"Keguguran?" Wu Xiaoxue tidak percaya.
"Ya, tahap progesteron kamu rendah dan ini bahaya."
"Suntik ubat untuk saya." Wu Xiaoxue seorag pakar OB/GYN. Jadi, dia tahu bagaimana untuk melindungi bayinya.
"Tapi…"
"Ada yang tak kena?" Wu Xiaoxue merasakan ada sesuatu yang tak kena apabila melihat Huo Mian yang ragu-ragu.
"Kamu mengandung hampir lima bulan. Jadi, saya buat pemeriksaan sindrom Down untuk bayi kamu dan…" Huo Mian menyilangkan tangan dan bergelut menghabiskan ayatnya.
"Apa? Bayi saya berisiko tinggi?" tanya Wu Xiaoxue, terketar-ketar.
"Ya." Huo Mian mengangguk.
Hati Wu Xiaoxue hancur mendengar berita tersebut. Bukan sahaja dia berdepan dengan keguguran, malah janinnya berisiko tinggi untuk mengalami Sindrom Down? Apakah maksudnya? Adakah bayinya akan menjadi cacat? Bagaimana ini boleh berlaku?