Download App
3.67% Renjer Malam / Chapter 27: Penipuan

Chapter 27: Penipuan

Editor: EndlessFantasy Translation

Jika orang biasa membunuh penganut dari ular kembar, satu teknik rahsia akan mengecam wajah pembunuh dan akan dihantar kepada orang atasan di dalam kultus tersebut pada masa waktu kematiannya.

Hanya beberapa orang sahaja yang tahu mematahkan teknik tersebut dan Marvin salah seorang orangnya.

Cara ini sangat kejam. Mengorek keluar mata sebelum membunuh mereka.

Penganut ular kembar mempunyai dua [Poisonous Snakelet] yang boleh dikawal tertanam di mata untuk menghantar isyarat.

Asalkan bebola mata dihancurkan sebelum mereka mati, agak sukar untuk identiti pembunuh diketahui.

Cara ini memang sangat kejam, dan teriakan ia boleh didengar sehingga ke luar bilik.

Marvin tidak menunjukkan belas kasihan.

Dia bukanlah kejam. Tetapi apabila berdepan dengan orang jahat atau penganut kultus jahat, dia terpaksa menguruskan masalah ini dengan betul.

Dia tidak sanggup biarkan sesuatu yang akan datang menggigit dia pula nanti.

….

Selepas membunuh Miller, dia perasan api yang marak tinggi di luar.

Mengambil kesempatan ke atas peronda yang sibuk di pelabuhan dan askar yang berada di kawasan orang kaya sibuk melihat, Marvin mengarahkan pengawalnya untuk mengambil semua harta yang mudah dibawa sebanyak mungkin.

"Kamu semua ada masa sepuluh minit. Ambil sebanyak mana yang kamu semua boleh." Marvin memberi arahan kepada mereka.

Andre dan yang lain segera menguruskan semua askar upahan dan terus melakukan arahan Marvin. Ini disebabkan kesemua harta yang diambil akan kembali menjadi milik mereka.

Tiada sebab mereka tidak melakukannya.

Sepuluh minit berlalu. Api semakin marak tetapi Marvin mula berasa tidak sedap hati.

"Sir Mask, kami terjumpa bilik rahsia, terdapat banyak barang kemas di dalam…" Satu dari pengawal itu berkata dengan teruja.

"Jangan ambil, masa untuk kita beredar!" Marvin semakin bimbang dan memberi arahan muktamad.

Andre juga tahu bila masa untuk berhenti... Mereka telah membunuh dan membuat arson di dalam bandar dan masih lagi merampas harta.

Dia tahu walaupun kumpulan pencuri yang paling berani sekalipun tidak berani melakukan perkara seperti ini.

Jika mereka ditangkap oleh peronda… Hukuman mati!

Tetapi yang membuatkan mereka berasa pelik pengawal yang kebiasaan mengawal kawasan orang kaya masih tidak muncul lagi.

"Cepat sikit!" Andre mendesak mereka.

Kumpulan pengawal itu beredar.

Marvin duduk di belakang untuk melindungi mereka.

Tetapi dari jauh, satu kelibat dengan pantas berlari dengan kelajuan seperti kilat!

Dia sangat laju dan nampak gaya ingin memintas pengawal tersebut!

"Bahaya!"

Marvin mengetap gigi dan mara dengan laju beberapa langkah ke depan. Dia melompat melintasi pagar dan menghalang kelibat itu di depannya.

Andre dan yang lain terlepas dan terus membelok di lorong, mengikut jalan yang dirancang untuk melepaskan diri.

"Bajingan!" Kelibat itu segera menuju pantas ke arah Marvin. "Kamu Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng?!"

Marvin terkejut melihat lelaki tersebut.

Itu lelaki hebat yang dia jumpi di [Bukit Deathly Silent]!

Pangkat ke-2, Pembunuh Gelap!

Nampak gaya seperti ahli lelabah bayang.

"Aku bukan saingan dia!"

Jantung marvin berdegup kencang. Lawannya itu senior dengan ketangkasan yang lebih tinggi, dan kelajuan larian dia pastilah lebih pantas dari dirinya.

Dia pasti tidak dapat melepaskan diri jika dia mencuba untuk lari.

"Bangsat, kau dah bunuh Miller yang gemuk macam babi tu?!"

Pembunuh lelabah bayang itu membuat muka gusar melihat api yang marak tinggi di vila, mindanya sudah pasti akan sesuatu.

Mood dia sekarang sangat tidak baik. Miller sudah mati, oleh itu dia tidak mempunyai majikan dan secara tidak langsung misinya gagal. Ini bermaksud dia akan jatuh sedikit di dalam sistem misi lelabah bayang.

Disebabkan mood yang tidak baik ini, dia hanya boleh melepaskan kepada Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng!

Walaupun membunuh dia tidak mengubah apa-apa, tetapi mood dia sekarang sangat baik.

Orang yang hidup tidak akan dapat menghilangkan perasaan yang tidak selesa ini.

Pembunuh itu segera mengeluarkan pisau belati dan tersengih, "Mati!"

Tetapi Marvin tiba-tiba mendapat ilham dan menggoyangkan pergelangan tangannya.

Satu benda berwarna kuning terbang.

Pembunuh itu menangkap kad tersebut.

Kad itu berwarna kuning cerah. Terdapat lelabah bertaring terlukis di atas kad tersebut.

"Apa? Kau juga ahli lelabah bayang?

Pembunuh itu tercengang. Disebabkan keadaan yang sangat gelap ketika ini, dia tidak dapat memeriksa dengan terperinci kad tersebut.

"[Sebelum matahari belum terbit, kita membunuh dengan tenang]."

Tangan kiri Marvin membuat isyarat mengelar leher seseorang dan bersikap serius selepas itu.

Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak pasti sama ada dapat menipu pembunuh itu.

Wajah pembunuh itu bertukar pucat, dan dia kemudiannya melontar kembali kad tersebut di tanah sambil mencarut, "Sungguh bernasib baik! Terjumpa salah seorang dari kita."

Lelabah Bayang mempunyai peraturan yang ketat: tidak boleh membunuh sesama sendiri.

Dia menggaru kepala, dan mencarut beberapa kali dan berkata dengan gundah, "Aku rasa aku tidak bernasib baik, celaka…"

Marvin berasa lega, dia terus pusing dan berjalan dengan langkah yang teratur ke arah lorong.

Dia sangat gementar. Dia mesti bertindak dahulu jika pihak lagi satu juga mempunyai niat untuk membunuh.

Dia bernasib baik. Marvin membelok di selekoh dan pihak satu lagi masih tidak dapat perasan sesuatu yang tidak kena.

Apabila dia sampai di lorong, Marvin terus meningkatkan kelajuan berlari dengan pantas.

Jika dia tidak melepaskan diri sekarang, bila lagi?

Api tetap marak dan pembunuh itu masih lagi sangat berang.

Tidak lama kemudian, dia mengambil semula kad kuning tersebut. Tanda lelabah bayang tidak boleh dibiarkan tinggal merata.

Tetapi pada masa ini, di bawah cahaya api, dia terasa yang kad ini agak biasa dikenalinya.

"Aduh, aku buat masalah pula!" Wajah pembunuh itu bertukar hijau!

"Bukankah ini kad aku?"

Terdapat tanda kecil di kad tersebut yang merupakan tanda individu dirinya!

Setiap ahli lelabah bayang mempunyai kad yang serupa tetapi kesemuanya mempunyai tanda yang unik.

Ia tidak dapat ditiru.

Pembunuh itu terus tahu yang dia telah ditipu hidup-hidup!

Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng itu bukan pembunuh upahan dari lelabah bayang.

Tetapi dia masih rasa ragu lagi…Kenapa lelaki itu boleh tahu ungkapan rahsia lelabah bayang?

Ayat, [Sebelum matahari belum terbit, kita membunuh dengan tenang] ialah sumpah yang dibuat oleh setiap ahli lelabah bayang ketika menyertai organisasi tersebut.

Setiap pembunuh akan berjanji akan mempertahankan ia dan tidak akan bocorkan ke orang luar atau mereka akan diburu!

"Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng itu, bagaimana dia tahu isyarat rahsia dalaman kami?"

"Tidak kira bagaimana, aku mesti mencari dia dan menetak dia sehingga menjadi kepingan!"

Di bawah sinaran cahaya api itu, wajah pembunuh itu nampak lebih menyeramkan.

Terdengar bunyi tapak kaki kuda tidak jauh dari situ, itu peronda yang cepat untuk kembali balik.

Pagi keesokannya.

Berita mengenai insiden di kawasan orang kaya tidak dapat dikekang. Kematian peniaga Miller dan juga ahli keluarga telah tersebar di Bandar River Shore.

Setiap bar menyebarkan maklumat khabar angin versi yang berlainan. Ada yang berkata itu ialah perbuatan kultus ular kembar dan ada pula yang kata itu perbuatan Pembunuh Kembar Senjata Bertopeng.

Bandar River Shore telah aman sekian lama dan tidak pernah lagi berlaku seseorang yang memandang rendah autoriti majlis perbandaran seperti ini.

Ia disebabkan di belakang majlis perbandaran ialah rejimen ahli sihir Bandar River Shore!

Tidak kira peronda dapat menangkap pembunuh itu atau tidak, ahli sihir akan dapat mencarinya tidak lama lagi.

Ini kesalahan yang serius. Oleh itu di bawah permintaan Encik Miro yang merupakan pegawai tinggi dalam Majlis Perbandaran, ahli sihir yang mahir dalam bidang ramalan dipanggil untuk datang ke tempat kejadian.

Dia boleh menggunakan Lingkaran Sihir ke-2 yang boleh patah balik ke masa silam dan melihat identiti pembunuh hendap tersebut.

Tetapi hasilnya mengejutkan semua orang.

Ini disebabkan jampi ramalan tersebut telah gagal!

Walaupun ramalan magik yang mempunyai sedikit kemungkinan untuk gagal, tetapi untuk menangkap penjenayah tersebut bukan susah kan?

Ahli sihir tersebut meninggalkan tempat kejadian dengan muka mencuka. Selepas itu ahli sihir lain menggantikan tempatnya.

Tetapi hasilnya tetap sama.

Dengan itu, pembunuhan dan arson ini menjadi kes yang paling hangat dibincang di Bandar River Shore. Semua orang cuba meneka siapa yang membuatnya.

Tetapi sehari selepas itu, seseorang tidak bernama meletakkan waran tangkap di semua guild besar untuk [Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng].

Semua orang memahami. Majlis perbandaran mengetahui sesuatu tetapi tidak mempunyai bukti, oleh itu mereka menggunakan cara seperti ini untuk menyelesaikan masalah.

Reputasi Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng tersebar luas di seluruh Bandar River Shore.

[Pencapaian anda dibincang meluas – Mitos Wilayah Level +1]

[Mitos Wilayah Level (Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng)(Bandar River Shore)]: Disebabkan mitos mengenai Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng telah tersebar luas, anda telah menjadi terkenal di Bandar River Shore. Banyak pemburu ganjaran yang mula mengasah pedang mereka. Peniaga dari Bandar River Shore dan Teluk Jewel juga menyebarkan berita ini. Anda telah menjadi sangat terkenal di kawasan Pantai Timur.

Marvin melihat kepada nilai kejahatan dan tidak dapat menahan diri dari ketawa.

Level Mitos, nilai ini, walaupun negatif, tetap berguna kadang kala.

Selepas membunuh Miller, Marvin bukan sahaja berjaya membalas dendam, dia juga telah melengkapkan cabaran dan memperoleh 500 exp am.

Selepas pertempuran ini, exp pertempuran Marvin mencecah 1448 dalam sekali nafas dengan 600 exp am, oleh itu dia boleh meningkatkan level dia sekali lagi dan mencapai pangkat atas level 5.

Selepas mencapai kelas level 5, anda boleh meningkat ke kelas lanjutan.

Marvin ragu-ragu sebelum akhirnya meletakkan 2000 exp kepada level-up renjernya.

Meningkatkan pemain kepada level 5 boleh mendapatkan atribut percuma yang dia agihkan kepada ketangkasan.

20 ketangkasan!

Akhirnya dia berjaya mendapat kemahiran istimewa [Anti-Gravity Steps]!

"Thud Thud Thud." Bunyi ketukan kedengaran di luar pintu.

Marvin membuka pintu, rupanya adalah Anna.

"Adakah semua dah bersedia?" Dia bertanya.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C27
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login