Download App
2.58% Renjer Malam / Chapter 19: Dunia Lukisan

Chapter 19: Dunia Lukisan

Editor: EndlessFantasy Translation

Gadis Tidak Berkepala Vanessa.

Marvin mula teringat sesuatu mengenai nama ini.

Di dalam dunia permainan, dia kerap mengambil masa untuk melihat forum permainan video. Dia pernah melihat satu gambar dari kad pengenalan pemain tanpa nama.

Di lukisan tersebut ada perhiasan berbentuk bunga platycodon.

Perhiasan itu item luar biasa yang hasilnya sangat menakjubkan. Marvin masih teringat lagi atributnya.

[Hadiah Vanessa]

Kualiti: Luar Biasa

Efek: Rintangan Ketakutan +10

Keperluan: Mengabulkan permintaan gadis tidak berkepala itu.

Benda ini secara jelas merupakan barang ganjaran daripada cabaran itu.

Pada masa itu, orang yang berkongsi informasi mengenai kelengkapan tersebut hanya hendak membangga diri, oleh itu ramai yang mengabaikannya. Nasib baik memori Marvin agak bagus dan dia masih lagi mampu mengingati atributnya.

Tidak banyak item yang boleh meningkatkan rintangan ketakutan di dunia ini. Marvin teringat akan beberapa item yang mempunyai efek yang sama tetapi susah untuk mendapatkannya.

Sebenarnya tidak ada informasi langsung bagaimana cara untuk mendapatkan Hadiah Vanessa.

Tetapi sekarang dia telah dapat memikirkan caranya. Pemain tiada nama itu berkongsi gambar tersebut selepas seminggu Scarlet Monastery dibuka.

Mungkin dia pemain pertama yang masuk ke dalam Scarlet Monastery dan mencetuskan cabaran gadis tidak berkepala.

"Vanessa…Kenapa aku tidak boleh melihat kau?" Marvin dengan ragu-ragu bertanya, ingin mengetahui situasi sekarang.

Dia dapat rasakan yang gadis ini tidak berniat jahat.

"Disebabkan keadaan rupa aku sekarang sangat menakutkan. Semua manusia biasa yang melihat aku akan disumpah dengan ketakutan. Kau boleh hilang waras!" Vanessa menerangkan, "Oleh itu tolong jangan menoleh ke belakang untuk melihat aku, boleh?

Marvin mengangguk.

Tubuh badan gadis tidak berkepala ini mempunyai [Strong Fear Effect]. Jika sesiapa melihat badannya, mereka perlu melalui semakan ketakutan.

Walaupun Marvin mempunyai roh yang tabah, namun jika badan dia tidak dapat bertahan dan gagal dalam semakan, habislah dia nanti. Dia tidak suka untuk mengambil risiko.

"Kenapa kau muncul?" Marvin bertanya.

"Kepala aku telah dicuri oleh orang jahat. Bolehkah engkau mendapatkannya semula?" Vanessa bertanya dengan nada yang perlahan.

Suara gadis itu agak menakutkan di dalam bilik yang sunyi ini.

Marvin melihat bayang-bayangnya di tanah. Di bawah sinaran bulan, bayang-bayang yang samar dapat dilihat di tanah.

"Memang tidak ada kepala."

Marvin mencarut dalam hati, sudah tentu, ini [Gadis Tidak Berkepala].

Dia memaksa diri untuk tergelak. "Aku manusia biasa, kenapa kau fikir aku mampu membantu kau?"

"Aku dapat rasakan yang kau mempunyai keazaman yang tinggi, dan kuasa berlawan kau hebat," Vanessa berkata dengan suara perlahan. "Kau boleh [Stealth] dan mencuri kepala aku tanpa disedari lelaki jahat itu."

"Aku perlukan lebih informasi sebelum membuat keputusan untuk membantu atau tidak." Marvin mendepakan tangan seperti tiada apa yang boleh dia lakukan, dan berkata, "Aku tidak ingin kehilangan nyawa."

10 minit kemudian, kelibat bayang-bayang yang licik kembali ke koridor berhantu.

Dia menuju ke lukisan Gadis Tidak Berkepala.

Dia masih berbelah bahagi samada hendak menerima atau tidak permintaan gadis tidak berkepala tersebut.

Item yang dapat meningkatkan rintangan ketakutan sangat sukar untuk dijumpai. Tambahan pula, cabaran ini tidak memerlukan dia untuk berlawan, tetapi hanya perlu mencuri sesuatu, dan ini merupakan kelebihan dia.

Selepas bersetuju dengan permintaan gadis tidak berkepala itu, cabaran baru muncul di menu cabaran Marvin.

Marvin sudah tahu perincian cabaran dan ganjarannya ialah '???'.

Ganjaran cabaran yang rawak seperti ini merupakan satu perjudian, tetapi nasib baik kali ini dia telah mengetahui apakah ganjaran cabaran tersebut.

Dia bergerak ke arah Vanessa dan dengan lembut dia meletakkan kedua-dua tapak tangannya di lukisan itu.

"Bertenang, bertenang."

Suara vanessa yang lemah lembut itu kedengaran di telinganya.

"Tutup mata kau."

"Sekarang berjalan ke depan."

Marvin buat seperti yang diberitahu.

"Kreek!" Marvin membuka pintu dan melangkah masuk sebanyak dua tapak dengan mata yang masih tertutup. Suara sunyi dan tenang terus bertukar menjadi bising.

Kedengaran burung bersiul di dahan pokok. Nampaknya dia telah tiba di kawasan hutan.

Selepas itu, Marvin membuka mata dan dia berada di dalam hutan kecil.

[Kamu telah menjumpai kawasan misteri – Boknin]

[Pengetahuan – Pemahaman +5]

[Pengetahuan – Pemahaman – Dunia Boknin] Tempat ini ialah dunia lukisan yang terbentuk daripada ruangan herot-benyot, yang terletak dia antara Benua Feinan dan Alam Ghaib. Ia nampak seperti ladang biasa, tetapi Duta Roh Jahat Morris memerintah di setiap pelosok tanah di sini. Dia mempunyai dua kumpulan di bawah kawalannya iaitu gagak pemerhati dan juga kesateria gelap. Kesemua barang yang nampak nyata di dunia ini palsu belaka.

[Anda telah memasuki dunia lukisan – Boknin…]

Persekitaran di sekelilingnya dipenuhi dengan burung, bau wangi dan juga penuh dengan kehidupan.

Di belakangnya, sebuah pokok locust yang hampir mereput. Dia memastikan untuk mengingati rupa dan lokasi pokok itu kerana ia jalan untuk dia pulang.

Gadis tidak berkepala itu tidak dapat masuk bersama ke dalam dunia lukisan, jadi dia terpaksa bertindak sendirian.

Sasaran dia ialah sebuah istana yang berada di atas bukit di Bokmin. Istana ini dimiliki oleh ketua Kawasan, yang dikenali dengan nama orang tua Morris, dan merupakan level bawahan Duta Roh Jahat yang mempunyai kepakaran dalam mengeluarkan roh orang dan memerangkap roh tersebut di dunia lukisan ini.

Langkah berjaga-jaga perlu diterapkan sepanjang berada di tempat seperti ini. Jika tidak, orang yang lalai boleh terperangkap selamanya di dunia lukisan yang teruk ini.

Kepala Vanessa berada di dalam bilik tidur istana Morris. Marvin perlu menyelinap masuk dan mencuri kepala tersebut dan menyerahkan kepada Vanessa.

Selepas itu, roh Vanessa dapat dibebaskan dan cabaran Marvin akan selesai.

"Jika dia Duta Roh Jahat di level yang tinggi, dia sepatutnya mampu untuk menindas keazaman dari roh gadis tersebut. Ini bermakna Morris adalah Duta Roh Jahat pangkat ke-2 iaitu Penyihir Roh."

"Malangnya, air suci yang dijual oleh Gereja Dewa Silver mempunyai kepekatan yang rendah. Jika aku boleh dapat #13 air suci, mungkin aku ada peluang untuk menghapuskan Morris."

Duta Roh Jahat dan mereka yang seperti Heiss sangat berbeza. Walaupun mereka mempunyai pertalian dalam kelas Ahli Sihir Roh Jahat, tetapi bangsa mereka berbeza. Roh Jahat di Alam Bawahan sangat ganas, mempunyai daya hidup yang kuat dan juga tidak mempunyai kelemahan seperti manusia perompak kubur.

Marvin berjalan dengan pantas dan menyelinap keluar dari hutan dan tiba di kaki bukit kecil.

Dia memandang jauh dari bukit tersebut dan mendapati ladang gandum tumbuh segar dan beberapa kelibat orang berada di situ.

Mereka semestinya petani yang mengerjakan ladang di situ.

Ini dunia sebenar.

"Sungguh menakjubkan…" Marvin terpegun.

Kelihatan sebuah istana di puncak bukit di akhir ladang gandum itu. Marvin menyeberangi ladang gandum itu tanpa menyedarkan sesiapa.

Kemahiran [Stealth]nya yang sempurna menunjukkan prestasi yang bagus, walaupun terbatas dengan had level kemahiran.

Dia tiba di istana.

Sebuah jambatan yang diperbuat daripada batang kayu juga dapat dilihat di luar istana. Kawasan di seberang istana dikelilingi dengan cerun.

Di penghujung jambatan kayu itu, sepasukan pengawal.

"Ini agak leceh."

Marvin tidak berani untuk cuba melepasi pengawal tersebut menggunakan [Stealth]; perbuatan itu hanya menempah maut.

[Stealth] tidak menjadikan seseorang itu halimunan. Tambahan pula, ketika waktu siang seperti ini, efeknya akan menjadi sangat lemah.

Nampaknya dia perlu tunggu sehingga waktu lewat petang.

Dia menjumpai sebuah tempat tersembunyi untuk berehat.

Pada waktu lewat petang, sebuah kereta kerbau berlalu keluar daripada sebuah bangsal yang terletak di kaki bukit bergerak dengan perlahan menuju ke istana.

Mata Marvin bersinar dari tempat dia menyorok itu.

"Hmm? Di bahagian atas kereta kerbau itu ada sayur-sayuran dan buah-buahan? Dan kentang?"

"Petani itu menghala ke arah istana!"

"Itu dia!"

Dia berlari dengan pantas.

Petani yang memandu kereta kerbau itu dengan santai menyebat menggunakan cemeti sambil kerbau tua itu berjalan dengan perlahan dan berhati-hati di jalan yang sempit.

Selepas melepasi satu selekoh di jalan tersebut, petani itu ternampak seperti kelibat kepingan perak.

"Eh!?"

Dia memberhentikan kereta tersebut dan turun ke bawah.

Memang sekeping perak!

Sekeping perak merupakan matawang yang banyak digunakan di mana jua tempat, walaupun di Boknin!

Terpapar kegembiraan di raut wajah petani itu sambil melihat keadaan di persekitaran sebelum menyimpan perak yang dijumpainya itu. Selepas itu, dia bergegas menaiki kereta sebelum berangkat semula ke istana.

Petani itu memandu dengan perlahan tanpa menyedari seorang pembonceng lain yang menaiki kereta kerbau tersebut.

Kedua-dua belah tangan dan kaki Marvin berpaut di bawah kereta lembu tersebut menyerupai bentuk X, dengan belakang badannya bersandar kepada bahagian bawah kereta itu.

Nasib baik Marvin baru berusia 14 tahun dan tubuhnya masih kecil lagi, membolehkan badan dia muat untuk menyorok di tempat itu.

Dia pernah melalui pengalaman yang lebih kurang sama, tetapi pada masa itu dia menggunakan kemahiran istimewa penyerang hendap [Bone Shrink] untuk mengubah ketinggian dan beratnya.

Lima minit kemudian, kereta kerbau itu tiba di depan pintu istana.

Selepas melalui pemeriksaan, pengawal itu membenarkan ia masuk.

Marvin yang masih berada di bawah itu berasa lenguh tetapi dia menguatkan diri sambil mengetapkan giginya. Ini cara paling selamat untuk memasuki istana.

Kereta itu bergerak masuk secara perlahan ke dalam istana, kemungkinan menghala ke arah dapur atau gudang simpanan barang.

Marvin melihat kawasan persekitaran dan selepas mendapati tiada kelibat orang di kawasan persekitaran, dia turun ke bawah sambil meniarap di lantai.

Kereta kerbau itu terus bergerak tanpa pemandunya perasan apa yang telah berlaku.

Marvin memerhatikan keadaan sekeliling lalu menggunakan [Stealth] dan terus menghilangkan diri lalu menghala ke arah lobi utama istana.

Bilik tidur Ketua Kawasan agak senang untuk dijumpai, disebabkan ia terletak di bilik paling tinggi di istana.

Secara am, hanya orang yang bodoh sahaja meletakkan perangkap di dalam bilik tidur sendiri.

Dia mendapat informasi daripada perbualan hamba-hamba mengenai Tuan Morris yang selalu menghabiskan masa pada waktu malam di makmal miliknya, Marvin menunggu sehingga waktu malam dan membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Dia melihat di sekeliling bilik sebelum menyelongkar bilik yang berselerak itu. Kuku kelawar, tengkorak manusia, tulang dari tangan iblis…beberapa ubat jampi secara kasarnya.

Dia akhirnya terjumpa satu bungkusan barang dari bilik yang bersepah itu. Ia dibalut dengan kain hitam dengan kuku misteri yang menutupi bungkusan tersebut.

Ini seperti apa yang diberitahu Vanessa.

'Sumpahan untuk menukarkan seseorang kepada Hamba Roh Jahat?'

Marvin mengenali corak ini. Nampaknya niat Duta Roh Jahat ini untuk menukarkan Vanessa kepada Hamba Roh Jahat. Disebabkan itu dia tidak mahu menghapuskan rohnya.

Marvin menyimpan bungkusan tersebut di dalam Konc Kosongnya dan bersedia untuk beredar.

Tetapi, pada masa dia ingin keluar, dia terdengar bunyi tapak kaki yang datang dari luar bilik tidur.

Hati Marvin berdebar lalu bergolek dan menyorok di bawah katil.

Sesaat kemudian, cahaya menerangi bilik tersebut dan sepasang kasut kain kelihatan di pandangannya.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C19
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login