Maharaja Api memulangkan posisi ketua kepada Zhang Yang selepas dia memasukkan ahli ke dalam pasukan mereka.
"Hai semua!" Api Merah menegur semua dengan senyuman selepas dia menyertai pasukan itu.
Zhang Yang sedang berjalan keluar dari dungeon apabila dia berkata, "Sesiapa yang melepaskan jasad akan bangkit semula di jalan masuk. Baik, di mana kamu semua, Api Merah? Bila kau akan sampai ke sini?"
"Kami dalam serangan dungeon sekarang. Bila kami keluar dari pasukan kami yang asal, kami akan dihantar terus ke pintu masuk lebih laju daripada kamu semua!" jawab Api Merah dengan tersenyum.
Zhang Yang mengangguk dan menghantar mesej kepada Han Gemuk, "Cepat atau kau akan terlepas pertarungan dengan bos pertama!"
"Jahanam, abang gemuk kau ni dalam perjalanan, tunggu aku!" jawab Han Gemuk dengan serta-merta.
Zhang Yang tersenyum. Sudah tentu dia akan menunggu Han Gemuk sebelum mula bertarung dengan bos. Dia hanya insan biasa yang cuma ada sedikit rasa mementingkan diri.
Tidak lama selepas itu, watak yang telah mati tadi telah bangkit semula di jalan masuk dungeon sedang Zhang Yang keluar dari dungeon itu. Semua sembilan mereka telah berkumpul.
"Wah, kita ada seorang gadis cantik!" Antara 9 pemain itu, 8 lelaki dan Salji Lembut satu-satunya pemain perempuan. Ini biasa dalam mana-mana permainan di mana populasi pemain lelaki lebih tinggi daripada populasi pemain perempuan. 'Keajaiban Tuhan' hanya dapat menarik minat ramai pemain perempuan selepas beberapa bulan disebabkan layar realistik permainan ini.
Salji Lembut telah memilih elf sebagai kaum dan memakai baju labuh yang panjang berwarna putih dan hiasan kepala berbunga berwarna keemasan. Dia mempunyai badan dan pinggang yang langsing serta kaki yang panjang dan buah dada yang mungil. Wajahnya yang berbentuk badam menghasilkan aura yang matang dan menggoda yang tiada tandingannya. Dia sememangnya menyerlah dan mampu menarik perhatian orang.
Salji Lembut, Elf Perempuan, Paderi, Syurga yang Hilang, Tahap 10.
Api Merah, Dwarf Lelaki, Perompak, Syurga yang Hilang, Tahap 10.
Hari Bayangan, Orc Lelaki, Berserker, Syurga yang Hilang, Tahap 10.
Mereka bertiga mempunyai tag persatuan 'Syurga yang Hilang' di atas kepala mereka sama seperti Maharaja Api. Sebelum ini, empat ahli Megah; sekarang empat ahli Syurga yang Hilang. Perkara yang sama seperti berulang kembali; 4 ahli pasukan yang lain memerhatikan ahli Syurga yang Hilang dengan perasaan berjaga-jaga.
Zhang Yang menetapkan tahap kesukaran dungeon kepada Mod Sukar dan berkata, "Mulakan!" Matanya meninjau sekeliling dan dia ternampak 4 ahli Megah yang telah pulih itu sedang memandangnya penuh dendam.
"Ding! Anda telah memasuki Makam Bangar (Mod Sukar)!"
"Kenapa kita masih kekurangan seorang pemain?" tanya Hari Bayangan.
"Dia sedang selesaikan cabaran asas. Dia akan sampai sekejap lagi. Tak apa, kita teruskan!" jawab Zhang Yang. Bilangan raksasa masih sama, tetapi HP dan kerosakan serangan mereka meningkat dengan banyak.
[Askar Gnome] (Elit)
Tahap : 10
HP : 7,500
HP mereka telah meningkat 50% berbanding Mod Normal!
Zhang Yang menanda salah satu raksasa itu dan berkata, "Sasarkan serangan pada raksasa yang ditandakan tu nanti. Kita akan tewaskan mereka satu persatu!"
Hari Bayangan sekali lagi menyuarakan pendapatnya, "Boleh ke kau hadapi raksasa sebanyak itu seorang diri? Bukan ke kita patut pilih Pembela dulu dan tukar dengan kawan kau selepas kita tewaskan bos pertama ni?"
Zhang Yang tersenyum dan berkata, "Tak apa, aku boleh selesaikan mereka!"
Hari Bayangan terdiam selepas itu. Mereka telah bersetuju sebelum mereka menyertai pasukan ini yang mereka akan memerhatikan kebolehan Zhang Yang terlebih dahulu dan kemudian membuat keputusan tentang syarat yang akan ditawarkan kepadanya bila mereka ingin menawarkan posisi dalam pasukan peneroka pertama persatuan mereka. Sebab itulah Hari Bayangan terus senyap walaupun dia tidak percaya Zhang Yang boleh menarik tumpuan 6 raksasa.
Zhang Yang bergerak ke depan dan menghayun pedangnya. Belum sempat dia memulakan pertarungan, jasadnya bercahaya dengan cahaya putih dan satu perisai lut cahaya tiba-tiba muncul!
"Ding! Pemain Salji Lembut telah menggunakan <Perisai Suci> untuk anda! 80 mata kerosakan akan diserap. Berterusan selama 30 saat!"
<Perisai Suci> ialah kemahiran yang khusus untuk Paderi. Ia sangat berguna, tetapi hanya boleh diperolehi daripada buku kemahiran yang didapati daripada alat yang dirampas dari raksasa. Memandangkan Salji Lembut mempunyai kemahiran ini, Syurga yang Hilang nampaknya ada pemain yang berkebolehan dalam persatuan mereka!
Zhang Yang berfikir tentang ini sambil dia memilih satu raksasa dan memulakan <Serangan>.
"-64!"
11 Rage yang telah tercetus dari serangan normal dan 10 Rage lain yang tercetus dari <Serangan> serta-merta meningkatkan Rage Zhang Yang kepada 21.
"-146!"
"-152!"
"-304!"
"-149!"
"-144!"
"-153!"
6 teks kerosakan muncul pada masa yang sama dengan penggunaan <Sambaran Mendatar>. Salah satunya serangan kritikal dan ini menggembirakan semua yang melihat.
"Celaka, teruknya kerosakan tu!" jerit Hari Bayangan. Sedang dia menyerang raksasa, dia bertanya, "Zhan Yu, kemahiran apa tu? Macam mana ia boleh sehebat itu?"
Zhang Yang terus menarik aggro sambil berkongsi tentang kemahiran <Sambaran Mendatar>.
"Jahanam, macam mana boleh ada kemahiran seperti Tuhan ni?! 200% kerosakan serangan jarak dekat dan ia juga ada KK! Gila! Abang Zhan Yu, dari mana kau dapat buku kemahiran ni?" Hari Bayangan sangat kagum dengan kuasa <Sambaran Mendatar> hingga dia memanggilnya abang.
Zhang Yang tersenyum dan berkata, "Aku kebetulan menyelesaikan satu Cabaran Tersembunyi. Inilah ganjarannya!"
Hari Bayangan terus kecewa setelah mendengar penjelasan itu.
Kalau buku kemahiran itu digugurkan raksasa, ada peluang untuk mendapatkan walau sesukar mana pun! Tetapi, ganjaran Cabaran Tersembunyi sesuatu yang unik! Hanya ada satu yang wujud!
Zhang Yang menggunakan <Hadangan> dan menyebabkan kerosakan teruk kepada semua raksasa. 8 saat kemudian, tempoh bertenang <Sambaran Mendatar> tamat dan dia menggunakannya sekali lagi dan menyebabkan munculnya 6 lagi teks kerosakan. Dia kemudian berkata, "Pemusnah boleh belajar <Lekatan Tornado> di Tahap 20, itupun serangan yang ada Kawasan Kesan!"
[Lekatan Tornado]: Gerakan senjata dengan tangan seperti tornado. Menyebabkan 80% kerosakan jarak dekat kepada sasaran berdekatan. Kos: 20 Rage. Tempoh Bertenang: 10 saat. Keperluan: Senjata Jarak Dekat.
Ia seperti <Sambaran Mendatar> dalam versi yang kurang kuasa, tetapi Pemusnah boleh menggunakan dua senjata dengan satu tangan atau senjata dengan dua tangan. Kerosakan jarak dekatnya yang 80% itu tiada bezanya dengan <Sambaran Mendatar> seorang Pelindung dengan syarat kedua-dua alat pada tahap yang sama.
Hari Bayangan mengeluh dan berkata, "Tapi aku kena tunggu sampai Tahap 20! Dan kerosakannya lebih rendah daripada <Sambaran Mendatar>!"
Sebelum sampai Tahap 20, tiada kelas lain yang mempunyai kemahiran AoE selain Pembela. Zhang Yang pun hanya peroleh melalui Cabaran Tersembunyi!
Askar Gnome itu satu-persatu tewas sambil mereka berbual. Walaupun HP dan kerosakan raksasa itu lebih tinggi daripada raksasa dalam Mod Normal, ia tetap tiada gunanya kerana mereka gagal menyerang walau dengan satu serangan! HP yang lebih tinggi hanya bermaksud mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk menewaskan raksasa!
Beberapa minit berlalu dan 6 raksasa telah tewas.
"Zhan Yu, apa kata kalau kau sertai Syurga yang Hilang kami?" Api Merah menghantar tawaran kepada Zhan Yu dan berkata, "Persatuan kami ditaja oleh 'Dragon Century Corporation'. Setiap ahli utama akan mendapat gaji tetap! Kalau kau sertai kami, aku boleh tawarkan posisi pegawai dan satu tempat dalam pasukan peneroka pertama kami. Gaji bulanannya tidak akan rendah daripada 10 ribu!"
Pekerja kolar putih selalunya akan menerima gaji lebih kurang 10 ribu sebulan. Apa yang ditawarkan Api Merah itu boleh tahan!
Kalau ini berlaku dalam kehidupannya yang lepas, Zhang Yang yang baru mula memasuki permainan ini akan tergoda dengan tawaran itu dan serta-merta setuju. Namun, hanya 10 ribu tidak lagi menarik minatnya! Zhang Yang tersenyum dan berkata, "Buat masa ni, aku tak berminat untuk sertai mana-mana persatuan!"
"Sayangnya!" Api Merah berkata dengan kecewa. Dia kemudian memalingkan wajahnya dan memberi satu pandangan kepada Salji Lembut.
Perempuan nakal itu mengangguk kepala dengan perlahan dan mula berbual dengan Zhang Yang.
Perangkap kecantikan?
Zhang Yang menggeleng kepala dengan bersahaja. Dalam kehidupannya yang lepas, dia mungkin akan tergoda dengan kecantikan. Namun, dia kini menjalani kehidupan kedua dan ini membuatkan Zhang Yang lebih tegas dan tetap pendirian. Dia melayan cubaan Salji Lembut untuk menggodanya dengan separuh hati sambil mengetuai pasukan untuk terus maju.
"Yang Kecil, masukkan aku ke dalam pasukan, aku dah lengkapkan cabaran asas!" Satu mesej dari Han Gemuk telah diterima selepas pasukan itu selesai menewaskan gelombang kedua terakhir mahkluk suruhan.
Zhang Yang terus memasukkannya dan satu elf dengan nama 'Si Kurus dan Kacak' muncul dalam senarai pasukan.
"Cepat ke sini atau aku akan mula serang bos tanpa kau!" kata Zhang Yang dalam saluran pasukan.
"Jangan! Tunggu aku!" jerit Han Gemuk.
7 atau 8 minit kemudian, satu elf bersaiz jumbo datang berlari dari arah belakang dengan seekor serigala di sisinya.
Mengikut pengenalan rasmi, semua bunian mesti tinggi dan kurus, tetapi 'Si Kurus dan Kacak' telah memusnahkan imej elf yang mulia dan elegen itu. Pinggangnya yang berbentuk tong itu sudah cukup menakutkan.
"Aku belum terlewat, bukan?" Han Gemuk meneliti pasukan itu dan matanya bersinar melihat Salji Lembut. Dia berlari ke arahnya dengan punggung yang bergegar dan berkata, "Hai si cantik! Aku Si Kurus dan Kacak, pemburu hebat satu hari nanti, satu-satunya di dunia!"
Zhang Yang mengeluarkan Gelang Lengan Raja Harimau Kumbang yang diperolehi bila dia menewaskan Raja Harimau Kumbang sebelum ini dan menyerahkan kepada Han Gemuk. Han Gemuk menerimanya dengan bersahaja tanpa segan silu. Dia tersenyum dan memakai gelang lengan itu.
Zhang Yang berkata, "Baik, pertarungan dengan bos akan mula tak lama lagi. Bertenang dan aku akan terangkan strateginya!"
"Bos ini masih lagi mempunyai hanya 2 kemahiran. Kesan <Renungan Maut> masih sama, tetapi kerosakan <Ludahan Bisa> meningkat 50% dan jika terkena, kita akan mengalami 300 kerosakan. Sesiapa yang mempunyai HP kurang daripada 300 pasti akan mati dalam beberapa saat! Salji Lembut, tolong gunakan <Perisai Suci> kepada sesiapa yang mempunyai HP kurang daripada 300 untuk mengelakkan kekurangan ahli!"
4 orang dalam pasukan itu mempunyai kurang daripada 300 HP – Api Merah, Hari Bayangan, Han Gemuk dan Ratusan Tembakan. Nampaknya mereka mengagihkan PA mereka kepada kerosakan dan bukan HP mereka.
Pengagihan PA Han Gemuk sudah tentu dipengaruhi Zhang Yang. Lagipun, tiada gunanya jika dia mempunyai HP yang tinggi kerana dia mempunyai haiwan peliharaan sebagai barisan hadapan selepas Tahap 5.
"Cukup ke satu tanker?" Api Merah bersuara risau dan berkata, "Pasukan yang aku ketuai sebelum ni telah ditewaskan 7 atau 8 kali oleh bos ini. Semuanya sebab tanker kami mengumpul terlalu banyak tindanan <Renungan Maut> dan serta-merta dibunuh bos ini!"
"Jangan risau, saudara pro kita ni telah mengumpul 10 tindanan <Renungan Maut> dalam Mod Normal, tetapi bos itu langsung tak dapat menyentuh dia!" Kematian Bersalji sungguh-sungguh memuji Zhang Yang yang sudah lama dikaguminya.
Api Merah masih ragu-ragu, tetapi dia berkata, "Jadi, mari kita cuba!" Dia tidak meluahkan ayat seterusnya, "Kelajuan serangan bos dalam Mod Sukar ini lebih laju berbanding Mod Normal! Walaupun dia berjaya mengelak serangannya dalam Mod Normal, itu tidak bermaksud yang dia boleh lakukannya lagi dalam Mod Sukar!"
"Mulakan!" Zhang Yang mengambil nafas panjang dan meluru ke arah bos sambil menghayun pedangnya.
"<Serangan>!"
"-57!"
"-141!"
Zhang Yang menyambung <Sambaran Mendatar> dengan serangan normal dan menyebabkan kerosakan teruk dalam masa yang singkat.
"Mulakan serangan!"