"Mula serang sekarang!"
Walaupun dalam keadaan genting semasa mengelak pelbagai serangan ganas, cakaran, dan kemahiran menjampi, serta ketika di tengah-tengah pertarungan sebegitu, kebolehan Zhang Yang untuk mengetuai pasukannya langsung tidak terjejas!
Shush! Zhang Yang telah menyebabkan kerosakan teruk ke atas pihak lawan dan menyebabkan pemain lain kagum dengannya!
Tiada sesiapa selain Zhang Yang yang melebihi Tahap 20, jadi mereka tidak mempunyai apa-apa kemahiran AoE dan terhad kepada serangan ke atas hanya satu raksasa dalam satu-satu masa. Menurut Statistik Kerosakan, Zhang Yang mendominasi pasukan tersebut dengan sumbangan kerosakan sebanyak 92%! Berapa banyak <Sambaran Mendatar> atau <Serangan Petir> yang boleh raksasa Tahap 10 dengan 3,000 HP hadapi?
40 saat kemudian, banyak raksasa yang tewas dan mereka semua mengumpul mata pengalaman yang banyak. Memandangkan Zhang Yang telah mencapai Tahap 22, dia hanya dapat mengumpul sedikit mata pengalaman daripada raksasa Tahap 10. Namun, dia sebaliknya telah menyumbang besar dalam meningkatkan semangat pasukannya.
"Wah! Banyaknya mata pengalaman kita!"
"Bagus betul. Aku dapat lebih kurang 20 ribu mata pengalaman dalam masa 5 minit. Tahap aku meningkat mendadak!"
"Dengan kelajuan begini, pasukan lagi satu mesti jauh ketinggalan!"
"Kita pasti menang!"
"Woohoo! Pujian untuk ketua kita! Pujian untuk ketua persatuan kita!"
Semua orang jelas kegirangan. Mereka semakin lama, semakin mengagumi Zhang Yang.
Zhang Yang tersenyum kecil. "Shush! Jangan cakap besar dalam saluran persatuan! Beri mereka peluang untuk berharap!"
"Geh Geh!" Pasukannya tertawa.
"Baik, masa untuk bertarung dengan bos! Semua, fokus kepada serangan kau! Buat apa yang kau sepatutnya buat!" Zhang Yang kemudian menggunakan <Serangan> dan meluru ke depan.
Pertarungan ini ternyata berat sebelah. Bos tersebut tewas dalam masa hanya 3 minit. Ia memberi 3 peralatan.
"Sekarang kita bahagikan peralatan ini. Setiap peralatan bernilai 20 mata sumbangan persatuan. Sesiapa yang mempunyai mata yang lebih tinggi akan mendapat keutamaan dan sesiapa yang mempunyai mata yang sama akan membaling dadu untuk peralatan ini. Selepas kau perolehi peralatan tersebut, mata sumbangan kau akan ditolak! Mata yang ditolak akan diagihkan kepada semua ahli pasukan dengan sama rata."
Zhang Yang telah mengubah cara pengagihan kepada Pengagihan oleh Ketua Pasukan sebelum memasuki dungeon tadi. Selepas mereka menghadapi kekeliruan yang tidak dapat dielak apabila adanya benda yang baru pertama kali dijalankan, peralatan itu akhirnya berjaya diagihkan. Bos tersebut ditewaskan dalam masa 3 minit, tetapi pembahagian hasil rampasan mengambil masa 5 minit.
Mereka meneruskan perjalanan!
Zhang Yang menggunakan cara yang sama iaitu dengan mengikat dan menarik semua raksasa sederet sepanjang perjalanan ke jalan masuk bos untuk mengumpul aggro mereka dan bertarung dengan mereka di sana. Sebaik sahaja mereka selesai dengan raksasa tersebut dan bersedia untuk memulakan serangan ke atas bos kedua, Han Gemuk telah menghantar mesej dalam saluran persatuan yang ditujukan kepada Zhang Yang.
"Hehe, Yang Kecil, kami baru tewaskan bos pertama. Kau di mana sekarang?" Suaranya jelas menunjukkan keriangannya seolah-seolah dia yakin yang dia telah mendahului Zhang Yang.
Zhang Yang pusing dan mengenyitkan matanya dan menunjukkan niatnya untuk mengusik.
"Kami baru nak mulakan pertarungan dengan bos!"
Ia memang benar. Ia cuma tidak sepenuhnya benar!
Pasukan Han Gemuk nampaknya tidak menjangka yang Zhang Yang akan menggunakan cara hebat seperti semua sederet ini untuk menyerang dungeon tersebut. Han Gemuk membalas sambil tersenyum sinis. "Yang Kecil, jangan putus asa. Ada 3 lagi bos. Kau masih ada peluang untuk saingi kami! Haha! Aku gerak dulu!"
Kemampuan Zhang Yang bukanlah suatu misteri kepada mereka semua kerana semua tahu betapa hebatnya dia. Han Gemuk dan pasukannya menyangka yang mereka ada peluang untuk menewaskannya dan ini membuatkan mereka begitu teruja!
Zhang Yang menghunus pedangnya dan berkata, "Baik semua, masa untuk tewaskan mereka! Ingat, undur ke belakang kalau kau terkena apa-apa jampi! Jangan teragak-agak dan putuskan kombo rantaian kita, ya!" Pertarungan itu pun bermula dan berakhir dengan cara yang sama. Walaupun Zhang Yang telah mengingatkan mereka, masih ada 4 orang pemain yang cuai dan hanya berdiri kaku selepas terkena jampi <Sumpahan Air dan Api>. Zhang Yang dalam diam meneliti, menilai, dan mengkategorikan kebolehan setiap seorang ahlinya dari segi corak permainan dan kemahiran mereka.
Selepas mereka mengagihkan peralatan, pasukan tersebut terus mara dan menggunakan cara yang sama untuk mengikat dan menarik raksasa sehingga ke pintu masuk bos ketiga.
Han Gemuk mengumumkan sekali lagi pasukannya telah menewaskan bos kedua. Cara Han Gemuk mengusik mereka itu tidak berkesan dan hanya membuatkan Zhang Yang dan pasukannya tertawa dalam diam.
Mereka akhirnya berjaya menewaskan bos ketiga dan bos tersembunyi dengan hanya sedikit usaha, lantas menyelesaikan keseluruhan dungeom itu dengan lancar dan pantas.
"Kami dah selesai!" Zhang Yang mengumumkannya dalam saluran persatuan.
"Mustahil!" Han Gemuk dan pasukannya meraung.
Selepas berdiam diri daripada tadi, mereka akhirnya boleh bercakap besar sepanjang hari tentang gaya mirip dewa Zhang Yang iaitu "semua sederet".
"Tank noob yang licik!" Drizzler meraung dalam saluran persatuan.
"Hah! Licik? Ini namanya "Strategi Rahsia"! Adakah kau akan dedahkan kelebihan kau kepada pihak lawan?" Zhang Yang tertawa kuat.
"Hmph! Aku benci kau!" ujar Drizzler dengan marahnya.
Selepas peralatan diagihkan, persatuan itu kini mempunyai ramai pemain dengan mata sumbangan negatif. Mereka perlu melengkapkan cabaran persatuan dan menyerang dungeon sedikit demi sedikit untuk meningkatkan semula mata sumbangan mereka. Sementara ahli pasukan yang gagal memperolehi peralatan berjaya mengumpul lebih mata, Zhang Yang, Si Salji, dan yang lain-lain pula telah menerima 26 mata setiap seorang.
Tidak lama selepas itu, pasukan tersebut dibubarkan dengan arahan Zhang Yang. Mereka semua kemudian membuat urusan masing-masing. Zhang Yang yang ingin menunjukkan contoh yang baik buat ahli persatuannya mengambil keputusan untuk melengkapkan beberapa cabaran persatuan itu sendiri. Dia menerima sebuah cabaran pembunuhan dan bergerak ke satu destinasi yang telah ditetapkan. Cabarannya sangan mudah dan ringkas iaitu untuk membunuh dan menewaskan beberapa raksasa Tahap 10. Cabaran ini umpama tempoh bertenang bagi Zhang Yang jika dibandingkan dengan saat genting yang dia alami semasa serangan tadi.
Sambil dia menyerang sasarannya, dia tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya tiba-tiba tergerak. Apabila dia melangkah ke depan, gerak hatinya itu menjadi semakin kuat dan dia ternampak satu kesan lenturan cahaya aneh berdekatan dengannya.
Itu seorang perompak! Seorang perompak dalam mod stealth!
Zhang Yang yang telah mengumpul lebih 3 tahun pengalaman dalam pertarungan telah membentuk gerak hati yang tajam dalam pertarungan. Dia dengan pantas keluar daripada mod pertarungan. Apabila mata Rage Zhang Yang perlahan-lahan menurun daripada 47 mata, dia cepat-cepat menggunakan <Sambaran Mendatar>. Kilauan pedangnya menyinari seluruh kawasan tersebut!
'-703!'
Teks kerosakan yang muncul turut menunjukkan satu susuk tubuh manusia yang akhirnya kelihatan dengan HP yang menurun daripada 1110 ke 407!
'Ding! Anda telah memulakan serangan ke atas 44 Perompak. Anda kini menerima denda Tanda Merah! Jika anda terbunuh dalam keadaan ini, anda akan turun 2 tahap dan mengalami 100% pecahan peralatan!"
"Haha! 44 Perompak yang terkenal rupanya!" Zhang Yang menghayun pedangnya dan menggunakan serangan normal terhadapnya. 44 Perompak adalah Perompak daripada kumpulan Askar Upahan Pedang dan Api.
'Elak!'
Pihak musuh itu ternyata lincah. Dia mengelak hayunan pedang Zhang Yang dan menyerang balas dengan menghunus pisau belatinya.
Zhang Yang mengaktifkan <Hadangan> dan membatalkan serangan pihak musuh.
'-102!'
44 Perompak menerima <Hadangan> yang menunjukkan kerosakan dan Zhang Yang serta-merta mengaktifkan <Hentaman Perisai> dan mengenakan 219 mata kerosakan lagi terhadapnya.
Semua serangan normal akan menunjukkan isyarat yang boleh dikenal pasti sebelum ia diaktifkan. Selagi seseorang pemain itu mempunyai tindak balas yang tangkas, dia boleh mengelak apa-apa serangan normal dengan mudah. Namun, tiada apa-apa cara yang boleh dilakukan untuk menjangka sesuatu kemahiran. Walaupun seseorang bergantung kepada gerak hati dalam menjangka pengaktifan apa-apa kemahiran, tubuhnya tidak mampu bersaing dengan kelajuan pengaktifan kemahiran dan melakukan pergerakan dengan cara pengelakan yang sesuai. Peningkatan Ketangkasan sehingga ke tahap maksima juga tidak akan dapat membantu! Seseorang perlu menggunakan kemahiran yang lain untuk menyerang balas apa-apa kemahiran!
"Bedebah! Macam mana kau boleh menyebabkan kerosakan sebanyak ini!?" Pihak lawan itu akhirnya bersuara dalam kegeraman.
Zhang Yang menghentak kaki ke tanah dan menggunakan <Serangan Petir> untuk menyebabkan 102 mata kerosakan terakhir yang serta-merta membunuh 44 Perompak.
'Ding! Anda telah membunuh 44 Perompak!'
Zhang Yang menyarung pedangnya dan menghantar mesej peribadi kepada pihak musuh tadi.
"Aku rasa aku tak pernah sakiti sesiapa dari kumpulan Askar Upahan Pedang dan Api. Kenapa ada tanda sasaran pembunuhan pada aku?"
Zhang Yang tidak mungkin akan mempercayainya jika dia mengatakan yang dia hanya ingin menyelinap dan mengucapkan "Helo" kepada Zhang Yang.
Selepas pihak musuh tadi diam seketika, dia akhirnya membalas. "Aku diupah untuk membunuh dan menurunkan kau ke Tahap 0!"
"Oh! Aku tertanya-tanya siapa agaknya yang upah kau itu."
"Maaf. Maklumat mengenai urusan kami tidak akan didedahkan. Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi pelanggan kami!"
"Baiklah, kau masih nak bunuh aku?"
"Urusan tetap urusan. Aku tetap akan bunuh kau."
Zhang Yang tersenyum. Siapa lagi yang ingin melihat dia tewas kalau bukan seseorang dari Megah! Dia tidak menyangka Megah mempunyai kenalan yang ramai dan mampu mengupah seseorang dari Askar Upahan "Sampah"!
…
44 Perompak berlari ke arah tubuhnya dalam keadaan roh. Sebelum dia bangkit semula, dia memeriksa kawasan sekeliling terlebih dahulu untuk memastikan Zhang Yang telah meninggalkan tempat itu. Dia tidak membuang masa dan terus menjadi halimunan dan berjalan ke arah satu kawasan belukar untuk makan makanan ringan pemulihnya.
Shush!
Satu jasad muncul diikuti bintang yang mengelilingi kepalanya. Dia telah dipegun dan tidak dapat bergerak.
'Ding! Anda telah dipegun oleh pemain Zhan Yu! Dipegun selama 2 saat!'
'-362!'
Dalam keadaan dirinya yang dipegun itu, 44 Perompak hanya mampu melihat pedang yang dihayun terkena pada dirinya dan menurunkan baki HPnya hingga ke 0.
'Ding! Anda telah mati!'
"Jahanam!" 44 Perompak meraung sambil dia muncul sekali lagi di titik kebangkitan semula. Tahapnya menurun daripada 17 ke 15! Dia kemudian memikirkannya sejenak lalu menghantar mesej peribadi kepada Zhang Yang.
"Macam mana kau boleh gunakan <Serangan> terhadap aku sedangkan aku dalam mod stealth?"
Stealth tidak 100% kebal. Seseorang masih boleh dikesan jika dia berada terlalu dekat dengan orang lain! Namun, <Serangan> ialah satu kemahiran yang mempunyai keadaan pengaktifan berjarak terhad. Ia tidak boleh diaktifkan jika jaraknya terlalu jauh. Itu membuatkan 44 Perompak gagal memahami bagaimana Zhang Yang dapat memegunnya dengan menggunakan <Serangan> walaupun dia tidak berada terlalu dekat dengannya!
Zhang Yang membalas.
"Kalau kau di tempat aku, adakah kau akan dedahkan rahsianya?"
"Tidak!" 44 Perompak membalas dengan jujur.
"Jadi, itulah penjelasannya!" Zhang Yang tertawa.
Ia sebenarnya bukanlah suatu rahsia. Pertama, Zhang Yang mempunyai pengalaman bertarung dengan Perompak selama 3 tahun dan dia telah memjumpai satu cara menggunakan gerak hatinya untuk mengesan Perompak "tersembunyi". Kedua, jurang tahap antara kedua-dua pemain terlalu besar dan itu melemahkan kesan <Stealth> nya!
44 Perompak kembali semula ke jasadnya, tetapi dia tidak terus bangkit semula. Dia bimbang jika Zhang Yang masih mengawal tubuhnya. Selepas beberapa ketika, dia menghantar satu lagi mesej peribadi.
"Zhan Yu, beranikah kau bertarung denganku dengan adil?"
"Baik!"
44 Perompak menjadi tenang dan merasakan yang pemain ini lembut hati!
Boom! @#$$%#@
Semasa dia sedang makan item pemulihan selepas dia bangkit semula, dia tiba-tiba dipegun dan dihantar sekali lagi ke titik kemunculan semula.
"Bedebah! Kau seorang lelaki budiman! Kenapa kau mungkir janji!" 44 Perompak meraung keberangan.
"Kau betul-betul percaya cakap musuh kau. Kau terlalu naif!" Zhang Yang tersenyum sinis.
Dalam kehidupannya, 44 Perompak terkenal dengan kesalahan seksualnya. Apabila dia dalam mod stealth, dia sering memilih pemain wanita di tahap rendah sebagai sasarannya. Dalam 'Keajaiban Tuhan', seseorang pemain hanya boleh menunjukkan dirinya daripada mod stealth jika dia menyerang atau menerima serangan. Apabila dia melakukan perkara nakal kepada pemain wanita, itu tidak mengaktifkan pembatalan stealth. Tambahan pula, pemain bertahap rendah sukar untuk mengesan Perompak "tersembunyi" bertahap tinggi.
Disebabkan kesalahan seksualnya itu, ramai pemain wanita yang membuat aduan kepada pemaju permainan video ini dan memaksa mereka untuk mengubah syarat <Stealth>.
Ini juga sebab kenapa Zhang Yang sangat membenci pemain tersebut. Dia mengambil peluang ini untuk mengajarnya!
44 Perompak memilih untuk berdiam diri selama beberapa ketika dan dia akhirnya log keluar.
Zhang Yang pula memilih untuk terus mengawasi tubuh 44 Perompak seketika dan hanya meneruskan cabaran persatuannya selepas dia dapat menjangka yang musuhnya itu telah log keluar.