Download App
3.92% Penyihir Dunia Magus / Chapter 39: Dua Cara

Chapter 39: Dua Cara

Editor: EndlessFantasy Translation

"Cip A.I., periksa Guricha!"

Leylin memberi arahan. Dengan segera, imej Guricha ditayang oleh Cip A.I. dan Leylin perasan beberapa gejala patologi di organ-organ Guricha, bahagian paru-paru khususnya.

Pembantu-pembantu paderi sepatutnya sudah berkebolehan untuk menentang kuasa sihir, jadi berapa kuatkah nilai radiasi yang akan membuat seorang pembantu paderi gagal untuk menentangnya?

Muka Leylin berubah, "Apakah komen dari akademi mengenai perkara ini?"

"Apa yang boleh mereka katakan? Nyssa telah menandatangani perjanjian dengan mentor dia sebelum eksperimen itu dan malah menolak sebarang pampasan!" Dodoria menyatakan sambil menangis.

Leylin terdiam. Banyak pembantu paderi gred-rendah, yang tidak mempunyai kristal ajaib, akan ditempatkan oleh akademi bersama profesor yang berbeza secara rawak. Kalau mereka bernasib baik, mereka akan bertemu dengan profesor-profesor seperti Kroft. Kalau jika, dan bertemu dengan profesor-profesor yang minat membuat eksperimen terhadap manusia, maka mereka hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana bernasib malang.

Tambahan pula, kebanyakan pembantu paderi tidak boleh menolak tarikan atau godaan daripada mentor-mentor mereka dan akan bekerjasama dalam eksperimen mereka, jadi, kematian juga adalah satu kemungkinan.

Setiap tahun, beberapa pembantu paderi akan mati berpunca daripada eksperimen di Akademi Abyssal Bone Forest. Berbanding Nyssa, dia bernasib baik dapat selamatkan nyawanya berbanding para pembantu paderi lain yang telah mati akibat eksperimen-eksperimen ini..

"Jadi mengapa awak cari saya? Saya tidak dapat membantu kalau awak berniat untuk balas dendam atau mencari keadilan."

Leylin tidak memberi ruang untuk perundingan dari awal lagi. Dia masih waras untuk tidak mencabar seorang Magus dengan kekuatannya hanya sebagai seorang pembantu paderi.

"Kami tidak berniat sebegitu. Kami hanya mahu awak meneliti keadaan Nyssa dan memberi kata putus kalau Nyssa masih mempunyai peluang untuk pulih kembali ke penampilan asalnya." Guricha cepat-cepat menggoyangkan tangan Leylin.

Leylin mengangguk kepalanya. Lagipun, dia mempunyai Tuan Posyen, Kroft, yang selalu menyokongnya. Kalau dia tidak dapat fikirkan sebarang solusi, Nyssa hanya mampu berputus asa.

"Bolehkah saya melihat dengan lebih jelas?" Leylin menanya Nyssa.

"Boleh" Suara Nyssa sangat lembut ,hampir tidak kedengaran.

Leylin berjalan ke hadapan, dan bau busuk itu bertambah kuat. Leylin memaksa dirinya untuk mengangkat tapak tangan Nyssa.

Saiz setiap jari Nyssa lebih tebal daripada sebatang lobak, berwarna ungu, dan kulitnya berlipat-lipat.

Jarinya yang dahulu lembut dan cantik sudah bertukar sebegini. Nyssa perlu kuatkan semangat mentalnya jikalau Leylin gagal membantu.

Leylin menekan belakang tapak tangan Nyssa "Adakah awak merasa apa-apa?"

"Tidak!"

"Pertahanannya agak baik!" Leylin menilai secara diam-diam, dan dia keluarkan sebilah pisau bedah daripada kantung pinggangnya.

Leylin letakkan penghujung pisau yang berkilat itu ke atas permukaan tapak tangan Nyssa dan cuba mencucuk kulitnya dengan lembut. Tetapi ia tidak berjaya menembusi kulitnya!

Kening Leylin berkerut dan dia gunakan seluruh kekuatan seorang Satria untuk menekan penghujung pisau itu. Pisau bedah itu akhirnya menembusi kulit Nyssa, dan setitik nanah kuning mengalir keluar.

Dengan pantas, Leylin keluarkan tabung uji dan mengumpul titisan nanah itu.

Luka di tangan Nyssa sembuh dengan cepat selepas disapukan posyen hemostasis. Tiada sebarang parut yang kelihatan selepas 10 saat yang kemudian.

"Kebolehan penyembuhan yang begitu menakjubkan!" Leylin termengah-mengah tetapi tidak berani bercakap dengan kuat.

Leylin ketawa melihat Dodoria dan Guricha yang sedang menatapnya tanpa bergerak.

"Qiadarmo – Xurado" Dengan bacaan mantera itu, tiba-tiba angin meniup lalu bilik itu dan membentuk puting beliung yang kecil.

Kabus hitam timbul tanpa henti sambil berkumpul menjadi satu bayang manusia di belakang Leylin.

Guricha dan Dodoria terkejut, dan Nyssa juga melangkah ke belakang.

"Saya tidak jangka yang dia akan berjaya mencapai tahap ini hanya selepas tempoh masa lebih kurang setahun. Mungkinkah tiada cara untuk membetulkan perbezaan daripada segi bakat?" Guricha memandang Leylin, yang sedang membaca sihir itu, dengan ekspresi yang rumit.

Leylin tidak memberi perhatian akan kata-kata Guricha. Sekarang, dia hanya menumpu kepada bayangan yang berada di depannya.

"Untuk awak!" Leylin berkata dalam Bahasa Byron dan memberi tabung uji yang berisi cecair kuning daripada Nyssa kepada bayangan itu.

Mata bayang itu bersinar merah. Oleh kerana ia tidak mempunyai tangan, ia menggigit tabung uji itu dengan mulutnya. *Crunch!*

Tabung uji itu pecah dan bayangan hitam itu menelan cecair kuning itu ke dalam perutnya..

*Hah Hah!* Bayang hitam itu kelihatan tidak stabil apabila cecair kuning itu memasuki badannya. Ia mengaum dengan kuat, dan peluh sejuk terbentuk di dahi Leylin.

"Krin – Sidamoersi!" Sambil Leylin terus membaca mantera itu, Leylin mengambil beberapa batu berwarna hijau gelap daripada kantungnya dan membalingnya ke arah bayangan hitam itu.

Selepas 3 hingga 4 minit kemudian, bayang hitam itu berhenti mengamuk dan bercakap dengan Leylin dalam bahasa asing.

Guricha dan yang lain mendengar dengan rapi, tetapi bahasa yang diguna oleh bayang hitam itu terlalu asing kepada mereka. Ia sudah tentu bukan bahasa Byron.

Sejak zaman kuno lagi, banyak organisasi Magi yang mencipta bahasa mereka tersendiri untuk latihan sihir selama ini, jadi ia hanya mimpi kalau ingin mempelajari bahasa-bahasa tersebut.

Bayangan hitam itu terus mengaum, dan kemudian lenyap selepas ngauman yang terakhir.

Melihat bayangan hitam itu hilang, Leylin akhirnya menghembus nafas yang lega.

"Bagaimana?" Nyssa bertanya. Ini masalah dirinya sendiri dan dia berasa sangat bimbang akan situasinya sekarang.

"Ia sangat sukar! Tubuh fizikal awak telah berubah sepenuhnya, dan terdapat sejumlah besar tenaga yang tercemar sedang mengalir di dalam badan awak. Kalau awak bukan seorang pembantu paderi, awak sudah mati awal lagi!" Leylin menggeleng kepalanya.

Selepas mendengar penilaian Leylin, mata Nyssa kelihatan sedih dan dia berundur ke belakang.

"Tetapi, masih terdapat jalan penyelesaian!" Leylin menyambung.

"Apa maksudnya masih ada?" Tidak kira apa syarat-syaratnya, saya akan buat yang terbaik untuk Nyssa!" Dodoria menggenggam tangannya.

"Ya, kita patut fikirkannya bersama. Dengan berbuat demikian, kita akan dapat penyelesaian akhirnya!" Guricha bersemangat, membuat Leylin tergamam.

"Kaedah pertama, Nyssa harus menjadi seorang Magus rasmi. Magi mampu mengguna radiasi yang berterusan untuk menukar penampilan mereka. Nyssa pasti dapat menukar kepada rupa asalnya jika dia meluangkan masa yang mencukupi!"

Leylin berkata dengan perlahan. Pembentukan semula bentuk fizikal melalui radiasi perlukan pelarasan yang baik daripada diri sendiri. Ia tidak boleh dibantu oleh Magi lain; ia akan memudaratkan kalau mereka mencuba.

"Seorang Magus rasmi? Saya hanya seorang pembantu paderi tahap 1 sekarang!" Mata Nyssa berkilau untuk sementara, tapi ia menjadi suram dengan serta–merta.

"Itu terlalu sukar, tetapi, ia juga merupakan satu pilihan. Apakah cara seterusnya?" Dodoria bertanya.

"Cuma tinggal satu cara yang dapat saya fikirkan, iaitu penggunaan Posyen Harmonious Akua Regia! Ia boleh membersihkan bahan pencemar di dalam badan Nyssa, kemudian memudahkan proses pembentukan semula penampilan asalnya." Leylin memperkenalkan cara kedua.

"Posyen Harmonious Akua Regia! Syurga! Bukankah itu posyen yang diguna oleh Magi? Satu posyen itu bernilai sekurang-kurangnya 1,000 kristal ajaib!" Mata Guricha hampir terkeluar dari soket matanya.

"Betul! Bahan pencemar di dalam badan Nyssa agak teruk, hanya posyen tahap Magi yang boleh keluarkan radiasi akan memberi kesan baik kepada badan Nyssa!" Tegas Leylin.

"Inilah dua cara yang dapat saya fikirkan, tetapi saya boleh meminta nasihat daripada mentor saya nanti!"

Ini adalah dua pilihan yang paling munasabah dan optimum yang diberikan oleh Cip A.I. Leylin percaya dan yakin Mentor Kroft pun tidak dapat memberi cadangan yang lebih baik.

"Seorang Magus rasmi? 1,000 kristal ajaib? Saya akan mencapainya!" Mata Nyssa penuh keazaman sambil menggenggam tangannya.

"Maafkan saya kerana tidak dapat membantu. Sila terima posyen-posyen ini, ia akan mengurangkan kesakitan yang awak alami waktu tengah malam!"

Leylin tunduk dan mengeluarkan posyen berwarna merah jambu daripada kantungnya. Dia hanya boleh membantu setakat ini.

"Bagaimana awak tahu tentangnya?" Nyssa dengan jelas terkejut.

"Daripada tindak balas badan awak, nampaknya partikel-partikel tenaga di dalam badan awak akan bertindak paling kuat pada waktu tengah malam, yang juga mengundang kesakitan yang tidak terhingga!" Leylin menerang secara tenang.

"Nyssa! Mengapa awak tidak beritahu saya!" Mata Dodoria sekali lagi penuh dengan kemarahan.

"Awak sudahpun membantu saya banyak kali!" Nyssa membalas.

"Ambil ini!" Leylin memberi posyen itu kepada Guricha dan beredar keluar dari bilik itu.

Tiga orang yang berada di dalam bilik itu senyap. "Macam mana sekarang?" Guricha bersuara dahulu.

"Seorang Magus rasmi? Ini terlalu sukar untuk dicapai oleh kita kerana bakat kita sangat rendah. Ia lebih realistik untuk memperoleh kristal ajaib dan membeli Posyen Harmonious Akua Regis menggunakan kristal-kristal ajaib tersebut!" Dodoria bercadang.

"Kalau ketiga-tiga kita mengumpul sumber-sumber kita, selepas meminjam daripada orang-orang lain, kita boleh…" Dodoria tidak percaya dengan kata-katanya sendiri. Pembantu-pembantu paderi sudah tentu akan gunakan kristal ajaib mereka untuk memperoleh pengetahuan atau alat-alat yang dapat meningkat kekuatan mereka. Tiada sesiapa yang akan membazirkan kristal-kristal itu begitu sahaja.

"Tidak! Saya ingin cuba maju menjadi seorang Magus rasmi!" Nyssa berkata dengan perlahan, perkataan dia penuh dengan keazaman.

"Dengan keberkatan mentor saya, pertahanan badan radioaktif ini lebih tinggi daripada manusia biasa. Penentangan sihir saya juga agak baik, saya harus menjalankan lebih banyak misi dan memperoleh sumber-sumber penting untuk maju! Saya tidak boleh lagi menjadi halangan kepada awak berdua…"

Nyssa memaksa senyumannya, tetapi ia kelihatan lebih hodoh daripada menangis.

"Mengapa? Mengapa ia menjadi sedemikian?" Dodoria menangis.

Guricha cepat-cepat memeluk Dodoria, memberi gambaran seperti satu pasangan.

"Mengikut plot-plot novel daripada dunia aku sebelum ini, haruskah aku bergegas dan menjual beberapa posyen untuk membayar kos rawatan Nyssa? Pada masa yang sama, aku juga sepatutnya maju menjadi seorang Magus dan membalas dendam untuk pihak Nyssa dan orang lain yang menemui nasib yang sama."

Leylin membiar imaginasinya berlegar sambil berjalan.

"Sayangnya ini realiti! Hubungan Nyssa dan aku bukan kawan, kami hanya kenalan yang pernah bertemu beberapa kali. Memberi dia posyen hilang kesakitan tadi pun sudah dikira baik oleh aku, dan juga mengambil pertimbangan yang kita berasal dari tempat yang sama!"

"Bagi kristal ajaib pula, aku sendiri tidak mempunyai kristal ajaib yang mencukupi, jadi bagaimana aku dapat derma kristal-kristal ajaib kepada mereka? Seseorang mesti membayar harga untuk tindakan mereka sendiri!"

Renungan Leylin bertukar tegas ketika dia berjalan keluar dari kawasan asrama.

Dia tidak akan buat apa-apa lagi untuk Nyssa, dan dia hanya boleh bergantung kepada dirinya sendiri.

Selepas berjalan melalui sebuah taman bunga yang terletak di sebelah asrama, emosi Leylin bertambah baik setelah menghirup bau aroma bunga dan menikmati cahaya matahari yang bersinar dari bumbung.

Berjalan ke sebuah bangku yang panjang, Leylin duduk dan memandang pembantu-pembantu paderi yang berjalan ke sana sini. Minda dia berasa aman.

"Menikmati sinaran cahaya matahari di luar dari semasa ke semasa juga merupakan sejenis hiburan, bukan?"

Suara kedengaran dari belakangnya dan seorang remaja berjubah kelabu duduk di sebelah Leylin.

"Jayden?" Mata Leylin terbuka lebar.

[Beep! Jayden. Kekuatan:1.9, Ketangkasan: 2.7, Daya Tahan: 3.1, Kuasa rohani: 5.0. Pembantu paderi tahap 2. Gelombang tenaga daripada artifak ajaib gred rendah telah dikesankan dari badan Sasaran. Sasaran dikelaskan sebagai berbahaya!] Imbasan Jayden daripada Cip A. I. muncul dalam minda Leylin.

Jayden mempunyai daya rohani yang tertinggi di kalangan pembantu-pembantu paderi, dan daya tahannya juga telah meningkat selepas menerima radiasi yang berterusan. Biasanya, Magus akan sengaja tingkatkan daya tahan mereka sebagai persediaan untuk penjelmaan badan yang akan datang.

Sekarang, daya rohani Jayden lebih tinggi daripada Leylin. Dia juga mempunyai sebuah artifak ajaib, tetapi tiada sesiapa yang ketahui pengalaman pertempuran dia.

"Kirakan peluang kemenangan aku kalau aku berlawan dengan Jayden!"

[Simulasi dimulakan! Kadar kejayaan: 57.82%!] Cip A. I. memberi data tersebut.

"Hanya sedikit melebihi separuh, ia seolah-olah kekuatan artifak ajaib itu tidak rendah. Jayden juga bukan seorang yang akan benarkan dirinya dibuli oleh orang."


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C39
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login