"Siapa dia? Kenapa kamu semua gelabah?"
Zhu Lingling tidak tahu apa yang sedang berlaku. Dia memandang peguam itu tetapi gagal mengecam siapa peguam tersebut. Bukankah dia cuma orang tua biasa yang berambut kelabu? Adakah dia mempunyai kemampuan untuk membantu Huo Mian memenangi kes ini?
Namun, dia sedar peguam ini bukanlah orang biasa apabila dia melihat wajah terkejut Gao Ran dan mereka yang lain. Gao Ran menjelaskan, "Dia adalah Dennis Wu, berumur 57 tahun dan berbangsa Cina-Amerika. Dia mempunyai sarjana JD dari Universiti Yale dan mengajar di FBI. Dia diambil bekerja dengan Interpol US dan peguam untuk kes skandal Setiausaha Amerika Syarikat dengan pembantu perempuannya. Oh ya, dia juga terlibat dalam kes Tony Marshall, perancang jenayah yang mempunyai IQ yang tinggi dari Amerika Syarikat dan berjaya menghumban pesalah itu ke dalam penjara."
"Emm..." Zhu Lingling keliru dengan pengenalan yang dijelaskan Gao Ran.