magik dia amat kuat. Menggunakan [Eye of Pain] secara berterusan menyebabkan digunakan tanpa henti tetapi dia masih boleh berdiri tegak. Ini menunjukkan darah keturunan dia amat kuat.

Orang seperti ini musuh kepada pengguna [Stealth] seperti Marvin.

Jika Marvin adalah Pencuri, memang dia pasti habis!

Nasib baik dia bukan.

Kelebihan Renjer walaupun Stealth terbatas, serangan jarak dekat Renjer masih hebat.

Marvin berehat sebentar di terowong, dan selepas itu dia bersedia untuk pulang.

Apabila dia tiba di persimpangan, tiba-tiba dia terdengar bunyi nyanyian di sebalik batu yang menghalang jalan itu.

Suara itu sangat lunak. Jika bukan disebabkan pendengaran Marvin sangat bagus dan faktor jalan rahsia yang sunyi, dia pasti akan terlepas mendengar suara itu.

"Apa?"

Jantung Marvin berdegup kencang, dia dengan pantas mara dan meletakkan telinga di batu itu.

Suara itu semakin jelas. Nampaknya ia menggunakan bahaya kuno untuk menyanyi. Marvin cuba mendengar dengan teliti seketika apabila perasan bahasa yang digunakan ialah bahasa orang Anzed.

Anzed ialah bangsa yang telah lama pupus. Susur galur mereka dari ahli sihir tetapi mereka semakin pupus.

Secara am, banyak kawasan di Feinan berketurunan Anzed.

Ketika upacara penting seperti pengebumian, berdoa pada dewa dan nenek moyang, dan upacara yang lain-lain, akan ada seorang ketua yang mengetuai sembahyang dalam bahasa Anzed.

Tetapi orang biasa tidak akan boleh bercakap dan faham bahasa kuno Anzed.

Tetapi Marvin faham!

Dia memeriksa pengetahuan di bawah kelas Bangsawan dan terkejut melihat [Bahasa Anzed].

Dia rasa kelas Bangsawan seribu kali lebih bagus dari kelas Rakyat. Ia datang dengan menunggang kuda, akaun dan abiliti lain yang praktikal. Dan dia tidak sangka kelas ini mahir dalam berbagai bahasa jarang diketahui!

Di dalam dunia permainan, hanya beberapa pemain sahaja menyemak kelas Bangsawan mereka dan Marvin antara orang yang tidak berminat. Disebabkan itu dia tidak tahu tentang rahsia ini.

Kali ini dia masuk ke tubuh badan bangsawan dan akhirnya dapat merasai kelebihan kelas ini!

Dia mendengar dengan teliti dan mendapati sukar untuk mengenal pasti samada ada suara lelaki atau perempuan dan hanya menyanyi empat rangkap:

"Satu bunga, dua bunga, malam ini syaitan tidak pulang ke rumah."

"Benci hujan turun, benci bunyi guruh, aku duduk di dalam perigi, menangis."

"Berpakaian putih untuk sambutan, berpakaian hitam untuk upacara pengebumian, bunyi loceng di waktu malam tidak berhenti."

"Si mati masih belum mati."

Suara itu sangat menyeramkan. Semakin dia mendengar semakin meremang bulu roma dia.

Empat rangkap lagu tersebut bermain-main di kotak pemikiran dia untuk masa yang lama!

Dia memaksa diri untuk beredar. Apabila suara semakin senyap, dia menoleh ke belakang.

"Ada sesuatu di dalam!"

Tadi, suara menyeramkan tersebut dapat menakutkan Marvin yang berani ini.

Perasaan yang tidak dapat diungkapkan.

"Adakah ini kemahiran [Fear]?"

Marvin mengerut dan menyemak log, tetapi tiada semakan [Fear] atau seumpamanya.

Lagipun dia memakai [Hadiah Vanessa] yang meningkatkan rintangan [Fear] sebanyak 10 mata. Magik [Fear] biasa tidak mendatangkan kesan kepada Marvin.

Tetapi ketakutan tersebut datang dari lubuk hatinya!

Itu bukan kemahiran [Fear], tetapi suara itu menyebabkan darah di dalam badan menjadi tidak keruan.

"Terdapat harta karun di dalam atau raksasa?!"

Marvin melihat batu besar yang menghalang jalan tersebut dengan wajah pucat. Dia cuba menaikkan semangat dan membiarkan perkara ini untuk masa akan datang.

Dia perlu fokus dan tidak boleh terganggu oleh perkara seperti ini. Suara nyanyian pelik itu akan dia siasat selepas mendapat kembali Lembah White River.

Marvin dengan pantas keluar dari jalan rahsia dan kembali ke dalam rumah ladang untuk melihat Lola yang dalam keadaan panik dan terikat.

"Apa yang kau mahu lakukan?"

Gadis itu menjadi sangat takut. Dia telah duduk dan berfikir agak lama, dan yakin lelaki ini tidak akan melepaskan dia.

"Lelaki itu, cara apa dia guna untuk selesaikan aku? Adakah dengan memuaskan nafsu dengan tubuh badan aku dan membunuh aku selepas itu? Atau dia akan melayan aku sama seperti gnoll, terus hunus saja, kan?

"Mungkin yang pertama."

Semakin dia fikir, semakin dia berasa takut.

Sebab itu, dia meronta-ronta dengan kuat apabila Marvin membuka ikatan… Tetapi dengan mudah Marvin mengekang balik.

"Bergerak lagi sekali dan nyawa kau melayang," Marvin berkata dengan suara yang dingin sambil meletakkan kerambit di lehernya.

Suaranya menjadi dingin mungkin disebabkan dia masih terasa lagi pengaruh oleh suara nyanyian tadi.

Lola mengigil ketakutan, keberanian yang dia dapat hilang sekelip mata.

"Aku rasa aku lahir di bawah bintang malang."

Dia memejamkan mata menunggu suratan takdir.

Tetapi siapa sangka pada masa itu, Marvin bertanya soalan kepada dia yang tengah pasrah, "Apa yang kau buat?"

"Ah?" Lola membuka mata, bingung.

Marvin berkata perlahan, "Siap, aku akan bawa kau melepasi perimeter gnoll."

Jika Marvin sendirian, melepasi perimeter gnoll merupakan perkara yang mudah.

Tetapi sekarang dia ada satu beban yang perlu dipikul menyebabkan perkara ini menjadi lebih sukar.

Lola tidak mempunyai abiliti kelas, sebab itu dia tidak dapat membantu dan dia juga lambat.

Nasib baik Marvin mempunyai idea. Dia menarik perhatian dubuk yang menjaga di kawasan penting ke tempat lain dan mengheret Lola keluar dari Lembah White River.

Tiga hari kemudian, Lola menjadi gembira apabila tiba di depan Bandar River Shore.

"Akhirnya pulang ke tempat yang bertamadun!"

Dia telah melalui pengalaman pahit ketika ada di penjara Lembah White River disebabkan oleh gnoll yang busuk itu.

Dia hampir ditelan sepenuhnya, digoreng atau distim: bukan semua hadapi pengalaman seperti itu.

"Terima kasih, terima kasih banyak-banyak." Dia berterima kasih kepada Marvin.

Walaupun lelaki di depannya itu sangat garang, tetapi dia tidak jahat seperti yang disangka.

Dia masih memakai topeng, Marvin mengomel dan ragu-ragu, kemudian dia bertanya, "Kau tahu jalan pergi ke Teluk Jewel?"

"Ah?" Lola terkejut.

"Aku tahu kau bukan anak perempuan pemimpin kumpulan perdagangan. Aku tahu kau juga seorang penipu. Tetapi aku nak beri kau peluang untuk berubah."

Marvin mengeluarkan beg dan beri kepada Lola, "Di dalam ini terdapat wang yang cukup untuk pergi ke Teluk Jewel dan masih ada lagi baki. Kau boleh gunakan duit itu untuk mengupah orang melindung kau atau merasuah beberapa orang."

"Aku perlu kau lakukan sesuatu untuk aku."

"Kau tahu siapa aku?" Dia melihat dengan rasa curiga. "Adakah Lord Lembah White River beritahu kau? Adakah kau orang dia?"

Lola mula memerah otak.

Marvin tidak terangkan. "Hampir."

"Kenapa kau percaya aku?" Lola terus simpan beg berisi duit dengan hati yang keliru.

"Aku rasa kau masih tidak jumpa tujuan kau lagi, kau tidak mahu menjadi penipu." Marvin menambah, "Mungkin kau tidak jahat begitu."

"Aku bagi kau peluang."


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C32
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login