Download App
0.46% MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 4: Pelancaran ‘Keajaiban Tuhan’

Chapter 4: Pelancaran ‘Keajaiban Tuhan’

Editor: EndlessFantasy Translation

'Ding!'

Bunyi lantang ding itu menandakan pelancaran rasmi pelayan tersebut. Dalam sekelip mata, Zhang Yang telah berada di kawasan lapang sebuah kampung purba.

Dalam masa yang singkat, beberapa orang pemain baru muncul di sekelilingnya. Kawasan lapang itu serta-merta dipenuhi dengan mereka yang muncul seorang demi seorang. Beberapa pemain terpaksa berhimpit ke bahagian tepi apabila kelihatan masih ramai lagi pemain yang baru muncul. 

Memandangkan ini permainan video realiti maya dalam talian yang pertama dalam sejarah, setiap pemain yang memasuki permainan video itu terpaku menikmati keindahan sekeliling yang jelas. 

"Aku mahu keluar sekarang. Permainan video ini terlalu realistik!"

"Alamak, jangan halang aku, beri aku laluan!"

"Kenapa kau tolak orang? Kau terlalu teruja untuk dibangunkan semula?!"

"Bangsat, mana kau letak tangan kau tu? Aku nampak macam orang yang kau boleh cabuli sesuka-hati?"

"Cik, dengan muka sebegitu, aku tak akan berani walaupun kau bagi aku sentuh kau!"

"Dan kenapa tangan kau masih di dada aku?"

"Hehe, di sini terlalu sesak, tiada ruang untuk tangan aku!"

"Ya Tuhan, aku tak tahan dengan lelaki gatal dan perempuan menggoda! Baik aku balik dan melancap!"

"…"

Selepas beberapa ketika, pemain itu mula fokus kembali kepada niat utama mereka dan perbualan mereka berubah menjadi huru-hara. Pemain lama atau mereka yang telah membaca pengenalan permainan video telah berlalu pergi untuk mendapatkan cabaran daripada watak bukan pemain (WBP). 

Ramai pemain mula membanjiri kawasan luar kampung untuk memburu dan membunuh raksasa. Kumpulan pemain itu seperti segerombolan belalang yang menelan mana-mana raksasa yang muncul melalui serangan serentak melibatkan 10 atau lebih pemain dari semua arah. Raksasa yang menyedihkan ini mati dengan kejam dan menjadi satu mata pengalaman para pemain.

Lebih kurang 10 minit selepas pelancaran pelayan itu, kadar kemunculan pemain baru mula berkurangan pada kadar stabil seorang pemain seminit. Syarikat Mimpi telah menjangka yang sebilangan besar para pemain akan memasuki pelayan itu semasa pelancarannya berdasarkan jumlah topi keledar untuk bermain yang terjual. Bagi menampung skala tersebut, mereka telah mencipta banyak dungeon berdekatan kampung bagi mereka yang baru bermula untuk menyuraikan kumpulan pemain. Ini juga dapat mengelak nisbah raksasa-pemain yang rendah.

Benda pertama yang Zhang Yang lakukan ialah meninggalkan kawasan pemain muncul. Memandangkan ini peluang kedua untuk dirinya, dia sudah tentu tidak akan maju melalui cabaran seperti pemain lain. Dia telah merancang strategi untuk meningkatkan tahapnya sendiri sebelum dia memasuki permainan video. 

Zhang Yang membuka Senarai Kemahiran sementara menuju ke jalan masuk kampung untuk menyemak senarai kemahiran yang tersedia.

Seorang Pelindung baru diberi dua kemahiran, <Serangan> dan <Serangan Rempuhan>.

[Serangan] : Menyerang ke arah sasaran serta menyebabkan sasaran terhenti selama 2 saat dan mendapat 10 Rage. Tempoh bertenang: 30 saat. 

[Serangan Rempuhan] (Tahap 1): Melancarkan serangan kuat kepada sasaran dengan serta-merta, dan menyebabkan kehancuran teruk 100% dengan 5% peluang untuk mencetuskan serangan tambahan. Kos: 30 Rage. Tempoh bertenang: 1 saat. Keperluan: Senjata Kemusnahan.

Tahap kemahiran boleh dipertingkat dengan mencapai Nilai Kemahiran sehingga maksimum Tahap 10. Apabila kemahiran seperti <Serangan Rempuhan> telah dimaksimumkan, peluang untuk mencetuskan serangan tambahan meningkat kepada 50%! Tetapi, Nilai Kemahiran hanya diberikan setiap 10 Tahap. Walaupun seseorang telah mencapai tahap maksimum permainan video iaitu Tahap 300, hanya 30 Nilai Kemahiran yang boleh dikumpul, membuatkan Nilai Kemahiran sesuatu yang berharga dan luar biasa. Namun, Nilai Kemahiran bonus boleh juga diperoleh dengan menyempurnakan Cabaran Utama dan Cabaran Tersembunyi. Bos elit liar juga mempunyai mata tetap dalam mendapatkan Nilai Kemahiran, tetapi tahap kesukarannya terlalu tinggi.

"Serigala durjana itu telah membunuh 3 lagi orang kampung hari ni! Ada mana-mana pahlawan yang boleh membantu kami memusnahkan raksasa kejam itu?" tanya orang tua kampung berjanggut putih itu sambil bermundar-mandir kebimbangan. Jika tiada tanda 'Hu An, Orang Tua Kampung' berserta tanda seru berwarna kuning di atas kepalanya, tiada sesiapa yang akan menyedari beza antara dia dan orang sebenar!

Tanda seru berwarna kuning menandakan WBP yang memberikan cabaran.

Sistem realiti maya yang sangat menyerupai kehidupan sebenar ialah salah satu aspek utama permainan video ini yang paling menarik, tetapi ia juga penuh dengan kontroversi. Disebabkan ciri-cirinya yang menyerupai kehidupan sebenar, pemain telah memulakan perniagaan pornografi. Ini akhirnya menyebabkan syarikat permainan video ini terpaksa menambah tetapan khas – para pemain dilarang membuka pakaian dalam mereka!

Yang melucukan, sesetengah negara telah meminta Syarikat Mimpi untuk mengecualikan mereka daripada tetapan ini. Mereka percaya apabila pornografi dalam realiti maya dibenarkan, ia dapat mengurangkan keparahan isu itu dalam dunia sebenar. 

Selepas Syarikat Mimpi bersetuju, kadar aktiviti pelacuran dan kes rogol telah berkurangan dengan ketara di negara itu. Negara lain yang kagum dengan fenomena itu turut menghantar permintaan untuk mengecualikan tetapan itu. 

Hasilnya, pemain yang mempunyai terlampau banyak masa lapang telah memilih '10 Pelacur Tertinggi' dunia dalam kelapan-lapan pelayan. Namun, pemain wanita yang bernasib malang dan tidak bersalah turut terjebak dalam perkara ini. Sebagai contoh, Beribu Keanggunan, yang berada di kedudukan ketiga dalam pelayan China adalah satu-satunya anak perempuan pengerusi Farmaseutikal Tian Nan dalam dunia sebenar. Dengan kekayaannya, kenapa dia perlu terlibat dalam perniagaan seksual? Sangat jelas ada pihak berniat jahat ingin memfitnah. Orang awam yang tidak tahu-menahu terus menyebarkan berita itu dan akhirnya ini telah menjejaskan nama baiknya. 

Ini sudah pasti tiada kaitan dengan topik.

Zhang Yang bergerak menghampiri dan berkata, "Wahai orang tua kampung yang dihormati, saya ingin membantu!"

Orang tua kampung itu sangat gembira dan berkata, "Anak muda yang berani, kebaikan kamu akan dibalas dengan nikmat dari Tuhan!"

'Ding! Anda telah menerima satu cabaran: Musnahkan Serigala!'

Zhang Yang membuka log cabaran dan memeriksa penerangannya.

[Musnahkan Serigala] (Tahap Kesukaran: D)

Penerangan Cabaran: Anda telah menerima permintaan orang tua kampung. Pergi ke arah barat kampung dan bunuh 20 serigala untuk memastikan keselamatan kampung!

Kemajuan: Serigala yang telah dibunuh. (0/20)

Terdapat 5 tahap kesukaran cabaran dalam 'Keajaiban Tuhan', iaitu S, A, B, C, dan D dalam kedudukan menurun. Tahap kesukaran ditentukan oleh 2 faktor: pertama, perbezaan tahap antara pemain dan raksasa; kedua, tahap kesukaran raksasa itu sendiri. Untuk cabaran Zhang Yang, memandangkan serigala yang perlu dibunuh hanya pada Tahap 1, sistem telah menetapkan tahap kesukaran cabaran itu pada tahap rendah dan dikategori sebagai Tahap D. 

Setelah menerima cabaran itu, Zhang Yang lantas berlari menuju ke Kedai Tukang Besi di pinggir kampung untuk belajar tentang <Pertukangan> dan <Perlombongan> masing-masing daripada tukang besi dan pelombong itu. Sebuah cangkul burung serta-merta muncul dalam inventorinya. 

Zhang Yang kemudian menuju ke arah barat kampung dan tiba di Tanah Tandus Barat di mana serigala itu berkumpul.

Kelihatan tiga puluh serigala sedang merayau di sekeliling tanah tandus itu, kadang-kala melolong ke langit dengan lolongan yang nyaring dan menakutkan.

Zhang Yang mengeluarkan Pedang Pemulanya dan mula menyerang seekor serigala. Walaupun keupayaan untuk mencederakan pada masa ini rendah, Nilai Nyawa (HP) serigala itu juga rendah, dan dia dapat membunuh seekor serigala dengan 7 atau 8 serangan.

Dia berjaya membunuh 20 serigala dalam masa beberapa minit.

Badan Zhang Yang bersinar-sinar dengan cahaya keemasan, meningkatkan tahapnya ke Tahap 2. Semua atributnya meningkat 1 mata dan dia telah memperolehi 5 mata Nilai Attribute (PA) tambahan.

Zhang Yang dengan mudah memindah PA berlebihan itu ke 4 Kekuatan dan 1 Ketangkasan dan meneruskan serangan dan membunuh serigala itu hingga dia berjaya mengumpul 10 kulit bulu. Pada masa yang sama, kelihatan tentera pemain baru telah menghampiri dan menduduki Tanah Tandus Barat itu.

Zhang Yang tiada niat untuk menetap di situ. Benda yang paling tidak diingini semasa pertempuran meningkatkan tahap ialah apabila ada terlampau banyak pemain tetapi terlampau sedikit pihak lawan. Dia serta-merta meninggalkan kawasan itu.

Namun, sebelum dia pergi, dia telah merayau di kawasan itu dan bernasib baik apabila dia menjumpai sebuah Vena Besi. Dia lantas mengeluarkan cangkul burungnya dan mula melombong. 

Ding! Anda telah menggunakan <Perlombongan> untuk sebuah Vena Besi. Anda telah mengumpul Bijih Besi x3. Anda telah memperoleh 1 mata Nilai Pengalaman dalam <Perlombongan>!

Zhang Yang menyimpan Bijih Besi itu dalam inventorinya, lantas berpaling untuk meninggalkan Tanah Tandus Barat. Dia kemudian berjumpa dengan orang tua kampung untuk melengkapkan cabaran 'Musnahkan Serigala' dan menerima sepasang but bergaris putih dan 3000 mata Nilai Pengalaman. 

Orang tua kampung itu masih kelihatan bimbang, jadi Zhang Yang terus berbual dengannya dan menerima satu lagi cabaran dipanggil 'Tanah Perkuburan Berhantu'.

[Tanah Perkuburan Berhantu] (Tahap Kesukaran: C)

Penerangan Cabaran: Benda aneh muncul baru-baru ini di tanah perkuburan di arah barat kampung. Bunyi aneh dapat didengari apabila malam menjelang! Sila siasat apa yang berlaku!

Kemajuan: Cari punca berhantu. (0/1)

Zhang Yang tahu tahap kesukaran cabaran telah meningkat kerana dia akan berhadapan dengan raksasa Tahap 4. Seekor raksasa yang boleh dikatakan lebih kuat daripadanya yang menyebabkan sistem memberi kategori sebagai Tahap C. 

Dengan Pedang Pemula di tangannya, dia berlari menuju ke Tanah Perkuburan Barat.

Batu nisan tersusun rapi tetapi tempat itu kosong dan tiada raksasa yang kelihatan di situ. Itu juga bermaksud tiada pemain lain. Keadaan sekeliling yang sejuk dan sunyi itu menyeramkan.

Zhang Yang terjumpa satu makam dan memasukinya. Apabila dia memijak plat besi yang bersinar kelam, kedengaran satu bunyi kuat dan satu terowong yang bersaiz hanya separuh ketinggian manusia muncul di hadapannya. 

Zhang Yang menundukkan badannya dan memasuki terowong ke arah satu ruangan terbuka.

Makam bawah tanah itu sangat besar dan bersambung dengan satu laluan ke tempat yang jauh. Ruang batu memenuhi kedua-dua belah laluan dan bunyi ngauman yang menakutkan sayup-sayup kedengaran. 

Zhang Yang mengambil beberapa langkah ke hadapan dan memasuki ruang batu pertama di sebelah kiri. Dengan cahaya malap daripada api obor, dia nampak 7 hingga 8 bayang-bayang yang compang-camping dan menggerunkan sedang merayau-rayau dalam kawasan itu. Dia melangkah masuk Kawasan Cetusan raksasa yang terdekat dengannya. Bayang-bayang itu mengaum dan menyerang Zhang Yang dengan taring dan kukunya.

[Orang kampung yang telah mati] (Normal)

Tahap : 4

HP : 200

"-11!"

Sedang Zhang Yang menghunus pedangnya, satu teks berwarna putih muncul di atas kepala raksasa itu. Dalam 'Keajaiban Tuhan', kerosakan yang disebabkan serangan normal akan ditanda dengan teks putih manakala kerosakan yang disebabkan kemahiran tertentu akan ditanda dengan teks kuning. Selain itu, kerosakan yang disebab oleh diri sendiri ditanda dengan teks merah manakala penyembuhan ditanda dengan teks hijau. Serangan atau penyembuhan kritikal pula ditunjuk dalam teks yang dibesarkan.

Pihak lawan Tahap 4 mempunyai HP dan Pertahanan yang lebih tinggi berbanding serigala Tahap 1. Walaupun satu hayunan Zhang Yang boleh menyebabkan 11 kerosakan pada HP, ia tiada kesan langsung pada 200HP raksasa itu!


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C4
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login