Download App
58.77% AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 432: Kerana Bertemu Kamu…

Chapter 432: Kerana Bertemu Kamu…

Editor: EndlessFantasy Translation

Tatkala suara Gagak Emas itu bergema, sinaran yang pekat mula terpancar dari tubuhnya. Ia begitu terang sehinggakan ia kelihatan seperti satu-satunya pancaran cahaya emas dalam seluruh dunia yang kelabu.

Pada masa yang sama Meng Hao menoleh ke belakang selepas mendengar suara Gagak Emas, pancaran cahaya bergabung ke dalam tatu totem jenis Logam pada dadanya.

Setelah kedua-duanya bergabung, tubuh Meng Hao bergetar dan tubuhnya terkunci, sambil memandang ke belakang. Bunyi mengaum memenuhi mindanya apabila kuasa jenis Logam yang tidak terhingga dan tidak dapat dijelaskan meletus dalam dirinya.

Kini, tatu totem jenis Logam pada dadanya juga mengalami perubahan sama yang dialami oleh totem jenis Kayu!

"Inilah Tatu Hayat Emasku," ujar Gagak Emas tersebut dengan suara yang lembut. "Dengan totem itu, akan akan dapat menggunakan kuasa Logam sepenuhnya, buat selama-lamanya."


CREATORS' THOUGHTS
dracarys3064 dracarys3064

Nota daripada Penulis:

Tidak kiralah jika kita berbicara tentang cinta atau persahabatan, banyak perkara dalam hidup ini terjadi secara kebetulan.

Saya sangat bertuah dalam penulisan saya untuk bertemu dengan kamu semua.

Terima kasih atas sokongan kamu dan terima kasih kerana sudi membaca nukilan saya.

Nota daripada Penterjemah Bahasa Inggeris:

Er Gen (penulis) ini hebat bukan?

Dalam bahasa Cina, kanji yang digunakan untuk “logam” dalam lima elemen ini sama dengan kanji untuk “emas”.

Nota daripada Penterjemah Bahasa Melayu:

Ini adalah antara bab paling menggerunkan dan juga indah yang pernah saya terjemah.

Terima kasih Er Gen atas penulisan tuan.

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C432
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank 200+ Power Ranking
    Stone 0 Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login