Download App
1.76% Renjer Malam / Chapter 13: Pakar Medan Pertempuran Yang Sengit

Chapter 13: Pakar Medan Pertempuran Yang Sengit

Editor: EndlessFantasy Translation

Pencuri itu pun mula panik apabila dia melihat Marvin datang ke arahnya.Dia pun menghayun pisau belatinya, dan cuba untuk menggunakan Stealth untuk menyorok di celah orang ramai.

"Bangang, guna Stealth ketika berlawan…"

Marvin pun tersenyum sini dan menikam dengan kejam kerambitnya ke arah belakang kelibat bayang yang berjalan perlahan itu.

Bunyi teriakan kedengaran dari kelibat bayang yang semakin kelihatan. Marvin pun menikam belakang Pencuri itu yang kemudiannya terpaku sebelum jatuh tersembam ke lantai.

Kebolehan samseng ini semuanya agak lemah. Nampaknya mereka hanya pandai membuli golongan orang biasa sahaja.

Sembunyi perlukan masa yang lama untuk digunakan. Oleh sebab itu menggunakan Stealth ketika berlawan seperti mencari maut. Lagipun ianya tidak mempunyai sifat halimunan yang tinggi dan perlukan anda mengaburi langkah anda.

Marvin pun menyepak pisau belatinya jauh sambil membunuhnya dengan menikam anak tekak, dengan menggunakan tangan dan kaki pada masa yang sama.

Empat orang yang lain mula panik. Mereka cuba untuk melarikan diri.

Tindakan Marvin adalah sangat terperinci! Hanya Renjer yang sangat pakar boleh menunjukkan kebolehan seperti itu.

Orang ramai yang menonton mula hangat berbicara. Mereka tidak menyangka pembunuh senjata kembar bertopeng ini adalah sehebat ini. Berdepan dengan enam orang musuh dan sudah membunuh dua di antaranya sekelip mata tanpa cedera adalah di luar jangkaan melainkan dia adalah askar elit.

"Adakah dia askar elit upahan?" Seseorang dari penonton berfikir kemungkinan tersebut.

Empat orang yang lain itu perlu berani dan masih perlu menghadapi dia.

Tetapi pada waktu ini, mereka amat berhati-hati dan menjaga sesama sendiri, manakala orang ramai yang menonton berundur, takut mereka terkena tempias dari pertempuran yang berlaku.

Marvin pun melompat tinggi di tiang dan mencucuk kedua-dua senjatanya di tiang, selepas itu dia dengan pantas mengeluarkan sesuatu bari beg yang berada di tali pinggang dengan menggunakan kedua tangannya.

Crash!

Dia melontar sesuatu dari tangan kanannya!

Pasir!

"Jaga-jaga! Ianya pasir!" Mereka secara spontan menggunakan tangan dan senjata untuk mengadang mata mereka.

Mereka ini berasa bengang kerana taktik licik ini adalah taktik asal mereka! Mereka tidak menyangka yang Renjer bersenjata berkembar ini menggunakannya.

Marvin pun melontar satu lagi barang besar dari tangan kirinya ketika mereka sibuk memandang ke bawah untuk mengelak dari pasir.

Serbuk putih!

Serbuk kapur pula kali ini!

Orang ramai yang menonton tidak dapat menahan diri dari menggigil.

Ketika ini, waktu ianya digunakan amat menakutkan.

Empat orang tersebut baru sahaja menurunkan senjata dan tangan mereka dari mengelak dari pasir dan bersedia untuk menyerang, tetapi mereka tidak menyangka pada masa ini, serbuk putih iaitu serbuk kapur masuk ke mata mereka.

"Ah! Mata aku!"

"Tolong aku!"

"Sakit!"

Mereka semakin panik dan salah seorang dari mereka menghunus pedang ke semua arah waktu kekeliruan dan terkena ke arah Pencuri di sebelah.

Marvin tersenyum sinis dan pantas melompat ke bawah dari tiang sambil menggenggam erat kedua bilah kerambit di tangannya dan bergerak secara senyap. Woosh! Woosh! Woosh! Dia menghunus beberapa kali seperti orang yang mahir membelah daging.

Satu per satu dari empat orang itu mati menjadi mayat.

Kumpulan Elit Acheron kelima sudah tiada lagi.

Penonton terpaku melihat situasi yang berlaku. Sedangkan pasukan elit pun mati dibunuh, inikan pula ahli biasa yang sedang menyorok di celah sudut dan ketakutan untuk bersuara.

Salah seorang yang cerdik pun pergi melalui jalan sempit menghala ke atap untuk melaporkannya.

"Apa yang dia ingin lakukan? Jangan cakap dia mahu menghapuskan Kumpulan Acheron seorang diri pada hari ini?! Jangan harap!"

Ketika yang lain melihat Marvin dengan perasaan terkejut, dia pun menjumpai pintu rahsia dengan petunjuk Isabelle.

Dia pun menendang pintu tersebut, mendedahkan taman yang kosong kepada Marvin dan tetamu.

"Mereka menyorok berada di atap," kata Isabelle. "Terdapat sekurang-kurangnya satu lagi pasukan elit dan juga Diapheis masih ada. Dia amat kuat."

Para penonton melihat Marvin dengan pandangan yang berbeza dengan mata yang penuh sanjungan.

Dengan tenaga sendiri, dia mengalahkan Kumpulan Acheron di bawah tanah. Kekuatan ini tidak kalah dengan pengembara pangkat 2.

"Tidak sangka Diapheis masih menyorok lagi, tetapi dia ialah pengembara pangkat 2. Kenapa perlu takut dengan Renjer yang level 3 or 4 ini? Seseorang mengomel.

Pada masa ini, pintu perangkap pun terbuka dari lantai dan kedua sisi pintu itu jatuh ke lubang.

Seorang pelawan yang bersenjatakan parang terletak di bahunya muncul dari lubang itu. Dia pun diikuti dengan enam lagi pengembara di sisi. Ianya merupakan pasukan elit keempat dari Kumpulan Acheron.

"Pyroxene Bar tidak buka untuk berniaga pada hari ini. Hadirin hadirat sekalian, Aku persilakan untuk keluar."

Suara Diapheis yang garau itu kedengaran, dan pengujung semua mengikut katanya.

Walaupun perkara yang berlaku ini adalah amat menarik, tetapi untuk terus hidup adalah lebih penting. Selepas itu, semua yang bukan ahli kumpulan Acheron meninggalkan sini.

Selain dari Marvin dan Isabelle, hanya ada 7 orang yang masih berada di kawasan taman termasuk Diapheis. Kesemua mereka sudah memiliki kelas pengembara. Cuma mereka yang pekerja biasa menyorok jauh dari kawasan itu.

Mereka tidak berani untuk masuk campur dalan perlawanan hebat ini. Ditambah pula Marvin telah menunjukkan kekuatan yang hebat ketika membunuh menakutkan mereka.

Jika Marvin dapat beredar dari sini dengan nyawanya, cerita mengenai Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng akan tersebar di Bandar River Shore.

"Siapa hantar kau?" Diapheis dengan dingin bertanya sambil mengayun-ayunkan kapaknya seperti cuba memastikan berat kapak itu.

Hatinya panas menggigil penuh dengan kemarahan.

Kumpulan Acheron sudah lama tidak dikenakan tamparan hebat seperti ini. Pasukan pertama dan kelima sudah dimusnahkan sepenuhnya, tidak lupa juga bilik stor dan kasino terjejas juga. Strategi yang diganakan seperti menarik harimau dari markasnya.

"Ada orang yang mengupah kau untuk membunuh, sudah tentu ada orang yang berfikiran sama yang sanggup mengupah aku untuk membunuh.

Marvin berkata dengan suara yang perlahan, "Diapheis, kau telah memandang rendah kekuatan golongan aristokrasi. Seseorang telah membayar aku wang yang banyak untuk mencari siapa yang ingin membunuh Marvin dari Lembah White River. Aku telah dapat menyiasat hingga ke sini. Jangan cuba membuat pandangan seperti itu. Aku yang paling pantas sampai. Terdapat lagi askar upahan lain yang ingin berbual dengan kau, kesemuanya lebih hebat dari aku."

Urat biru pun timbul di dahi Diapheis, "Bagaimana boleh terjadi?! Bagaimana budak kecil tidak berguna itu boleh berbelanja duit yang banyak mengupah kamu semua!?"

"Itu aku tidak tahu." Marvin tergelak, berpura-pura dingin. "Aku hanya ingin siapkan tugasan aku sahaja. Beritahu sahaja siapa yang mengupah kau dan aku akan beredar."

"Beredar? Setelah kau membunuh banyak orang aku? Diapheis tersenyum kejam berkata, "Kau masih berani fikir yang kau boleh tinggalkan sini hidup-hidup?"

"Apa? Kau akan bercakap dengan yang lain sekarang atau kemudian." Marvin tergelak, "Adakah kau ingin melihat orang bawah kau semua menghadapi kematian dan kehilangan nyawa secara sia-sia?"

Selepas berkata demikian, matanya merenung tajam ke semua kumpulan samseng itu.

Enam ahli yang dari kumpulan elit keempat itu melihat sesama mereka, sambil menggeletar.

Mereka sudah melihat kesemua mayat sebelum ini. Dibunuh dengan cara yang mahir dan bersahaja.

Jika mereka terus berlawan dengan Marvin, pasti ada di antara mereka yang akan kehilangan nyawa.

Mereka hanyalah samseng, dan bukanlah askar yang akan berlawan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mereka boleh membuli orang biasa, tetapi di depan Marvin, pembunuh kejam ini, mereka lebih sayangkan nyawa mereka.

"Bos, lagi bagus beritahu sahaja dia…"

Salah seorang Pencuri dari mereka kehadapan, tetapi kapak Diapheis yang besar itu pun menetak dia hingga terbelah dua selepas dia mula berkata.

Darah terpercik ke semua arah!

Mata mereka yang berlima itu terbeliak, dan mereka berundur beberapa langkah.

"Semua sampah!" Diapheis, mata merah, menghala kapak ke arah Marvin dan menjerit, "Aku seorang sudah cukup untuk hapuskan dia!"

Mereka berlima yang lain melihat sesam sendiri dan hanya memeluk tubuh untuk memilih melihat sahaja apa yang akan berlaku.

Marvin tersenyum.

Sudah tentu, dia meneka dengan tepat. Samseng ini yang mengambil kesempatan ke atas orang lebih lemah dan takut kepada orang lebih kuat tidak ingin mengambil risiko.

Jika Diapheis menang, mereka hanya dihukum sedikit sahaja. Disebabkan telah kehilangan dua pasukan, Diapheis tidak akan membuat keputusan yang boleh menyekat dan akhirnya membuatkan pembubaran kumpulan Acheron. Jika Diapheis kalah, mereka hanya perlu memberi informasi kepada pembunuh ini, untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Mereka tidak akan rela melakukan sesuatu yang terdesak.

Ini adalah berita yang paling bagus buat Marvin.

Jika mereka membantu Diapheis untuk mengepung Marvin, walaupun dengan pengalaman yang banyak sebelum ini, dia tidak mempunyai banyak ruang dan terpaksa berundur, menggunakan taktik perang saraf.

Tetapi dalam situasi satu lawan satu…

Dia tidak gentar dengan Diapheis langsung!

Tangan Diapheis menggenggam erat kapak besar tersebut, matanya yang marah itu merenung tajam ke arah Marvin.

Dia agak tinggi dan mempunyai badan yang sasa dan juga tatu api di lehernya.

"Orang Gasar?"

Marvin pun bermain-main dengan kerambitnya sambil dalam senyap menggunakan Menyiasat.

Dia bernasib baik, atribut Diapheis keluar di depan Marvin seperti yang dijangka, dia adalah Orang Gasar.

[Diapheis]: Lvl5 Rakyat – Lvl6 Pelawan – Lvl2 Orang Gasar – HP 179

Marvin terpaksa menggunakan semua kekuatannya apabila berhadapan Diapheis. Orang ini adalah pelawan yang sebenar, dan dia tidak akan berjaya membina pengaruh di Bandar River Shore dalam masa yang singkat iaitu 6 bulan sahaja, atau itu seperti yang didengar. Disebabkan cara dia yang membentuk beberapa pasukan kecil, dia syak yang orang ini adalah bekas askar.

Askar sebenar dan pengawal kota adalah amat berbeza terutama ketika di medan perang, yang disebabkan mereka bergelumang dengan darah dan api peperangan, menyebabkan jiwa mereka lebih kental.

Ini adalah amat membantu ketika berlawan.

Lagipun, pengalaman sebagai bekas askar bermaksud mengetahui pelbagai maklumat mengenai cara askar dan juga seni pertahanan diri. Kapaknya agak tajam, dan jika terkena tetakan walaupun sedikit, kemungkinan orang itu pasti akan mati.

"Kekuatan dia sekurang-kurangnya bernilai 19, bermaksud boleh menindas aku. Aku terpaksa mengelak sebanyak mungkin dan cuba mengelak dari menghalang menggunakan senjata aku."

Marvin pun bergerak perlahan sambil menunjukkan ekspresi muka yang tenang, tetapi bersikap berjaga-jaga di dalam hatinya.

Ini adalah musuh yang paling kuat dia pernah hadapi selepas tiba di dunia ini.

Ketika kedua pihak dalam keadaan buntu, Marvin pun melihat tetingkap perlawanan:

[Disebabkan kau telah menghadapi enam musuh dan mengalahkan mereka dalam medan pertempuran yang sengit, kau telah memperolehi gelaran, Pakar Medan Pertempuran Sengit.]

[Pakar Medan Pertempuran Sengit]: Apabila berhadapan beberapa orang musuh pada suatu masa, ketangkasan akan meningkat sebanyak 1 mata.]

"Musuh banyak? Adakah sekarang ianya dikira?"

Marvin berfikir dengan gembira, terus menukar gelaran dari [Renjer Baru] kepada [Pakar Medan Pertempuran Sengit.]

Ini adalah satu nilai penuh ketangkasan! Dia perlukan dua level untuk mendapat nilai atribut!

Seperti dijangka, selepas menggunakan gelaran itu, nilai ketangkasannya menjadi 18(+1).

Walaupun pasukan keempat tidak menyerang tetapi mereka mempunyai rasa benci dan ini dianggap sebagai musuh.

19 ketangkasan! Satu mata sahaja dan dia akan masuk ke pangkat sangat pantas.

Walaupun Diapheis sangat pandai dalam mengambil kesempatan ke atas ruang yang diberi, secara tiba-tiba dia menyerang Marvin yang sedang berkhayal itu.

Kemahiran pangkat ke-2 Orang Gasar, [Intimidating Presence]!

Secara tiba-tiba badan Marvin terkaku pada tempat dia berdiri.

[Anda telah terkena Intimidating Presence]!

[Menyemak Keazaman]

[Semakan Keazaman selesai! Badan anda akan terus kaku selama 0.5 saat!]

"Celaka" Marvin pun bermuram. Diapheis pun tergelak jahat sambil menghayun kapak yang besar ke arahnya.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C13
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login