Download App
5.42% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 69: Bilik Berasingan

Chapter 69: Bilik Berasingan

Editor: EndlessFantasy Translation

Huo Mian tidak sangka yang Qin Chu akan begitu berterus terang. Maka, dia agak terkejut.

Kemudian, wajah Huo Mian memerah.

"Tidak." Huo Mian membalas.

"Kalau kamu tidak takut, apa lagi yang kamu tunggu? Pergi tidur." Kemudian, Qin Chu terus berpusing dan berjalan naik ke bilik tidur.

Malam itu, sebelum Qin Chu pulang ke rumah, Huo Mian sudah membiasakan dirinya sedikit dengan struktur kondominium itu.

Ia merupakan unit dua tingkat seluas dua ratus meter persegi. Ada ruang tamu yang luas, ruang makan, bilik mandi, dapur dan bilik bacaan di tingkat bawah.

Tingkat atas pula sepertinya memuatkan tiga bilik tidur dan satu bilik mandi.

Dengan aturan seperti ini, rumah itu mempunyai ruang yang cukup untuk mereka berdua jika mereka mempunyai dua orang anak sekali pun.

Sambil memerhatikan Qin Chu mendaki tangga itu, Huo Mian segera menyesal dengan mulut celuparnya. Kenapalah dia membalas tanpa berfikir panjang?

Kini, tengok apa yang dia sudah lakukan. Jika dia tidak mengikut Qin Chu, ia akan kelihatan seolah-olah dia menarik balik kata-katanya. Tapi, dia memang tidak bersedia.

Tujuh tahun lalu, dia sayangkan Qin Chu sepenuh hatinya. Tetapi, itu tidak bermakna yang perasaan itu masih sama sekarang,

Sebenarnya, dia sendiri tidak tahu apa yang dirasakannya terhadap Qin Chu.

Dia bersetuju untuk mengahwini Qin Chu demi menjamin kesihatan Zhixin.

Sudah tentulah, sedikit perasaan peribadi juga turut terlibat dalam keputusannya.

Qin Chu memasuki bilik tidur pertama di tingkat dua dan Huo Mian perlahan-lahan mengikutnya masuk ke dalam.

Bilik itu luas dengan hiasan hitam putih. Ia sesuai dengan gaya Qin Chu.

"Kenapa kamu ikut saya masuk ke dalam? Kamu teringin sangatkah mahu tidur sekatil dengan saya?" Qin Chu memandang Huo Mian dengan riak wajah separa bergurau.

Huo Mian yang terkejut tidak tahu bagaimana untuk membalas.

"Bilik tidur kamu di sebelah. Selamat malam." Dengan itu, Qin Chu menutup pintu bilik dengan kuat.

Dia meninggalkan Huo Mian di luar, dengan riak wajah bingung.

Huo Mian masih tidak tahu bagaimana dia harus bertindak balas. Riak wajahnya yang lurus dan jujur itu hampir membuatkan Qin Chu tidak dapat menahan dirinya. Qin Chu hanya mahu melangkah ke arah Huo Mian dan mengucupnya sepuas hatinya.

Selepas Qin Chu menutup pintu itu, dia bersandar pada pintu itu perlahan-lahan.

Walaupun dia begitu ingin memeluk Huo Mian ketika mereka tidur bersama-sama, dia tahu Huo Mian belum bersedia untuk hal itu.

Dia tidak mahu memaksa Huo Mian. Dia mahu memberikan gadis itu masa.

Masa akan perlahan-lahan kembali pada keadaan mereka tujuh tahun yang lalu.

Lagi pun, dia kini isterinya yang sah, bukan?

Memikirkan hal ini, bibir Qin Chu mengukir senyuman penuh kepuasan.

Pada ketika ini barulah Huo Mian menangkap apa yang dikatakan oleh Qin Chu tadi. Dia berjalan ke arah bilik tidur kedua dan membuka pintu bilik tersebut.

Hiasan dalaman itu dihias dengan warna kuning cair cerah, dengan menyerlahkan warna ungu. Ini semua merupakan warna kegemarannya.

Jadi, Qin Chu masih ingat semuanya dan menyediakan bilik ini terlebih dahulu.

Huo Mian menyangkakan yang Qin Chu akan memaksanya, tetapi tidak.

"Qin Chu…apa yang saya patut buat dengan kamu?" Sambil menggosok meja solek putih itu, riak wajah Huo Mian bertukar sayu.

Dia mengaku yang kebencian dalam dirinya terhadap lelaki itu sudah tidak banyak bersisa.

Setiap kali dia memerlukan bantuan, lelaki itu sentiasa ada.

Tetapi, jika kamu benar-benar sayangkan saya, kenapa kamu menghilang selama tujuh tahun?

Kita sudah pun membazirkan tujuh tahun…

Huo Mian meluangkan masa yang panjang dalam kesayuan. Akhirnya, dia melangkah ke bilik mandi dalam biliknya untuk mandian hangat. Apabila dia keluar, dia berbaring kepenatan di atas katil.

Huo Mian sentiasa cerewet mengenai katil. Dahulu, setiap kali dia ke luar bandar dan perlu bermalam di hotel, dia sentiasa mempunyai masalah untuk tidur lena.

Dia menyangkakan perkara yang sama juga akan berlaku pada malam ini. Tetapi, dia sendiri terkejut apabila dia tidur dengan sangat lena.

Bauan lavender yang tidak keterlaluan memenuhi ruang bilik itu, diiringi dengan lampu pelbagai warna yang bagaikan dalam alam mimpi. Setiap perincian bilik itu direka dengan penuh kasih.

Huo Mian berasa sukar untuk mempercayai yang Qin Chu membeli kondominium ini secara segera. Mana mungkin semuanya begitu sempurna?

-Lewat malam itu-

Cahaya rembulan malam menyinari bilik Huo Mian melalui jendela.

Secara diam-diam, Qin Chu menolak pintu bilik itu dan berjalan masuk. Dia berdiri tanpa sepatah kata di sisi jendela itu.

Matanya sarat dengan kelembutan ketika merenung gadis yang lena di atas katil itu.

Tiada sesiapa yang tahu betapa lamanya dia menunggu untuk hari ini…

Seperti tiada sesiapa yang tahu betapa sarat cintanya pada gadis bernama Huo Mian.

-Keesokan paginya-

Walaupun jam baru menunjukkan pukul 7 pagi ketika Huo Mian terjaga, Qin Chu sudah tiada di rumah.

Ada sandwich yang tersedia di atas meja bersama-sama dengan segelas susu.

Huo Mian terpaksa mengaku yang dia tersentuh dengan perbuatan Qin Chu.

Sebelum ini, semasa dia tinggal sebumbung dengan Ning Zhiyuan, dialah yang sering memasak.

Setelah sekian lama, dia sudah pun terbiasa dengan tugasan itu.

Hari ini, melihatkan seseorang menyediakan sarapan untuk, Huo Mian merasakan satu perasaan hangat yang tidak dapat diterangkan memenuhi ruang tubuhnya.

- Di ibu pejabat GK - 

Semasa berjalan memasuki pintu itu, Pembantu Yang terdengar komputer milik Presiden memainkan muzik.

Selepas dia sedar apa lagu yang dimainkan itu, Pembantu Yang hampir tercekik air liurnya sendiri.

"Pre…Presiden Qin." Yang tergagap-gagap.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C69
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login