"Hai." Sapaan Huo Mian kedengaran dingin seolah-olah mereka orang asing.
"Kenapa kamu ke sini? Bukankah kamu bekerja di Bahagian Selatan?"
"Oh, saya cuti hari ni. Jadi, saya datang melawat."
"Macam mana keadaan kamu di sana?"
"Agak bagus."
"Saya dengar kamu dinaikkan pangkat jadi pengerusi Yayasan Huo. Saya rasa cemburu."
"Tak ada apa yang patut dicemburukan. Saya masih pekerja biasa. Itu cuma jawatan."
"Kamu memang bagus dalam kerja kamu. Saya percaya kamu akan jadi doktor yang bagus satu hari nanti." Ning Zhiyuan tahu impian Huo Mian ketika di universiti dahulu ialah untuk menjadi doktor dan bukan jururawat.
"Jangan bodek saya. Saya gembira jadi ketua jururawat. Saya tak nak jadi doktor. Baiklah, saya perlu pergi dan uruskan beberapa perkara."
"Tunggu, Mian." Jelas sekali yang Ning Zhiyuan tidak mahu melepaskan Huo Mian.
"Ada apa-apa lagi, Doktor Ning?"