"Kelas penyerang jarak jauh termasuk penyembuh, peka dengan sekeliling kau! Pastikan ada sekurang-kurangnya jarak 5 meter antara kau!" Zhang Yang memberi arahan sambil dia menarik aggro bos itu, "3 penyerang jarak dekat! Kematian Bersalji, berdiri di bahagian kiri bos dan Hari Bayangan, di bahagian kanan. Api Merah, serang dari belakang! Jahanam, Kematian Bersalji, kau tak boleh bezakan kiri dan kanan ke? Pergi ke bahagian satu lagi!"
"Baik! Usaha bersungguh-sungguh, naikkan DPS! Kesan aura mungkin akan menyebabkan hanya sedikit DoT, tapi setiap 3 saat akan mengurangkan 30 HP setiap watak yang akan berjumlah 300 HP. Penyembuh mungkin tak dapat menjalankan pemulihan sebanyak itu kalau tempoh pertarungan terlalu lama!" ujar Zhang Yang.
Pasukan itu bersetuju. Semua memberi usaha yang terbaik dan menyerang bos dengan sepenuh daya.
Keenam-enam bos dalam Mod Sukar dan Sangat Sukar telah memberikan Zhang Yang dan pasukannya 18 alat kelengkapan semua sekali dengan purata lebih kurang 2 alat kelengkapan untuk setiap pemain. Berbanding dengan keadaan mereka sewaktu mereka memulakan serangan dungeon, ini satu kemajuan besar! Kemampuan mereka dalam menyebabkan kerosakan meningkat mendadak terutama bagi mereka yang memperolehi senjata baru.
Dengan kuasa kerosakan yang kuat yang memang Hari Bayangan dan Han Gemuk miliki, kuasa serangan mereka telah meningkat tinggi selepas mereka menukar senjata dan ia membuatkan mereka kini menyamai Zhang Yang!
"Zhan Yu, tengok statistik, aku dah menyamai kau!" kata Hari Bayangan dengan gembira.
Itu memang benar. Menurut statistik kerosakan, Zhang Yang, Hari Bayangan dan Han Gemuk berlumba-lumba untuk kedudukan 3 tertinggi dalam senarai itu. Mana-mana serangan pertama boleh meletakkan salah seorang pemain di kedudukan pertama disebabkan perbezaan kecil dalam output kerosakan mereka itu.
Zhang Yang tertawa, "Tak malu ke kau bertanding output kerosakan dengan seorang Pelindung?"
"Jahanam! Betul ke kau ni Pelindung?" Hari Bayangan mengeluh.
'Ding! Syaitan Pemukau Momorermo telah memukau pemain Sami Ingkar!'
Semasa pertarungan yang sengit itu, bos itu tiba-tiba berpaling dan mensasarkan kabus berwarna merah darah ke arah Sami Ingkar! Kabus itu menuju ke arahnya dengan sangat laju hingga Sami Ingkar tidak sempat mengelak. Seluruh tubuhnya tiba-tiba bercahaya dengan warna merah dan bertambah besar dua kali ganda dari saiz asalnya sementara HPnya meningkat ke 3,000 nilai!
"Pemain jarak jauh termasuk penyembuh, cepat jauhi Sami Ingkar dan serang HPnya beramai-ramai!" Zhang Yang memberi arahan.
Ratusan Tembakan dan pemain jarak jauh yang lain menukar sasaran mereka dan serta-merta menyerang Sami Ingkar.
Sami Ingkar yang dikawal oleh bos itu kehilangan kawalan ke atas wataknya sendiri dan hanya mampu melihat wataknya perlahan-lahan menuju ke arah Salji Lembut yang terdekat dengannya.
'-52!'
'-47!'
Teks kerosakan berterusan muncul di atas kepala Sami Ingkar dan HPnya dengan pantas menurun ke 0. Tubuhnya kemudian kembali ke saiz asal dan HPnya kembali ke nilai asal.
"Berhenti! Teruskan menyerang bos!" Zhang Yang menjalankan beberapa tugas pada waktu yang sama sambil dia memerhatikan keadaan Sami Ingkar.
Namun, Ratusan Tembakan dan penyerang jarak jauh yang lain lambat bertindak balas dan terus melepaskan bola api dan anak panah mereka hingga menurunkan separuh daripada 300 HP Sami Ingkar!
"Binatang! Tak boleh ke berlembut sikit?" Sami Ingkar dengan pantas mengambil periuk merah bagi mengurangkan beban penyembuh untuk memulihkan dirinya.
Lebih kurang 10 saat berlalu.
'Ding! Syaitan Pemukau Momorermo telah memukau pemain Hari Bayangan!'
Zhang Yang dengan segera menarik bos itu menjauhinya. "Penyerang jarak jauh, serang Hari Bayangan. Penyerang jarak dekat, jangan berani cuba. Kau akan mati serta-merta!"
"Bos bedebah, kenapa kau pilih aku?! Pernah ke aku sakitkan kau?" Hari Bayangan berang kerana output kerosakannya hampir sama dengan Zhang Yang dan Han Gemuk, tetapi disebabkan dia telah dipukau, dia hanya mampu melihat kedudukannya merosot dalam statistik kerosakan.
"Kawan-kawan sepasukanku, tembaklah aku!" Hari Bayangan menjerit, "Bunuh aku! Cepat!"
Berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, penyerang jarak jauh menjadi lebih pantas dalam menghentikan serangan mereka selepas HP Hari Bayangan berjaya dikurangkan. Nasib baik mereka sempat menghentikan serangan kerana HP Hari Bayangan yang kurang daripada 300 itu boleh menyebabkan dia terbunuh oleh rakan sepasukannya sendiri.
"Gemuk, kau ada nampak kristal tu?" tanya Zhang Yang kepada Han Gemuk apabila dia melihat HP bos itu menurun ke 80%.
"Mm, aku nampak!" Han Gemuk membalas serta-merta.
"Baik, jangan pecahkan dulu! Tunggu sekejap!" ujar Zhang Yang sambil dia meneliti palang NN bos itu.
79%, 78%, 77%...
"Gemuk! Pecahkan kristal tu sekuat hati!"
"Baik!" Han Gemuk terus menukar sasarannya dan mensasarkan anak panahnya ke arah kristal yang separuh ketinggian manusia itu.
76%!
'Crack!'
Kristal itu pecah dan muncul satu perisai lut cahaya berwarna biru dan berbentuk hemisfera dengan diameter berukuran 3 meter.
75%!
"Momorermo akan tunjukkan syaitan sebenar!" Momorermo tiba-tiba menghentikan serangan untuk membaca jampi dalam satu bahasa aneh dan satu palang kemajuan muncul di atas kepalanya.
"Semua, berhenti dan ikut aku!" Zhang Yang berpaling dan berlari menuju perisai cahaya itu. "Kemahiran bos ini mempunyai 3 saat waktu menjampi! Cepat, semua!"
Semua ahli pasukan telahpun membentuk tindak balas yang pantas kepada arahan Zhang Yang dan sama-sama berlari ke arah perisai cahaya itu.
"Maharaja Api! Kematian Bersalji! Kau berdua terlalu perlahan! Cepat lari!" Sebaik sahaja dia masuk ke kawasan perisai, Zhang Yang berpaling dan ternampak kedua-dua Maharaja Api dan Kematian Bersalji yang ketinggalan di belakang. Walaupun Zhang Yang orang yang mengetuai pasukan ini, kelajuan tindak balas setiap pemain tetap berbeza.
'Ding! Momorermo telah menjampi <Letusan Bayangan>!'
Satu cahaya gelap berteraskan Momorermo meletus dengan jarak letusan hingga lebih 200 meter!
'Ding! Pemain Maharaja Api telah mati!'
'Ding! Pemain Kematian Bersalji telah mati!'
Dua teks kerosakan '-1,000' yang besar muncul di atas kepala mereka apabila kedua-dua Maharaja Api dan Kematian Bersalji mati dalam letusan itu.
"Keluar dari perisai ini dan kembali ke kedudukan asal! Teruskan serangan!" Zhang Yang berlari keluar dari kawasan perisai dan menggunakan <Serangan> ke atas bos itu dan memegunkannya.
Perisai itu lenyap beberapa saat kemudian.
Semua kembali ke kedudukan asal mereka dan meneruskan momentum serangan mereka, tetapi dengan kehilangan dua orang ahli, ia telah mengurangkan kuasa serangan mereka dengan mendadak. Nasib baik kedua-dua ahli yang telah mati itu bukan output kerosakan utama, jadi kesannya tidak begitu ketara. Memandangkan dua pemain telah mati, penyembuh juga mempunyai beban yang lebih ringan dalam memulihkan ahli pasukan yang masih tinggal.
"Ratusan Tembakan, jadilah hambaku!" Syaitan Pemukau Momorermo mengaum kuat dan mensasarkan kabus berwarna merah darah ke arah Ratusan Tembakan.
'Ding! Syaitan Pemukau Momorermo telah memukau pemain Ratusan Tembakan!'
"Penyerang jarak jauh, tembak Ratusan Tembakan!" arah Zhang Yang serta-merta.
Pertarungan itu berterusan dengan jayanya di bawah arahan Zhang Yang.
'Ding! Syaitan Pemukau Momorermo telah memukau pemain Si Kurus dan Kacak!'
Kurang daripada satu minit kemudian, bos itu telah berpaling dan melontarkan kabus ke arah Han Gemuk.
"Penyerang jarak dekat, berhenti buat apa yang kau sedang buat! Penyerang jarak jauh, serang Han Gemuk beramai-ramai supaya dia kembali pulih!" Zhang Yang memberi arahan dengan segera. Bos itu kini mempunyai 53% HP. Jika mereka berjaya menurunkannya ke 50%, <Letusan Bayangan> akan diaktifkan dan dengan pemain yang masih lagi dipukau pada masa yang sama, keadaan akan huru-hara dan lebih ramai yang akan mati!
Sebaik sahaja Han Gemuk terlepas daripada dipukau, Zhang Yang cepat-cepat berkata, "Gemuk, cepat pecahkan kristal!"
"Baik!" Han Gemuk menembak kristal itu dengan segera.
52%!
51%!
'Crack!' Perisai lut cahaya berwarna biru itu muncul semula selepas kristal itu dipecahkan.
50%!
"Haha, Momorermo akan tunjukkan lagi syaitan sebenar!" Momorermo menghentikan serangannya dan mula menjampi <Letusan Bayangan>.
"Cepat lari ke arah perisai! Jangan teruskan serangan! Hanya pemain yang masih hidup boleh teruskan serangan!" kata Zhang Yang sambil dia berlari ke arah perisai cahaya itu.
'Ding! Momorermo telah menggunakan <Letusan Bayangan>!'
Satu gelombang cahaya gelap memenuhi kawasan tersebut.
"Teruskan serangan!" Zhang Yang berlari menuju bos itu dan menghayun pedangnya serta menyebabkan kerosakan besar padanya.
"Salji Lembut! Kekecewaan Lautan! Macam mana dengan MP kau?" Perhatian utama Zhang Yang masih lagi pada ketahanan penyembuhan penyembuh disebabkan kewujudan <Lingkaran Cahaya Gelap> yang boleh menurunkan HP dan menyebabkan kematian semua sebaik sahaja penyembuh kehabisan MP.
"MP aku masih 40%, tapi tempoh bertenang periuk biru aku hampir habis!" jawab Kekecewaan Lautan.
"Aku cuma tinggal 30%. Aku baru telan satu periuk MP!" Salji Lembut juga segera menjawab.
Salji Lembut lebih banyak dan lebih cepat menggunakan MPnya berbanding Kekecewaan Lautan kerana dia perlu memastikan <Pertumbuhan Semula> semua.
[Pertumbuhan Semula]: Mengembalikan HP sasaran yang bersamaan dengan 200% Serangan Magik setiap 3 saat dalam masa 15 saat.
Bos itu masih mempunyai 50% HP dan ini menyukarkan keadaan!
"Teruskan usaha! Kita boleh lakukannya!" kata Zhang Yang.
40%, 35%, 30%… HP bos itu berterusan menurun.
"Bertahan! Hanya tinggal satu lagi <Letusan Bayangan> dan kita akan ada harapan untuk selesaikan ni!" Zhang Yang menaikkan semangat pasukan itu. "Gemuk! Pecahkan kristal tu sekarang!"
"Baik!" Han Gemuk dengan segera mensasarkan dan menembak kristal itu dengan busur panahnya. Selepas kristal itu ditembak bertalu-talu, ia akhirnya pecah dan satu perisai lut cahaya berwarna biru muncul semula.
'Ding! Momorermo telah menggunakan <Letusan Bayangan>!'
"Zhan Yu! Periuk biru aku dah habis!" ujar Salji Lembut.
"Aku boleh gunakan apa yang aku ada untuk beberapa kali lagi!" Kekecewaan Lautan melaporkan keadaannya.
"Mm, baik!" Zhang Yang menggunakan <Serangan> terhadap bos itu dan berkata, "Gemuk! Bila kristal seterusnya muncul, terus pecahkan!"
"Ok!"
22%, 19%, 16%…
Tanpa <Pertumbuhan Semula> Salji Lembut, HP pasukan itu jatuh mendadak dan ini menyebabkan Kekecewaan Lautan cepat-cepat menghasilkan <Cahaya Suci>. Palang MPnya yang asalnya memang rendah terus menyala dengan amaran.
"Yang Kecil! Kristal itu dah muncul!" Han Gemuk menjerit dan serta-merta menembaknya.
Zhang Yang meneliti kawasan itu untuk mengenalpasti lokasi kristal tersebut. Dia kemudian menuju ke kawasan itu dengan segera sambil menarik bos. "Semua, berkumpul di kawasan perisai!"
"Macam mana dengan kuasa memukau bos yang rawak tu?"
"Jangan takut, perisai ni membuatkan kita tahan dengan kuasa bos itu!"
'Crack!' Kristal itu sekali lagi pecah dan perisai hemisfera itu muncul.
Zhang Yang berundur ke sempadan perisai itu dan memerangkap bos di bahagian luar perisai. Dengan cara ini, dia kebal dengan kerosakan, tetapi masih dapat menyebabkan kerosakan terhadap bos itu.
"Kekecewaan Lautan! Salji Lembut! Berapa lama lagi baru kau boleh ambil periuk biru seterusnya?"
"24 saat."
"14 saat."
"Baik, selepas kau ambil periuk biru tu, pulihkan hanya Han Gemuk, Hari Bayangan, dan aku. Abaikan yang lain-lain!" [Posyen Mana Pemula] hanya boleh mengembalikan 100 MP dan ini memaksa Zhang Yang untuk mengorbankan yang lain.
15%, 14%, 13%, 12%. Perisai itu lenyap sepantas mana ia muncul dan semua sekali lagi mula kehilangan 30 HP setiap 3 saat.
"Kekecewaan Lautan, jadilah hambaku!" Dengan kuasa memukau bos itu, tubuh Kekecewaan Lautan berganda membesar dan dia menjadi orang suruhan bos tersebut.
"Abaikan dia! Fokus pada bos! Setengah minit saja lagi dan kita akan berjaya!"
Zhang Yang menarik Momorermo menjauhi Kekecewaan Lautan.
"Ruginya! Kalaulah dia boleh ambil satu lagi periuk biru dan dapat lebih lama pulihkan kita sebelum dipukau!" bisik Han Gemuk.
11%, 10%, 9%, 8%!
Salji Lembut memerhatikan tempoh bertenang periuk biru. Apabila cukup tempohnya, dia dengan segera mengambilnya dan MPnya meningkat 100 nilai.
Dia terus menjampi <Pertumbuhan Semula> untuk Zhang Yang, Han Gemuk, dan Hari Bayangan sekaligus menghabiskan MPnya. Teks kerosakan '-30' berwarna merah terapung di atas kepalanya menunjukkan HPnya yang terakhir dan akhirnya dia terbunuh.
'Ding! Pemain Salji Lembut telah mati!'
7%!
'Ding! Pemain Api Merah telah mati!'
6%!
'Ding! Pemain Ratusan Tembakan telah mati!'
'Ding! Pemain Sami Ingkar telah mati!'
5%!
4%!
3%!
'Ding! Pemain Hari Bayangan telah mati!'
2%!
'Ding! Pemain Si Kurus dan Kacak telah mati!'
Momorermo masih mempunyai 1,747 HP lagi sedangkan Zhang Yang hanya mempunyai 124!
Kau boleh!" sorak mereka.
Satu kristal muncul tepat pada waktunya!
Zhang Yang berasa bersemangat lantas menggunakan <Serangan> dan menghayun pedangnya terhadap bos itu berkali-kali.
Walaupun tiang kristal itu mempunyai 1,000 HP, tetapi memandangkan ia mempunyai 0 nilai pertahanan, HPnya menurun dengan mendadak.
Bos itu datang menyerangnya!
"<Hadangan>!"
Zhang Yang mengaktifkan <Hentakan Perisai> terhadap bos itu dan menurunkan HPnya. Dia melompat ke dalam perisai sebaik sahaja ia muncul dan berjaya menghalang pengurangan HPnya yang hanya tinggal 4 nilai. Dia dengan pantas berpaling dan menyerang bos itu!
1%!
0%!
Dengan ngauman kuat dan berang, raksasa berwarna merah itu akhirnya jatuh tewas.
'Ding! Pasukan anda telah membunuh Syaitan Pemukau Momorermo. Menerima 45,050 Mata Pengalaman (EXP) (50 mata Bonus Pasukan)!'
"Kita berjaya!" semua bersorak meraikannya.
Kesedihan Lautan pulih dengan segera apabila bos itu telah tewas.
"Abang yang hebat, mulai dari sekarang kau idola aku! Aku betul-betul kagum dengan kau!" Kematian Bersalji menjerit dalam saluran pasukan.
Zhang Yang berkata, "Jangan lepaskan badan kau lagi. Aku akan ambil hasil rampasan daripada semua bangkai supaya kau semua boleh kembali semula di pintu masuk dungeon untuk menjimatkan masa!"
"Baik!" semua ahli bersetuju.
"Abracadabra Roh Suci, berikan aku resepi perisai!" Zhang Yang menggosok telapak tangannya dan menuju ke arah bangkai bos.
[Kebangkitan Semula] (Buku Kemahiran)
Kegunaan: Anda akan mempelajari <Kebangkitan Semula>.
Keperluan Kelas: Kesatria Suci, Paderi.
"Wow abang, kau mempunyai Tangan Bertuah!" jerit Hari Bayangan.
"Tolong berbicara dengan Kesatria Suci tu, kita kena dapatkan buku kemahiran ni!" Api Merah segera menghantar mesej peribadi kepada Salji Lembut. <Kebangkitan Semula> akan menjadi sangat berguna dalam serangan dungeon dan memendekkan masa pemulihan diri, serta boleh meningkatkan keberkesanan serangan dungeon!
"Baik!" Salji Lembut membalas dan menghantar mesej peribadi kepada Kesedihan Lautan. "Lautan, boleh tak aku nak buku kemahiran <Kebangkitan> ini dulu? Aku boleh bayar kau. Macam mana kalau aku bagi 100 syiling emas?"
Setelah beberapa ketika, Kesedihan Lautan membalas, "Aku mahu belajar kemahiran ini juga, mari baling dadu bersama dan lihat nasib kita!"
Salji Lembut sedang berusaha untuk memujuk Kekecewaan Lautan apabila Zhang Yang berkata, "Kedua-dua penyembuh, balinglah dadu!"
Salju Lembut memikirkannya dan membuat keputusan untuk membaling dadu dulu. Jika balingan dadunya lebih tinggi, mungkin dia dapat menyelamatkan diri dari memujuk seseorang yang keras kepala. Jika dia mendapat nombor yang lebih rendah, masih belum terlambat untuk membuat perjanjian dengan Kesedihan Lautan.
Ahli yang lain berlalu pergi dan meninggalkan kedua-dua penyembuh untuk membaling dadu.
Salji Lembut, 86 mata.
Kesedihan Lautan, 91 mata.
Buku kemahiran itu segera berpindah ke dalam inventori Lautan Kesedihan. Tanpa ragu-ragu, dia pantas menepuk buku itu pada badannya dan memperolehi kemahiran <Kebangkitan>. Salji Lembut masih mahu menghantar mesej peribadi kepadanya, tetapi siapa dapat meneka yang dia akan bertindak sepantas itu?
"Lautan, kau boleh guna kemahiran baru itu untuk selamatkan mereka sekarang. Aku akan teruskan untuk mengambil hasil rampasan daripada bangkai ni!" kata Zhang Yang sambil dia tertawa.
Kesedihan Lautan menyanyi kecil dan mula membaca jampi untuk membangkitkan semula semua ahli pasukan.
[Resepi Pembuatan Senjata: Perisai Tanah Bulat ] (Resepi Pembuatan Senjata)
Kegunaan: Anda akan mempelajari bagaimana untuk membuat Perisai Tanah Bulat .
Keperluan: Kemahiran Asas Pembuatan Senjata.
"Itu dia!" Mata Zhang Yang bersinar dan berkata, "Semua orang, aku tidak akan berlembut lagi sekarang!"
Mereka telah membuat perjanjian sebelum ini, sekiranya ada resepi pembuatan senjata, ia akan diberi kepada Zhang Yang. Seluruh pasukan menolak untuk membaling dadu dan Zhang Yang terus menepuk resepi itu pada badannya. Cahaya emas muncul dan Perisai Tanah Bulat tersenarai dalam senarai pembuatan senjata yang pada mulanya kosong.
[Perisai Tanah Bulat ] (Tembaga Hijau, Perisai)
Pertahanan: +40
Vitality: +20
Keperluan Tahap: 10
Gila! Perisai sahaja mampu menyediakan 200 NN and 40 mata pertahanan. Walaupun bos memiliki kadar serangan yang tinggi, perisai tersebut mampu mengurangkan kerosakan fizikal dalam jumlah yang banyak, ternyata ia mampu meningkatkan tahap kemandirian seseorang! Tambahan pula, kebanyakan pemain hanya memiliki peralatan Kayu Putih ketika ini dan sudah tentu mereka tidak mampu untuk memecahkan 40 mata pertahanan ini!
"Abang Besar Zhan Yu, hantar penerangan perisai itu, biar kami saksikan kuasa perisai itu juga!" Hari Bayangan tidak dapat menahan diri daripada bertanya apabila melihat senyuman bodoh Zhang Yang.
Zhang Yang tersenyum dan menghantar keterangan perisai ke dalam saluran pasukan.
"Wow, tingginya pertahanan! Aku bantah! Bantahan! Ketangkasan yang tinggi dan kekuatan yang rendah seperti kelas kami Pencuri sudah tentu tidak mampu untuk memecahkan pertahanan kau dengan serangan biasa sahaja!" Kematian Bersalji sangat terkejut.
"Abang Zhan Yu, tolong buat beberapa senjata lagi untuk kami kalau kau mempunyai bahan yang cukup. Persatuan kami akan membelinya daripada kau!" Api Merah menghantar mesej peribadi kepada Zhang Yang. Dia dapat membayangkan apabila tank memperolehi perisai ini, kemandirian mereka ternyata boleh dipertingkatkan lagi ke tahap seterusnya!
"Baik!" Tujuan utama dia mendapatkan resepi ini ialah menjual semua perisai untuk mendapatkan wang sahaja, oleh itu Zhang Yang pantas bersetuju, "500 syiling emas setiap satu!"
"Jahanam, kau tiada belas kasihan langsung!"
"Haha, persatuan kau sangat kaya, jadi 500 syiling emas itu tiada masalah bagi kau!"
Api Merah teragak-agak sebelum berkata, "Baik, aku tempah satu sekarang. Aku akan bayar tunai waktu terima barang nanti!"
"Baik, gembira bekerja dengan kau, bos besar!" Zhang Yang ketawa. Antara bahan utama untuk membuat perisai ini adalah [Bar Besi] and [Bar Tembaga Luar Biasa]. [Bar Besi] boleh diperbuat daripada [Bijih Besi] yang tidak bernilai, manakala [Bar Tembaga Biasa] datang daripada [Bijih Tembaga Biasa] di mana titik kemunculannya boleh dijumpai berdekatan bos ketiga. Setiap kali cabaran Makam Bangar dalam Mod Sangat Sukar diselesaikan, dia boleh mengumpulkan 2 hingga 4 Bijih Tembaga Biasa. Secara asasnya, dia menjalankan perniagaan tanpa modal!
"Si Kecil Yang, cepat dan rampas mayat itu, aku tak boleh nak tunggu lagi!" Si Gemuk Han meluahkan rasa tidak sabarnya.
Zhang Yang ketawa dan memanjangkan lengannya untuk mengambil hasil rampasan lain.
[Loket Perak Berkilat] (Tembaga Hijau, Rantai Leher)
Fizikal: +3
Kepintaran: +2
Kesan Diperoleh: Sasaran menerima buff tambahan <Perisai Ajaib> setiap kali jampi penyembuh dikenakan. Perisai hilang setelah menyerap 20 mata kerosakan selepas 30 saat. Kesan perisai tidak boleh bertindih.
Keperluan Tahap: 10
"Wah! Walaupun atribut tidak seberapa, kesannya sangat istimewa!" teriak Hari Bayangan.
"Semua rantai leher dan cincin mempunyai kesan istimewa. Sebab itu kadar kejatuhan sangat rendah!" Zhang Yang mengangguk dan berkata, "Penyembuh, balinglah dadu!"
Kesedihan Lautan dan Salji Lembut tanpa teragak-agak membaling dadu dan akhirnya Kesedihan Lautan memperolehi mata lebih tinggi dalam balingan dadu dan mendapat alat itu.
[Kolar Bayangan] (Tembaga-Hijau, Rantai Leher)
Vitality: +3
Kekuatan: +1
Ketangkasan: +1
Kesan Diperoleh: Setiap serangan kepada sasaran akan mengenakan 1 tindanan <Kemurkaan Bayangan>. Apabila 3 tindanan <Kemurkaan Bayangan> dicapai, 20 mata kerosakan bayangan akan dikenakan terhadap sasaran.
Keperluan Tahap: 10
"Semua kelas serangan fizikal boleh membaling dadu untuknya. Mari baling dadu bersama, jangan menyerah kalah pada sesiapa. Kita lihat nasib kita!" kata Zhang Yang sambil ketawa lalu membaling dadu.
Mereka yang pada mulanya mahu menolak untuk membaling dadu terus menukar keputusan dan mencuba nasib selepas mendengar apa yang diperkatakan Zhang Yang. Walaupun mereka mungkin tidak berjaya mendapatkannya, mereka masih boleh bergembira dengan apa yang mereka lakukan.
Zhang Yang akhirnya mengatasi semua orang dengan 76 mata balingan dadu sahaja.
"Haha, teruk betul nasib kamu semua!" Zhang Yang menggeleng kepalanya dan mendapatkan rantai leher tersebut.
[Cincin Pemanah] (Tembaga Hijau, Cincin)
Vitality: +2
Ketangkasan: +3
Kesan Diperoleh: Serangan jarak jauh mempunyai kadar tetap untuk mengaktifkan kesan <Restu Angin>. Kesan ini meningkatkan kelajuan serangan sebanyak 10% untuk 10 saat. Kesan ini tidak boleh bertindih.
Keperluan Tahap: 10
"Pemburu, balinglah dadu untuknya!" Zhang Yang memilih untuk melepaskannya. .
"Baik!" Sami Ingkar bernasib baik kerana telah memperolehi 100 mata, sekaligus menang dan menewaskan Ratusan Tembakan dan Han Gemuk.
[Cincin Ambar] (Tembaga Hijau, Cincin)
Vitality: +3
Kekuatan: +1
Kesan Diperoleh: Setiap elakan serangan yang berjaya mempunyai kadar tetap peningkatan 20 mata Kekuatan untuk 10 saat. Kesan ini tidak boleh bertindih.
Keperluan Tahap: 10
"Tak guna, kenapa ia mesti dicetuskan dengan mengelak dan bukannya menyerang?" Hari Bayangan berasa marah. Kesan ini akan berguna dalam PK atau grind secara solo, tetapi untuk serangan dungeon, dia tidak akan berpeluang untuk mengelak serangan sebagai pemain yang menyebabkan kerosakan!
"Tak mengapa kalau kau tak nak!" kata Zhang Yang sambil ketawa.
"Siapa cakap aku tak nak! Jom, mari baling dadu!" Hari Bayangan cepat-cepat menjawab dan menekan butang balingan dadu.
Zhang Yang sedar yang dia telah mempunyai lebih dari cukup dan membuat keputusan untuk melepaskannya. Api Merah akhirnya memenangi balingan dadu itu.
"Jahanam, ketua pasukan, kau sebagai kelas pencuri perlukan ketangkasan, bukan kekuatan! Jangan rampasnya daripada aku!" Hari Bayangan menangis.
"Tak guna, mengarut lagi sekali dan aku akan campak kau keluar!" kata Api Merah dalam tawa. Hari Bayangan terus terdiam.
Zhang Yang mahu mengambil hasil rampasan lagi, tetapi hanya tinggal beberapa syiling emas sahaja. Walau bagaimanapun, mereka telah mengaut 4 peralatan, sebuah buku kemahiran dan satu resepi, semua ini boleh dianggap sebagai satu harta rampasan terbesar!
"Ding! Anda telah menerima 10 syiling perak selepas pengagihan!"
Selepas semua item diagihkan, bangkai Momorermo juga lenyap.
"Baiklah, semua sudah selesai. Setiap orang boleh pulang ke ibu kota dan lengkapkan cabaran. Masih ada ganjaran peralatan Keluli Hitam!" Zhang Yang mengambil Reagen Rentas Jarak dari inventori miliknya dan bertanya kepada Han Gemuk , "Gemuk, kau ada tak Reagen Rentas Jarak?"
"Reagen Rentas Jarak? Apa tu?" Han Gemuk menunjukkan riak wajah seperti biri-biri sesat kepada Zhang Yang.
Zhang Yang menggeleng kepala dan menjual Reagen Rentas Jarak lalu berkata, "Benda ini akan bawa kau merentasi jarak ke bandar berdekatan dan pendekkan perjalanan kau!"
"Ada ke benda macam tu?" Han Gemuk segera mengesahkan jual beli tersebut, "Si Kecil Yang, janganlah kedekut, bagi aku banyak lagi!"
"Tak guna, setiap satu benda ini bernilai 1 syiling emas! Sangat mahal!" Walaupun Zhang Yang masih merungut, dia masih menjual beberapa reagen lagi kepada Han Gemuk . Dia masih lagi memiliki lebih 20 syiling emas dan Api Merah masih berhutang dengannya lebih 10 ribu!
"Abang Zhan Yu, apa kata kalau kau simpan kemasukan dungeon esok hari untuk pasukan kami? Aku akan upah kau, bagaimana dengan 1000 syiling emas untuk satu serangan Mod Sangat Sukar? Dan jika mana-mana harta rampasan itu berguna untuk kau, kau akan dapat keutamaan tertinggi!" Api Merah menghantar mesej peribadi kepada Zhang Yang.
Zhang Yang berfikir yang mengetuai serangan dungeon sudah pasti jalan terbaik untuk mengumpul harta. Bukan sahaja dia akan memperolehi peralatan, dia juga boleh mendapatkan banyak syiling emas! Apabila dia sudah dapat menubuhkan persatuannya sendiri, dia tidak lagi perlu bekerja untuk orang lain!
"Baik, pagi esok pukul 9. Kita akan berkumpul di pintu masuk dungeon!" Zhang Yang pantas menghantar kembali mesej peribadi, "Tetapi aku nak simpan satu tempat penyerang untuk Si Gemuk!"
"Setuju! Jumpa kau esok!" Api Merah terus bersetuju.
"Abang besar, tolong terima aku sebagai kenalan!" kata Kematian Bersalji setelah menghantar permintaan untuk menjadi kenalan.
Kematian Bersalji menjadi wakil kepada ahli pasukan yang lain dan mereka turut menghantar permintaan untuk menjadi kenalan kepada Zhang Yang.
Zhang Yang tersenyum dan menerima setiap permintaan. Apabila Reagen Rentas Jarak ditarik keluar, satu bulatan ajaib disinari cahaya putih muncul dari bawah kakinya. Kemudian, dia keluar dari pasukan dan berkata, "Selamat tinggal semua, jumpa lagi!"
"Selamat tinggal, abang besar!"
"Jumpa lagi!"
Oleh kerana harga Reagen Rentas Jarak tersangatlah mahal, ahli yang lain tidak rela untuk membelinya. Selain daripada Han Gemuk yang turut mengoyakkan salah satu daripada reagen tersebut, ahli pasukan lain hanya berjalan kaki.
10 saat kemudian, bulatan ajaib tersebut sudah lengkap terbentuk dan cahaya putih mengelilingi Zhang Yang. Dalam sekelip mata, cahaya putih itu lenyap dan Zhang Yang telah muncul di pintu gerbang Istana Jed Putih.
Satu lagi cahaya putih terpancar dan Han Gemuk turut muncul bersebelahan Zhang Yang.
"Si Kecil Yang, sejak bila kau jadi sangat berkuasa?" Han Gemuk sudah lama berkawan dengan Zhang Yang tetapi persembahannya yang sungguh hebat tadi menyebabkan dia menganggap Zhang Yang seperti orang asing.
"Sejak bila aku tak pernah hebat?" Zhang Yang ketawa.
"Tak guna!" cemuh Han Gemuk, tetapi dia tidak bertanya selanjutnya. Walau apapun yang terjadi, Zhang Yang tetap akan menjadi saudaranya dan itu sudah cukup baginya!
Paragraph comment
Paragraph comment feature is now on the Web! Move mouse over any paragraph and click the icon to add your comment.
Also, you can always turn it off/on in Settings.
GOT IT