Download App
6.3% MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 54: Pencapaian Penyelesaian Pertama yang Kedua

Chapter 54: Pencapaian Penyelesaian Pertama yang Kedua

Editor: EndlessFantasy Translation

"Hei! Itu kurang ajar!" Drizzler ketawa di sebalik tangan yang menutupi mulutnya.

"Budak hingusan! Apa yang kau tahu! Ini dipanggil helah dalam peperangan!" Han Gemuk cuba meniru gaya Zhu Ge Liang, seorang ahli falsafah yang hebat.

"Drizzler! Ini yang kita panggil 'Belajar daripada Pengalaman'! Sedangkan di dalam permainan video pun, dia akan guna bermacam-macam tipu helah untuk memperdaya orang lain. Ternyata dia juga seorang penipu dalam dunia realiti! Drizzler, kau mesti ambil peluang ini untuk belajar. Lain kali, kalau kau jumpa seseorang seperti Han Gemuk, lebih baik kau jauhkan diri daripada dia!"

Drizzler berdiri tegak dan memberi tabik hormat bagaikan seorang askar kepada seorang kapten. "Tuan! Baik, Tuan!"

Semua orang ketawa dengan drama dua orang sepupu itu.

Han Gemuk cepat-cepat mencuba untuk memperbetulkan keadaan. "Hei! Aku ada 4 sifat murni sebagai seorang anak muda! Kamu semua sahaja yang tidak mahu mengakuinya!"

"Apa empat sifat itu?" soal Ratusan Tembakan. Dia seorang yang pendiam dan jarang menyertai perbualan, tetapi memandangkan keadaan semakin kecoh, dia membuat keputusan untuk turut serta dalam perbualan itu..

"Aku seorang yang sedikit tamak!"

"Sedikit gersang!"

"Sedikit nakal!"

"Sedikit gemuk!"

"Oh tuhanku…" Keempat-empat mereka menunjukkan jari tengah kepada Han Gemuk.

Setelah ia berakhir, pasukan itu hidup kembali dan berlari ke arah bos kedua. Semua orang duduk di luar kamar bos untuk minum beberapa item pemulih kesihatan.

"Baiklah, siap sedia semua! Mari pergi!"

<Serangan>! <Serangan>!

Zhang Yang dan Drizzle mengaktifkan <Serangan> hampir serentak. Mereka menerpa melalui lantai dan tiba di hadapan bos.

<Provokasi>!

Zhang Yang segera mengunci aggro bos. Dia menggunakan <Hadangan> dan serangan normal dan merosakkan bos dengan pedangnya.

'-335!'

Dia menambah 34 Rage dan cepat-cepat menggunakan <Pelumpuh Pertahanan> dan <Sambaran Mendatar>. Zhang Yang berjaya menindan dua lapis <Pelumpuh Pertahanan> secepat mungkin setelah dua saat <Provokasi> tamat.

Roh Tanah Oz menderam dan membuka mulutnya.

"Penceroboh. Oz tidak akan membenarkan kalian memusnahkan rancangan Tuan Marzerway untuk memusnahkan seluruh manusia!" Setelah ucapan pembukaan berakhir, Oz memulakan serangan terhadap Zhang Yang.

"Huh… penghapusan manusia. Aku rasa ia merupakan impian yang sama bagi semua orang jahat!" Drizzler mengejek.

"Sebenarnya, Marzerway merupakan seorang mangsa di sini. Kesian dia." Zhang Yang memberi penerangan sambil menghayunkan pedangnya.

"Huh?"

"Kau tidak baca pendahuluan rasmi?" Zhang Yang berbunyi kecewa. "Haih, setiap dungeon ada kisahnya yang tersendiri!"

"Ala, Gemuk tidak kisah semua itu. Aku mahu peralatan sahaja!"

"Aku hanya kisah tentang kepingan emas!"

"…"

"Biar betul?! Tolonglah kamu semua! Pemaju meletakkan jiwa dan hati mereka dalam pembuatan permainan video ini secara terperinci demi para pemain! Apa yang kamu buat ialah menghina usaha para pemaju! Sia-sia sahaja permainan video yang cantik ini!" Zhang Yang menggeleng kepala kecewa.

"Ish! Macam orang tua. Tidak lama lagi kau akan menjadi semakin tua!" Drizzler mencemuh.

"Baiklah… Mari dengar. Apa cerita yang sebenar?" Si Salji menyambung langkahnya dan mengenyitkan mata sekali lagi.

"Kisahnya begini, Marzerway adalah seorang Ahli Sihir yang terkenal dan menjadi sebahagian daripada persatuan Ahli Sihir dalam kalangan Empayar Keluarga Diraja. Beberapa tahun dahulu, dia telah menyertai tentera untuk melawan hantu yang cuba menceroboh dan meninggalkan isteri tercinta dalam jagaan seorang bangsawan. Dia tidak tahu yang bangsawan itu mencabuli isterinya, menyebabkan wanita itu berduka dan akhirnya membunuh diri. Apabila Marzerway pulang kembali dan mengetahui kebenaran tentang kematian isterinya, dia berazam untuk membalas dendam. Apa yang lebih menyedihkan, dia dianggap pembelot empayar. Dibenci semua orang, dia dipenjarakan, menunggu giliran untuk dihukum mati." Zhang Yang memerhati keadaan sekeliling. Semua orang mendengar dengan teliti.

"Kedukaan dan rasa putus asa yang tidak dapat dibayangkan di mana seorang manusia pun tidak akan mampu bertahan, Marzerway menyerahkan jiwanya kepada iblis dan menukarnya demi sebuah kuasa yang tiada had. Dia melarikan diri daripada penjara dan mencemarkan Kota Pari-pari Salji, membunuh setiap orang dan setiap benda di dalam kota itu! Selepas itu, Marzerway menguasai kota itu dan menyeru raksasa pelbagai unsur yang tidak terkira untuk mengawal kota menentang tentera Empayar" Zhang Yang menamatkan cerita dan melihat sekeliling sekali lagi. Tiba-tiba, dia menjerit.

"Sial! Mengapa kamu semua berdiri di situ sahaja! Kita masih berada di dalam pertarungan!"

Keempat-empat mereka tersentak bagaikan baru sedar dari mimpi. Drizzler menggigit bibirnya.

"Aw…kesian Marzerway!"

"Ah… ini betul-betul sedih. Jika aku dapat berkahwin dengan seseorang yang setia seperti Marzerway… alangkah bagusnya!" Si Salji kedengaran penuh harapan berdasarkan nada suaranya itu.

'Sepupu! Apa guna jika dia hanya setia? Lelaki budiman yang sebenar mesti berterus-terang, berani, kacak, dan bergaya! Jika dia seperti Han Gemuk, mungkin kau akan berputus asa." Drizzler ketawa dan berpusing untuk memastikan kata-katanya didengari oleh lelaki itu.

Fatty Han berkerut. Dia hanya bergurau untuk menceriakan pasukan, dan sekarang dia menjadi musuh awam nombor 1. Bagaimana ia berlaku?

"Penceroboh bodoh! Rasakan kemurkaan aku!" Cahaya merah menyelubungi keseluruhan tubuh Oz, meningkatkan kuasanya kepada satu tahap.

'Ding! Roh Tanah Oz menambah kesan <Pembesaran> (1 tindanan). Semua serangan fizikal meningkat sebanyak 5%!'

"Jahanam! Sudah tidak ada masa lagi untuk bermain kawan-kawan! Serang dia sepenuh hati!"

'Ding! Pemain Zhan Yu telah menerima <Pukulan Laju>! Terpegun selama 2 saat!'

'-305!'

'-316!'

'-84!'

'+120!'

'-312!'

'+297!'

'-301!'

'-84!'

Dalam pusingan ini, Si Salji menggunakan <Doa Suci > dan bukan <Penyembuhan Tinggi>. Dalam masa hanya 1.5 saat untuk menjampi, dia sembuh dengan mudah walaupun serangan bos semakin mengganas. Setelah menahan serangan yang bertalu-talu, HP Zhang Yang tinggal 900. Kemudian, dia mengelak satu serangan dan menggunakan <Hadangan> kepada yang lain lantas memberikan Si Salji ruang yang cukup untuk menjampi <Penyembuhan Tinggi>. Setelah dia disembuhkan, HP Zhang Yang kembali ke 70%.

90%, 80%.... HP bos terus dan semakin laju menurun. Namun begitu, bos itu juga berjaya menggandakan kerosakan. 5%, 10%, 15%...

"Baiklah, keadaan berjalan lancar. Kamu semua! Kekalkan rentak ini dan kita tentu akan menang kali ini!" Zhang Yang memberi galakan kepada pasukan.

"Penceroboh yang sungguh menyedihkan! Aku akan hancurkan kamu semua sehingga menjadi serpihan kecil!" Roh Tanah Oz menderam. Cahaya merah menyelaputi badannya berulang kali dan apabila HP Oz mencapai 10%, dia menindan 12 lapis <Pembesaran>!

"Sudah tiba waktu yang berbahaya!"

'Ding! Pemain Zhan Yu telah menerima <Pukulan Laju>! Terpegun selama 2 saat!'

'-487!'

'-128!'

'+120!'

'-482!'

'-489!'

'+302!'

'-128!'

'-491!'

Setelah mendapat pukulan serius, HP Zhang Yang berhenti pada 57 mata! Bos sudah berhenti menyerang!

'Elak!'

'<Hadangan>!'

Zhang Yang segera minum sebotol posyen merah sementara menunggu Si Salji menyembuhkannya.

'+399!'

Penyembuhan posyen itu hanya mampu mengeluarkan dia dari zon bahaya, tetapi dia masih berada dalam masalah!

9%, 8%, 7%... Kematian tidak dapat dielakkan!

4%!

3%!

2%!

1%!

0%!

"Oh… T-Tuan Mar… Marzerway akan bangkitkan aku se-semula ! Aku-aku akan….m-musnahkan…" dengan kata-kata akhir sebelum mati, Oz tersungkur di atas lantai.

"KITA BERJAYA LAKUKANNYA!" Akhirnya, mereka berjaya. Mereka semua melepaskan nafas lega dan bersorak.

'Ding! Anda dan ahli pasukan telah membunuh Roh Tanah Oz. Menerima 26,450 mata Pengalaman (50 mata bonus pasukan)!'

'Ding! Pasukan anda berjaya menakluki Sarang Marzerway: Sayap Hadapan (Mod Paling Sukar) dan memperolehi Pencapaian "Penyelesaian Pertama"! Kejayaan gilang gemilang ini akan direkodkan di dalam Papan Pencapaian Penyelesaian Pertama Mod Paling Sukar. Sebagai ketua pasukan, berikan nama pasukan anda!'

Zhang Yang berhenti seketika dan berfikir sejenak. Dia menoleh dan berkata, "Hei, budak hingusan, aku akan masukkan nama persatuan kau di dalam pencapaian ini untuk 1,000 keping emas! Macam mana?"

"Wah! Biar betul, pak cik. Kita semakin rapat antara satu sama lain sekarang! Kau masih sanggup kenakan bayaran kepada kami?" Drizzler berteriak dan menjerit. Mengambil duitnya sama seperti merompak sebuah bank dan sudah tentu akan terdapat rintangan.

"Haha! Persahabatan lain, bisnes lain! Ayuh! Sila bayar!" Zhang Yang menyambung mempermain gadis itu.

"Awww…" Drizzler cuba mengikuti perangai menggoda Si Salji dengan mengenyitkan matanya. Walaupun dia telah berusaha bersungguh-sungguh, dia mampu menutup satu mata sahaja. Sangat memenatkan! Drizzler berputus asa dan menghentakkan kakinya ke tanah. "Ah, baiklah. Bagaimana kalau aku tawarkan gambar bogel Si Salji! Ya. Betul apa yang kau dengar! Gambar bogel dia!"

Kening Si Salji terangkat. "Ahem! Perempuan sihir, apa yang kau membebel itu?" Rupa menggodanya terbentuk semula jadi.

"Biar betull?!" Han Gemuk teruja. Setiap orang boleh nampak aura erotik merah jambu terpancar dari tubuhnya.

"Sudah tentu ia benar!" Drizzler menepuk dadanya.

Si Salji tidak ambil kisah pada mulanya, tetapi apabila dia melihat senyuman Drizzler sampai ke telinga, dia mula rasa tidak sedap hati.

"Kau tidak betul-betul serius bukan…"

"HEHE!"

"Tak guna, bila masa kau…?"

"Kau selalu biarkan pintu terbuka semasa mandi. Kebetulan aku lalu dan bila kau tidak perasan kehadiran aku, aku terus ambil gambar!"

"Oh tidak, kau perempuan sihir! KAU AKAN MATI BILA AKU DAPAT TANGKAP KAU!" suara Si Salji semakin kuat.

Han Gemuk mengambil peluang untuk mencelah.

"Hei, hei, Si Drizzler, memandangkan KITA semakin rapat… jadi.."

"Hei, hei! Kita tidak serapat itu!" Drizzler turut bermain-main.

Zhang Yang ketawa.

"Sekarang ini aku akan masukkan nama persatuan kau. Dungeon berikutnya, aku akan masukkan nama persatuan aku sendiri!"

"Eh? Sejak bila kau menyertai sebuah persatuan?" Si Salji bertanya.

"Tidak. Belum lagi. Selepas dua dungeon ini, Han Gemuk, Ratusan Tembakan, dan aku akan menubuhkan persatuan kami sendiri. Bagaimana? Mahu sertai kami?" Zhang Yang merenung ke arah dua orang gadis itu. Mereka makhluk yang sangat cantik!

"Kenapa susah sangat?" Drizzler mencebik bibirnya. "Mengapa kau tidak masuk ke dalam persatuan kami? Aku akan serahkan tempat ketua persatuan kepada kau!"

Zhang Yang terperanjat. "Eh? Kau akan buat begitu?"

"Tidak mengapa! Sepupu aku dan aku telah menubuhkan persatuan untuk suka-suka sahaja. Menjadi seorang ketua pasukan sangat menyusahkan. Aku kena buat itu dan ini, uruskan sana dan sini...Argh! Sudah lama aku mahu berhenti! Memandangkan kau boleh ambil alih tempat aku! Aku akan serahkan kepada kau dengan rela hati!" kata-kata Drizzler kedengaran meyakinkan.

Zhang Yang tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku.

"Lebih baik kau berfikir panjang. 'Keajaiban Tuhan' bukan seperti mana-mana VRMMORPG. Pada masa hadapan, semakin ramai pemain yang akan menyertai permainan video ini! Secara asasnya, kau boleh panggil permainan video ini sebagai 'Bumi kedua'! Jika persatuan diuruskan dengan betul, kau akan mampu sara hidup dengan pendapatan yang kau perolehi!"

"Ya, ya. Bagaimana kau boleh bercakap begitu banyak? Menjengkelkan! Betul tak, sepupu?"

"Em, betul. Selain itu, dalam masa kurang sebulan, Drizzler akan kembali ke sekolah. Dia tidak ada masa yang cukup untuk bermain permainan video ini lagi. Lebih baik jika kau ambil alih persatuan!" Si Salji mengangguk.

Zhang Yang serba salah dengan orang-orang di bawah pimpinan dua orang pemalas ini. Dia tidak kisah untuk ambil alih tanggungjawab persatuan. Dia perlu berfikir masak-masak dan mempertimbangkan perkara ini.

"Baiklah, kalau begitu, tambah kami bertiga ke dalam persatuan! Han Gemuk, keluar dari persatuan kau sekarang!"

Han Gemuk sedikit tidak rela, "Haih… jika seseorang yang kacak dan bergaya seperti aku tinggalkan persatuan itu, aku takut gadis-gadis cantik itu akan jadi gila tanpa aku!"

'Ding! Pemain Drizzler menjemput anda untuk menyertai persatuannya: Asap Gurun Terpinggir. Sudikah anda menerima jemputan ini?'

Zhang Yang masuk ke dalam persatuan. Seketika itu, dia lihat notifikasi persatuan diperbaharui.

Pemain Si Kurus dan Kacak telah menyertai persatuan.

Pemain Ratusan Tembakan telah menyertai persatuan.

Kemudian, Zhang Yang telah memasukkan nama Asap Gurun Terpinggir sebagai nama kumpulan dan memilih "Pasti". Saluran pelayan berwarna merah sekali lagi.

'Pengumuman pelayan: Pasukan Asap Gurun Terpinggir telah memperolehi Pencapaian Penyelesaian Pertama: Sarang Marzerway, Sayap Hadapan (Mod Paling Sukar). Pencapaian gemilang ini akan direkodkan di dalam Papan Pencapaian Penyelesaian Pertama Paling Sukar (Pelayan China)!'

'Pengumuman pelayan: Pemain Zhan Yu (Ketua Pasukan) telah memperolehi Pencapaian Penyelasaian Pertama: Sarang Marzerway, Sayap Hadapan (Mod Paling Sukar). Memperolehi 10 keping emas, 1 nilai Kemahiran, dan 500 peningkatan seluruh reputasi kaum daripada ganjaran sistem'

'Pengumuman pelayan: Pemain Drizzler…'


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C54
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login