Jam menunjukkan 9 pagi apabila Huo Mian terjaga keesokan harinya…
"Celaka, saya dah lambat!" Dia cuba merangkak turun daripada katil tetapi dia menyedari seluruh tubuhnya sakit.
Qin Chu bodoh, dia hampir mempermainkan Huo Mian sehingga hampir mati malam semalam! Dia seolah-olah mahu menelan Huo Mian; sudah tentu, mereka pengantin baru, tetapi bukankan dia agak melampau?
Ketika Huo Mian panik, dia perasan akan sekeping kertas di tepi bantalnya dan segera mengenali tulisan Encik Qin. "Sayang, saya dah minta cuti pada waktu pagi untuk kamu. Kamu patut tidur. Terima kasih atas kerja keras kamu semalam."
Huo Mian terasa seperti mahu menangis apabila membaca ayat terakhir Qin Chu; ya, ia memang 'kerja keras'.
Pinggulnya seolah-olah hampir tercabut daripada soket dan kakinya bengkak sehingga dia tidak dapat meregangkan badan.
Dia terasa seperti dia mendaki Gunung Everest pada malam sebelumnya…