Download App
3.4% Renjer Malam / Chapter 25: Membunuh dan Arson

Chapter 25: Membunuh dan Arson

Editor: EndlessFantasy Translation

Pantai Timur, Menara Holy Light.

Satu orang tua, nampak seperti tidak berapa sihat, berdiri di atas platform rahsia sambil jubahnya berkibar kerana tiupan angin.

Kelihatan satu mata seperti matahari terapung di depannya.

"Aku semakin hampir dengan kematian." Orang tua yang penuh kedutan dimukanya itu melihat ke mata tersebut dan berkata, "Sudah satu jam, aku tidak dapat menahan lagi."

Jika Marvin berada di sini, dia pasti dapat mengenali item legenda ikonik [Mata Mentari Terang], di atas Menara Holy Light.

"Siapa tu?" Suara di dalam mata mentari terang itu berkata dengan panik.

"Kami dalam perjalanan," satu lagi suara berkata.

"Sudah terlambat," kata Ahli Sihir Legenda Anthony.. "Jangan pedulikan aku, mereka sudah membuat keputusan. Hari malapetaka hampir tiba kepada semua Ahli Sihir.

Mata mentari terang itu terus terdiam.

"Walaupun begitu, kita tidak boleh biarkan dewa-dewa celaka itu semua terlepas." Suara wanita yang tegas keluar dari mata mentari terang itu berkata, "Kolam Magik Alam Semesta ialah satu pemberian Lance kepada kita, kita tidak boleh biar mereka mencabulinya.

"Chloe, kita tidak boleh menghalang mereka…" Anthony mengeluh. "Aku tidak dapat lagi larat menanggung Mata Mentari Terang, dan Kultus Ular Kembar pula semakin menjadi-jadi…

Kau…"

Katanya terus terputus. Pada masa itu, seorang pemuda yang kacak muncul di belakangnya.

"Cikgu, aku telah menjumpai ubat yang boleh mengubati cikgu," pemuda itu berkata.

"Apa?" Anthony menunjukkan perasan sedikit terkejut sambil berjalan ke arah ank muridnya.

Tiba-tiba, wajah anak muridnya bertukar menjadi pelik. Dua ular kembar kecil, satu hijau dan satu lagi merah mula berputar di mata anak muridnya itu.

"Kau adalah…"

Belum sempat lagi Ahli Sihir Legenda itu menghabiskan ayatnya, belakang badannya telah ditusuk oleh pisau belati dengan kejam.

"Anthony!"

"Apa yang berlaku?"

Kedengaran banyak suara Ahli Sihir Legenda yang panik datang dari Mata Mentari Terang.

Pemuda itu tergelak, "[Scarlet Patriach] terhebat yang membuat pisau belati sumpahan ini!"

"Berapa lama lagi kau boleh hidup lagi? Cikgu kesayangan ku?"

Bandar River Shore, Kawasan Orang Kaya, Lewat Malam.

"Miller telah menggunakaan racun rahsia dari Kultus Ular Kembar untuk membunuh lord tua kamu, jika kamu mahu membalas dendam, ikut arahan aku."

Dua puluh orang telah berkumpul di luar vila 31.

Marvin berbisik dengan suara yang perlahan, "Vila Miller terbahagi kepada tiga bahagian, dan kelihatan beberapa sentri tersembunyi di bahagian paling luar menunggu kita. Aku mahu kamu uruskan askar upahan di bahagian ke-2."

Walaupun Andre terasa seperti ingin tahu bagaimana lordnya dapat mencari ramai pakar, disebabkan Anna telah bersetuju, ini bukan satu kesilapan.

Dia mengangguk dengan tenang.

Cuma beberapa askar upahan sahaja. Mereka sangat yakin boleh menguruskan askar upahan tersebut.

"Jangan lalai," Marvin memberi amaran, "Ada beberapa askar pangkat ke-2 yang ganas di antara mereka. Walaupun mereka hanya berlima atau enam, mereka masih boleh memberikan penentangan lagi."

"Aku tahu." Andre akhirnya berkelakuan seperti ketua pengawal buat pertama kali dan membalas, "Aku akan bawa sebelas orang untuk menghadapi mereka. Ada lagi baki lapan orang yang bersedia dan menunggu arahan dari kau."

Marvin mengangguk, berpuas hati.

Abiliti pemuda dari Lembah White River untuk menjalankan tugas memuaskan.

Sekarang, masa untuk membalas dendam!

Marvin tiba-tiba menggunakan [Stealth], dan dua Pembunuh Hendap Bayang itu mengikut juga dengan menggunakan [Strong Stealth].

Kumpulan yang bertiga itu bergerak ke arah sentri yang berada berdekatan vila, satu di depan dan dua lag di belakang.

Tiada bulan pada mala mini.

Langit sangat gelap, masa yang paling sesuai untuk membunuh dan membakar mereka.

Kawasan Orang Kaya agak jauh dari Bandar River Shore. Tambah lagi, orang kaya kebiasaannya seperti kera sumbang dan tidak mengambil tahu perihal jiran.

Peronda di merata tempat.

Malangnya pada malam ini, peronda semua sudah tertumpu di pelabuhan dan tidak akan balik buat sementara.

Sekarang masa di mana pertahanan di tempat Miller paling lemah. Marvin tidak akan melepaskan peluang ini!

Mungkin kemusnahan Kumpulan Acheron membuatkan Miller lebih berhati-hati, kerana Marvin mendapati ada sentri tersembunyi tambahan berada di sekeliling kawasan vila.

Dan ada juga pasukan kecil enam orang yang meronda di persekitaran secara rawak.

"Oh, dia membelanjakan banyak wang…"

Marvin tahu untuk Kultus Ular Kembar, walaupun mereka bukan semuanya pelawan, mereka mempunyai beberapa muslihat tersembunyi. Malam ini mungkin berlaku perjuangan pahit.

Tetapi menghapuskan beberapa sentri tersembunyi itu bukanlah menjadi isu.

Tidak sampai sepuluh minit pun, Marvin dan dua pembunuh hendap bayang itu dengan mudah menghapuskan kesemua sentri tersembunyi di vila Miller.

Bahkan pasukan kecil enam orang itu dihapuskan dengan mudah dan efisien oleh serangan hendap mereka bertiga.

Kesemua pertarungan itu berlaku di depan mata pengawal Marvin yang bersembunyi di sebalik semak.

"Sangat kuat…"

"Lupakan mengenai dua Pembunuh Hendap Bayang itu. Lelaki itu, Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng adalah Renjer sahaja. Bagaimana dia boleh sangat mahir dalam teknik kemahiran serangan hendap?"

"Jika kita sasaran mereka…"

Kata-kata pengawal itu membuatkan yang lain semua menggigil ketakutan.

Bertemu dengan pandangan mata pembunuh seperti ini akan menjadi malapetaka.

Pada masa itu, Andre berasa lega kerana pemuda yang bersemangat ini tidak menimbulkan sebarang konflik dengan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng itu.

Dia agak lega kerana kumpulan pembunuh upahan ini berada di pihak sini.

Selepas menguruskan keadaan sekitar, Marvin memberi isyarat kepada mereka yang berada di semak, menandakan operasi ini sudah bermula bersama dengan mereka. Dia membelok di satu selekoh dan menghala ke pintu belakang vila itu.

Melihat Marvin dan dua yang lain hilang di sebalik pagar, Andre mengeluarkan pedangnya dan memunjukkan muka ganas yang jarang dilihat.

"Rakan seperjuangan, ikut aku! Celaka! Aku benci gila dengan lelaki Miller itu yang sampai sanggup membunuh Lord Tua dan bersekongkol bersama kumpulan gnoll. Lord kita telah menjemput Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng untuk membunuh Miller, tetapi kita juga perlu membunuh beberapa askar untuk melepaskan kemarahan kita semua!"

Di dalam bilik yang selesa itu, Miller yang tembam itu duduk di atas sofa bersama anak yang tua yang duduk di depan dia.

Di hujung ruang tamu tersebut kelihatan dua kelibat orang lelaki yang tinggi sedang berdiri. Setiap kali Miller dan anaknya merenung ke arah dua kelibat tersebut, mereka berasa lebih selamat.

Mereka pelawan ganas yang sebenar.

Tidak sia-sia membelanjakan untuk pangkat ke-2 [Berserker]!

Orang Gasar mempunyai naluri yang seperti binatang, sebab itu mereka mengupah dua pengawal peribadi hebat ini berada berdekatan mereka. Kebanyakan orang tidak mudah untuk mendekati mereka.

Bob mengalihkan pandangan dan berkata dengan tenang, "Ayah, nampaknya gnoll di sana tidak dapat mengawal diri. Mereka telah menjumpai sesuatu yang sangat penting di terowong istana itu."

"Miller mengecilkan mata seperti ular, "Aku tahu binatang upahan itu tidak akan mengotakan janji. Mereka menyangka selepas menjajah Lembah White River, ia milik mereka."

"Apa patut kita lakukan?" Bob bertanya dengan risau.

"Bodoh! Kita ada sokongan dari Sir [Raja Cobra] dan kau masih takut lagi dengan kumpulan gnoll itu? Miller tersengih dan berkata, "Asalkan Marvin mati, aku akan memaksa majlis perbandaran untuk menghantar askar menumpaskan gnoll tersebut! Aku tidak akan memberi mereka peluang untuk bercakap sekali pun."

Bob ketakutan melihat Miller, "Ayah, bila kau nak mengesyorkan aku kepada Sir [Raja Cobra]?

"Ia tidak berapa penting," Miller berkata dengan lembut. "Peraturan Kultus Ular Kembar sangat rumit dan hanya penganut tegar sahaja boleh menjadi ahli. Keimanan kau tidak cukup kuat lagi. Jika kau berjumpa Sir Raja Cobra sekarang, engkau akan ditelan hidup-hidup."

Selepas berkata demikian, dua ular, satu merah dan satu hijau muncul dan mula berputar di matanya. "Aku sebenarnya tidak menjangka diberi peluang untuk merampas kembali hak aku di hayat ini. Aku tidak menyangka akan diberi peluang untuk menjadi ahli Kultus Ular Kembar hebat oleh Kultus Doom. Sekarang Jean sudah mati, hal yang lain bukanlah isu yang besar…"

Bob berkata, "Jika ular kembar dari kultus doom itu sangat ganas, kenapa mereka tidak berani bertindak di bawah sinaran mentari?"

"Berani kau mempersoalkan credibiliti Ular Kembar dari Kultus Doom?!" Miller tiba-tiba menjerit, ular di dua matanya kelihatan hampir melompat.

Dia seperti singa yang mengaum dan melempang muka Bob sehingga tercampak ke tingkap dari kerusi yang didudukinya.

Bob pening dari tamparan tersebut, dan mukanya mula membengkak.

"Aku silap Ayah!" Dia cepat bertindak dan terus melutut di lantai untuk meminta kemaafan.

"Walaupun kau anak aku, aku tidak boleh meringankan hukuman," Miller berkata dengan kejam. Merangkak ke sini dan hulurkan tangan kiri kau."

Bob tidak berani untuk melawan, dan apabila dia baru ingin menurut arahan.

"Minta maaf kerana aku mengganggu hukuman keluarga kamu. Tetapi aku rasa kau ada anggapan buruk kepada tetamu tidak diundang?"

Bang!

Cermin tingkap pecah berderai.

Satu kelibat terbang masuk dan berguling di lantai, pergerakannya sangat sempurna.

Cahaya dingin terpancar dengan dua bunyi hayunan, dan Bob yang sedang melutut itu kepalanya telah hilang terpenggal.

"Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng! Engkau rupanya!"

Miller terkejut dan marah!


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C25
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login