Download App
0.27% Renjer Malam / Chapter 2: Renjer Baru (2)

Chapter 2: Renjer Baru (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Marvin masih merasakan dirinya seperti ikan di lautan dengan langkahnya yang cepat dan pantas ketika meninggalkan Rumah Penginapan Fierce Horse walaupun dengan keadaan malam yang agak gelap gelita di Bandar River Shore ini.

Ketika Marvin berjalan di celah lorong, dia telah terbiasa melangkah di bawah bayangan bangunan secara senyap. Ini merupakan kebiasaan yang bagus untuk Pencuri kerana boleh membuatkan Pencuri lebih cepat bergerak ketika menggunakan [Stealth].

Walaubagaimanapun keadaan tubuh badan Marvin agak lemah dan dia juga tidak mempunyai Jawatan. Oleh sebab itu ia adalah mustahil untuk dia menggunakan [Stealth].

Ketika dia sampai di selekoh bangunan, dia mendapati terdapat 2 remaja yang sedang memberikan kutipan hasil mereka kepada seorang lelaki yang berbadan sasa itu. Marvin mengenal pasti salah seorang dari remaja itu adalah Pencuri level 2 yang mencuri sekitar Bandar ini. Kesemua hasil pencurian terpaksa diserahkan kepada kumpulan yang mengurus mereka.

Lelaki berbadan sasa itu sekilas pantas memandang Marvin dan mengerutkan mukanya sambil mencarut selepas mendapati lambang bangsawan di lengan baju Marvin.

Marvin pun berlalu pergi sambil menundukkan kepala. Dirinya pada ketika ini tidak layak untuk menimbulkan masalah.

Kesemua Gereja di bawah Dewa yang berlainan mengalami masalah untuk menyebarkan ajaran mereka di Bandar River Shore kerana Bandar ini ditadbir oleh Persekutuan Ahli Sihir Selatan. Masalah ini bukan saja berlaku di Bandar River Shore, malah berlaku di bandar lain juga. Tetapi berbeza pula berlaku dengan Gereja Silver beberapa tahun ini. Bukan saja penyebaran ajaran mereka makin meluas, malah mereka juga telah menjadi Penguasa utama yang ketiga di Bandar River Shore. Ini mungkin disebabkan dengan kelebihan sifat Ketuhanan Dewa Silver. Walaupun ahli sihir sangat angkuh dan hanya percaya kepada Ahli Sihir Lance yang terhebat dan tidak pedulikan Dewa-Dewa lain tetapi mereka masih memerlukan sumber kewangan.

Selepas kejatuhan Dewa Kekayaan yang juga dikenali sebagai Dewa Silver, masih ada di kalangan pengusaha dan ahli-ahli sihir yang telah memerintah Feinan meneruskan penyembahan kepada Tuhan Silver yang lemah dalam kuasa ketuhanannya.

Marvin tahu karektor diri Paderi Gereja Silver yang hanya mengambil kesempatan ke atas kepentingan peribadi. Mereka sanggup menjampi Sihir Divine asalkan pembayaran adalah setimpal dan lumayan.

Hanya Paderi di Gereja Silver yang boleh dibeli dengan duit perak dan sanggup mengenakan Sihir Penawar.

Pemilik asal tubuh ini membuta tuli melakukan perkara yang tidak berfaedah dan hanya memikirkan ingin berjimat sedikit wang yang ada tetapi akhirnya meninggal atas perbuatannya itu. Marvin tidak ingin perkara yang sama berulang dan berlaku ke atas dirinya.

Kedai pajak gadai itu terletak di kawasan yang agak terpencil dan berada di hujung lorong. Berdasarkan memori Marvin, kedai itu mempunyai reputasi yang agak baik. Tuan kedai itu adalah Goblin tua yang memakai kaca mata yang kelihatan agak licik dan penuh muslihat. Dia menghadiahkan senyum sinis ketika melihat Marvin yang merupakan pelanggan tetapnya.

Setelah lama tawar menawar dengan tuan kedai itu, Marvin hanya dapat memajak 150 perak sahaja untuk rantai permata itu. Mengikut kemahiran [Perakaunan] Marvin, nilai rantai permata itu adalah 300 perak paling rendah jika dijual di kedai. Jika Marvin ingin menebus semula, dia perlu membayar sekurang-kurangnya 330 keping perak.

Kedai pajak gadai adalah perniagaan yang mengambil kesempatan ke atas kaedah pencatutan tetapi Marvin tidak dapat membantah kerana kekuatannya yang agak lemah. Lagipun kemahiran [Diplomasi] nya agak rendah iaitu 19 sahaja dan tidak dapat mempengaruhi dan menawar dengan Goblin Tua itu untuk mendapatkan harga yang lebih berpatutan.

Dia pun menyimpan beg duitnya dengan cermat. Walaupun kedengaran 150 keping perak tampak banyak, tetapi saiznya hanyalah sebesar kuku jari kelingking sahaja dan muat dalam beg duit kecil.

Marvin pun keluar dari kedai pajak gadai dan mengambil kesempatan untuk terus pergi berjumpa Paderi Gereja Silver yang bertugas sebelum demamnya makin teruk.

Selepas membayar 80 keping perak kepada Paderi yang berumur lingkungan pertengahan itu, Paderi itu pun bersetuju untuk melakukan "Silver Church Radiance" ke atas Marvin.

Dengan jampi level mudah [Remove Disease] dan juga [Cure Light Wounds] telah memulihkan penyakit Marvin dan memulihkan nilai nyawa [HP] kepada penuh.

"Status anda telah pulih kepada Sihat selepas dijampi dengan sihir [Remove Disease].

"[Penalti Kelemahan: Penurunan Atribut – 70] Hilang"

"HP pulih: 26/26"

Rasa kehangatan oleh jampi yang dikenakan dan juga informasi yang keluar di depan matanya, Marvin pun berasa teruja.

"Penalti kelemahan itu sudah hilang akhirnya"

Dia berasa lebih kuat selepas HP nya pulih penuh kepada 26.

"Kau kelihatan lebih sihat sekarang, orang muda" Paderi Silver Church itu kelihatan agak lesu dan lemah yang memberi isyarat kepada Marvin untuk beredar.

Paderi itu hanyalah paderi kelas paling bawah dan hanya boleh melakukan 3 jampi sehari sahaja. Ini adalah disebabkan setiap kali melakukan jampi, ianya menggunakan banyak tenaga mental dan jiwa.

Marvin pun beredar dengan pantas tetapi beliau tidak pulang ke Rumah Penginapan Fierce Horse, sebaliknya memulakan perancangannya sendiri.

Untuk terus hidup di dunia ini, dia perlukan kekuatan diri. Penjajahan Tuhan dan malapetaka semakin hampir. Isu paling penting sekarang adalah kawasan jajahannya.

Terdapat lebih dari 100 gnolls di sana. Jika Lord Bandar River Shore tidak menghantarkan tentera pengawalnya, maka dia tidak dapat berbuat apa-apa dengan penghapusan Gnoll. Marvin dapat menghidu konspirasi tentang penjajahan Gnoll ke atas tanah jajahannya.

Terutama sekali selepas tetingkap tugas menunjukkan Cabaran yang Soulbound:

[Mendapatkan semula tanah jajahan – Penjajahan Gnolls]

[Penerangan Cabaran: Tanah jajahan anda telah dirampas pada Musim Panas tahun 297 Era Keempat Pemerintahan Ahli Sihir Feinan. Anda hampir kehilangan nyawa melepaskan diri dari sana dan pergi untuk mendapatkan bantuan dari pemerintah Bandar River Shore tetapi Pegawai di Dewan Bandaraya cuba melengahkan masa dan ini menimbulkan kecurigaan. Pengalaman anda di Bandar menyebabkan anda lebih berwaspada. Anda tidak percayakan sesiapa dan hanya boleh bergantung dengan diri sendiri untuk melakukannya]

[Ganjaran Cabaran: 1000 Nilai Pengalaman Am (Exp).]

[Had waktu Misi: 29 hari]

Soulbound bermaksud cabaran ini tidak boleh ditolak dan dipadamkan melainkan dengan memadamkan akaun dan memulakan semula akaun baru. Marvin tidak boleh melakukan perkara ini kerana ianya bermaksud dia perlu membunuh diri.

Dia merasakan ganjaran cabaran ini agak lumayan kerana akan mendapat 1000 nilai pengalaman. Pengalaman am yang setinggi ini merupakan gred pengalaman yang tinggi kerana boleh diagihkan kepada sebarang kelas. 1000 nilai pengalaman bermaksud level 1 Kelas Pengembara boleh menjadi level 3 dan masih mempunyai baki pengalaman lagi. Ianya agak sukar ingin mendapat pengalaman setinggi ini jika menggunakan cara biasa. Ini boleh dikatakan kepantasan luar biasa meningkatkan level.

"Penerangan cabaran memberikan maklumat yang agak terperinci. Saya takut saya hanya boleh bergantung dengan diri sendiri untuk melakukannya." Jika Marvin asal yang lemah dan bangsawan tidak berguna itu cuba melakukannya, pasti akan menemui kegagalan. Dia perlu berubah seperti apa yang dia katakan kepada Anna sebelum ini.

Pertama sekali, dia tidak boleh berharap dengan kelas am asalnya [Bangsawan]. Dia perlu mendapatkan kelas pelawan.

Sebagai pemain permainan yang hebat, Marvin terfikir beberapa idea sebelum sampai ke Rumah Penginapan River Shore.

Bandar River Shore, Kawasan Industri, pintu belakang Succubus Tavern.

Terdapat pengemis yang meminta sedekah berselimutkan beg tidur yang meminta sedekah dengan orang yang lalu lalang di situ. "Tolonglah berikan aku sedikit wine walaupun wine yang dicampur air"

Dia cuba memandang ke atas dan menarik nafas dengan dalam. Dia berpuashati walaupun hanya dapat menghidu sahaja bau minuman keras di situ.

"Pergi mampus orang tua mabuk!"

Samseng yang baran itu pun menendang pengemis tersebut sehingga pengemis itu berguling beberapa kali sambil memeluk beg tidurnya.

Orang ramai yang lalu lalang di situ ketawa besar melihat keadaanya.

Mereka tidak hairan dengan keadaan begini kerana kawasan ini adalah kawasan perniagaan haram dan berdekatan dengan kawasan setinggan. Banyak geng yang bergaduh di kawasan ini dan perniagaan haram yang ada di sini adalah; penjualan organ, penjualan hamba, senjata ketenteraan dan sebagainya. Orang yang berada di kawasan ini kebiasaanya orang yang jahat.

Pengemis itupun menekan perutnya dan merasa sedih sambil menarik beg tidurnya sambil memegang kepala.

Selepas mereka semua berlalu pergi, jalan di situ sunyi kembali.

Walaubagaimanapun, selepas terhidu bau rum, dia pun terus bangkit dari beg tidurnya sambil memegang kepala. Dia tidak kisah jika disepak sekali lagi.

Matanya terpaku melihat sebotol rum yang telah dibuka itu.

"10 keping perak untuk sebotol rum emas" orang muda itu berkata.

Pengemis itu tidak mengalihkan perhatiannya terhadap botol rum emas itu dan meneka suara tersebut adalah dari orang yang agak muda.

"`Tuan kasihanilah saya, boleh berikan aku sedikit…" Pengemis itu cuba menerkam kearah botol itu untuk cuba mengambilnya.

Marvin dapat agak perkara ini akan berlaku dan mengelak sedikit. Dia pun melihat pengemis itu yang matanya sudah merah dan berkata "Untuk mendapatkan sesuatu, kau mestilah membayarnya."

Terdapat bau yang agak busuk selepas pengemis itu merangkak keluar dari beg tidurnya. Dia pun menelan air liur dan dengan suara yang agak tergagap berkata "Apa yang kau mahukan?"

Marvin pun tersenyum sambil menyerahkan sepucuk surat bersama lilin merah yang kebiasannya digunakan untuk menggenggam surat. Dia telah membawa barang ini sebelum sampai ke sini.

Dia pun tidak pasti sama ada cara ini berkesan kerana ini adalah cara yang paling pantas untuk mendapatkan kelas jawatan. Maklumat tentang perkara ini diceritakan oleh kawan baiknya dahulu.

Dalam "Benua Feinan. Ianya agak susah untuk mendapatkan kelas. Pertama sekali, diri anda perlu cukup terlatih (bermaksud perlu berada di level ke 5 kelas [Rakyat]). Selepas itu anda perlu melengkapkan cabaran untuk menukar kelas.

Dalam situasi Marvin ketika ini, jika dia cuba untuk mendapatkan kelas dengan cara tersebut dengan cara biasa, ianya akan mengambil masa yang agak lama. Sebab itu dia terpaksa mencuba jalan pintas.

Untuk cara pintas ini, dia terpaksa mengorbankan kelas kegemarannya [Pencuri] dan terpaksa memilih kelas yang lebih kurang sama. Nasib baik kenaikan pangkat terakhir untuk kelas ini juga adalah [Pemerintah Malam]. Jikalau tidak, Marvin tidak akan sanggup melepaskan kelas yang paling dia mahir.

Pengemis itupun mengambil surat tersebut dan membacanya dengan agak lama sambil menggigil. Dia pun mengeluarkan objek hitam.

"Pertaruhan aku menjadi! Orang ini dahulunya adalah Pengembara level tinggi sekurang kurangnya pangkat ke 2.

Marvin melihat lencana kelas itu dan pasti jangkaannya tidak salah. Walaupun pengemis itu agak pelik, tetapi pergerakannya membongkar kelas lamanya.

Sebagai contoh, teknik pergerakan yang dilakukan semasa dia memeluk tubuh itu di dalam beg tidur adalah skill yang berguna – [Hide].

"Aku tidak boleh lakukannya, jiwa aku tidak rela!" pengemis itu berbelah bahagi.

Marvin pun tersenyum sambil memujuk. "Sudah tentu boleh." Dia pun menyerahkan rum itu kepada pengemis.

Nafas pengemis itu pun tecungap cungap. Dia pun mengambil lencana gelap itu dan menekannya kepada tampalan lilin merah di surat tersebut. Ianya berupa daun holly di dalam bulatan dengan nama Mark Chene di tengahnya.

Marvin teruja bila menerima surat itu kembali. Pengemis itu meneguk untuk meminum rum emas tersebut. Marvin pun berlalu pergi meninggalkan pengemis itu sebelum pengemis itu sempat menghabiskan minumannya.

[Surat Perakuan Terima]

[Memperoleh Kelas]

Marvin pun keluar dari Guild Renjer setengah jam kemudian. Terdapat lambang lencana Rusa Sika di dadanya.

Ini adalah garis pencapaian menerima Rank 1 kelas [Renjer].

Pada masa yang sama dia menerima anugerah gelaran bersama bonus.

[Renjer Baru]


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C2
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login